Catatan Pengalaman Suntikan Dos Pertama Vaksin Coronavac


Alhamdulillah, semalam (Rabu, 14 Julai 2021) saya sudah pun selesai menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19. Lokasi Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) saya di Dewan Serbaguna Jawi, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang yang terletak kira-kira 13 km dari rumah

Temujanji vaksin pukul 2 petang. Saya tiba di sini lebih awal iaitu sekitar pukul 1.40 petang. Pukul 1-2 petang merupakan waktu rehat di PPV. Jadinya saya perlu duduk menunggu di kerusi bahagian luar dewan ni sehingga pukul 2 petang. Kelebihan datang awal, dapatlah saya menunggu di khemah awal (yang ada orang ramai sedang duduk tu). Bila menghampiri pukul 2 petang, kerusi sebelah kiri yang kosong tu pun dah dipenuhi orang ramai

Di sinilah saya duduk menunggu. Alhamdulillah cuaca sedang-sedang je, tak hujan dan tak panas terik. Ada sebiji kipas di bahagian tengah khemah ni, betul-betul kat atas saya. Nyaman la jugak

Pukul 2 petang, barisan dah mula bergerak masuk ke dewan. Kerusi depan kosong, yang belakang akan diarahkan bergerak lagi ke depan. Begitulah seterusnya. Sebelum masuk ke dewan, kita akan melalui stesen pertama - saringan gejala dan suhu (imbas suhu pada alat pengimbas) dan terus ke stesen kedua - pendaftaran

Di stesen kedua - pendaftaran, beri kad pengenalan dan petugas bertanya “Ada kencing manis, darah tinggi…?”. Saya kemudiannya diberi Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 ni dan nombor pendaftaran. Sempatlah duduk sekejap sambil isi borang sebelum diarahkan masuk ke dewan. Dalam dewan, perlu duduk lagi menunggu giliran di stesen ketiga - konsultasi dan persetujuan imunisasi. Hulurkan borang tadi dan kad pengenalan, doktor bertanya sejarah penyakit (juga umur dan pekerjaan, terdiam kejap lupa umur sendiri…haha)

Seterusnya, duduk di sini pula menunggu giliran di stesen keempat - suntikan vaksin. Ada dua barisan untuk setiap bilik suntikan vaksin. Masuk berdua. Yang bagusnya, jururawat aturkan masuk berdua tu sama jantina je. Jadinya takdelah kita perempuan ni rasa tak selesa terpaksa terima suntikan depan lelaki

Tiba giliran, saya masuk bersama seorang perempuan berbangsa Cina. Dua orang jururawat menanti dan memberi salam kepada saya (patut saya la yang masuk beri salam…aduhai lupa pulak). Saya duduk di sebuah kerusi yang tersedia. Jururawat bertanya, “Umur berapa? Ada kencing manis, darah tinggi?”. Beliau kemudiannya beritahu, “Ok ni vaksin Sinovac, 0.5 ml”. Sambil menunjukkan kepada saya jarum suntikan vaksin yang dipegangnya. Saya singsing lengan baju sebelah kiri dan bersedia untuk menerima suntikan. Jururawat beritahu lagi, “Saya cucuk ya..”. Tanpa rasa sakit walau sedikit pun, tau-tau dah siap! Jururawat tunjukkan sekali lagi jarum suntikan tadi, “Ok, ni dah cucuk ya..”. Lepas tu tak terus keluar, sebab menunggu perempuan berbangsa Cina tadi yang masih bersoal jawab mengenai vaksin dan masih belum dicucuk vaksin. Kedua-dua jururawat melayan dan menjawab dengan sangat baik

Dah siap, kami berdua keluar dari bilik suntikan vaksin dan diminta imbas kod bar di luar bilik (klik imbas pada bahagian temujanji vaksin MySejahtera kita). Lepas tu terus ke satu kaunter lain untuk mendapatkan kad vaksinasi. Kat sini pun sekali lagi perlu duduk menunggu giliran

Kad vaksinasi saya, tertera ‘Anda telah menerima vaksin CoronaVac’. Biasa kita sebut Sinovac, sebenarnya Sinovac tu nama syarikat pengeluar - Sinovac Life Sciences Co. Ltd. China. Nama vaksin ialah CoronaVac. Lepas dapat kad ni, kita ke stesen kelima - pemerhatian

Duduk sekitar 15 minit di stesen pemerhatian untuk pemantauan kesan sampingan. Tengok orang sebelah selfie, saya pun terus selfie jugak. Hehe. Lepas tu edit la sendiri guna aplikasi Canva jadi gini. Kat sini tak ada plakad atau apa-apa prop ‘Saya Sudah Divaksin’ tu. Bagus juga, agak kurang selamat jika berkongsi pegang benda yang sama

Lepas keluar dewan baru ada satu prop frame, tapi saya tak bergambar kat situ sebab datang seorang je. Tak mau la kasi orang pegang handphone kita semata-mata untuk ambil gambar. Dalam situasi merebaknya varian delta yang lebih ganas ni, saya rasa tak selamat nak berkongsi pegang apa-apa (termasuk pegang plakad atau minta tolong orang ambil gambar guna handphone kita). Ni pun dah rasa tak selesa sebab asyik bertukar tempat duduk, saya nampak ada juga yang sentiasa guna sanitizer spray setiap kali sebelum duduk di kerusi

Ok, sekian catatan pengalaman saya. Alhamdulillah urusan dari mula menunggu sampai keluar dewan mengambil masa sekitar 1 jam. Proses berjalan lancar, kecuali pada awalnya ada sedikit kekeliruan dek petugas RELA yang saya rasa tak memberi arahan dengan jelas dan kemudiannya mula bercakap dengan nada marah terhadap orang ramai

Berkenaan kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin CoronaVac, Alhamdulillah sehingga setakat ini (selepas lebih 24 jam suntikan) saya baik-baik saja. Cuma sesekali ada terasa sengal sedikit pada lengan yang disuntik bila melakukan pergerakan tangan. Berbeza bagi mereka yang mendapat suntikan Pfizer / AstraZeneca yang nampaknya lebih memberi reaksi pada tubuh penerima

Temujanji dos kedua saya insyaAllah pada hari ke-21 selepas dos pertama, iaitu pada 4 Ogos 2021





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2021/07/catatan-pengalaman-suntikan-dos-pertama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Sampai Separuh Penduduk Lembah Klang Dapat Suntikan Vaksin Dos Pertama

Tidak Sampai Separuh Penduduk Lembah Klang Dapat Suntikan Vaksin Dos Pertama

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 306 hits
ARIF ATANHanya 47 6 peratus daripada populasi di Lembah Klang sudah menerima suntikan dos pertama vaksin setakat semalam Peratusan vaksinasi tersebut merangkumi populasi penduduk bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya dan Selangor ...
Pengalaman Cucuk Vaksin Sinovac Dos Pertama

Pengalaman Cucuk Vaksin Sinovac Dos Pertama

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 393 hits
Finally Kegembiraan mana mana rakyat Malaysia sehingga hari ini adalah peluang menjadi antara yang terawal dapat vaksin Hahahaha Itu untuk yang bukan anti vaksin lah tau Ya Penantian dari awal bulan Februari 2021 akhirnya tiba Pengalaman ya...
Kesan Vaksin Sinovac Selepas Dicucuk Dos Pertama

Kesan Vaksin Sinovac Selepas Dicucuk Dos Pertama

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 660 hits
Kesan Vaksin Sinovac Selepas Dicucuk Dos Pertama Alhamdulillah aku selamat dicucuk vaksin Sinovac dos pertama pada 14 Julai 2021 yang lepas bertempat di KL Convention Centre Kuala Lumpur Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah pun mendap...
Hiburan Nora Danish Terima Dos Pertama Vaksin Sinovac Netizen Puji Tak Memilih Vaksin

Hiburan Nora Danish Terima Dos Pertama Vaksin Sinovac Netizen Puji Tak Memilih Vaksin

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 366 hits
Pelakon jelita Nora Danish khabarnya telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID 19 jenis Sinovac bertempat di sebuah Pusat Pemberian Vaksin pada Isnin lalu Ujar Nora dia masih belum merasakan sebarang kesan sampingan yang teruk selepa...
Husband Selesai Terima Dos Pertama Vaksin Sinovac Di Ppv Miecc Mines

Husband Selesai Terima Dos Pertama Vaksin Sinovac Di Ppv Miecc Mines

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 428 hits
HUSBAND SELESAI TERIMA DOS PERTAMA VAKSIN SINOVAC DI PPV MIECC MINES Alhamdulillah selesai vaksin pertama suamiku Beliau terima tarikh vaksin agak mengejut juga Dua hari sebelum tarikh pemberian vaksin Okay jugaklah sebenarnya masih ada mas...
7 7 21 Dos Vaksin 19 Pfizer Biontech Pertama Yang Memeritkan Saya Sebagai Ibu Mengandung

7 7 21 Dos Vaksin 19 Pfizer Biontech Pertama Yang Memeritkan Saya Sebagai Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 378 hits
Allhamdulillah Salam Julai salam sayang buat semua pembaca yang masih sudi ke blog sheilainspire com Dah lama tak menulis Tersangat sibuk Walaupun BDR memang sibuk berganda dari kerja di ofis Pagi bila dah buka je latop sampai ke malam Apa ...
Hiburan Selesai Terima Dos Pertama Ayda Jebat Seru Wanita Hamil Untuk Dapatkan Vaksin

Hiburan Selesai Terima Dos Pertama Ayda Jebat Seru Wanita Hamil Untuk Dapatkan Vaksin

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 335 hits
Pelakon dan juga penyanyi Ayda Jebat tampil menyeru orang ramai terutamanya wanita yang sedang hamil untuk mendapatkan vaksin demi keselamatan diri dan anak dalam kandungan BACA AdvertisementKongsi Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat...
Ada Effect Ke Lepas Cucuk Vaksin Sinovac Dos Pertama Di Ppv 360 Club Eco Hill Semenyih

Ada Effect Ke Lepas Cucuk Vaksin Sinovac Dos Pertama Di Ppv 360 Club Eco Hill Semenyih

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 422 hits
SELESAI TERIMA DOS PERTAMA VAKSIN SINOVAC DI PUSAT PEMEBERIAN VAKSIN 360 CLUB ECO HILL SEMENYIH Soalan yang sering di tanya termasuklah dalam mysejahtera ADA EFFECT KE LEPAS CUCUK VAKSIN SINOVAC DOS PERTAMA DI PPV 360 CLUB ECO HILL SEMENYIH...
Penerima 2 Dos Vaksin Diutamakan Solat Aidiladha

Penerima 2 Dos Vaksin Diutamakan Solat Aidiladha

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 210 hits
SHAH ALAM Mereka yang telah menerima dua dos suntikan vaksin diutamakan dalam menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid dan surau di Selangor
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation