Pengarah Eksekutif Sapura Dibayar Rm983 Juta Bukti Jelas Bagaimana Glc Di Malaysia Rugi Memanjang


Sejak hilang kuasa dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana bersalah menyeleweng dana pencen rakyat, Dato' Seri Najib Tun Razak ghairah cuba bersuara dalam semua perkara kononnya untuk menjadi hero rakyat.



Catatan: Syarikat MAS suatu ketika dahulu adalah contoh terbaik, bagaimana syarikat GLC boleh rugi besar sedangkan Air Asia mampu mencatat keuntungan. Bayaran kepada pengarah lantikan politik menjahanamkan segala-galanya.

Terbaru, dia mengusulkan supaya Kerajaan Persekutuan campur tangan dengan mengarahkan institusi milik rakyat seperti PETRONAS, Khazanah atau Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk menyelamatkan Sapura Energy Berhad (Sapura) yang berdepan masalah kewangan.

Apabila saya bersuara bahawa sebarang usaha untuk menyelesaikan kemelut kewangan Sapura tidak boleh melibatkan wang rakyat, seperti biasa Najib menimbulkan isu kerugian wang rakyat (melalui pegangan PNB di dalam Sapura), kehilangan kerja, kerugian vendor dan pinjaman bank kepada Sapura.

Pada dasarnya, sebarang permasalahan kewangan mana-mana syarikat korporat tidak boleh melibatkan wang rakyat kerana ia bakal mewujudkan budaya urus tadbir (corporate governance) yang lemah.

Sekiranya syarikat-syarikat swasta ada talian hayat (dengan diselamatkan oleh wang rakyat) setiap kali mereka berdepan dengan masalah kewangan, tidak ada insentif dan pertanggungjawaban (accountability) untuk syarikat-syarikat swasta menguruskan perniagaan mereka dengan cermat, bijak dan berdaya saing.

Tambah pula, dalam hal ini, beberapa rekod kewangan Sapura sejak sedekad lalu banyak mengundang kontroversi terutamanya berhubung bayaran kepada pengarah-pengarah eksekutifnya (yang juga mewakili beberapa pemegang saham terbesar Sapura).

Rekod kewangan Sapura yang diaudit bagi tahun-tahun kewangan 2009 hingga 2021 menunjukkan pecahan bayaran-bayaran berikut (dibundarkan kepada juta yang terdekat, jika berkenaan):


Selain gaji, bonus dan upah kepada pengarah eksekutif yang mencecah ratusan ribu ringgit setiap hari:
2013: RM123,351 sehari 2014: RM313,422 sehari 2015: 245,893 sehari 2016: 250,693 sehari 2017: RM242,970 sehari 2018: RM102,321 sehari 2019: RM35,693 sehari 2020: RM26,293 sehari 2021: RM16,586 sehari
Pengarah eksekutif juga dibayar dalam bentuk lain, iaitu:
Sewa tahunan yang dibayar oleh Sapura kepada syarikat yang berkaitan (dimiliki oleh) pengarah eksekutif (dan pemegang saham yang mereka wakili). Sejumlah RM149 juta dibayar sebagai sewa dalam tempoh 2013 hingga 2021. Yuran harta intelek (IP) sebanyak RM439 juta dalam tempoh 2013 hingga 2021. Saya difahamkan bayaran ini adalah yuran bagi membolehkan Sapura Energy Berhad menggunakan nama "Sapura" yang dilesenkan oleh pemegang saham (yang diwakili pengarah eksekutif).
Dalam tempoh yang sama (2009 hingga 2021), Sapura membayar dividen kepada pemegang-pemegang saham sebanyak RM683 juta.

Analisis kewangan ini (bagi tempoh 2009 hingga 2021) menunjukkan perkara-perkara berikut:
Sapura membayar pengarah eksekutif tertentu (yang mewakili pemegang saham majoriti) sebanyak RM1.1 bilion sedangkan keuntungan yang dipulangkan kepada pemegang saham sebagai dividen hanyalah RM683 juta. Dari jumlah RM683 juta itu, sekitar 35% dividen dibayar kepada pemegang saham majoriti yang diwakili oleh pengarah eksekutif yang mengetuai Sapura.Oleh itu, anggaran bayaran keuntungan kepada pemegang saham majoriti (yang diwakili pengarah eksekutif) dalam bentuk gaji, sewa, yuran harta intelek dan dividen adalah sekitar RM1.33 bilion berbanding hanya RM440 juta yang diagihkan kepada pemegang saham lain seperti PNB dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP). Nisbah keuntungan yang dikaut oleh pemegang saham terbesar yang diwakili pengarah eksekutif adalah sekitar tiga (3) kali ganda berbanding yang diagihkan kepada pemegang saham lain yang dimiliki rakyat.
Semua ini berlaku semasa Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib memikul amanah memberi hala tuju dan memastikan institusi dana rakyat seperti PNB dan KWAP mendapat nilai yang terbaik dari pelaburan mereka.

Malangnya, 90% (atau RM983 juta) dari bayaran RM1,096,717,000 (dalam bentuk gaji, upah, sewa dan yuran harta intelek) kepada pengarah eksekutif yang secara jelas tidak adil kepada PNB dan KWAP berlaku dalam tempoh Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan iaitu 2009 hingga 2018.

Semasa dia ada kuasa dan pengaruh untuk memastikan ribuan kakitangan Sapura tidak terjejas periuk nasi mereka, untuk memastikan syarikat kecil yang menjadi vendor Sapura mendapat bayaran dan pelaburan rakyat mendapat pulangan yang sewajarnya, di mana suara Najib ketika itu?

Saya ingin mengambil peluang ini untuk menunjukkan bagaimana Najib hanya mengambil kesempatan menembak dalam semua isu kononnya untuk menjadi ter-paling wira rakyat demi menyelamatkan dirinya yang sudah dijatuhkan hukuman penjara.

Hipokrasi Najib ini tidak sewajarnya dibiarkan berterusan dan rakyat harus dibentangkan dengan fakta-fakta untuk menunjukkan hipokrasinya.

Pada masa yang sama, saya juga akan membentangkan beberapa kaedah yang boleh dipertimbangkan untuk memastikan Sapura keluar dari kemelut kewangan sekarang dan mengelakkan ribuan kakitangannya kehilangan kerja.

RAFIZI RAMLI
31 Mac 2022

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Lantikan Politik GLC Rasuah Yang Menjahanamkan Negara!'Parti Apa Aku Dapat' Sindiran Sinis Tun Mahathir Kepada Rasuah 'Halal' Di Malaysia
sumber: shahbudindotcom



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/04/emolumen-pengarah-lantikan-politik-punca-glc-rugi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Pengarah Eksekutif Sapura Terima Rm983 Juta Ketika Najib Jadi Pm

Rafizi Pengarah Eksekutif Sapura Terima Rm983 Juta Ketika Najib Jadi Pm

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 168 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata Pengarah Eksekutif Sapura Energy Bhd menerima kira kira RM983 juta dalam pelbagai bentuk bayaran daripada 2009 hingga 2018 ketika Najib Razak menjadi Perdana Menteri Bekas Ah...
Rafizi Ramli Mana Suara Najib Ketika Bekas Ceo Sapura Dibayar Rm983 Juta

Rafizi Ramli Mana Suara Najib Ketika Bekas Ceo Sapura Dibayar Rm983 Juta

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 182 hits
RAFIZI RAMLISejak hilang kuasa dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana bersalah menyeleweng dana pencen rakyat Dato Seri Najib Tun Razak ghairah cuba bersuara dalam semua perkara kononnya untuk menjadi hero rakyat Terbaru dia mengusu...
10 6 Juta Pelabur Asb Rugi Rm4bilion Jika Sapura Energy Bankrap Wacanakini 25 03 2022

10 6 Juta Pelabur Asb Rugi Rm4bilion Jika Sapura Energy Bankrap Wacanakini 25 03 2022

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 305 hits
KUALA LUMPUR Amat mengejutkan apabila tular di media sosial gaji CEO Sapura Energy sebuah konglomerat minyak dan gas antara terbesar di rantau ini dikatakan menerima gaji RM200 000 sehari Menurut kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia ...
Bukti Lebih Jelas Sebab Pengarah Sendiri Akui Duit Masuk Tapi Najib Belum Lai Masuk Masuk

Bukti Lebih Jelas Sebab Pengarah Sendiri Akui Duit Masuk Tapi Najib Belum Lai Masuk Masuk

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 223 hits
Bekas pengarah 1MDB setuju RM2 28 bilion masuk akaun Najib April 7 2022 Bekas pengarah 1MDB Ismee Ismail berkata beliau tidak meletakkan jawatan daripada lembaga pengarah kerana mempunyai tahap kepercayaan tinggi terhadap Najib Razak ketika...
Sapura Only Became A Glc In 2019 Najib Tells Rafizi

Sapura Only Became A Glc In 2019 Najib Tells Rafizi

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 173 hits
Najib asked Rafizi why he did not speak out when the Pakatan Harapan government injected some RM2 7 billion in funds into Sapura in 2019 making Putrajaya the biggest shareholder This he said was despite PH knowing that the wages of its form...
Mysejahtera Jumlah Yang Akan Dibayar Kerajaan Bawah Rm300 Juta Kj

Mysejahtera Jumlah Yang Akan Dibayar Kerajaan Bawah Rm300 Juta Kj

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 152 hits
Jumlah yang akan dibayar kerajaan akan jauh lebih rendah berbanding RM338 6 juga untuk lesen aplikasi MySejahtera kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Khairy berkata kerajaan kini masih berunding dengan MySJ Sdn Bhd berhubung terma perj...
Terpotong Kepala Alat Sulit Ketika Berkhatan Pemuda Diberi Ganti Rugi Rm3 1 Juta

Terpotong Kepala Alat Sulit Ketika Berkhatan Pemuda Diberi Ganti Rugi Rm3 1 Juta

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 516 hits
Terpotong kepala alat sulit ketika berkhatan pemuda diberi ganti rugi RM3 1 jutaFoto sekadar hiasanSeorang pemuda berumur 22 tahun yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan 12 tahun lalu memperoleh ganti rugi berjumlah RM3 1 juta...
Bekas Ceo Sapura Terima Gaji Lebih Rm17 Juta Setahun Kosmo 23 03 2022

Bekas Ceo Sapura Terima Gaji Lebih Rm17 Juta Setahun Kosmo 23 03 2022

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 260 hits
PETALING JAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia memandang serius apabila didedahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Energy Bhd meraih gaji sebanyak lebih RM17 juta setahun Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan PPIM berkata PPIM mend...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults