Mysejahtera Jumlah Yang Akan Dibayar Kerajaan Bawah Rm300 Juta Kj


 
Jumlah yang akan dibayar kerajaan akan jauh lebih rendah berbanding RM338.6 juga untuk lesen aplikasi MySejahtera, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata, kerajaan kini masih berunding dengan MySJ Sdn Bhd berhubung terma perjanjian lesen MySejahtera tetap memberi jaminan harganya “jauh lebih rendah” daripada RM338.6 juta.
“Saya boleh beritahu yang jumlah yang sedang kami runding dengan MySJ adalah lebih rendah daripada RM300 juta. Jauh lebih rendah.
“Kes mahkamah antara Entomo dan MySJ adalah sesuatu yang perlu diselesaikan oleh mereka, tiada kaitan dengan kerajaan.
“Jumlah yang mereka (MySJ) persetujui dengan Entomo (sebelum ini KPISoft Sdn Bhd) tiada kaitan dengan rundingan kerajaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kuala Lumpur hari ini.
Khairy berkata kerajaan masih tidak membuat pembayaran kepada mana-mana syarikat swasta ini.
Katanya, tiada kontrak antara kerajaan dengan Entomo ketika dia mula menjadi menteri kesihatan kerana syarikat itu menawarkan untuk membangunkan dan menyelia perkhidmatan aplikasi sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Justeru, Khairy berkata dia memutuskan untuk mengadakan persetujuan menerusi kontrak secara formal dengan pembangun aplikasi itu, untuk menghalang sebarang caj di masa depan jika kerajaan ingin menambah lebih banya modul di dalamnya.
Namun kerajaan kemudian dimaklumkan Entomo telah menjual lesen aplikasi MySejahtera peada MySJ Sdn Bhd.
Maka, kerajaan kini dalam rundingan berkenaan aplikasi MySejahtera, kata Khairy lagi.
“Sekarant kerajaan dalam peringkat perbincangan dengan MySJ untuk langkah ke hadapan, penyelenggaraan platform itu.
“Kalau mereka tak setuju untuk MySejahtera dimiliki kerajaan, kecuali untuk platform tertentu yang memerlukan kod sumber, maka kita tidak akan teruskan perjanjian. Jadi sebab itu saya kata kita masih dalam perundingan,” katanya lagi.
Dia menegaskan rundingan hanya untuk perisian sebagai perkhidmatan (software as a service, SaaS) aplikasi itu. SaaS adalah perlesenan perisian dan model penyampaian di mana perisian dilesenkan secara langganan dengan hos berpusat di internet.
Khairy menegaskan data peribadi dalam aplikasi itu sentiasan dimiliki dan dijaga kerajaan, terutama di bawah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Majlis Keselamatan Negara menerusi perjanjian kerahsiaan dengan syarikat terlibat.
Syarikat tersebut hanya dilibatkan untuk menyelenggara perkhidmatan MySejahtera, katanya lagi.
“Data selamat sebab data ini semuanya dikawal selia oleh KKM. Kita tak beri kebenaran kepada mana-mana pihak.
“Data ini tidak dikongsi kepada pihak swasta. Semuanya hanya digunakan untuk tujuan kesihatan awam oleh KKM saja,” katanya.
Sebaik rundingan kontrak antara kerajaan dan MySJ selesai, Khairy memberi jaminan orang ramai akan dimaklumkan berkenaannya.
Jika rundingan tidak mencapai kata sepakat, dia berkata ada kemungkinan vendor lain akan dipilih kerana data yang terbabit masih di bawah kawalan kerajaan.
Terdahulu, dokumen mahkamah mendedahkan bahawa Entomo bersetuju untuk memindahkan harta intelek dan lesen perisian MySejahtera kepada MySJ menerusi perjanjian berjumlah RM338.6 juta yang akan terpakai sehingga akhir 2025.
Ia mencetuskan kebimbangan berkenaan penjualan aplikasi itu kepada sektor swasta yang menurut sesetengah pihak akan membawa kepada ancaman keselamatan negara dan pencabulan terhadap maklumat peribadi warga.
Khairy semalam menjelaskan keputusan kerajaan untuk melantik sebuah syarikat untuk menguruskan aplikasi MySejahtera tidak bermaksud aplikasi itu dijual dan data yang dikumpul adalah selamat.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/mysejahtera-jumlah-yang-akan-dibayar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mulai April Dua Juta Penerima Vaksin Sinovac Berisiko Hilang Status Lengkap Di Mysejahtera

Mulai April Dua Juta Penerima Vaksin Sinovac Berisiko Hilang Status Lengkap Di Mysejahtera

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 210 hits
KUALA LUMPUR Sekitar dua juta penerima dua dos vaksin COVID 19 keluaran Sinovac di Malaysia berisiko kehilangan status lengkap vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera bermula 1 April ini Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata unjuran itu ...
Rafizi Ramli Mana Suara Najib Ketika Bekas Ceo Sapura Dibayar Rm983 Juta

Rafizi Ramli Mana Suara Najib Ketika Bekas Ceo Sapura Dibayar Rm983 Juta

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 204 hits
RAFIZI RAMLISejak hilang kuasa dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana bersalah menyeleweng dana pencen rakyat Dato Seri Najib Tun Razak ghairah cuba bersuara dalam semua perkara kononnya untuk menjadi hero rakyat Terbaru dia mengusu...
Kerajaan Perlu Perjelas Sebab Jual Mysejahtera Kepada Swasta Tiada Tender

Kerajaan Perlu Perjelas Sebab Jual Mysejahtera Kepada Swasta Tiada Tender

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 197 hits
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan memberi jawapan segera berhubung penjualan aplikasi MySejahtera kepada syarikat swasta sebagaimana diputuskan Kabinet pada 26 November tahun lalu Pada 24 Mac lalu Jawatankuasa Kir...
Hiburan Mysejahtera Dimiliki Sepenuhnya Oleh Kerajaan Data Pengguna Adalah Rahsia Kj

Hiburan Mysejahtera Dimiliki Sepenuhnya Oleh Kerajaan Data Pengguna Adalah Rahsia Kj

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 214 hits
Kecoh di media sosial sejak beberapa hari ini apabila ada pihak yang mendakwa data pengguna aplikasi MySejahtera telah dijual kepada syarikat swasta Ini berikutan pendedahan beberapa individu mengenai data pengguna seperti alamat nombor kad...
Mysejahtera Milik Kerajaan Mengapa Sukar Ambil Alih Chang Lih Kang

Mysejahtera Milik Kerajaan Mengapa Sukar Ambil Alih Chang Lih Kang

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 172 hits
Sistem pemantauan kesihatan MySejahtera dinyatakan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Khairy Jamaluddin dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia Namun rakyat tertanya tanya mengapakah perundingan untuk mengambil alih sistem tersebut keliha...
Pengarah Eksekutif Sapura Dibayar Rm983 Juta Bukti Jelas Bagaimana Glc Di Malaysia Rugi Memanjang

Pengarah Eksekutif Sapura Dibayar Rm983 Juta Bukti Jelas Bagaimana Glc Di Malaysia Rugi Memanjang

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 257 hits
Sejak hilang kuasa dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana bersalah menyeleweng dana pencen rakyat Dato Seri Najib Tun Razak ghairah cuba bersuara dalam semua perkara kononnya untuk menjadi hero rakyat Catatan Syarikat MAS suatu keti...
Kakek Pemulung Di Banyuwangi Ditemukan Meninggal Di Bawah Jembatan

Kakek Pemulung Di Banyuwangi Ditemukan Meninggal Di Bawah Jembatan

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 157 hits
Seorang kakek bernama Matrawi ditemukan tewas tertelungkup di bawah jembatan Dam Klatak yang menjadi perbatasan antara Desa Gendoh dan Desa Temuguruh Kecamatan Sempu Banyuwangi Sabtu
Air Percuma Bagi Bil Bawah Rm30 Di Kelantan Sepanjang Ramadan

Air Percuma Bagi Bil Bawah Rm30 Di Kelantan Sepanjang Ramadan

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 217 hits
Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri berharap pemberian air percuma itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat yang akan menyambut Ramadan mulai 3 April ini PETALING JAYA Pengguna Air Kelantan Sdn Bhd tidak pe...
Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tumbuhan Parasit Yang Kelihatan Seperti Cendawan

Uk Real Estate Prices What S The Outlook For 2025

Parliamentary Services Council To Include 2 Opposition Reps

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Lawn Bowler Nor Farah Now World No 1