Sultan Mizan Seru Umat Islam Sambut Aidilfitri Ikut Syarak



KUALA TERENGGANU, 21 Mei- Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam di negeri ini agar menyambut Aidilfitri mengikut kehendak syarak dan menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang dilarang termasuk pembaziran dan bermewah-mewahan.

Baginda bertitah, umat Islam perlu memahami bahawa matlamat hari raya bukan semata-mata hari yang disambut dengan bergembira dan hidangan pelbagai makanan tetapi sambutan hari raya dalam Islam adalah mengajak umatnya kembali kepada Allah S.W.T dengan bertakbir dan bertahmid serta memuji kebesaranNya.

"Sambutan Aidilfitri tahun ini memberi seribu makna dan pengajaran kepada kita lebih-lebih lagi tahun ini amat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya disebabkan wabak COVID-19 yang melanda dunia belum berakhir.

"Solat sunat hari raya di masjid dan surau tidak dibenarkan, aktiviti ziarah menziarahi dihadkan, tiada lagi salam bersalaman sesama kita dan rumah terbuka, justeru sambutan hari raya tahun ini akan sentiasa menjadi ingatan kepada kita semua," titah baginda.

Dalam perutusan khas sempena Aidilfitri, baginda turut bertitah agar umat Islam menyuburkan budaya saling bermaaf-maafan, mengeratkan hubungan silaturrahim dan mengukuhkan tali persaudaraan serta bersama-sama membantu mereka yang terjejas dan terkesan dengan wabak COVID-19.

"Bantulah mereka agar sama-sama merasai kegembiraan menyambut hari raya, berkongsilah limpahan rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T dengan memperbanyakkan sedekah kepada golongan memerlukan.

Sultan Mizan bertitah di samping bergembira menyambut Aidilfitri, umat Islam perlu bersama-sama menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh barisan hadapan yang berkerja membendung wabak COVID-19 dari terus merebak terutamanya doktor dan jururawat serta kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Juga pasukan keselamatan yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba Dan Pemyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, RELA dan semua pihak yang berterusan mencurahkan khidmat bakti bagi memastikan kita semua dilindungi dan selamat sehingga membolehkan Aidilfitri disambut dalam suasana aman," titah Sultan Mizan.

Baginda turut menzahirkan penghargaan dan merakamkan ucapan terima kasih terhadap barisan hadapan dan keluarga mereka atas pengorbanan dan khidmat bakti dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

"Kepada rakyat jelata beta nasihatkan jaga kebersihan diri, terus berada di rumah, keluar apabila perlu sahaja, dan sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat," titah baginda.









Sumber: teganukita.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/05/sultan-mizan-seru-umat-islam-sambut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Ahad Ini

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Ahad Ini

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 478 hits
PENYIMPAN Mohor Besar Raja Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad KUALA LUMPUR Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Ahad ini demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam ini...
Pm Seru Umat Islam Patuhi Sop Solat Jemaah Aidilfitri

Pm Seru Umat Islam Patuhi Sop Solat Jemaah Aidilfitri

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 496 hits
SHAH ALAM 23 MEI Perdana Menteri mengingatkan umat Islam yang dibenarkan solat berjemaah dan solat sunat Aidilfitri esok agar mematuhi tatacara operasi piawai ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Tan Sri Muhyiddin Yasin berka...
Umat Islam Di Labuan Tidak Dibenar Ziarah Kubur Sepanjang Aidilfitri

Umat Islam Di Labuan Tidak Dibenar Ziarah Kubur Sepanjang Aidilfitri

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 508 hits
LABUAN 20 Mei Labuan mengikut langkah Selangor untuk tidak membenarkan umat Islam menziarahi tanah perkuburan sepanjang sambutan perayaan Aidilfitri sama ada sebelum atau selepas solat sunat Aidilfitri dan pada hari berikutnya Ketua Pegawai...
Ikea Jerman Bagi Umat Islam Guna Parkir Untuk Solat Sunat Aidilfitri 800 Jemaah Hadir Jaga Social Distancing

Ikea Jerman Bagi Umat Islam Guna Parkir Untuk Solat Sunat Aidilfitri 800 Jemaah Hadir Jaga Social Distancing

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 404 hits
Frankfurt Jerman Sebuah cawangan Ikea di sini membuka ruang parkir kenderaannya untuk aktiviti solat sunat Aidilfitri berjemaah dengan penjarakan sosial Menurut BBC sekitar 800 penganut agama Islam dilaporkan solat berjemaah Ahad lalu denga...
Perutusan Khas Aidilfitri Muhyiddin Penuh Nasihat Buat Seluruh Umat Islam

Perutusan Khas Aidilfitri Muhyiddin Penuh Nasihat Buat Seluruh Umat Islam

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 344 hits
PETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengakhiri perutusan khas Aidilfitri yang penuh nasihat buat seluruh umat Islam dengan lirik lagu raya nyanyian Ahmad Jais Dalam perutusannya itu Muhyiddin turut memaklumkan keputusan Putrajaya...
Kecintaan Kepada Islam Mesti Digunakan Untuk Menyatukan Umat Islam Kata Abdul Hadi

Kecintaan Kepada Islam Mesti Digunakan Untuk Menyatukan Umat Islam Kata Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 355 hits
Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah Abdul Hadi Awang akan menggunakan hubungan baiknya dengan organisasi dan pemimpin antarabangsa bagi menyuarakan isu dihadapi umat Islam khususnya di Pelestin Rohingya serta Kashmir Menurut Abdul Had...
Dr Mahathir Senyap Imran Khan Senyap Pas Senyap Umat Islam Senyap Tak Ambil Pot

Dr Mahathir Senyap Imran Khan Senyap Pas Senyap Umat Islam Senyap Tak Ambil Pot

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 397 hits
Pada hari Selasa lepas pengganas Salafi Wahabi daripada ISIS telah menyerang sebuah wad bersalin di sebuah hospital di Kabul Yang berikut ini petikan berita mengenai serangan itu yang mengakibatkan 24 kematian beberapa bayi dan ibu mereka t...
Selalu Beribu Umat Islam Kali Ini Hanya Beberapa Orang Boleh Berbuka Puasa Depan Kaabah

Selalu Beribu Umat Islam Kali Ini Hanya Beberapa Orang Boleh Berbuka Puasa Depan Kaabah

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 356 hits
Wabak Covid 19 yang melanda hampir seluruh negara di dunia ternyata memberikan perubahan besar dalam pelbagai segi kehidupan terutamanya di bulan Ramadan Kota suci Makkah yang selalunya dipenuhi dengan jutaan manusia di seluruh pelusuk duni...
Menteri Agama Ajak Umat Islam Shalat Idul Fitri Di Rumah Saja

Menteri Agama Ajak Umat Islam Shalat Idul Fitri Di Rumah Saja

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 312 hits
Menteri Agama Fachrul Razi mengajak umat Islam untuk melaksanakan sholat Idul Fitri 1441 Hijriah di rumah Sebab masih terjadi wabah virus corona Ramadan dan Idul Fitri tahun ini berada dalam suasana berbeda dengan tahun tahun sebelumnya seb...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp