Pengalaman Menginap Di The Kuala Lumpur Journal Hotel 2 Hari 1 Malam


| Pengalaman Menginap di The Kuala Lumpur Journal Hotel [2 Hari 1 Malam] | Akhirnya, kita bertiga sempat spend time bercuti sekali lagi sebelum masing-masing pindah rumah. Yeahh, Im sorry if today I’m writing penuh emotional. Bukan senang nak dapat housemate sekepala, hampir 2 tahun la kami tinggal dirumah bersama, mula rapat since PKP, dimana masing-masing digesa untuk bekerja dari rumah. So, keluar bilik, pergi dapur mesti bersua muka. Maigadd!! Nanti moment ni adalah moment yang akan paling dirindui. Previously Wan, tu aku paling sedih sebab dia jaga aku macam adik dia, why? Aku balik lewat malam pun dia sanggup bangun, aku lapar dia selalu masakkan juga, aku stress kerja dia pun ada disamping aku. Arghhh.. I hate this feeling. 


Malas nak touching, jom tengok ke mana kami spend time together and apa aktiviti kami buat dalam masa 1 hari. Previously ada lepak staycation bersama tapi waktu tu crowded gila dengan orang, tambah kerajaan baru open border rentas. Dah semua pakat pergi bercuti. Mujur, kalini punya percutian berjalan lancer dan teratur paling penting tak crowded. Sebab kiteorang tak masuk mall pun, hanya jalan-jalan di kaki lima sahaja. Tapi best okay!


Kiteorang memang plan last minutes, sebab aku tanya dalam group if that day semua free tak, sebelum aku buat rancangan lain. Aku punya aktiviti setiap weekend dah ada apa nak buat, bukan tunggu hari esok baru nak atur rencana apa nak buat. Kita hanya mampu merancang, Tuhan menentukan. Memandangkan, dua-dua tu Free the date aku tanyakan tu, aku minta Raa booking hotel yang okay dan affordable untuk kita bertiga menginap. Kiteorang pilih penginapan di tengah bandaraya Bukit Bintang. Area situ, mesra untuk pengguna jalan kaki, public transport pun banyak. So tak perlu runsing.


Nak jadikan cerita hari yang kiteorang nak keluar tu pula, ada berlaku konspirasi perihal Azam Baki dan menyebabkan banyak jalan tutup and LRT/MRT terpaksa tukar arah dan banyak stesen tak boleh stop. Dari rumah boleh dengar orang duk menjerit-jerit waktu tu, sebab dorang betul-betul buat depan rumah. Mujurlah lepas Zohor, keadaan dah reda, jalan buka balik, kereta pun dah boleh lalu. So, kiteorang decide ambil grab sahaja terus ke hotel, sebab check in 2.30pm.


Mujur hotel ini tak ramai orang, so kiteorang check in dengan penuh gembira. Masuk bilik hotel, letak barang, bergambar kejap baru turun balik untuk cari makan tengahari. Pukul 3.00pm baru dapat makan tengahari weyhh. Haru betul hidup. Weekend nak happy2 sibuk buat demonstrasi. 




Untuk lihat destinasi tempat makan kapi di Bukit Bintang boleh baca di sini>> 4 Port Makan Sedap di Area Bukit Bintang

One Of the Beautiful Hotel at Bukit Bintang – The KL Journal Hotel

Masuk-masuk bilik hotel, kami terjerit sikit, sebab bilik besar and paling penting view pemandangan dari bilik kami cantik yaaa ampun, buka langsir kami dihidangkan dengan pemandangan kesibukan ibu kota di bandaraya Kuala Lumpur, Bukit Bintang. Boleh nampak, monorel, Lot 10, Wolo Hotel, TRX, Jalan Alor. Cantik gilaa!! I like. 




Kiteorang ambil bilik untuk 3 orang menginap, ada katil single 1, and Queen 1. So, aku dengan Raa share katil, Oyah duduk katil single. Konon petang sikit nak main pool, tapi ada pesta pula dekat pool tu. Pool tu ada bar bila dah ramai-ramai mat salleh pakai bikini je, kiteorang tunggu esok pagi jerlah turun.



See, luaskan bilik kami? 1 malam di sini spend RM310.29. Sorang spend dalam RM100 something sorang, so kira berbaloi la dengan dapat hotel 4 stars gini. Tilam pun empuk. Check in pun cepat, bilik ada televisyen boleh layan Netflix lagi, so tak bosan. Kalau lapar boleh jalan di kaki 5, banyak kedai-kedai makan sedap-sedap




Bilik air pun luas, cuma bilik ini takda tub mandilah. Tapi overall memang best, kami spend masa bersama, chit chat sampai tengah malam. 

Tapi kawasan persekitaran di Journal Hotel ini pun lawa, pool dia tidaklah terlalu besar, paras air dia dekat dengan bahu aku. Tinggi jugalah air kolam tu, dapatlah melepaskan rindu untuk berendam dalam kolam renang. Kalau ada sauna pasti lagi best!! Siapa yang bawa anak kecil, kolam renang sini tak sesuai sangat untuk anak-anak, mak-mak pun pasti tak selesa kalau ada orang banyak memerhati. Bilik hotel memang selsa, dengan tilam empuk, bantal empuk, bilik air besar, suhu bilik sejuk, siap boleh layan Netflix lagi.




Inilah pool dia, cantik sangat view dari pool. Boleh nampak Berjaya Times Square, monorail, Lot 10, WOLO, TRX, PNB dan banyak lagi pencakar langit di bandaraya Kuala Lumpur 

Sebelum ini aku lalu lorong ini makan Nasi Kawen tak perasan akan hotel ini. Dalam kesibukan ibu kota, wujudnya sebuah hotel yang cukup elegan, dicelah lorong Jalan Berangan. Bayangkan deret tu banyak rumah setinggan, tup-tup ada hotel sebelahnya. Mana cik tak terkejuttt!


Petang check in, pergi makan, kami sempat ke saloon urutan area Jalan Berangan ini juga. Punyalah banyak kedai urut, aku rasa macam dekat Thailand pula. Raa, dengan Oyah nak urut kaki so join jerlah sekali. Awal nak ambil 30min je, tup-tup sejam terus. hahaha...Urut kaki jerlah, tu jenuh nak menunggu habis. 

Dah macam bercuti dekat Thailand la, siap pakej pergi urut. Lepas ini dah taulah port urutan kaki murah dekat mana. Sini ada staff perempuan, so boleh request orang perempuan urutkan. Sejam untuk massage kaki kena RM50. Okaylah, best pun best dia urut








Overall, semua tempat kami lewati termasuklah tempat kami menginap pun rasa puas hati sesangat. Kalau korang nak spend time jenjalan dengan kengkawan, honeymoon maybe, pun boleh. Tapi kalau ada family besar better pergi hotel yang pool dia tak ada bar, so ada privacy sikitlah kot banding dengan KL Journal hotel ini


Dont forget to subscribe my youtube channel! hahah..



The Kuala Lumpur Journal Hotel
Address: 30 Jalan Beremi, Off, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
Boleh check date availability and booking di Agoda or Booking.my
Thank you for reading guys



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.missazwarsyuhada.com/2022/02/pengalaman-menginap-di-kuala-lumpur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Hotel Menarik Untuk Staycation Di Sekitar Kuala Lumpur

5 Hotel Menarik Untuk Staycation Di Sekitar Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 279 hits
5 Hotel Menarik Untuk Staycation di Sekitar Kuala Lumpur Cuti sekolah penggal ke 3 bagi tahun 2022 2023 bakal muncul bulan depan Ummi Ilham dah The post appeared first on
Malam Anugerah Gala Diner Jajja Chinta Di Paya Bunga Hotel Kuala Terengganu

Malam Anugerah Gala Diner Jajja Chinta Di Paya Bunga Hotel Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 182 hits
Malam Anugerah Gala Diner Jajja Chinta Assalamualaikum hai semua Baru baru ini Sis Gee berkesempatan menghadiri ke Malam Anugerah Gala Diner Jajja Chinta Sdn Bhd yang diadakan di Hotel Paya Bunga Kuala Terengganu Malam anugerah diadakan bag...
Pengalaman Menginap Di Bayfront Hotel Port Dickson

Pengalaman Menginap Di Bayfront Hotel Port Dickson

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 288 hits
Tempoh hari terasa rindu nak bercuti di Port Dickson Teringin nak bermalam di hotel yang mengadap laut atau full seaview Last bermalam di Port Dickson pada awal bulan Januari sehari sebelum PKP 3 diumumkan Masa tu menginap di Klana Beach Re...
3 Hari 2 Malam Bercuti Di Impiana Hotel Ipoh Perak

3 Hari 2 Malam Bercuti Di Impiana Hotel Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 334 hits
3 HARI 2 MALAM BERCUTI DI IMPIANA HOTEL IPOH PERAK Kami bercuti 3 hari 2 malam sahaja di Ipoh Kemudian nak bersambung bercuti di Sitiawan pula Ginilah aktiviti hujung tahun kami Jalan jalan cari makan di negeri orang lain Percutian kali ini...
Dapat Jugak Berstaycation Hotel Di Kuala Lumpur

Dapat Jugak Berstaycation Hotel Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 237 hits
Hi Korang Payah betul nak spend time dengan keluarga kan Walaupun ktorang nieh duduk dekat dekat jer tapi nak jumpe tuh lately ni agak payah sket sebab memasing ada aktiviti sendiri di hujung minggu kan Dan bila kita ada limited time dan ru...
The Pirates 2 Kuasai Carta Box Office Korea Selatan Untuk 6 Hari Berturut Turut

The Pirates 2 Kuasai Carta Box Office Korea Selatan Untuk 6 Hari Berturut Turut

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 198 hits
Filem sekuel The Pirates 2 lakonan Han Hyo Joo dan Kang Ha Neul terus menguasai kedudukan pertama carta box office Korea Selatan untuk enam hari berturut turut Filem tersebut telah dilancarkan di Korea Selatan pada 26 Januari yang The post ...
Buasir Otak Tv Roblox Bandar Kuala Lumpur Diserang Zombi

Buasir Otak Tv Roblox Bandar Kuala Lumpur Diserang Zombi

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 282 hits
Alamakkk Kuala Lumpur diserang zombie dalam game Roblox Bandar Dapatkah saya dan kawan kawan menyelamatkan diri dari serangan zomba Jom tonton animasi ini
Bercuti Di Deface Platinum Kuala Lumpur

Bercuti Di Deface Platinum Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 295 hits
Lokasi mana sesuai untuk bercuti ada kolam mandi ada pemandangan cantik dan muat untuk 2 keluarga tetapi menawarkan harga yang berpatutan Selepas survey aku jumpa dan bermalamlah di DeFace Platinum Suites Kuala Lumpur Ini antara biasanya ci...
Percutian Santai 2 Hari 1 Malam Di Melaka Hari Pertama

Percutian Santai 2 Hari 1 Malam Di Melaka Hari Pertama

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 185 hits
Percutian Santai 2 Hari 1 Malam Di Melaka Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Oleh kerana Cuti Tahun Baru Cina jatuh pada hari selasa dan rabu jadi Sha pun mengambil kesempatan untuk bercuti ke suatu tempat luar dari Perak Untuk cuti ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran