Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi Skycab Menuju Ke Langkawi Skybridge


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, seperti mana yang anda sedia maklum, baru-baru ini aku ada menyertai satu Familiarisation Trip ke Langkawi. Banyak tempat-tempat kami lawati dan singgah. Untuk artikel kali ini aku nak ceritakan tentang pengalaman aku menaiki Langkawi SkyCab menuju ke Langkawi SkyBridge. Selain itu, aku juga nak kongsikan satu lagi tempat menarik di Langkawi yang anda boleh kunjungi iaitu Taman Lagenda. Untuk itu, teruskan pembacaan anda ya

{tocify} $title={KANDUNGAN}
PENGALAMAN MENARIK MENAIKI LANGKAWI SKYCAB MENUJU KE  LANGKAWI SKYBRIDGE!
Alhamdulillah, ini merupakan kali ketiga aku ke Pulau Langkawi dan kali kedua aku ke Langkawi SkyBridge. Untuk kali pertama adalah ketika trip bersama rakan-rakan blogger pada tahun 2021 kalau tak silap. Memang tak sah sebenarnya sekiranya dah datang ke Langkawi, tapi tak naik Langkawi SkyBridge

LANGKAWI SKYCAB
Untuk anda yang belum tahu, SkyCab merupakan salah satu tarikan menarik di Langkawi, juga dikenali orang ramai sebagai kereta kabel. Di Malaysia sekarang ini terdapat dua lokasi sahaja tarikan sebegini iaitu di Langkawi dan juga Genting Highland

SkyCab akan memberikan pengalaman yang unik menerusi perjalanan kereta kabel merentasi hutan-hutan tebal yang berusia 550 juta tahun menuju ke bahagian tertua di Asia Tenggara iaitu Gunung Machincang. 

✅Stesen pangkalan kereta kabel terletak di kaki Gunung Machincang. Dari sini, pengunjung akan dibawa ke gunung Machincang yang sejuk melalui sistem kereta kabel. 
✅Perjalanan dari stesen pangkalan ke stesen pertengahan akan menempuh jarak sejauh 1,700 meter dan setelah sampai di stesen pertengahan pada ketinggian 650m dari paras laut, pengunjung akan dapat turun dan berjalan ke platform tinjauan. 

Di sini pengunjung akan dapat menggunakan kemudahan teropong bagi menyaksikan pemandangan 360 darjah yang indah. Pengunjung akan menikmati pemandangan pulau utama serta pulau-pulau di sekitarnya. Pengunjung juga dapat melihat flora yang unik dengan lebih dekat di laluan lembah berhutan antara stesen pertengahan dan stesen di puncak


✅Menerusi perjalanan yang singkat dengan menaiki tangga ke stesen puncak pada ketinggian 708m dari paras laut akan membawa pengunjung ke dua platform tinjauan di puncak gunung Machincang. Puncak gunung ini memberikan pemandangan panorama 360 darjah yang meliputi kepulauan Langkawi dan Selatan Thailand yang menakjubkan selain pemandangan dramatis dari celahan yang berbukit pada puncak terpencil. 
BEBERAPA JENIS KERETA KABEL DI LANGKAWI SKYCAB🚠 Gondola Biasa : Setiap gondola boleh memuatkan 6 orang dengan berat keseluruhan 480kg. Secara keseluruhan, terdapat 35 unit gondola normal ini dan memerlukan 15 minit untuk sampai ke stesen teratas

🚠 Gondola Lantai Berkaca : Sekiranya anda seorang yang ekstrem dan mencari pengalaman yang mendebarkan, gondola kaca bawah adalah jawapan anda. Anda akan dapat melihat pemandangan hutan dan gunung yang mempesonakan tepat di bawah kaki anda. Oleh kerana bahagian bawah gondola telus, anda akan dapat melihat pemandangan alam di bawah ini dengan jelas


🚠  Gondola VIP : Anda boleh mencuba salah satu produk mewah dimana privasi anda terjamin iaitu Gondola VIP dan ia akan memberikan kepuasan sepenuhnya kepada anda. Anda juga akan dihidangkan dengan makanan dan minuman. 
🚠   360° Gondola : 360° Gondola adalah produk terbaru Langkawi SkyCab yang akan memberi anda pengalaman yang berbeza. Dengan gondola reka bentuk terbuka, ia memberikan pengalaman yang mengujakan dan anda akan dapat menikmati pemandangan sekitarnya dengan angin sepoi-sepoi Gunung Machinchang dan pemandangan indah Langkawi dalam perjalanan anda ke puncak gunung

HARGA LANGKAWI SKYCAB WARGA NEGARA : Dewasa : RM43 / Kanak-Kanak : RM33 PELANCONG ASING : Dewasa: RM85 / Kanak-Kanak :  RM65Untuk makluman, pada harga biasa ini, anda perlu beratur, serta terdapat masa pelepasan. Anda akan menaiki Gondola Biasa, dna perlu berkongsi dengan pengunjung lain. (6 orang satu gondola).
Tiket ini termasuk dengan kemasukan ke SkyDome, SkyRex dan 3D Art Langkawi


✅ EXPRESS LANE : + RM50
Semasa musim puncak, barisan panjang tidak dapat dielakkan tetapi anda mempunyai pilihan. Apa yang anda perlu lakukan ialah membuat pilihan yang betul. Express Lane dapat menjmatkan masa menunggu berjam-jam ke 10 minit sahaja. 
HARGA MENAIKI GONDOLA-GONDOLA LAIN✅ 360° Gondola : RM155.00
✅ Glass Bottom GOndola : RM105.00
✅ Private Gondola : RM550.00
✅ VIP Gondola : RM550.00

LANGKAWI SKYBRIDGE
Langkawi SkyBridge berukuran 125 meter panjang dan struktur ini merupakan antara jambatan gantung lengkung terpanjang di dunia. Membinanya bukanlah suatu pencapaian yang mudah kerana untuk menyiapkannya pelbagai cara dan elemen kritikal perlu diambil kira, seperti berikut; pengimbangan struktur dari satu titik (bahagian atas tiang), pengurusan berat badan dan pengagihan beban yang optimum, pra-fabrikasi jambatan dan pemasangan di lokasi. Seluruh jambatan, barang-barangnya harus diangkat ke puncak gunung dengan menggunakan helikopter dan kemudian dipasang ke posisi sekarang


Memang cantik betul pemandangan Pulau Langkawi dari SkyBridge ini, ditambah lagi dengan angin yang agak sejuk, memang seronok sebenarnya. Ada beberapa cara untuk ke Langkawi SkyBridge ini, cara yang lebih menjimatkan kos adalah dengan mendaki anak tangga dari stesen pertengahan atau menuruni anak tangga dari stesen puncak ke sini. Untuk mereka yang mungkin malas nak mendaki dan sebagainya, boleh menaiki SkyGlide yang berada di stesen puncak. 

Tiket untuk ke SkyBridge ini boleh dibeli di stesen puncak atau dalam talian, harga untuk dewasa adalah RM6 manakala kanak-kanak adalah RM4 sahaja. 
LANGKAWI SKYGLIDESkyGlide adalah jenis pengangkutan kabin yang boleh bergerak ke atas dan ke bawah mengikut tahap kecondongan tertentu. Secara umum, reka bentuk kabin adalah seperti lif dengan penamat panel kaca di semua sisi. Ini untuk membolehkan pengunjung mendapat pemandangan Gunung Machincang yang jelas dan sekitarnya. 

Sebelum dibina, pengunjung yang ingin mengunjungi SkyBridge perlu berjalan kaki selama 10 minit melalui laluan hutan. Perjalanan singkat ini amat menyeronokkan tetapi agak mencabar terutama bagi golongan warga tua dan kanak-kanak. Namun dengan SkyGlide pengunjung akan mempunyai cara yang lebih pantas dan mudah untuk mengunjungi SkyBridge. 

Dengan kepanjangan trek sejauh 94 meter, kabin SkyGlide dapat memuatkan sehingga 12 penumpang atau muatan seberat 1050 kilogram setiap perjalanan. Tak sampai 2 minit perjalanan kabin dari stesen teratas ke SkyBridge. Untuk makluman, tiket SkyGlide dijual secara berasingan dari tiket SkyCab biasa. 
Anda boleh membeli tiket SkyGlide di stesen puncak dengan harga bayaran RM16 untuk dewasa manakala RM11 untuk kanak-kanak


PANORAMA LANGKAWI
Terletak di pantai barat pulau utama Langkawi, Langkawi SkyCab terletak di Kampung Oriental di kaki bukit banjaran gunung Machinchang. Antara tarikan di sini termasuklah SkyBridge, SkyDome, SkyCab dan SkyGlide. Bukan itu, sahaja ada juga tarikan-tarikan lain seperti SkyRex, Oriental Village, 6D Cinemotion, SkyBoutique, SkyBistro, 3D Art Langkawi, Machincang Petland Langkawi, SkyTrail, Telaga Tujuh dan tarikan paling baru, Eagle's Nest SkyWalk.
Ia adalah kira-kira 39 minit pemanduan dari bandar Kuah dan 20 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Untuk carian mudah, cuma muat turun aplikasi navigasi ke alat elektronik anda: Waze atau Google Map, dan cari Kereta Kabel Langkawi untuk arah ke Langkawi SkyCab

PANORAMA LANGKAWI

LOKASI : Oriental Village, Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah
HUBUNGI : [6] 04-9612000EMEL : [email protected]
LAMAN SESAWANG : https://panoramalangkawi.com/
FB : https://www.facebook.com/langkawiskycab/TT : https://www.tiktok.com/@langkawiskycabX : https://twitter.com/panoramalgk

TAMAN LAGENDA LANGKAWI
Terletak berhampiran Jeti Kuah, taman ini bertemakan legenda dan mitos yang terdapat di Pulau Langkawi. Berhadapan dengan Kuah Waterfront, para pengunjung dapat melihat pemandangan pantai Kuah dan Dataran Lang dari sudut yang luas. Kawasan seluas 50 hektar ini mempamerkan beberapa ukiran batu, pameran kebudayaan, dan lain – lain lagi yang berkisar tentang sejarah serta mitos Langkawi


Berikut merupakan antara kisah lagenda Pulau Langkawi yang popular :-
LEGENDA KISAH MAHSURI Mahsuri merupakan anak perempuan kepada pendatang Siam yang beragama Islam. Mahsuri telah dituduh melakukan perbuatan sumbang oleh ibu mertuanya sendiri kerana ibu mertuanya merasa iri hati dengan kecantikan dan penghormatan yang dimiliki oleh Mahsuri. Akibatnya, Mahsuri dihukum mati


Pada hari hukuman berlaku, keris keramat kepunyaan keluarga Mahsuri sendiri digunakan untuk membunuhnya. Namun begitu, terdapat satu perkara aneh berlaku dimana darah yang keluar dari badan Mahsuri berwarna putih dan itu membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah semata-mata

Disaat-saat akhir kematiannya, Mahsuri telah bersumpah bahawa Langkawi tidak akan aman selama tujuh keturunan. Kebenaran sumpah Mahsuri itu telah termakbul apabila Langkawi telah diserang oleh tentera Siam dan semua bekalan makanan dan tanaman telah dimusnahkan

Antara kebenaran lagenda atau terbuktinya sumpahan itu, Langkawi hanya mula berkembang maju setelah tujuh keturunan berada di dalam kepayahan

LEGENDA KISAH TASIK DAYANG BUNTINGTasik ini diberi nama sedemikian kerana menurut satu lagenda lama, ia mengisahkan tentang perkahwinan seorang puteri kayangan dengan seorang putera raja kerajaan bumi. Anak yang lahir hasil daripada perkahwinan mereka ini telah mangkat selepas saja ia dilahirkan. Oleh kerana puteri ini sangat sedih dan kecewa dengan kejadian yang berlaku, beliau telah menyemadikan mayat anaknya ke dalam air tasik ini


Setelah itu, beliau telah meninggalkan bumi dan kembali pulang ke kayangan. Puteri itu telah menjampi air tasik tersebut sebagai penawar kepada pasangan yang tidak dapat mendapat zuriat dan dipercayai perempuan yang mandul boleh kembali subur

LEGENDA KISAH MAT CHINCANG DAN MAT RAYAMat Chinchang dan Mat Raya adalah diantara keluarga gergasi yang tinggal di pulau utama di Pulau Langkawi. Disebabkan oleh saiz mereka yang besar serta kekuatan tenaga luar biasa yang dimiliki oleh mereka, bentuk mukabumi Langkawi telah berubah dengan dramatik


Lagenda mereka bermula apabila Mat Raya bercadang untuk mengadakan kenduri bersempena dengan pertunangan anak perempuannya dengan anak lelaki Mat Chinchang. Pada hari majlis itu berlangsung didapati anak lelaki Mat Chinchang telah berlaku sumbang dengan seorang dara dan ini telah mencetuskan kemarahan Mat Raya

Akibatnya, persahabatan diantara kedua keluarga ini terputus dan mereka saling bermusuhan sehingga berlakunya pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Pergaduhan di antara dua keluarga ini telah mengubah kawasan pulau utama ini dimana tempat cincin pertunangan itu jatuh selepas dicampakkan, dan dinamakan sebagai Tanjung Cincin

Kawasan dimana peralatan yang digunakan untuk memasak itu pecah, dan dinamakan sebagai Kampung Belanga Pecah. Manakala kuah yang mengalir itu dinamakan Pekan Kuah dan tempat dimana kuah itu meresap ke tanah dinamakan Kisap serta kawasan Air Hangat yang mempunyai perigi air panas berasal dari bekas memasak air yang telah pecah semasa majlis tersebut berlangsung

Mat Raya dan Mat Chinchang pula telah bertukar menjadi gunung batu yang dikenali sebagai Gunung Raya dan Gunung Chinchang. Manakala Mat Sawar yang menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah pertelingkahan mereka berdua ini telah bertukar menjadi sebuah bukit yang menjadi pemisah kepada dua gunung ini


Untuk anda yang meminati sejarah lagenda dan mitos, bolehlah ke sini. Banyak sebenarnya kisah-kisah rakyat yang menarik, termasuklah dengan lokasi untuk bergambar yang cantik-cantik belaka.  TAMAN LAGENDA LANGKAWI

LOKASI : Bersebelahan Dataran Lang dan juga Jeti Pelancongan Kuah
WAKTU OPERASI : Setiap Hari : 9.00 Pagi - 7.00 PetangHARGA MASUK : Percuma
SEKIAN
QTT Fam Trip ke Langkawi/Tuba telah dianjurkan pada 2 Mac 2024  sehingga 6 Mac 2024 oleh QTT Group Plt dengan kolaborasi bersama LADA, Jupeter Holidays dan dibantu oleh KembaRojak.

QTT Group Plt dan Kola global Travel Sdn Bhd menawarkan pakej 'Nature-Based Travelers 2MY' dimana mereka akan mengatur dan menyusun itinerari yang menarik, unik serta menampilkan tempat-tempat menarik di Malaysia

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi mereka di +60174079734 atau +60193036008, atau email di [email protected] dan guna kod rujukan ini : QTTNBT-02  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2024/03/pengalaman-di-langkawi-skycab-dan-skybridge.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Penuh Ekstrem Di Langkawi Adventure X Treme Park

Pengalaman Penuh Ekstrem Di Langkawi Adventure X Treme Park

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 346 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alahmdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah meneruskan penceritaan tentang trip ke Langkawi baru baru ini kali ini aku nak kongsikan pul...
Menjejak Ketenangan Alam Pengalaman Menginap Di Pak Raja Villas Langkawi

Menjejak Ketenangan Alam Pengalaman Menginap Di Pak Raja Villas Langkawi

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 224 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kali ini aku nak kongsikan pula tentang sebuah lagi penginapan serba indah dan tenang di Langkawi Kepada yang belum tahu baru baru ini iaitu sekita...
Pengalaman Penginapan Serba Mewah Di Hangouts Urban Eco Langkawi Kedah

Pengalaman Penginapan Serba Mewah Di Hangouts Urban Eco Langkawi Kedah

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 272 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah kali ini aku nak kongsikan satu lokasi penginapan di Langkawi yang sangat cantik indah dan s...
Pengalaman Menginap Di Resort Noba Pulau Dayang Bunting Langkawi

Pengalaman Menginap Di Resort Noba Pulau Dayang Bunting Langkawi

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 187 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah kali ini seperti biasa aku nak kongsikan lagi cerita tentang trip aku dan rakan rakan baru b...
Pesona Alam Flora Dan Fauna Di Langkawi Nature Park Langkawi Kedah

Pesona Alam Flora Dan Fauna Di Langkawi Nature Park Langkawi Kedah

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 331 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga kita semua diberikan kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah Baiklah seperti biasa kali ini aku nak teruskan lagi bercerita tentang TRIP aku...
Empangan Malut Di Langkawi Susut Hampiri Paras Kritikal

Empangan Malut Di Langkawi Susut Hampiri Paras Kritikal

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 128 hits
Exco Kedah Mohamad Yusoff Munir Zakaria berkata jika paras air jatuh bawah 66 6m ia berada pada tahap membimbangkan dan tidak stabil ALOR SETAR Takungan air Empangan Malut Langkawi susut dan semakin menghampiri tahap kritikal susulan fenome...
Menikmati Keindahan Tersembunyi Di Lion Marine Pulau Singa Besar Langkawi

Menikmati Keindahan Tersembunyi Di Lion Marine Pulau Singa Besar Langkawi

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 261 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kali ini aku nak teruskan lagi cerita tentang lokasi menarik ketika TRIP KE LANGKAWI baru baru ini Memang banyak sebenarnya lokasi dan tempat yang ...
Meneroka Keindahan Dan Kepelbagaian Di Taman Agroteknologi Mardi Langkawi

Meneroka Keindahan Dan Kepelbagaian Di Taman Agroteknologi Mardi Langkawi

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 233 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah sekarang kita sudah hampir berada di pertengahan Ramadan Bagaimana dengan puasa anda Masih cukup Alhamdulillah baiklah kali ini aku nak kongsikan s...
3 Hari 2 Malam Di Pulau Tuba Langkawi Bersama Bestuba

3 Hari 2 Malam Di Pulau Tuba Langkawi Bersama Bestuba

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 280 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga kita semua dikurniakan rezeki dan kesihatan yang melimpah ruah Baiklah seperti biasa aku masih belum move on lagi daripada FAM TRIP LANGKAWI...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation