Penggunaan Katil Di Hospital Di Lembah Klang Lebih 85 Peratus


azrulhakimie

KKM laksana langkah afirmatif tangani keadaan luar jangka KUALA LUMPUR – Kadar penggunaan katil pesakit termasuk ‘repurpose bed’ (katil yang diubah suai) di hospital-hospital di Lembah Klang kini melebihi 85 peratus, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata mengambil kira keperluan katil tambahan, khususnya di unit rawatan rapi (ICU), Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan beberapa langkah afirmatif segera untuk menangani keadaan luar jangka kedatangan atau rujukan pesakit yang tinggi ke hospital-hospital kementerian di Lembah Klang, terutamanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Antaranya ialah meluaskan lagi penyumberluaran pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta bagi membolehkan HKL menerima dan merawat lebih ramai pesakit COVID-19.
Selain itu, kapasiti katil ICU dan bukan ICU termasuk peralatan dan kemudahan seperti alat bantuan pernafasan di hospital KKM dan Hospital Pengajar Universiti seperti Hospital Pakar Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM), Hospital Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Hospital Universiti Teknologi MARA (UiTM), akan ditingkatkan bagi menerima serta merawat lebih ramai pesakit COVID-19.
“Turut dilaksanakan ialah memberi penugasan semula sementara kepada petugas kesihatan merangkumi pakar perubatan dan anggota paramedik dari negeri tertentu, bagi menyokong perkhidmatan di hospital KKM dan Hospital Pengajar Universiti yang memerlukan petugas kesihatan tambahan untuk merawat pesakit COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Adham berkata langkah lain ialah mengoptimumkan sumbangan sukarelawan dan pelajar kejururawatan tahun akhir daripada Institut Latihan KKM yang sedang menjalani latihan praktikal bagi membantu petugas kesihatan seperti di pusat pemberian vaksin (PPV), manakala sebahagian jururawat berpengalaman di PPV dan pusat saringan COVID-19 ditugaskan semula bagi menyokong penyampaian perkhidmatan di hospital KKM.
“Menerusi langkah-langkah afirmatif ini, KKM berharap tekanan tinggi yang diterima oleh pihak hospital untuk menerima dan merawat pesakit COVID-19 dapat dikurangkan dari semasa ke semasa, serta negara dapat segera mencapai pemulihan,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Adham berkata daripada keseluruhan kes COVID-19 yang dikendalikan oleh HKL, sebanyak 71 peratus adalah pesakit COVID-19 kategori tiga hingga lima, manakala bakinya pesakit COVID-19 kategori satu dan dua.
Berdasarkan rekod terkini, Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL menerima 60 hingga 70 pesakit COVID-19 sehari dengan purata tiga pesakit kategori empat dan lima yang memerlukan bantuan alat pernafasan selain perlu dirawat di ICU.
Beliau menjelaskan jumlah kedatangan atau rujukan pesakit yang tinggi ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL sebagai hospital rujukan berstatus Hibrid COVID-19, iaitu menerima pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19, ditangani dengan penyediaan dan penggunaan katil tambahan, manakala pesakit COVID-19 yang telah stabil dipindahkan ke Hospital Rehabilitasi Cheras dan Institut Perubatan Respiratori.
Menurutnya, jumlah kedatangan atau rujukan pesakit COVID-19 yang semakin meningkat ke hospital KKM di Lembah Klang ditangani dengan kerjasama Hospital Sungai Buloh yang kini berstatus Hospital COVID-19 serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) yang turut mengendalikan sementara pesakit COVID-19 hingga kategori empat sebelum dipindahkan ke hospital.
“KKM juga bekerjasama dengan HPKK UKM, Hospital UPM, Hospital UiTM dan Hospital Angkatan Tentera Malaysia untuk menerima serta merawat kes pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19,” kata Dr Adham. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/penggunaan-katil-di-hospital-di-lembah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Di India Ini Malaysia Doktor Kongsi Video Luluh Hati Tengok Situasi Terkini Hospital Di Lembah Klang

Bukan Di India Ini Malaysia Doktor Kongsi Video Luluh Hati Tengok Situasi Terkini Hospital Di Lembah Klang

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 385 hits
Bimbang dengan nasib petugas barisan hadapan selain fasiliti perkhidmatan yang dilihat semakin meruncing seorang doktor berkongsi satu video di laman Facebook memaparkan situasi terkini di sebuah hospital di Lembah Klang Menerusi posting di...
Perang Bendung Covid 19 Tertumpu Lembah Klang Kata Kp Kesihatan

Perang Bendung Covid 19 Tertumpu Lembah Klang Kata Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 236 hits
Perang bendung Covid 19 tertumpu Lembah Klang kata KP kesihatan nbsp Dikemas kini 5 jam yang lalu Diterbitkan pada 11 Jul 2
Health Minister Klang Valley Hospital Bed Capacity Past 85pct Usage

Health Minister Klang Valley Hospital Bed Capacity Past 85pct Usage

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 402 hits
Health Minister Dr Adham Baba today said current hospital bed capacity including repurposed beds in Klang Valley hospitals have passed 85 percent usage Taking into account the need to set up more beds including in the intensive care unit Ad...
Klang Hospital Shuts Down Outpatient Services To Prioritise Covid 19 Patients

Klang Hospital Shuts Down Outpatient Services To Prioritise Covid 19 Patients

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 328 hits
The Tengku Ampuan Rahimah Hospital in Klang has shut down its outpatient services effective yesterday in preparation to manage Covid 19 patients Hospital director Dr Zulkarnain Mohd Rawi said among the services affected included its special...
Senarai Food Bank Petronas Shell Di Lembah Klang

Senarai Food Bank Petronas Shell Di Lembah Klang

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 364 hits
Senarai food bank Petronas Shell di Lembah Klang Senarai food bank di stesen minyak Petronas dan Shell sekitar Lembah Klang KES Covid 19 dalam negara masih lagi tinggi dan kerajaan juga sedaya upaya sedang menurunkan angka ini serendah yang...
Lembah Klang Catat Kes Sporadik Tertinggi Di Malaysia

Lembah Klang Catat Kes Sporadik Tertinggi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 349 hits
Oleh SITI A ISYAH SUKAIMI Lembah Klang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi terdedah kepada bahaya kes sporadik dengan kebanyakan kes Covid 19 tidak mempunyai gejalaPUTRAJAYA Lembah Klang meliputi Kuala Lumpur pinggir bandar dan bandar ...
Lonjakan Kes Di Lembah Klang Kkm Tubuh Pasukan Bertindak Khas

Lonjakan Kes Di Lembah Klang Kkm Tubuh Pasukan Bertindak Khas

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 259 hits
Oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia membuat persediaan sebelum memberikan suntikan vaksin kepada sebahagian penduduk penduduk yang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Mentari Court Petaling Jaya ...
Covid 19 Saringan Bersasar Buru Individu Dijangkiti Di Lembah Klang

Covid 19 Saringan Bersasar Buru Individu Dijangkiti Di Lembah Klang

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 212 hits
Oleh Kaedah saringan bersasar dilihat lebih berkesan untuk dijadikan sandaran bagi memburu individu dijangkiti COVID 19 di Lembah Klang Foto NSTP KUALA LUMPUR Kaedah saringan bersasar dilihat lebih berkesan untuk dijadikan sandaran bagi mem...
Lapan Negeri Rekod Prestasi Pertumbuhan Lebih Baik Perangkaan

Lapan Negeri Rekod Prestasi Pertumbuhan Lebih Baik Perangkaan

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 206 hits
AGENDA DAILY Jabatan Perangkaan Malaysia Prestasi ekonomi semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan mencatatkan pertumbuhan negatif pada 2020 tetapi lapan daripadanya merekodkan kadar pertumbuhan yang lebih baik berbanding penyusutan 5 6 pe...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya

Kitshafiq Rumah Tanpa Pintu Chord

Pyanhabib Kisah Sepotong Telur Dadar Dan Gulai Nangka Bulan Ramadan

Confirmed Ram Will Produce A Mid Size Pickup Truck In 2027

Breaking News Citroen May Reintroduce The 2cv