Malam Anugerah Gala Diner Jajja Chinta Di Paya Bunga Hotel Kuala Terengganu
Malam Anugerah Gala Diner Jajja Chinta | Assalamualaikum & hai semua! Baru-baru ini, Sis Gee berkesempatan menghadiri ke Malam Anugerah Gala Diner Jajja Chinta Sdn Bhd yang diadakan di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu. Malam anugerah diadakan bagi meraikan kejayaan seluruh pasukan Jajja Chinta yang telah bertungkus lumus membuat jualan sepanjang tahun 2021.
Majlis bermula seawal jam 8 malam dengan ketibaan para tetamu yang terdiri daripada kakitangan Jajja Chinta, Ejen dan juga Stokis syarikat Jajja Chinta yang sangat bergaya menggayakan pakaian yang bertemakan Black dan Gold.
Kenali Siapa Pengasas Jajja Chinta Sdn Bhd
Jajja Chinta dahulunya sangat terkenal kerana kedai rambutnya yang berkonsepkan muslimah, eksklusif dan harga yang murah. Sis Gee sendiri pernah menggunakan servis Jajja Chinta Salon. Sangat suka dengan servis mereka, Gee bawa anak pula untuk mendapatkan servis potong rambut di Jajja Chinta Salon.
Untuk pengetahuan korang Puan Jajja Elyana mulakan kerjaya beliau sebagai tukang gunting rambut seawal usia beliau 19 tahun lagi. Beliau memulakan perniagaan Jajja Chinta pada tahun 2013 namun pada tahun 2015, Puan Jajja Elyana terpaksa menutup operasi salonnya kerana tidak mampu untuk menanggung kos sewa kedai.
Puan Jajja Elyana kemudiannya berjinak-jinak dalam perniagaan penjualan produk rambut dengan menjadi wakil jualan sahaja. Berkat usaha, hasil jualan beliau agak memberangsangkan kerana mendapat sambutan ramai. Pada tahun 2017, Puan Jajja Elyana mengeluarkan produk rambut beliau sendiri dan terus maju sehingga ke hari ini telah melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya.
Tahun 2021 : Cabaran Yang Hebat Buat Jajja Chinta
Siti Hajar Eliyana Muda atau dikenali sebagai Puan Jajja, selaku pengasas Jajja Chinta sangat bekerja keras bersama pasukannya sepanjang tahun 2021. Mereka sangat terkesan dengan pandemik Covid 19 di mana salon - salon rambut tidak dapat beroperasi kerana kawalan perintah pergerakan dan SOP yang perlu diamalkan.
Selain itu, ada juga kakitangan Jajja Chinta yang dijangkiti Covid 19 dan menyebabkan premis perniagaan mereka terpaksa ditutup dan tidak dapat beroperasi untuk satu tempoh kuarantin mereka.
Namun, Pn Jajja tetap gigih dengan niat mahu melahirkan ramai usahawan yang berjaya. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh pasukan Jajja Chinta sehinggalah melahirkan salah seorang stokis Jajja Chinta berjaya menghasilkan jualan sebanyak kira-kira RM1.5 juta.
Jajja Chinta Menjadi Platform Usahawan Berjaya
Pn Jajja sendiri turun padang membuat bengkel dan kelas-kelas perniagaan untuk semua usahawan Jajja Chinta. Walaupun tidak dapat bersua kerana Perintah Kawalan Pergerakan, namun Pn Jajja mengambil inisiatif untuk memperkuatkan hubungan sesama pasukan Jajja Chinta secara online.
Ejen dan Stokis Jajja Chinta bukan sahaja terdiri daripada kalangan penduduk Terengganu sahaja, malah seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
Malam Anugerah Meraikan Usahawan Yang Berjaya
Pada malam Gala Diner yang Gee hadiri ini, ramai usahawan diraikan dengan pemberian sijil penghargaan, trofi dan juga jambangan wang kertas. Kagum rasanya bila usahawan negeri kelahiran sendiri sudah berjaya melahirkan jutawan lain juga dan juga bantu lebih ramai wanita yang berjaya khususnya.
Puan Jajja berkata,
Kami berazam untuk membentuk sekurang-kurangnya 30 jutawan lagi dengan sasaran jualan keseluruham RM30juta pada tahun ini.
Produk Rambut Jajja Chinta Di Iktiraf Halal Jakim
Semua rangkaian produk Jajja Chinta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Begitu juga setiap proses pengeluaran produk akhir, setiap proses di buat secara ujian klinikal yang terperinci bagi menghasilkan produk yang selamat digunakan dan juga berkesan.
Terbaru! Jajja Chinta mengeluarkan produk serum rambut anti frizz di mana dapat membantu masalah-masalah rambut seperti rambut berbau, keguguran rambut, rambut kering, rambut bercabang dan banyak lagi manfaat Advance Hair Anti-Frizz Serum ini. Bau dia pun sangat wangi dan menyegarkan!
Tahniah Jajja Chinta Dan Semoga Terus Sukses!
Jajja Chinta pada hari ini sudah memiliki 4 cawangan salon rambut di Dataran Austin, Wakaf Beruas dan Tanjung di Kuala Terengganu serta di Sura, Dungun. Korang yang ingin menjana pendapatan dengan Jajja Chinta atau ingin mendapatkan produk rambut keluaran Jajja Chinta boleh hubungi Jajja Chinta pada link di bawah ini.
JAJJA CHINTA | PRODUK RAMBUT KELUARAN MUSLIM
Website : myjajjahaircare.com
Facebook : Jajja Chinta HQ
Instagram : jajjachinta.hq
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sisgee.com/2022/02/malam-anugerah-gala-diner-jajja-chinta.html