Terpotong Kepala Alat Sulit Ketika Berkhatan Pemuda Diberi Ganti Rugi Rm3 1 Juta


Terpotong kepala alat sulit ketika berkhatan, pemuda diberi ganti rugi RM3.1 juta


Foto sekadar hiasan

Seorang pemuda berumur 22 tahun yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan 12 tahun lalu, memperoleh ganti rugi berjumlah RM3.1 juta selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarkan tuntutan samannya terhadap kerajaan Malaysia dan empat lagi.


Turut dinamakan sebagai defendan dalam saman itu ialah pegawai perubatan dan pengarah Hospital Kuala Lipis di Pahang serta doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang di Selangor.


Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas memutuskan bahawa kesemua defendan telah melakukan kecuaian terhadap keadaan yang dialami oleh pemuda itu selaku plaintif.


Beliau berkata, mahkamah membenarkan ganti rugi khas seperti yang dinyatakan dalam pliding iaitu RM108,356, ganti rugi am RM2 juta, ganti rugi teruk RM500,000, ganti rugi teladan RM500,000 dan kos RM100,000 dibayar kepada plaintif oleh kesemua defendan.


Akhtar membuat keputusan itu dalam prosiding dalam talian menerusi aplikasi Zoom yang turut disertai peguam Mohamad Zainuddin Abu Bakar bagi pihak plaintif dan Peguam Persekutuan Saravanan Kuppusamy yang mewakili defendan.


Seramai tiga saksi plaintif dan lima saksi defendan memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula 22 September 2020.


Mohamad Zainuddin dan Saravanan ketika dihubungi pemberita mengesahkan keputusan hari ini.


Saravanan bagaimanapun berkata, pihaknya akan mendapatkan arahan lanjut sama ada mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.


Pada 20 Februari 2019, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan defendan untuk membatalkan saman itu.


Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Feb 2020 mengarahkan kes itu dibicarakan selepas membenarkan rayuan plaintif untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.


Pada 19 Julai 2018, plaintif memfailkan saman menerusinya ibunya dan mendakwa proses berkhatan pada 13 Disember 2010 adalah tidak mengikut prosedur ditetapkan apabila keseluruhan kepala alat sulitnya dipotong menyebabkan beliau mengalami kecacatan kekal apabila kemaluannya tidak dapat disambung semula.


Akibat kecacatan kekal itu, plaintif yang ketika kejadian berusia 10 tahun telah berubah sikap menjadi amat pendiam dan tidak suka berkawan dengan rakan sebaya.


Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2022/04/terpotong-kepala-alat-sulit-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengarah Eksekutif Sapura Dibayar Rm983 Juta Bukti Jelas Bagaimana Glc Di Malaysia Rugi Memanjang

Pengarah Eksekutif Sapura Dibayar Rm983 Juta Bukti Jelas Bagaimana Glc Di Malaysia Rugi Memanjang

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 257 hits
Sejak hilang kuasa dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana bersalah menyeleweng dana pencen rakyat Dato Seri Najib Tun Razak ghairah cuba bersuara dalam semua perkara kononnya untuk menjadi hero rakyat Catatan Syarikat MAS suatu keti...
Minta Rp470 Juta Untuk Isi Posisi Sekdes Kepala Desa Di Demak Masuk Bui

Minta Rp470 Juta Untuk Isi Posisi Sekdes Kepala Desa Di Demak Masuk Bui

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 159 hits
Seorang kepala desa di Kecamatan Guntur Kabupaten Demak M ditahan polisi Dia ditetapkan sebagai tersangka dugaan penipuan dan penggelapan Rp470 juta dengan modus menjanjikan korban diangkat menjadi sekretaris desa
Bomoh Halau Hantu Dari Alat Sulit Wanita

Bomoh Halau Hantu Dari Alat Sulit Wanita

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 425 hits
Kedua dua pesakit dan bomoh itu memberitahu bahawa mereka bersetuju agar upacara itu dilakukan YouTube BANGKOK Seorang wanita yang mendakwa terkena ilmu sihir pada bahagian alat sulitnya sejak 25 tahun lalu dilaporkan berjaya menghapuskan s...
15 Penyamun Guna Kayu Besbol Samun Kedai Alat Ganti Komputer

15 Penyamun Guna Kayu Besbol Samun Kedai Alat Ganti Komputer

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 294 hits
KAJANG Sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu besbol menyamun premis menjual peralatan komputer di Bandar Damai Perdana Cheras di sini Jumaat lalu Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya menerima laporan...
Bella Diberi Makan Ayam Goreng Busuk Cili Ketika Ramadan Kata Saksi

Bella Diberi Makan Ayam Goreng Busuk Cili Ketika Ramadan Kata Saksi

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 276 hits
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini KUALA LUMPUR Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella diberi makan seperiuk nasi yang dicurah ...
Detik Detik Boy William Buka Perban Lucinta Luna Hasil Ganti Kepala Bikin Syok

Detik Detik Boy William Buka Perban Lucinta Luna Hasil Ganti Kepala Bikin Syok

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 250 hits
Lucinta Luna belum lama ini melakukan operasi ganti kepala di Korea Selatan Hasilnya masih misterius Namun bersama Boy William akhirnya ia membuka perban di kepalanya dan hasil operasi pun sukses membuat syok Intip potretnya berikut ini
10 6 Juta Pelabur Asb Rugi Rm4bilion Jika Sapura Energy Bankrap Wacanakini 25 03 2022

10 6 Juta Pelabur Asb Rugi Rm4bilion Jika Sapura Energy Bankrap Wacanakini 25 03 2022

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 315 hits
KUALA LUMPUR Amat mengejutkan apabila tular di media sosial gaji CEO Sapura Energy sebuah konglomerat minyak dan gas antara terbesar di rantau ini dikatakan menerima gaji RM200 000 sehari Menurut kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia ...
Tokan Dadah Kena Tangkap Bawak Masuk Ganja Berkilo Kilo Nilai Rm3 3 Juta Tak Ulak Tunjuk Muka Fadzil

Tokan Dadah Kena Tangkap Bawak Masuk Ganja Berkilo Kilo Nilai Rm3 3 Juta Tak Ulak Tunjuk Muka Fadzil

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 193 hits
April 3 2022 Isu penahanan bekas penyanyi nasyid dan komposer terkenal Muhammad Yasin Sulaiman kerana disyaki memiliki dadah dan menanam pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara masih menjadi bualan serta perdebatan panas dikalangan ora...
Rafizi Ramli Mana Suara Najib Ketika Bekas Ceo Sapura Dibayar Rm983 Juta

Rafizi Ramli Mana Suara Najib Ketika Bekas Ceo Sapura Dibayar Rm983 Juta

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 201 hits
RAFIZI RAMLISejak hilang kuasa dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana bersalah menyeleweng dana pencen rakyat Dato Seri Najib Tun Razak ghairah cuba bersuara dalam semua perkara kononnya untuk menjadi hero rakyat Terbaru dia mengusu...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah