Percutian Santai 2 Hari 1 Malam Di Melaka Hari Pertama


Percutian Santai 2 Hari 1 Malam Di Melaka | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Oleh kerana Cuti Tahun Baru Cina jatuh pada hari selasa dan rabu, jadi Sha pun mengambil kesempatan untuk bercuti ke suatu tempat luar dari Perak. Untuk cuti lebih panjang Sha mengambil cuti rehat pada hari isnin. Cuti hari minggu sabtu dan ahad kami hanya meluangkan masa membawa adik bongsu Sha bersiar-siar di kawasan Ipoh sementara dia belum pulang ke Besut.
Percutian Santai 2 Hari 1 Malam Di Melaka 



Hari Pertama Di Melaka
Sebenarnya kami sekeluarga tak ada perancangan tetap untuk ke mana-mana. Awalnya Sha ingat nak cari hotel berdekatan KLCC sahaja memandangkan Sha teringin lepak di kawasan KLCC. Apa yang menarik kat KLCC? Alaaaaa... saja laaa bukan selalu pergi Kuala Lumpur dan lepak-lepak tengok lampu cantik di sana. Yang dah biasa pergi tu lainlah.
Dalam mencari hotel sekitar KLCC, tiba-tiba suami tanya kita nak ke Melaka atau ke Johor?
Alamak...
Rupanya suami nak pergi jauh lagi.
Selepas membuat pertimbangan, Sha memilih untuk ke negeri Melaka. Kenapa pilih untuk bercuti ke Melaka ? Sebabnya Adik Nur belum sampai ke Melaka dan Abang Zaryth pun masa sama ke sana masih kecil lagi. Maka selepas memilih tempat, kami pun tetapkan masa untuk bergerak.
Perjalanan Dari Perak Ke Melaka
Mengikut google maps jarak antara Perak ke Melaka adalah lebih kurang 5 jam tempoh perjalanan. Sha sekeluarga bertolak dari Perak pada pukul 4.00 pagi menuju ke lebuh raya. Macam biasalah bila awal pagi macam ni memang kena bersedialah untuk memandu secara bergilir. Bukan apa, kita kena saling menjaga keselamatan perjalanan.

Warung Bambam



Lebih kurang 4 jam perjalanan kami berhenti di sebuah stesen minyak untuk membersihkan diri terlebih dahulu. Selepas itu barulah kami mencari tempat untuk bersarapan. Ketika itu kami berada di kawasan Rasah, jadi kami ambil keputusan untuk bersarapan dikawasan itu sahaja. Akhirnya kami memilih untuk makan di Warung Bambam di sekitar Rasah, Seremban Negeri Sembilan.

Berjalan Sekitar Bandar Hilir Melaka

Selepas sarapan kami terus bergerak menuju ke Bandar Hilir, Melaka. Bukan apa, kami gerak awal dan sampai awal jadi tak boleh check ini hotel terus. Tapi disebabkan semua dah segar, dah makan jadi kami ambil keputusan untuk terus berjalan-jalan sekitar Bandar Hilir.
Lebih kurang pukul 11.00 pagi kami dah sampai Bandar Hilir. Memandangkan orang dah mulai ramai, memang tak dapatlah parking depan Menara Taming Saring. Tapi Alhamdulillah rezeki dapat parking tak jauh sangat.
Sebelum parking Sha dah muat naik aplikasi parking Negeri Melaka. Bila dah masukkan kredit Rm5 dan dicas Rm1 barulah Sha tahu bahawasanya lot parking sekitar Melaka adalah percuma pada hari isnin dan selasa. Nak buat macam mana kan? Dah terkena..huhuhu.


Menarik Di Bandar Hilir Melaka


Menara Taming Sari
Sha rasa ini adalah aktiviti wajib bila ke Melaka. Memandangkan anak-anak tak pernah naik lagi, jadi kita bawa mereka menikmati pemandangan dari atas Menara Taming Sari. Jadi program pertama kami pada hari itu adalah layan view dari menara.

Menara Taming Sari, Melaka.


 
Harga Tiket Menara Taming Sari
Warganegara
Dewasa - RM17.00
Kanak-Kanak - RM11.00
Warga Emas - RM9.00
Orang Kurang Upaya (OKU) - RM8.00


Warga Asing
Dewasa - RM23.00
Kanak-Kanak - RM15.00
Warga Emas - RM18.00
Orang Kurang Upaya (OKU) - RM8.00
Kos untuk kami naik Menara Taming Sari adalah berjumlah RM56.00 untuk lebih kurang dalam 7 minit berada di atas. 


Muzium SamuderaSelepas turun dari Menara Taming Sari, Sha dan keluarga berjalan kaki menuju ke Muzium Samudera atau Muzium Maritim. Muzium ini merupakan replika kapal dengan reka bentuk asal kapal Portugis. Di bahagian dalam kapal mempunyai pelbagai pameran berkaitan sejarah Melaka.


Muzium Samudera


Anak-anak Sha agak seronok masuk ke dalam muzium ini walau cuaca agak panas. Tapi jangan risau, bahagian dalam memang sejuk dengan penyaman udara. Masa ni suami Sha duduk rakam video apa pun tak tahu..huhuhu
Harga Tiket Muzium Samudera
Warganegara
Dewasa - RM5.00
Kanak-Kanak (7-12 tahun) - RM2.00

Warga Emas - RM3.00
Orang Kurang Upaya (OKU) - Percuma


Warga Asing
Dewasa - RM10.00
Kanak-Kanak - RM4.00
Warga Emas - RM10.00
Orang Kurang Upaya (OKU) - Percuma
Kalau korang nak tahu sebenarnya tiket ini boleh digunakan untuk memasuki 3 tempat iaitu Replika Kapal Flor De La Mar, Muzium Samudera dan juga Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia.
**Waktu operasi Muzium Samudera : 9.00 pagi hingga 4.30 petang sahaja.



Beli CenderahatiSha tak ada beli cenderahati pun tapi masuk jugalah untuk belikan Adik Nur topi. Kesian pulak tengok anak dara Sha sorang tu berjalan tengah panas. Satu macam Adik Nur pakai ni RM15.00, siap dengan tulisan pada topi. Macam biasalah, kita letak nama tuan topi je senang.

Adik Nur dapat topi siap tulis nama



Kat sini syok kalau duit banyak, terutamanya orang perempuanlah. Bukan apa, kat sini banyak barang kraf diperbuat daripada rotan seperti tas tangan dan bakul. Sebelum ini Sha pernah beli bekas bawang bertingkat-tingkat 8 tahun lepas, tahan sampai sekarang. Tapi tulah kena sedia duit banyaklah, barang sekarang agak mahal terutama teutama tempat tumpuan pelancong.


Bergambar di Sekitar Bandar Hilir, MelakaSelepas belikan Adik Nur sebuah topi, barulah sambung berjalan lagi. Bagi yang suka bergambar memang syoklah berposing di sini. Bagi yang teringin nak naik beca, korang boleh dapatkan beca yang pelbagai warna yang ada sekitar sini. Beca ini dihias dengan pelbagai tema bagi menarik pelancong seperti spiderman, pony, baby shark dan lain-lain lagi. 

Bandar Hilir Melaka



Selain itu, beca yang ada juga dimeriahkan lagi dengan dendangan muzik. Untuk beca yang Sha tanya adalah berharga RM25.00 bagi satu beca. Tapi Sha tak naik, kami memang jalan kaki sepenuhnya.

Aktiviti Lain Sekitar Bandar Hilir, MelakaTempat parking kereta kami sebenarnya tempat paling cun. Sebab apa? Sebab ngam-ngam habis pusing kawasan situ memang sampai ke kereta terus. Tapi sebelum ke kereta sempatlah Sha berhenti sekejap melepas lelah dan mengambil gambar lain. Gambar lain yang maksudkan adalah pameran kenderaan lama yang ada seperti kereta api, kapal terbang dan kenderaan bomba. 


Gerabak kereta api lama
 Selepas berpanas, mungkin ada yang bawa anak kecil boleh tumpang teduh terlebih dahulu sambil melihat taman mini arnab dan lepak di Taman Bunga Merdeka Bandaraya Melaka.


Tiba Masa Untuk Check In HotelKami habis pusing kawasan Bandar Hilir dalam pukul 2.00 petang. Semua pun dah mula penat berjalan tengah panas, jadi kami gerak untuk check in hotel pula. Kali ini untuk penginapan Sha yang cari dan booking. Macam biasa rate harga hotel mampu bayar adalah RM200 dan ke bawah tapi nak ada kolam mandi.


Amari Villa - Bayou Lagoon Park Resort

 Alhamdulillah bila belek-belek booking.com dapatlah satu hotel, lebih tepat homestay dengan harga Rm181. Tapi korang tahu tak, bukan setakat dapat kolam mandi tapi Sha dapat resort yang ada lagun. Bila dah ada lagun lagilah seronok anak-anak dapat main air. Sha menginap di Bayou Lagoon park Resort Melaka yang terletak lebih kurang 11km dari Bandar Hilir, Melaka.
Pantai Klebang, MelakaLebih kurang pukul 4.00 petang, selepas masing-masing dah mandi dan tukar baju kami ke Pantai Klebang pula. Sha sekeluarga memang tak pernah sampai Pantai Klebang, jadi nak jalan-jalan cuci matalah. Kat sini Sha lepak sekejap sahaja, hanya beli Kuih Keria Gula Melaka dan Air Coconut Shake saiz besar dan kongsi-kongsi makan minum.


Pantai Klebang, Melaka
 Pantai Klebang ni sebenarnya meriah dengan gerai tepi jalan, jadi kalau korang nak makan kudap-kudap petang memang banyaklah. Di sini juga kita boleh layan ATV atas pasir pantai.

Masjid Selat MelakaSebenarnya tak ada dalam list pun nak ke sini, tetapi memandangkan masa terlalu awal untuk makan malam kami ke Masjid Selat Melaka terlebih dahulu. Kami ambil angin kat tepi-tepi tu jee.. memang cantik senibina Majlis Selat ni ya. Tak lama duduk situ kami gerak ke Perkampungan Ikan Bakar Umbai.


Masjid Selat Melaka

 Perkampung Ikan Bakar UmbaiLama tak datang sini, banyak juga yang dah berubah. Malangnya kedai yang kami pernah makan dulu tutup pada hari isnin rupanya. Tambah malang banyak-banyak deretan kedai makan kat situ semua tak ada stok sayur. Agak kecewa kami malam itu, dahla sekarang tempat letak kereta pun kena bayar RM2.00. Kami pula tak tahu nak tuju ke mana, jadi kami makan di kedai luar dari medan ikan bakar tu, itupun sebab ada sayur kangkung.huhuhu...

Medan Ikan Bakar Pernu

 Harga makan sekarang pun naik sangat dah. Sha tak ambil pun ikan bakar, hanya amik sotong 2 ekor untuk masak sambal. Nasi 5 pinggan + Sambal Sotong + Telur Dadar 1 + Sayur Kangkung Belacan + Air Teh O Ais 2 + Air Bandung + Teh Tarik = Rm60.00 semuanya.
Ehhh kejap, sebenarnya betul ke ni Medan Ikan Bakar Umbai sebab kat pintu gerbang tulis Pernu. Kita jenis ikut taip kemudian ikut sahaja google maps..huhuhuh



Tamat Hari Pertama Di MelakaSelepas makan malam kami terus balik ke hotel untuk berehat dan santai-santai dalam bilik pula. Dalam bilik kami just melepak, suami Sha pula layan pelanggan kedai shopee dia. Tunggu esok baru sambung balik aktiviti di Melaka ini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2022/02/hari-pertama-bercuti-ke-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menginap Di The Kuala Lumpur Journal Hotel 2 Hari 1 Malam

Pengalaman Menginap Di The Kuala Lumpur Journal Hotel 2 Hari 1 Malam

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 283 hits
Pengalaman Menginap di The Kuala Lumpur Journal Hotel 2 Hari 1 Malam Akhirnya kita bertiga sempat spend time bercuti sekali lagi sebelum masing masing pindah rumah Yeahh Im sorry if today I m writing penuh emotional Bukan senang nak dapat h...
Berlibur 3 Hari 2 Malam

Berlibur 3 Hari 2 Malam

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 167 hits
Nak bercuti terus baik demam Selsema pun dah okay Tekak je lah macam masih gatal lagi Tapi tak kerap batuk sangat Alhamdulillah Terima kasih yang mendoakan Seperti yang dirancang harini bermulalah untuk berlibur 3 hari 2 malam sempena celeb...
Hari Pertama Cuti Tahun Baru Cina

Hari Pertama Cuti Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 225 hits
Assalamualaikum Selamat bercuti sempena Tahun Baru Cina Untunglah orang Wilayah Persekutuan dapat cuti ganti kerana cuti bertindih Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah Persekutuan Sk pula mengambil cuti sehari sebelum dan sehari selepas melampa...
Hari Pertama Jadian Thariq Mendapatkan Surprise Ulang Tahun Dari Fuji

Hari Pertama Jadian Thariq Mendapatkan Surprise Ulang Tahun Dari Fuji

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 221 hits
Baru aja jadian langsung dikasih surprise ulang tahun wah pasti hati Thariq berbunga bunga baget ya
Makan Malam Di Leezo Restaurant Mitc Melaka

Makan Malam Di Leezo Restaurant Mitc Melaka

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 334 hits
assalamualaikum salam sejahtera hari ni hari Isnin pemula hari bekerja dan bersekolah di negeri Melaka monday blues zaman sekarang da tak in dah monday blues ni everyday ada blues nya yg tersendiri hari ini dan esok saya bermesyuarat finali...
Pertama Kali Makan Malam Di Almizan Satay House Taman Bukit Dahlia

Pertama Kali Makan Malam Di Almizan Satay House Taman Bukit Dahlia

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 655 hits
Pertama Kali Makan Malam di Almizan Satay House Taman Bukit Dahlia Alhamdulillahhh settle dinner harini Laju update ek Haha Semalam balik dari B5 street Johor terlalu depan outlet Al Mizan kat Bandar Baru Uda Macam teringin nak try menu yan...
Buasir Otak Tv Pengalaman Hari Pertama Kerja Paling Tak Boleh Lupa

Buasir Otak Tv Pengalaman Hari Pertama Kerja Paling Tak Boleh Lupa

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 641 hits
Setiap kali bila orang tanya apa pengalaman 1st day kerja yang paling kita tak boleh lupa Jom tonton animasi ini
3 Hari 2 Malam Bercuti Di Impiana Hotel Ipoh Perak

3 Hari 2 Malam Bercuti Di Impiana Hotel Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 334 hits
3 HARI 2 MALAM BERCUTI DI IMPIANA HOTEL IPOH PERAK Kami bercuti 3 hari 2 malam sahaja di Ipoh Kemudian nak bersambung bercuti di Sitiawan pula Ginilah aktiviti hujung tahun kami Jalan jalan cari makan di negeri orang lain Percutian kali ini...
Segalanya Ada Di Negeri Melaka Untuk Percutian Terbaik Jom Kesana

Segalanya Ada Di Negeri Melaka Untuk Percutian Terbaik Jom Kesana

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 176 hits
Segalanya Ada Di Negeri Melaka Untuk Percutian Terbaik Jom Kesana PASTINYA anda tidak akan kehabisan tempat menarik untuk dikunjungi sekiranya berada di Melaka negeri yang turut terkenal dengan legenda Hang Tuah Daripada lokasi tarikan pela...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul