Makan Tujuh Jenis Laksa Di Maklang By Ilham Ceramic Langkawi


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, baru-baru ini berkesempatan mengikuti satu program Fam Trip di Langkawi selama 5 hari 4 malam. Banyak tempat kami singgah dan lawati dan kali ini aku nak kongsikan salah satu 'hidden cafe' di Langkawi yang mana penduduk Langkawi sendiri ramai yang tak tahu iaitu MakLang by Ilham Ceramic

{tocify} $title={KANDUNGAN}
MAKAN TUJUH JENIS LAKSA DI MAKLANG BY ILHAM CERAMIC, LANGKAWI !
Laksa, merupakan salah satu menu yang menjadi kegemaran seisi keluarga aku. Dibesarkan di bahagian utara Malaysia, sudah pastinya laksa yang menjadi kegemaran aku adalah laksa utara, tak kisah sama ada laksa penang atau laksa kedah

Alhamdulillah, persinggahan kami untuk makan tengahhari di MakLang adalah satu perkara yang aku sangat hargai kerana menu utama di sini adalah 7 pilihan laksa. Ya, tujuh. Tapi apakah menu tujuh laksa tersebut? Adakah laksa-laksa dari seluruh Malaysia? In shaa Allah aku akan perkenalkan tiap satunya serta menceritakan pengalaman di MakLang by Ilham Ceramic atau juga dikenali sebagai Cafe MakLang 1952

PENGENALAN MAK LANG BY ILHAM CERAMIC
MakLang by Ilham Ceramic ini merupakan sebuah kafe unik, terletak di Kampung Bendang Baru, Langkawi. Memulakan operasi secara rasminya pada 1 Februari 2023 yang lalu, sebenarnya bagaimana terwujudnya kafe ini mempunyai kisah unik yang tersendiri

Menurut pengasasnya, Encik Mohammad Radzi, semuanya bermula ketika pandemik Covid-19 yang melanda. Ilham Ceramic Studio merupakan sebuah tempat menghasilkan barangan tembikar dan turut mengadakan kelas kepada mereka yang berminat, apabila Covid-19 melanda, ramai pelancong asing yang ter'perangkap' di pulau Langkawi dan mula mengambil kelas penghasilan tembikar

Apabila mereka bertanyakan tentang tempat makan dan sebagainya, idea untuk menyediakan sendiri tempat membeli makan kepada pelajar-pelajar mula dihasilkan. Alhamdulillah, melalui beberapa vendor makanan sehinggalah seterusnya terhasilnya Maklang by Ilham Ceramic

Galeri Pameran dan Jualan / Ilham Ceramic Studio
Dengan slogan 'Selera Bonda Nenda' , MakLang by Ilham Ceramic ini menawarkan menu dan resipi turun temurun daripada generasi ke generasi. Disoal tentang siapakah MakLang, Encik Mohammad Radzi memberitahu bahawa MakLang merupakan ibu beliau sendiri iaitu Puan Barishah Hussein, yang dikenali di seluruh kampung dengan gelaran MakLang

SUASANA DI CAFE MAKLANG 1952
Kafe MakLang ini sebenarnya sangat comel, bersaiz sederhana dan terdapat tempat duduk di dalam dan juga diluar kafe. Didekorasikan dengan dekorasi klasik dan antik melayu, memang suasana di dalammnya sangat menenangkan

Selain itu, dimainkan juga lagu klasik melayu, membuatkan kita terbuai-buai sambil menikmati hidangan yang lazat. Bercakap pasal hidangan, mesti anda tak sabar nak ketahui tentang hidangan yang tersedia di sini, bukan


SENARAI MENU PILIHAN DI MAKLANG BY ILHAM CERAMICAlhamdulillah, sekarang tibalah masanya untuk aku ceritakan tentang pilihan hidangan yang enak di MakLang by Ilham Ceramic. Di sini ditawarkan pelbagai jenis menu, daripada menu sarapan, makan tengahhari sehinggalah menu minum petang. Menariknya di sini adalah terdapatnya tujuh jenis laksa yang disediakan untuk pilihan tetamu/ pelanggan

Laksa Biasa

Laksa Udang
Laksa Isi Ketam

Laksa Kepah
Laksa Campur
Laksa Telur Goreng
Laksa Sambal Sotong
Jadi apa pilihan anda? Antara tujuh jenis laksa ini, yang mana menjadi pilihan anda? Aku sendiri pun tak tahu nak pilih yang mana satu sebab semuanya nampak sedap dan menyelerakan. Alhamdulillah, aku sempat mencuba kesemuanya dan masing-masing mempunyai keunikan tersendiri. 
Untuk laksa-laksa ini, bagi aku yang paling penting adalah kuahnya. Alhamdulillah, kuah laksa di sini memang sangat pekat dan kaya dengan isi ikan! Memang sedap betul

Okay, untuk anda yang mungkin tak minat dengan laksa (kenapa tak minat laksa?) anda boleh memilih untuk makan menu set nasi. Ada set nasi lemak dan juga set nasi putih


Memang nampak sedap set nasi ini, tapi aku tak dapat nak mencuba kerana perut telah dipenuhi dengan laksa. Menurut rakan-rakan aku yang mencubanya, memang sedap dan udang masak lemaknya memang betul-betul 'kick'

HARGA MENU DI MAKLANG BY ILHAM CERAMIC
Berikut adalah harga bagi menu makanan dan juga minuman di MakLang by Ilham Ceramic. Alhamdulillah, bagi aku harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan saiz hidangannya yang besar dan rasanya yang memang terbaik. 
Untuk hari-hari biasa, kafe MakLang ini dibuka setiap hari kecuali hari khamis dan jumaat, waktu operasinya bermula jam 8 pagi sehingga jam 6 petang. Untuk bulan Ramadan, MakLang by Ilham Ceramic ini tidak beroperasi untuk memberi laluan kepada bulan puasa.                                                                                                                        SEKIANMAKLANG BY ILHAM CERAMIC 

LOKASI : No33 (150A) Kg. Bendang Baru, Kampung Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
WAKTU OPERASI : Sabtu - Rabu (11am - 6pm)
FACEBOOK : https://www.facebook.com/profile.php?id=100089818930983INSTAGRAM : https://www.instagram.com/maklang1952/

QTT Fam Trip ke Langkawi/Tuba telah dianjurkan pada 2 Mac 2024  sehingga 6 Mac 2024 oleh QTT Group Plt dengan kolaborasi bersama LADA, Jupeter Holidays dan dibantu oleh KembaRojak.

QTT Group Plt dan Kola global Travel Sdn Bhd menawarkan pakej 'Nature-Based Travelers 2MY' dimana mereka akan mengatur dan menyusun itinerari yang menarik, unik serta menampilkan tempat-tempat menarik di Malaysia

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi mereka di +60174079734 atau +60193036008, atau email di [email protected] dan guna kod rujukan ini : QTTNBT-02  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2024/03/review-makan-maklang-by-ilham-ceramic-lagkawi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Makan Makan Di Red Spice Quayside Mall

Jom Makan Makan Di Red Spice Quayside Mall

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 437 hits
Red Spice Quayside Mall Anda pernah ke Quayside Mall Mall yang cantik dengan dekorasi flamingo ni menawarkan banyak tempat makan best Antara tempat makan pilihan CN dan keluarga adalah Red Spice Jom makan makan di Red Spice Quayside MallPel...
Video Ditanya Program Makan Siang Gratis Siswi Smp Jawab Jujur Buncisnya Masih Keras

Video Ditanya Program Makan Siang Gratis Siswi Smp Jawab Jujur Buncisnya Masih Keras

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 174 hits
Mantan Bupati Tangerang Ahmed Zaki menggelar simulasi program makan siang gratis di SMPN 2 Curug
Video Ini Penampakan Menu Makan Siang Gratis Harga Rp15 000 Anak Buah Jokowi Langsung Uji Coba

Video Ini Penampakan Menu Makan Siang Gratis Harga Rp15 000 Anak Buah Jokowi Langsung Uji Coba

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 153 hits
Progam makan siang gratis Prabowo Subianto Gibran Rakabuming Raka mulai diujicoba perdana Presiden Jokowi melalui Kementerian Koordinator Bidang Perekonomian
Macam Ditanam Hidup Hidup Tak Boleh Nak Cari Makan Langsung Enot

Macam Ditanam Hidup Hidup Tak Boleh Nak Cari Makan Langsung Enot

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 143 hits
Pelakon dan pelawak Enot mengakui hidupnya kini sukar kerana sudah tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon daripada mana mana produksi Ujar Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah 48 dia tidak tahu mana silapnya namun tidak menolak k...
Tak Berkira Suap Makan Cium Ramai Puji Layanan Baik Song Jihyo Buat Peminat

Tak Berkira Suap Makan Cium Ramai Puji Layanan Baik Song Jihyo Buat Peminat

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 299 hits
Rasanya ramai yang suka Song Ji hyo kerana wanita itu langsung tak memilih dengan peminat ARTIKEL BERKAITAN Terbaru beberapa video melibatkan pelakon wanita itu telah tular di media sosial Ianya mengandungi interaksi antaranya dan peminat l...
Program Makan Siang Gratis Mulai Dibahas Pdip Upaya Bangun Skenario Pemilu Sudah Selesai

Program Makan Siang Gratis Mulai Dibahas Pdip Upaya Bangun Skenario Pemilu Sudah Selesai

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 159 hits
Padahal rekapitulasi baru dilakukan Ini tentu saja menyentuh aspek aspek hukum dan aspek etika dari penyelenggara negara
Selepas Tujuh Tahun Dari Musim Pertama Pasangan Romantik Fattzura Bakal Kembali Kali

Selepas Tujuh Tahun Dari Musim Pertama Pasangan Romantik Fattzura Bakal Kembali Kali

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 259 hits
Selepas tujuh tahun dari musim pertama pasangan romantis FattZura is back Kali ni depa angkut sekali anak depa yang comel tu Hero Seorang Cinderella 2 sinopsis Tengku lan dan Nura Medina telah berkahwin selama lima tahun Mereka berdua dikur...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Loko Pemuda Chord

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Tulis Karangan Gempak

Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery