Kenangan Sambut Raya Aidilfitri Pkp 2020



Sambut Raya Aidilfitri PKP 2020
Kenangan sambur raya di tahun 2020 merupakan tahun yang amat bermakna dan bakal dikenang sampai akhir hayat. Mana tidaknya, tahun 2020 menjadi tahun pertama aku dan keluarga sambut Raya tanpa keluarga dan beraya di Kuala Lumpur sahaja.

Bukan aku saja, satu Malaysia tak boleh balik kampung dan sambut raya macam biasa. Bayangkan memang dah jadi tradisi sejak dulu lagi, sambut raya dengan meriah, keluar beraya ke rumah kawan-kawan dan saudara mara tapi tahun 2020 kita dilarang untuk buat semua tu. Apa pun larangan tu untuk kebaikan kita juga.

Pastinya kisah-kisah bersejarah macam ni akan kita kenang dan kongsi dengan anak cucu satu hari nanti. In sha Allah. Sengaja coretkan kenangan aku satu keluarga sambut raya cara kami di musim PKP. Awalnya hati memang sedih, tapi lama kelamaan kita belajar redha. Nak sedih berpanjangan pun tak boleh sebab kasihankan anak-anak yang teruja sambut raya.



Persediaan Sambut Raya Aidilfitri
Persediaan sambut raya kali ni memang agak berlainan sebab kali ni semua kena urus dari awal hingga akhir. Kami suami isteri ambil keputusan untuk tidak beli baju raya dan pakai baju raya tahun sudah, manakala untuk anak-anak kami beli sepersalinan saja. Buat syarat gembirakan hati mereka. syukur baju aku beli dekat Shopee sampai tiga hari sebelum raya. Fiuh.

Menu raya pula aku dah plan awal dan beli barang basah seminggu sebelum raya jadi mana-mana barang yang tak cukup boleh cari sebelum raya. Ikut pengalaman memasak masa open house kami buat beberapa tahun sudah memang aku penat gila. Masak non-stop sebab semua masak last minute. Jadi kali ni raya aku plan sehabis baik, itupun masih penat nak kojol.

Masak rendang ayam dan rendang daging lebih sedikit sebab niat nak sedekah pada jiran sebelah menyebelah dan bawa ke rumah abang Ipar. Walaupun dibenarkan beraya rentas daerah di sekitar lembah Klang (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya) aku tetap penakut nak keluar beraya. Tak kemana pun kami, hanya beraya dia rumah abang Ipar yang 15 minit perjalanan dari rumah je.


Raya PKP 2020 Kami Tetap Meriah
Alhamdulillah aku bersyukur sangat walaupun raya kali ni berlainan tapi kami tetap berjaya sambut dengan meriah. Anak-anak memahami keadaan. Sehari sebelum raya kami habiskan masa dengan aktiviti potong daging, cuci ayam, suami anyam ketupat, siapkan bahan-bahan memasak, pasang pelita dan lampu raya.

Aku berjaya masak kuah kacang, rendang daging, rendang ayam dan rebus ketupat yang suami aku anyam malam raya. Esok pagi aku sambung panaskan makanan yang dah siap, iron baju dan sementara tunggu suami Solat Raya aku siapkan anak-anak.

Malam Raya aku dah buat panggilan video dengan mak di kampung. Alhamdulillah tak menangis. Siap semua baru keluar ke rumah abang Ipar. Sebelum tu dah ambil gambar satu keluarga walaupun banyak drama berlaku. Maklumlah anak-anak berada di fasa ingin tahu dan tak mahu dikongkong. 
Pertama kali cuba Burasak (dalam gambar bawah ni macam lepat yang dibalut daun pisang). Itu pun jiran yang bagi. Aku tak reti makan. 


Bila tengok semula video yang dirakam terasa bermakna sangat setiap saat dan detik kami bersama.
Adik aku ada datang menziarah malam tu dan terubat lah rindu adik beradik di hari raya. Nak raya lama-lama pun tak ada semangat, tapi cukuplah masa untuk bertanya khabar dan lepas rindu. Seronok.

Penutup Hari Raya Pertama kami bila semua tidur awal dari biasa. Walau tak keluar beraya dan masak hanya beberapa menu raya, tapi penat dia tu macam masak untuk kenduri kahwin. Aku tak sempat nak tengok rancangan di televisyen pun. Masa aku lebih banyak dihabiskan dia dapur, masak, basuh pinggan, kemas rumah. Bila raya di rumah ni penat dia tak boleh nak bincang. Semua kena buat sendiri walaupun suami hulurkan bantuan tapi tetap penat.

Apa pun Alhamdulillah Raya 2020 adalah raya yang bakal dikenang seumur hidup. Tak pasti sampai bila PKP ni, tak pasti tahun depan kita masih ada peluang sambut raya, masih panjang umur ataupun tidak. Itu semua rahsia Allah.

Rasanya belum terlambat nak ucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitiri” kepada semua pembaca blog rodiahamir, kawan-kawan yang mengenali yang sentiasa menyokong aku. Terima kasih. Ampunkan segala kesalahan dalam pertutura n dan juga penulisan yang aku sedar mahupun tidak. Jaga diri.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2020/05/kenangan-sambut-raya-aidilfitri-pkp-2020.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambut Raya Di Kl Sahaja Sebabkan Pkp Aidilfitri 2020

Sambut Raya Di Kl Sahaja Sebabkan Pkp Aidilfitri 2020

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 414 hits
Tahun ni raya norma baru Tak dibenarkan balik kampung uwaaaa touching benornya tapi tahan tahan tak nak melimpah air mata ni di pagi Syawal haha Jadi kita chill chill sambut raya di KL saja Semua disebabkan pandemik COVID 19 yang tengah han...
Salam Aidilfitri 2020 Raya Dalam Pkp Mco

Salam Aidilfitri 2020 Raya Dalam Pkp Mco

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 448 hits
SALAM AIDILFITRI 2020 RAYA DALAM PKP MCO Allahu raya tahun 2020 ini antara tahun yang lain dari lain Norma baharu yang perlu kita hadapi Walau raya dalam mood PKP MCO mummy bersyukur kerana sebahagian besar keluarga kami semuanya duduk deka...
Khutbah Raya Aidilfitri 2020 Ringkas

Khutbah Raya Aidilfitri 2020 Ringkas

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 871 hits
Ini adalah teks khutbah Raya Aidilfitri ringkas Khutbah ini boleh dibaca oleh ketua keluarga setelah selesai solat sunat Aidilfitri Apa yang menarik Masa yang dijangkakan untuk menyelesaikan bacaan khutbah ringkas ini adalah 10 minit sahaja...
Ini 10 Iklan Hari Raya Aidilfitri 2020 Yang Akan Naikkan Semangat Raya Korang Tahun Ini

Ini 10 Iklan Hari Raya Aidilfitri 2020 Yang Akan Naikkan Semangat Raya Korang Tahun Ini

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 572 hits
Lagu lagu raya sudah mula dimainkan di radio radio dan juga televisyen itu bermakna tak lama lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri Seperti kebiasaan kita pasti disajikan dengan iklan raya dari syarikat syarikat besar yang sangat kr...
5973 Aktiviti Sesi Rakaman Program Raya Aidilfitri Bicara Pengguna Rtm Ppim 17 05 2020

5973 Aktiviti Sesi Rakaman Program Raya Aidilfitri Bicara Pengguna Rtm Ppim 17 05 2020

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 675 hits
Sesi rakaman bual bicara Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi bersama RTM dalam rancangan Bicara Pengguna yang akan disiarkan sempena program Raya Aidilfitri nanti
Aidilfitri Tahun 2020 Di Perantauan Covid 19 Mengubah Cara Raya Kita

Aidilfitri Tahun 2020 Di Perantauan Covid 19 Mengubah Cara Raya Kita

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 508 hits
As Salam Salam Aidilfitri Dari Perantauan Alahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Alhamdulillah Bersyukur atas segala kurniaan Allah yang tidak bertepi buat saya dan anda semua atas segala kesihatan tubuh badan rezeki yang melimpah kekuatan meng...
Perutusan Aidilfitri Sambut Hari Raya Kekalkan Penjarakan Sosial Anwar

Perutusan Aidilfitri Sambut Hari Raya Kekalkan Penjarakan Sosial Anwar

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 411 hits
Peruntuan Hari Raya Aidilfitri Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat Malaysia dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri agar tidak lupa wabak maut Covid 19 yang masih mengganas Beliau berpesan rakyat agar meneruskan pembatas...
Potret Sejadah Biru Ashraf Sinclair Buat Ramai Sebak Ketika Bcl Keluarga Sambut Hari Raya Aidilfitri

Potret Sejadah Biru Ashraf Sinclair Buat Ramai Sebak Ketika Bcl Keluarga Sambut Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 497 hits
Bunga Citra Lestari atau BCL menyambut lebaran tahun ini tanpa kehadiran suaminya Ashraf Sinclair Potret Sejadah Biru Ashraf Sinclair Buat Ramai Sebak Ketika BCL Keluarga Sambut Hari Raya Aidilfitri
Panduan Solat Raya Di Rumah Dan Sop Sambut Aidilfitri Semasa Pkpb

Panduan Solat Raya Di Rumah Dan Sop Sambut Aidilfitri Semasa Pkpb

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 763 hits
YAB Perdana Menteri pada 10 Mei 2020 mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020 Ini bermakna semua peraturan dan Standard Operational Procedure yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB sebelum ini akan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba