Penggunting Rambut Resah Sambut Aidilfitri Tanpa Pendapatan


Mohamad Nor Hazwan Zaini, pengusaha dan pemilik Masta Barbershop beroperasi di Jalan Dato Keramat, Kuala Lumpur.KUALA LUMPUR: Ketika peniaga di pasar raya menarik nafas lega dengan keputusan Putrajaya membenarkan sesetengah sektor perniagaan beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), namun perkara sama tidak berlaku pada pengusaha perkhidmatan gunting rambut
Lebih meresahkan, apabila ketibaan Ramadan dan Syawal tahun ini suram. Ia saban tahun menjadi detik ditunggu-tunggu semua pengusaha kedai dan tukang gunting rambut mencari pendapatan tambahan, memandangkan permintaan tinggi terhadap perkhidmatan itu menjelang Aidilfitri
Perkara berkenaan dikongsikan Mohamad Nor Hazwan Zaini, 32, pengusaha kedai gunting rambut Masta Barbershop di Kampung Dato Keramat, Kuala Lumpur, yang tidak beroperasi sejak 18 Mac lalu, selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) fasa 1 dilaksanakan
“Buat masa ini, boleh dikatakan saya dalam fasa sesak. Agak terbeban sejak PKP dilaksanakan sebab kita menyewa dan terpaksa bayar penuh sewa kedai pada April. Kita ada minta untuk berunding dengan pemilik kedai tetapi belum diputuskan,” katanya kepada FMT
Khairudin Mat Kamarul Yatim, seorang penggunting rambut di Masta Barbershop yang hilang pendapatan berikutan PKP dan PKPB.Menurut Hazwan, jika sebelum ini Masta Barbershop menerima antara 20 hingga 30 pelanggan sehari, dan bertambah sesak ketika musim perayaan, tetapi kini hanya daun kering yang bersepah di depan pintu masuk kedai
“Kita mula beroperasi pada 2017, setiap hari memang akan ada permintaan daripada pelanggan yang memerlukan khidmat gunting rambut
“Setiap kali tiba musim perayaan, ia antara perniagaan yang paling menguntungkan, dalam sehari kita menerima tidak kurang antara 20 hingga 30 pelanggan.”Khairudin menyusun gel rambut yang dijual di Masta Barbershop.Hazwan berkata, limpahan rezeki sebelum ini turut dikongsi bersama 3 pekerjanya, yang “berkarya” tanpa henti bagi memastikan rambut setiap pelanggan yang menjengah kemas dan memenuhi kehendak mereka bagi menyambut Aidilfitri
“Dulu memang seronok, seminggu sebelum raya saya akan beri bonus kepada pekerja, ia sebagai penghargaan kerana kita tahu mereka penat bekerja. Saya sebagai pengusaha cuba bertolak ansur dengan pekerja, memandangkan mereka bawa rezeki untuk perniagaan saya,” katanya
Tetapi, situasi dan keadaan pada tahun ini nyata berbeza apabila operasi perniagaannya masih tidak dibenarkan beroperasi oleh Putrajaya, malah setiap hari berada dalam keadaan tanda tanya, sampai bilakah pintu kedainya akan terus ditutup
Khairudin menyusun peralatan menggunting rambut yang sudah lama tidak digunakan.Hazwan memberi galakan serta menyokong pekerjanya mencari rezeki alternatif bagi menampung kehidupan seharian di ibu kota memandangkan perkhidmatan itu masih belum dibenarkan beroperasi
“Saya sarankan ‘barber’ yang ada lesen motosikal bekerja sebagai penghantar makanan buat sementara waktu atau lakukan apa-apa sahaja pekerjaan untuk menjana sumber kewangan. Saya memang tidak mengikat mereka mencari rezeki ketika ini
“Saya juga tidak mahu ‘barber’ ini berhenti. Kita sudah tahu kemahiran menggunting rambut yang dimiliki mereka. Bahkan, ada antara pelanggan memang sukakan potongan rambut dihasilkan pekerja saya dan susah untuk cari pengganti,” katanya
Tambahnya, beliau bersedia dan berbesar hati untuk meminjamkan sementara alatan menggunting rambut yang jumlah keseluruhan mencecah RM2,000 kepada para pekerjanya untuk digunakan bagi mencari rezeki tambahan
“Biarlah ‘barber’ ini cari rezeki masing-masing, saya berikan kebebasan. Mereka boleh ambil gunting dan barangan. Cuma itu saja cara saya boleh bantu mereka pada ketika ini. Saya nasihatkan jangan ambil pelanggan yang tidak dikenali
Khairudin membersihkan sampah selepas sebulan kedai ditutup.“Setiap hari ketika tempoh PKP dan PKPB, sekurang-kurang 3 hingga 4 pelanggan yang mencari saya untuk mendapatkan khidmat tukang gunting rambut. Jadi, saya berikan pilihan kepada ‘barber’ sama ada mereka terima panggilan ke rumah atau sebaliknya,” katanya
Hazwan faham dan akur dengan keputusan kerajaan tidak membenarkan kedai gunting rambut seluruh negara beroperasi
Baginya, penjarakkan sosial tidak dapat diamalkan sekiranya perniagaan itu dibenarkan beroperasi
“Kita tahu tugas penggunting rambut ini mempunyai hubungan secara terus dengan pelanggan dan memang tidak ada penjarakkan sosial. Memang boleh gunakan peralatan perlindungan peribadi (PPE), cuma kalau ada 10 pelanggan, apakah penjarakkan sosial masih boleh dilaksanakan? Saya rasa sukar,” katanya
Sementara itu, Khairudin Mat Kamarul Yatim, 22, berkata tidak dinafikan sejak 18 Mac lalu beliau hilang sumber pendapatan utama, memandangkan sudah berkhidmat sebagai penggunting rambut sejak 2 tahun lalu
“Susah hendak cari kerja ketika PKP, jadi dapat kerja di Masta Barbershop sudah cukup bagus. Kalau nak kata terkesan, memang terkesan, rumah perlu dibayar, begitu juga kereta dan motosikal. Saya pula duduk sendirian selepas merantau ke Kuala Lumpur
“Jadi, sepanjang tempoh PKP dan PKPB, memang perit. Macam-macam kerja yang saya lakukan, termasuk ‘house call barber’. Memang tidak ada pilihan, mana yang boleh jana pendapatan harian dan dapat tampung duit minyak, saya akan lakukan,” katanya
Mohamad Nor Hazwan Zaini dan Khairudin Mat Kamarul Yatim berbincang dan menyusun strategi yang perlu dilakukan selepas kerajaan membenarkan kedai gunting rambut kembali beroperasi.Menurut Khairudin, pendapatan yang diterima daripada majikan sebagai penggunting rambut adalah komisyen RM10 daripada setiap pelanggan
“Jika kedai gunting rambut diarah untuk tutup, dari mana saya hendak dapatkan komisyen?” katanya
Khairudin turut memberanikan diri mengambil upah membaiki telefon bimbit. Ia kemahiran yang dipelajarinya sendiri sejak sekian lama, namun tidak mempromosikannya sebelum ini
“Bila berlaku keadaan macam ini, mana ada kedai telefon yang buka ketika PKP. Jadi, mana yang saya mampu untuk baik pulih, saya akan berikan servis. Semuanya saya belajar secara sendiri, pada mulanya ia untuk baik pulih telefon sendiri saja,” katanya
Anak sulung daripada 3 beradik itu berkata, beliau terpaksa mencekalkan hati untuk terus meneruskan kehidupan dan meraikan Aidifitri sendirian di ibu kota, memandangkan Putrajaya tidak membenarkan sebarang pergerakan merentas negeri
“Keluarga biasalah, mereka minta saya kuatkan semangat sebab tak boleh nak balik rumah di Negeri Sembilan. Jadi saya perlu terus berada di Kuala Lumpur dan meraikan Aidilfitri seorang diri,” katanya. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/05/penggunting-rambut-resah-sambut.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Kno

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Malaysia Sambut Aidilfitri Cara Berbeza Di Taiwan

Rakyat Malaysia Sambut Aidilfitri Cara Berbeza Di Taiwan

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 304 hits
KUALA LUMPUR 21 Mei Berbaki dua hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri sudah pasti lebaran kali ini mencipta sejarah baharu dan memberikan suasana berbeza apabila masyarakat terpaksa beraya dalam keadaan Perintah Ka...
Hiburan Persediaan Sambut Aidilfitri Suram Luqman Faiz Akui Mahu Pakai Baju Raya Lama

Hiburan Persediaan Sambut Aidilfitri Suram Luqman Faiz Akui Mahu Pakai Baju Raya Lama

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 358 hits
Tidak membuat sebarang persediaan khusus bagi meraikan sambutan Aidilfitri penyanyi Luqman Faiz akui mahu pakai baju raya lama untuk beraya nanti Menurut Luqman persiapan itu dibuat secara sedehana berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bers...
Sultan Mizan Seru Umat Islam Sambut Aidilfitri Ikut Syarak

Sultan Mizan Seru Umat Islam Sambut Aidilfitri Ikut Syarak

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 409 hits
KUALA TERENGGANU 21 Mei Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam di negeri ini agar menyambut Aidilfitri mengikut kehendak syarak dan menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang dilarang termasuk pembaziran dan...
Persediaan Sambut Aidilfitri Sedikit Suram Rakyat Kekal Patuh Elak Penularan Covid 19

Persediaan Sambut Aidilfitri Sedikit Suram Rakyat Kekal Patuh Elak Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 278 hits
SHAH ALAM 19 Mei Sebut sahaja sambutan Aidilfitri ia pastinya menggambarkan suasana yang meriah dengan pelbagai hidangan yang lazat sebagai meraikan kemenangan umat Islam yang menjalani ibadah puasa selama sebulan Aktiviti kunjung mengunjun...
Perutusan Aidilfitri Sambut Hari Raya Kekalkan Penjarakan Sosial Anwar

Perutusan Aidilfitri Sambut Hari Raya Kekalkan Penjarakan Sosial Anwar

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 411 hits
Peruntuan Hari Raya Aidilfitri Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat Malaysia dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri agar tidak lupa wabak maut Covid 19 yang masih mengganas Beliau berpesan rakyat agar meneruskan pembatas...
Kenangan Sambut Raya Aidilfitri Pkp 2020

Kenangan Sambut Raya Aidilfitri Pkp 2020

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 612 hits
Sambut Raya Aidilfitri PKP 2020Kenangan sambur raya di tahun 2020 merupakan tahun yang amat bermakna dan bakal dikenang sampai akhir hayat Mana tidaknya tahun 2020 menjadi tahun pertama aku dan keluarga sambut Raya tanpa keluarga dan beraya...
Sambut Raya Di Kl Sahaja Sebabkan Pkp Aidilfitri 2020

Sambut Raya Di Kl Sahaja Sebabkan Pkp Aidilfitri 2020

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 414 hits
Tahun ni raya norma baru Tak dibenarkan balik kampung uwaaaa touching benornya tapi tahan tahan tak nak melimpah air mata ni di pagi Syawal haha Jadi kita chill chill sambut raya di KL saja Semua disebabkan pandemik COVID 19 yang tengah han...
Zizan Razak Kesal Tindakan Rakyat Pulang Ke Kampung Sambut Aidilfitri

Zizan Razak Kesal Tindakan Rakyat Pulang Ke Kampung Sambut Aidilfitri

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 301 hits
Mendengar perihal sikap rakyat Malaysia yang masih cuba merentas negeri dan pulang ke kampong sempena perayaan Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat pelakon dan pelawak popular Zizan Razak tampil menyuarakan pandanganny...
Panduan Solat Raya Di Rumah Dan Sop Sambut Aidilfitri Semasa Pkpb

Panduan Solat Raya Di Rumah Dan Sop Sambut Aidilfitri Semasa Pkpb

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 763 hits
YAB Perdana Menteri pada 10 Mei 2020 mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020 Ini bermakna semua peraturan dan Standard Operational Procedure yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB sebelum ini akan ...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation