Bukti Lebih Jelas Sebab Pengarah Sendiri Akui Duit Masuk Tapi Najib Belum Lai Masuk Masuk


 

Bekas pengarah 1MDB setuju RM2.28 bilion masuk akaun Najib



V Anbalagan -April 7, 2022 
Bekas pengarah 1MDB Ismee Ismail berkata, beliau tidak meletakkan jawatan daripada lembaga pengarah kerana mempunyai tahap kepercayaan tinggi terhadap Najib Razak ketika itu.
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah 1MDB bersetuju dengan pihak pendakwaan hari ini bahawa sejumlah RM2.28 bilion dana milik syarikat berkaitan kerajaan itu akhirnya masuk ke dalam akaun bank peribadi Najib Razak antara 2011 dan 2014.
Ismee Ismail yang disoal balas pendakwa raya ad hoc, Gopal Sri Ram, bersetuju dengan perkara itu selepas beliau dibawa melalui beberapa carta yang menunjukkan aliran wang melalui proses berlapis.
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Najib sebelum ini, saksi pendakwaan ke-13 itu berkata, bekas perdana menteri itu tidak mendapat manfaat daripada projek dan pinjaman yang diambil oleh 1MDB.
Sri Ram: Ia telah dikemukakan kepada anda (oleh pembelaan) bahawa tertuduh tidak mendapat faedah atau ia dilakukan untuk kepentingan negara. Adakah anda ingin meneliti semula jawapan itu?

Ismee: Ya, daripada carta, sebahagian daripada dana masuk ke dalam akaun Najib.
Ketika prosiding di Mahkamah Tinggi hari ini, Sri Ram berkata, RM60.6 juta telah dimasukkan ke dalam akaun Najib di bank AmIslamic di sini antara Februari dan Jun 2011 dalam dua transaksi.
Beliau berkata, wang itu adalah daripada pengambilan RM5 bilion bon Islam yang diterbitkan oleh dana kerajaan negeri Terengganu Investment Authority (TIA), yang kemudiannya menjadi 1MDB.
Sri Ram berkata, wang itu datang daripada Good Star Ltd, iaitu sebuah syarikat yang dipercayai dimiliki oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
RM90.8 juta lagi daripada 1MDB Energy Ltd yang mula-mula disalurkan kepada Aabar Investments PJS Ltd (BVI) dan kemudian ke Blackstone Asia, iaitu sebuah syarikat yang dikawal oleh Low melalui rakan sekutunya, Tan Kim Loong.
Sri Ram berkata, RM90.8 juta itu masuk ke dalam akaun Najib antara Oktober dan November 2012 dalam dua transaksi.
Antara Mac dan April 2013 beliau berkata, RM2.08 bilion (USD681 juta) telah dimasukkan ke dalam akaun bekas perdana menteri melalui Tanore Finance Corporation.
Akhir sekali katanya, RM49.9 juta lagi dimasukkan ke dalam akaun Najib pada 2014.
Ismee adalah pengarah 1MDB antara 2009 dan 2016 dan ketua pegawai eksekutif Tabung Haji dalam tempoh sama.
Sri Ram juga bertanya kepada saksi apakah sikap lembaga pengarah 1MBD apabila arahan datang daripada Najib.
“Saya fikir ia bagus, terutama untuk usaha sama antara 1MBD dan PetroSaudi International (PSI), khususnya ketika saya menjadi ketua pegawai eksekutif Tabung Haji,” katanya.
Ismee berkata, beliau mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi terhadap Najib pada masa itu, dan itulah sebabnya beliau tidak meletakkan jawatan daripada lembaga pengarah 1MDB seperti yang dilakukan oleh pengerusinya ketika itu, Bakke Salleh, pada 2009.
Najib kini dibicarakan atas 25 pertuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa ke atas dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang didakwa disimpan dalam akaun peribadi AmBanknya antara Februari 2011 dan Disember 2014.
Perbicaraan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah bersambung.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/bukti-lebih-jelas-sebab-pengarah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Lai Chi Kang Mudah Buat Sendiri Lebih Puas

Resepi Lai Chi Kang Mudah Buat Sendiri Lebih Puas

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 292 hits
Air Lai Chi Kang sangat sesuai diminum ketika berbuka puasa kerana bahan bahan yang ada dapat menyejukkan badan Jom cuba resepi mudah yang dikongsi ini Bahan bahan untuk 4 5 orang 1 helai daun pandan 1 sudu besar barli 10 biji kurma merah 1...
Pengarah Eksekutif Sapura Dibayar Rm983 Juta Bukti Jelas Bagaimana Glc Di Malaysia Rugi Memanjang

Pengarah Eksekutif Sapura Dibayar Rm983 Juta Bukti Jelas Bagaimana Glc Di Malaysia Rugi Memanjang

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 234 hits
Sejak hilang kuasa dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana bersalah menyeleweng dana pencen rakyat Dato Seri Najib Tun Razak ghairah cuba bersuara dalam semua perkara kononnya untuk menjadi hero rakyat Catatan Syarikat MAS suatu keti...
Ismail Sabri Perdana Menteri Tapi Rafizi Dan Dap Serang Najib

Ismail Sabri Perdana Menteri Tapi Rafizi Dan Dap Serang Najib

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 271 hits
Oleh Sirajuddin AhmadBukan kah Perdana Meneri itu datang dari UMNO Bukan kah UMNO musuh PKR dan DAP Namun yang sangat terlihat jelas dan ketara ada lah Rafizi dan DAP bersungguh sungguh menyerang orang yang tiada jawatan dalam heiraki kepim...
Ingatkan 1 April Dah Masuk Fasa Endemik Tapi Ini Pulak Penjelasan Kj

Ingatkan 1 April Dah Masuk Fasa Endemik Tapi Ini Pulak Penjelasan Kj

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 178 hits
Seperti yang kita semua sedia maklum pada 1 April 2022 iaitu hari ini negara kita telah memasuki Fasa Peralihan Endemik yang mana kebanyakan SOP telah dilonggarkan
Soal Kasus Dea Onlyfans Marshel Widianto Akui Nakal Tapi Tak Mau Kriminal

Soal Kasus Dea Onlyfans Marshel Widianto Akui Nakal Tapi Tak Mau Kriminal

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 227 hits
Marshel meminta maaf atas kenakalannya Meskipun mengakui dirinya nakal ia nggak mau terlibat dalam kasus kriminal
Rafizi Bidas Najib Isu Sapura Tapi Tertembak Kerajaan Ph

Rafizi Bidas Najib Isu Sapura Tapi Tertembak Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 219 hits
Oleh Sirajuddin AhmadKeghairahan Rafizi Ramli untuk terlihat diri nya penting dan releven dalam comeback politik telah menerima satu tamparan akibat tertembak parti sendiri Dalam spat bersama Datuk Seri Najib Razak Rafizi tersalah fakta dan...
Konon Ubah Wajah Seperti Lisa Blackpink Tapi Lucinta Luna Lebih Mirip Tangmo Nida Video

Konon Ubah Wajah Seperti Lisa Blackpink Tapi Lucinta Luna Lebih Mirip Tangmo Nida Video

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 266 hits
Konon Ubah Wajah Seperti Lisa Blackpink Tapi Lucinta Luna Lebih Mirip Tangmo Nida VIDEO SELEBRITI transgender Indonesia Lucinta Luna akhirnya mendedahkan wajahnya selepas melakukan pembedahan plastik sekitar Mac lalu Lucinta dengan bangga m...
Bilal My Natural Alarm Clock Neelofa Akui Lebih Mudah Luang Masa Beribadah Pada Waktu Malam

Bilal My Natural Alarm Clock Neelofa Akui Lebih Mudah Luang Masa Beribadah Pada Waktu Malam

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 221 hits
Selebriti dan usahawan Noor Neelofa memaklumkan kehadiran cahaya mata sulung Muhammad Bilal cukup memudahkan urusannya di bulan Ramadan Menurut Neelofa 33 selain menjaga Bilal dia mahu mengambil sebanyak masa di bulan mulia ini untuk beriba...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar