Ada Effect Ke Lepas Cucuk Vaksin Sinovac Dos Pertama Di Ppv 360 Club Eco Hill Semenyih
SELESAI TERIMA DOS PERTAMA VAKSIN SINOVAC DI PUSAT PEMEBERIAN VAKSIN (PPV) 360 CLUB ECO-HILL SEMENYIH - Soalan yang sering di tanya termasuklah dalam mysejahtera ADA EFFECT KE LEPAS CUCUK VAKSIN SINOVAC DOS PERTAMA DI PPV 360 CLUB ECO-HILL SEMENYIH ? Yezza ! Sebelum mummy ceritakan tentang side effect vaccine. Alhamdulillah dah 5 hari dah mummy selesai bervaksin. Tarikh keramat vaksin covid-19 dos pertama mummy adalah pada tarikh 14 Julai 2021, jam 2 petang.
ADA EFFECT KE LEPAS CUCUK VAKSIN SINOVAC DOS PERTAMA DI PPV 360 CLUB ECO-HILL SEMENYIH
ADA EFFECT KE LEPAS CUCUK VAKSIN SINOVAC DOS PERTAMA DI PPV 360 CLUB ECO-HILL SEMENYIH ? Okay mummy memang saje je up lambat story mummy tentang 1st dose covid-19 vaccine ni dalam blog. Sebab nak tulis sekali tentang ADA EFFECT KE LEPAS CUCUK VAKSIN SINOVAC DOS PERTAMA DI PPV 360 CLUB ECO-HILL SEMENYIH ?
Sebenarnya, 2 hari sebelum mummy inject vaccine ni, daddy inject dulu. Beliau pun terima Sinovac. Alhamdulillah tak ada effect pun dengan beliau. Padahal beliau ada G6PD dan hyper thyroid.
Mummy pun alhamdulillah, dah 5 hari ini tak ada effect apa pun. Selain sengal tangan yang kena inject tu. Tapi, kekadang je terasa sengalnya.
Selera makan pula, selepas vaksin tu, macam biasa. Tak adalah cepat lapar ke apa pun !
PENGALAMAN CUCUK VAKSIN SINOVAC DOS PERTAMA DI PPV 360 CLUB ECO-HILL SEMENYIH
PENGALAMAN PERTAMA CUCUK VAKSIN SINOVAC DOS PERTAMA DI PPV 360 CLUB ECO-HILL SEMENYIH. Sehari sebelum nak kena cucuk vaksin tu, memang mummy berdebar. Maca-macam prepared. Mummy settled beli barang basah, barang kering, dan masak sesiap malam sebelum nak p vaksin. Yelah takut kang lepas vaksin tak sihat ke apa ke kan. At least kita dah ready segala kemungkinan. Ubat-ubatan, vitamin pun, mummy sesiap restocked.
Appointment mummy untuk cucuk vaksin adalah pada 2 petang. Tapi, 1.30 petang , mummy dah sampai untuk CUCUK VAKSIN SINOVAC DOS PERTAMA DI PPV 360 CLUB ECO-HILL SEMENYIH . 2 petang, dah selesai dah CUCUK VAKSIN SINOVAC DOS PERTAMA DI PPV 360 CLUB ECO-HILL SEMENYIH. Confident je kan mummy ini dapat Sinovac sebelum hadir ke PPV. Confirm ke dapat vaksin Sinovac? Haha, sebab mummy ada dapat whatsaap berantai tentang jenis vaksin dan PPV. Bila mummy up di Facebook. Ramai yang bagi feedback tepat tentang pemberian vaksin mengikut PPV - Pusat Pemberian Vaksin. Mummy pun terus up di blog mummy. Boleh baca di SINI .
Bila sampai di PPV tu memang tak terkejut langsung pun , bila staff KKM beritahu yang mummy akan terima vaksin Sinovac. Tak apalah Sinovac pun, sebab mummy tak ada sakit apa, tiada alahan, tidak mengandung, tidak menyusukan anak. Kita bagi laluan vaksin untuk yang kurang sihat, ibu mengandung dan ibu menyusukan anak vaksin lain-lain tu untuk Pfizer (pilihan orang ramai).
CUCUK VAKSIN SINOVAC DOS PERTAMA DI PPV 360 CLUB ECO-HILL SEMENYIH berjalan dengan lancar. Dari rumah mummy di Kajang Perdana, tak jauh pun ke Eco Hill tu, ikut Highway 10 minit je pun.
Jalan pun lengang, tak jem. Almaklumlah , tempat kami Mukim Hulu Langat ni under PKPD masa ni.
Mummy tak pakai waze pun . Walau pertama kali drive ke 360 Club Eco-Hill Semenyih. Semua papan tanda untuk ke PPV ada sepanjang jalan Eco Hill tu, dah macam nak pi kenduri kahwin pulak hehe. Sepanjang jalan ada papan tanda.
Parking di PPV 360 Club Eco Hill ni PERCUMA je, mummy dapat parking ngam dekat je dengan pintu masuk. Ramai juga masuk secara berpusu-pusu nak cepat. Nak kejar apa pun tak tahu lah haha. Mummy? Relax aje, sambil ambil gambar, ambil video, jalan pun perlahan-lahan.
Rugilahkan kalau nak cepat-cepat, benda ni sejarah dalam hidup kot ! Tak rakam memori, rasa rugi sket lah kot
Tingkat 1 atas tempat parking, merupakan STESEN 1 untuk scan mysejahtera , scan suhu.
Kemudian ke STESEN 2 di tingkat 2, untuk tunjukkan kad pengenalan diri dan tarikh temujanji di mysejahtera, pendaftaran, isi borang dan tandatangan di borang.
STESEN 3 , untuk berjumpa dengan pakar konsultansi, peenrangan tentang Sinovac dan beberapa soalan tentang diri kita. Dah setuju dengan semua , unit farmasi turunkan cop di borang mummy.
Seterusnya, mummy di bawa ke STESEN 4 untuk pemberian vaksin. Di sini, tak perlu menunggu pun. Memang laju PPV Eco Hill Semenyih. Dari STESEN 1 hingga STESEN 4 . Mummy hanya duduk di tempat mengisi borang sahaja.
Di STESEN 4 ni, mummy tak perlu beratur atau duduk menunggu giliran. Terus masuk ke bilik injection je. Dalam bilik injection ni. Kena scan lagi sekali bar code.
Selesai cucuk vaksin, mummy di arahkan ke STESEN 5 untuk tujuan PEMERHATIAN. Untuk mummy yang tiada masalah, alahan dan lain-lain sakit. Mummy perlu menunggu selama 15 minit di sini.
Oleh kerana nak tunggu 15 minit disini, penuhlah galeri dengan gambar selfie, video dan lain-lain. Haaaa, kat sini lah baru sempat weiiii hehehe
Selesai keluar dari STESEN 5, ada photobooth kat luar ini. Bolehlah ambil gambar. Memula tu, segan gak. Sebab semua orang lalu sini tak ambil gambar pun. Mummy pun pelik gak. Erm...selamba je tahan orang untuk snapkan gambar. Kemudian, tolong ambilkan gambar beliau pula.
Sanitise lah lepas tu kan.....
Suasana PPV Eco Hill ni cantik, tak ramai orang bergambar pun di sini, memang semua orang yang hadir di sini nak cepat. memasing lelaju keluar dan masuk. Oklah tu, tak perlu rebut-rebut kat photobooth kan.
Dah vaksin ni, rasa lega sangat ! Walau ramai kata data vaksin ni tak berapa nak menyakinkan. Bagi mummy, kita dah usaha ! Dan usaha, barulah tawakkal, ajal dan maut pula di tangan Allah swt.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azlindaalin.com/2021/07/ada-effect-ke-lepas-cucuk-vaksin.html