Bercuti Di Deface Platinum Kuala Lumpur



Lokasi mana sesuai untuk bercuti ada kolam mandi, ada pemandangan cantik dan muat untuk 2 keluarga tetapi menawarkan harga yang berpatutan? Selepas survey, aku jumpa dan bermalamlah di DeFace Platinum Suites, Kuala Lumpur.

Ini antara biasanya ciri-ciri yang kami cari kalau nak bercuti di Kuala Lumpur bersama budak-budak. Mesti kena ada kolam renang dan sebagai tambahan dapat pemandangan KLCC dan juga harga tidak terlalu mencekik.

Hotel sebuah mungkin murah tetapi kalau dengan 2 keluarga, kena beli 2 bilik la jawabnya, jadi kena labur kos untuk 2 harga la kan. Jadi alternatif cari sebuah condo yang mempunyai 2 atau 3 bilik tidur berasingan tetapi dibawah rumah yang sama.
BACA : Bermalam Di Windmill Premium Suites Dihujung Minggu Bersama Keluarga
Selepas survey, kami buat keputusan untuk bermalam di sebuah apartment atau condo mewah iaitu DeFace Platinum yang terletak di tengah-tengah kota raya, Kuala Lumpur yang menawarkan semua ciri yang aku cari tersebut.
Review DeFace Platinum Suites, Kuala LumpurAku buat tempahan untuk satu malam melalui platform Agoda (2 bedroom executive) iaitu pada hari Ahad dan Isnin sahaja dengan harga sekitar RM310 termasuk cukai dan caj perkhidmatan. Jadi itulah harga bersih yang aku perlu bayar untuk menginap disini.
Anda boleh tempah di Agoda - DISINI atau beli di Shopee - DISINI
Selepas selesai buah tempahan, anda akan menerima pengesahan menerusi Whatsapp. Jadi disinilah anda akan komunikasi dengan pihak pengurusan sepanjang masa. Nak tanya apa-apa, rujuk sahaja melalui Whatsapp tersebut.
Selepas menerima pengesahan tersebut, barulah anda boleh check-in dalam tempoh yang ditetapkan iaitu bermula jam 3.00 petang. Anda perlu pergi bahagian lobby dan bertemu dengan staff mereka untuk dapatkan kunci rumah dan kad parking dengan hanya menunjukkan pengesahan daripada Whatsapp sahaja. Satu rumah, dapat satu parking slot tau. Kalau ada kereta lain, kena bayar.

Jadi aku dapat sebuah rumah dengan 2 bilik di tingkat 15 tetapi sayang bukan menghadap Menara Kuala Lumpur. Tapi menghadap disebaliknya iaitu pemandangan Kampung Baru. Masih cantik dan berpuas hati sebab dapat tingkat yang tinggi.
Mereka menyediakan segala keperluan asas dalam rumah seperti tv, sofa, mesin basuh, stove & cerek elektrik, tuala, sabun mandi, pinggan mangkuk, selipar mandi dan sebagainya. Air Coway tiada, tapi merek bagi 5 botal mineral. Aku rasa cukup je. Nak masak tiada masalah, kuali disediakan juga.




Aku masuk bilik bersih, bilik air kering, semua barangan tersusun dengan baik dan tuala 4 helai pun di deco dengan baik di atas katil. Rumah sangat luas rasanya, kalau budak-budak nak berlari pun tiada masalah.
Rasanya tumpuan paling menarik pada DeFace Platinum ini iaitu kolam mandi. Ianya terletak di tingkat paling atas, roof top iaitu di tingkat 51. Bukan kolam mandi yang menjadi tumpuan utama tetapi pemandangan disebaliknya.
Disini sediakan infinity pool dimana kolam berada di hujung bangunan. Selain itu, disini anda akan dapat lihat Menara Kuala Lumpur dengan jelas dan jarak yang sangat dekat. Bapak gila cantik. KLCC juga dekat tapi sayang dihalang sikit boleh bangunan sebelah. Menara KL, lawa gila terutamanya malam.



Ada kolam untuk dewasa dan ada untuk kanak-kanak. Jangan risau. Kalau bawa anak kecil, pastikan anda sentiasa perhatikan mereka. Sebab berada di atas bangunan terbuka kan. Tapi jangan risau sangat pun, selamat je kat situ.
Selain itu, ada juga fasiliti gymnasium, tandas, restoren dan sebagainya yang tersedia di tingkat atas sekali ini atau roof top. Datang sini, tidak sah kalau tak naik tingkat atas sekali ni.
Disebabkan pandemik masih lagi berlaku, terdapat banyak SOP yang perlu dipatuhi terutamanya waktu mandi di kolam mandi dan gymansium tersebut. Ada waktu yang dieorang tutup untuk proses sanitasi dan sebagainya. Untuk rujukan, boleh tengok gambar kat bawa. Rancanglah dengan bijak.

Untuk makan, rasanya kawasan sekitar tak banyak sangat tempat makan, jadi kena jalan lebih sikit atau naik je monorel. Kalau malas, adalah lebih mudah untuk order online di Grabfood atau Foodpanda je. Dieorang boleh hantar.
Untuk lokasi, apartment ini terletak sangat hampir dengan KLCC dan Bangunan Kuala Lumpur. Jadi jika anda bermalam disini, anda akan disajikan dengan pemandangan kota raya yang sangat indah lagi-lagi jika waktu malam. Nak pergi semua tempat tu, walking distance sahaja.

Bukan itu sahaja. The Face Platinum ini juga dekat dengan pengangkutan Monorel iaitu stesen Bukit Nanas. Rasanya jalan tak sampai 5 minit dah sampai. Jadi menerusi pengangkutan ini, anda bolehlah pusing Kuala Lumpur nak cari makanan ke tanpa hadap jammed kan.
Tapi kalau anda tak minat nak berjalan kaki, disini juga terdapat tempat parking skuter Beam yang terletak betul-betul di pintu masuk apartment ini. Jadi anda boleh sewa Beam dan pusing KL dengan melalui jalan basikal yang ditetapkan. Syok beb!

KesimpulanJadi segala fasiliti yang ditawarkan penuhi ciri yang aku cari dan paling best pastinya harga yang berpatutan. Bagi aku yang paling puas hati adalah lokasi infinity pool yang menghadap Menara KL tersebut.
Kalau untuk penambahbaikkan mungkin boleh kurangkan sedikit deposit (iaitu RM300) kepada RM200 paling kurang. Macam tinggi sangat. Tapi jangan risau, dia akan refund semula lepas check-out.
Selain itu, dapat usahakan kurangkan sikit harga parking untuk kereta tambahan. Weekend mungkin flat rate RM10, tapi hari biasa ikut jam dengan bermula RM6 sejam. Aku duduk hari biasa, kena caj sampai RM28 juga la.
Pekerja situ which guard pun strict sangat lah hahaha Nak mandi kolam pun susah. Nasib baik budak-budak boleh bersabar tunggu. Tapi itulah SOP dieorang kan.
Apa-apapun DeFace Platinum Suites, Kuala Lumpur terbaik. Aku boleh bagi 4/5 rating dan sangat recommended untuk mereka yang bercadang untuk menginap di Kuala Lumpur.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2022/02/bercuti-di-deface-platinum-suites-kuala-lumpur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1 157 Pemandu Mabuk Ditahan Di Kuala Lumpur Sepanjang Tahun Lepas

1 157 Pemandu Mabuk Ditahan Di Kuala Lumpur Sepanjang Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 180 hits
Oleh POLIS menahan seramai 1 558 individu atas pelbagai kesalahan trafik termasuk memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol dan menunggang motosikal secara berbahaya menerusi pelbagai operasi yang diadakan di sekitar ibu negara tahun lepa...
Buasir Otak Tv Roblox Bandar Kuala Lumpur Diserang Zombi

Buasir Otak Tv Roblox Bandar Kuala Lumpur Diserang Zombi

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 282 hits
Alamakkk Kuala Lumpur diserang zombie dalam game Roblox Bandar Dapatkah saya dan kawan kawan menyelamatkan diri dari serangan zomba Jom tonton animasi ini
Senarai Lokasi Familymart Kuala Lumpur

Senarai Lokasi Familymart Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 226 hits
Informasi mengenai alamat lokasi FamilyMart Kuala Lumpur yang menjual menjual pelbagai jenis barangan dengan tumpuan kepada makanan dan minuman Pada 11 November 2016 FamilyMart membuka kedai Malaysia pertamanya di Wisma Lim Foo Yong di Buki...
Pengalaman Menginap Di The Kuala Lumpur Journal Hotel 2 Hari 1 Malam

Pengalaman Menginap Di The Kuala Lumpur Journal Hotel 2 Hari 1 Malam

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 283 hits
Pengalaman Menginap di The Kuala Lumpur Journal Hotel 2 Hari 1 Malam Akhirnya kita bertiga sempat spend time bercuti sekali lagi sebelum masing masing pindah rumah Yeahh Im sorry if today I m writing penuh emotional Bukan senang nak dapat h...
Miko Gal Re The Best Hair Salons In Kuala Lumpur

Miko Gal Re The Best Hair Salons In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 204 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraIn need of some pampering for the weekend Give yourself a relaxing hour for a hair wash head massage and blowout for hair that s exactly as big and bouncy or straight and silky as you dream At Miko Gal re ...
Nasi Air Special Di Restoran Fasha Thai Jalan Kmaruddin Kuala Terengganu Sentiasa Terbaik

Nasi Air Special Di Restoran Fasha Thai Jalan Kmaruddin Kuala Terengganu Sentiasa Terbaik

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 460 hits
Setiap rasa kurang selera menjamah nasi ini adalah antara menu teratas yang menjadi pilihan iaitu Nasi Air Special di Restoran Fasha Thai Jalan Kamaruddin Kuala Terengganu Aroma dan rasa nasi airnya yang memang enak di adun dengan bahan bah...
Airasia Mula Penerbangan Sulung Kota Kinabalu Kuala Terengganu

Airasia Mula Penerbangan Sulung Kota Kinabalu Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 228 hits
ARIFFIN Deraman menyambut ketibaan seramai 59 penumpang pesawat AirAsia AK5310 dari Kota Kinabalu ke Kuala Terengganu di Lapangan Terbang Sultan Sultan Mahmud di Kuala Nerus hari ini UTUSAN PUQTRA HAIRRY ROSLIKUALA NERUS nbsp Syari
Niat Bawa Anak Isteri Bercuti Dah Mulia Tapi Jangan Biarkan Isteri Buat Semua

Niat Bawa Anak Isteri Bercuti Dah Mulia Tapi Jangan Biarkan Isteri Buat Semua

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 169 hits
Apabila menyebut soal bercuti isterilah orang paling gembira bila mana dapat keluar rumah dan merehatkan diri dari kepenatan menguruskan anak Pun begitu persiapan untuk keluar rumah dan bercuti bukanlah mudah Siapkan beg bagasi kelengkapan ...
Seronok Tengok Hasil Kraftangan Tradisional Di Pasar Kedai Payang Kuala Terengganu

Seronok Tengok Hasil Kraftangan Tradisional Di Pasar Kedai Payang Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 205 hits
Assalamualaikum Jom sambung menulis Memandangkan banyak lagi hutang kita nie Story pergi Ganu pun tak habis up lagi sedangkan staycation bulan November tahun lepas nie Doakan Fiza terus konsisten untuk habiskan menulis percutian 3 hari 2 ma...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul