Pengalaman Menginap Di Anjung Pool Villa Semasa Bercuti Di Sekinchan


Tak perlu drive jauh-jauh sampai ke utara tanah air untuk melihat pemandangan sawah padi!
 
Untuk pengetahuan anda, tak jauh dari Kuala Lumpur, disebuah tempat bernama Sekinchan, kita juga boleh nikmati suasana percutian ala kampung dikawasan sawah bendang.

Di sini, ada banyak kawasan yang ditanam dengan padi.
 
Sekiranya anda buat carian di laman web seperti Airbnb, anda akan dapat temui ada banyak chalet yang dibina atas kawasan sawah padi.

Bukan semua orang dapat rasa pengalaman seperti ini. Macam sesetengah orang, lahir-lahir memang dah duduk dekat kawasan bandar. Bila cerita tentang kehidupan kampung, yang ada sawah padi, mereka tak dapat nak hayati macam mana perasaan tersebut.

Macam mana saya boleh tahu? Saya cakap berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri. Walaupun saya ada kampung, tapi kampung saya tak ada sawah bendang.

Bila saya jumpa, ada tempat bernama Anjung Pool Villa di laman web Airbnb, saya terus buat rancangan untuk buat tempahan dan menginap satu malam disini.

Cuma saya ni agak memilih. Kalau terlalu kekampungan pun, tak seronok juga. At least tempat yang bakal dipilih tu, kenalah ada penyaman udara. Maklumlah, cuaca yang panas di kawasan sawah padi, boleh membuatkan rasa kurang selesa pula nanti.
 
Apabila saya dah jumpa, chalet di tengah kawasan sawah padi yang menepati kriteria yang saya mahukan, apa lagi saya pun teruslah buat tempahan. Anjung Pool Villa ini sebenarnya ada dua buah semua sekali. Memandangkan jumlah ahli yang ikut percutian ini agak ramai, jadi kami sewa kedua-dua buah chalet sekaligus.
 
Dalam chalet ini, terdapat dua buah bilik untuk setiap villa. Satu bilik menghadap swimming pool. Dari bilik ini ada pintu khas yang menghubungkan tetamu dengan bilik air dan juga swimming pool.

Kalau kita selak langsir tu, bolehlah tengok aktiviti apa yang sedang berlaku di swimming pool. Kejap lagi saya tunjuk macam mana rupa swimming pool yang terdapat pada vila ini.
 
Bilik kedua pula menghadap pemandangan sawah padi.

Bila kita selak sikit langsir, bolehlah nampak sawah padi.
 
Dalam banyak-banyak chalet yang terdapat di Sekinchan, saya pilih untuk menginap di Anjung Pool Villa sebabnya tempat ini ada swimming pool.

The best part tentang swimming pool ini ialah, ia terletak dalam rumah. Tak perlu risau orang tengok kita tengah mandi, tak perlu nak risau sangat tentang peraturan pakaian di kolam renang dan sebagainya.
 
Untuk orang dewasa, paras air dia lebih kurang paras pinggang sahaja.

Percutian ke Sekinchan ni, ada budak-budak yang ikut sama. Mereka ini masih belum pandai menghayati pengalaman bercuti dikawasan kampung yang ada sawah padi.
 
Kalau kita cerita tentang betapa istimewanya menginap dikawasan bendang, melihat sawah padi yang terbentang luas dan langit biru yang ditaburi gemerlapan cahaya bintang, budak-budak ni bukannya faham.
 
Tapi kalau kata nak pergi tempat ada kolam, boleh mandi… barulah mereka tahu apa itu erti percutian yang menyeronokkan.
 
Kalau nak bawa budak-budak pergi bercuti, kami kena pastikan ada tempat boleh mandi. At least ada sungai, pantai dan setidak-tidaknya ada swimming pool. Kalau tak ada semua ini, kesian diorang rasa bosan pulak nanti.
 
Ini gambar diruang tamu.

Chalet ini menggunakan perabot yang dibuat sendiri style kayu pallet. Saya rasa rekaan seperti ini walaupun nampak lain dari yang lain, ia tak begitu selesa kalau nak duduk lama.
 
Lantai chalet ini diperbuat dari kayu. Saya agak mungkin perabot yang digunakan sebegini rupa supaya tak memberi beban yang terlalu besar pada lantai kayu.

Chalet ini tidak disediakan sambungan internet wifi, tapi ada channel astro nJoi.

Ini pula dibahagian dapur. Ada peti sejuk dan kelengkapan memasak. Kalau anda ada perancangan untuk masak ketika menginap di chalet ini, saya syorkan anda beritahu dulu tuan rumah. Mungkin ada beberapa kelengkapan yang anda perlukan, yang mungkin tak disediakan dan anda kena bawa sendiri.
 
Style meja makan pun lebih kurang sama dengan perabot lain yang ada dirumah.

Kalau anda lihat betul-betul pada gambar, dari tempat makan ini pun boleh nampak swimming pool. Sambil makan, boleh perhatikan anak-anak yang sedang seronok mandi dan main air di dalam pool.
 
Kalau nak datang ke sini, lebih sesuai kalau ada kenderaan sendiri. Ruang parking yang disediakan ni, muat untuk 4 buah kereta.

Untuk makluman anda, ruang parking ini anda perlu kongsi dengan villa yang satu lagi, yang terdapat disini. Jadi kalau nak parking tu kenalah beringat sikit, dan jangan sampai orang lain tak dapat parking.

Dekat bahagian anjung ada disediakan tempat untuk lepak-lepak. Dekat sini boleh nikmati tiupan angin yang silir-semilir. Baring dekat sini, rasa macam baring dekat atas buaian.

Bahagian bawah ada takungan air, dan boleh nampak anak ikan berenang-renang. Kalau waktu air tengah memenuhi sawah, kita boleh memancing dari anjung chalet ini sahaja.
 
Jenis ikan yang boleh kita dapat adalah seperti ikan sepat, ikan puyu dan ada juga ikan haruan.

Saya syorkan anda dapatkan dulu info dari mereka yang tinggal di Sekinchan, sebelum bercuti ke sini. Kalau matlamat anda nak bercuti semasa padi sedang menguning, sawah penuh dengan air dari tali air, dan nak memancing dari anjung, baik anda pilih waktu yang sesuai.
 
Macam dalam situasi kami, kami datang waktu padi dah dipotong dan dibersihkan. Jadi tak banyak aktiviti yang dapat dibuat. Nak memancing dikawasan sawah memang tak boleh pada masa ini.

Alhamdulillah, percutian kali ini semua ahli keluarga dapat join. Saya rasa, itu lebih penting. Semua ahli keluarga dapat berkumpul dan luangkan masa bersama.
 
Anak-anak seronok dapat main air kolam.
 
Kalau anda rasa tempat ni macam best, cubalah sendiri rasai sendiri pengalaman bercuti disini.

Sebelum nak buat tempahan tu, boleh dapatkan dulu travel credit dari laman web ini. Selamat bercuti ke Sekinchan!
 
 
 
 
The post Pengalaman menginap di Anjung Pool Villa semasa bercuti di Sekinchan appeared first on Xplorasi Destinasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://xplorasidestinasi.com/pengalaman-menginap-di-anjung-pool-villa-semasa-bercuti-di-sekinchan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menginap Di Hotel Avillion Admiral Cove Port Dickson

Pengalaman Menginap Di Hotel Avillion Admiral Cove Port Dickson

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 1429 hits
Beberapa minggu lepas saya dan keluarga direzekikan menginap di Avillion Admiral Cove Dah lama berkenan dengan hotel ini dan memasang angan angan untuk menginap di sini Maklumlah harganya agak sedikit mahal dari hotel lain Jadi saya cakapla...
Menginap Di Favehotel Premier Cihampelas Ketika Bercuti Di Bandung Indonesia

Menginap Di Favehotel Premier Cihampelas Ketika Bercuti Di Bandung Indonesia

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 612 hits
MENGINAP DI FAVEHOTEL PREMIER CIHAMPELAS KETIKA BERCUTI DI BANDUNG INDONESIA Ini merupakan kali pertama pengalaman mummy bercuti dengan ahli keluarga keluar negara Tapi mummy kena buat tempahan hotel dan flights sendiri Huhu Daddy tak nak p...
Makan Kacang Pool Haji Di Anjung Selera Larkin Johor Bahru

Makan Kacang Pool Haji Di Anjung Selera Larkin Johor Bahru

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 951 hits
Kalau korang ke JB jangan Lupa Makan Kacang Pool Haji di Anjung Selera Larkin Johor Bahru Tau Memang puas hati makan Kat sini Tempat pun senang nak cari kerana terletak bersebelahan Balai Bomba Larkin Sesiapa yang pernah Makan Kacang Pool H...
Ibu Ini Alami Tumpah Darah Semasa Melahirkan Ini Faktor Penyebabnya

Ibu Ini Alami Tumpah Darah Semasa Melahirkan Ini Faktor Penyebabnya

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 516 hits
Baru baru ini kawan sekerja saya mengalami tumpah darah semasa melahirkan anak dan rahimnya dibuang atas faktor keselamatan Boleh saya tahu bagaimana masalah tumpah darah boleh berlaku Saya bimbang kerana saya pun bakal melalui proses kelah...
Bius Dicucuk Pada Koyakan Tidak Dijahit Hidup Hidup Doktor Jelaskan Jenis Koyakan Faraj Semasa Bersalin

Bius Dicucuk Pada Koyakan Tidak Dijahit Hidup Hidup Doktor Jelaskan Jenis Koyakan Faraj Semasa Bersalin

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 793 hits
Ramai yang tertanya tanya bagaimana petugas perubatan menjahit koyakan yang terjadi semasa proses kelahiran Doktor ini menerangkannya Proses kelahiran secara normal atau vaginal birth akan menyebabkan koyakan Dr menerangkan jenis jenis koya...
Jiwa Tenang Dan Rasa Lapang Ustaz Dr Abdullah Khairi Kongsi Amalan Zikir Semasa Pergi Temuduga

Jiwa Tenang Dan Rasa Lapang Ustaz Dr Abdullah Khairi Kongsi Amalan Zikir Semasa Pergi Temuduga

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 512 hits
Dalam menghadapi persiapan sebelum temuduga pekerjaan bukan sahaja persiapan fizikal seperti persediaan mengetahui soalan temuduga yang ditanya sebelum ini ilmu temuduga yang anda perlu tahu dan jadual temuduga dan persediaan sebelum temudu...
Pas Bertahaluf Taawun Ikut Keperluan Semasa

Pas Bertahaluf Taawun Ikut Keperluan Semasa

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 312 hits
Diterbitkan Hari ini 11 09 tengahariPresiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan hubungan tahaluf dan taawun parti itu dengan pihak lain boleh berubah ubah dan bergantung kepada ijtihad yang akan menentukan sama ada ia bersifat harus atau pun h...
Kegatalan Teruk Semasa Hamil Jangan Ambil Mudah Doktor Terangkan 4 Penyakit Kulit Ada Yang Menyebabkan Kematian Bayi

Kegatalan Teruk Semasa Hamil Jangan Ambil Mudah Doktor Terangkan 4 Penyakit Kulit Ada Yang Menyebabkan Kematian Bayi

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 1253 hits
Gatal gatal pada kulit selalu buat rasa tidak selesa Apatah lagi ketika berbadan dua rasa rimas tidak terkata Tapi mama jangan ingat ia biasa biasa mesti bertindak dapatkan rawatan segera Wanita hamil mengalami perubahan pada diri yang keta...
7 Makanan Wajib Hidang Semasa Tahun Baru Cina

7 Makanan Wajib Hidang Semasa Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 926 hits
Sambutan Tahun Baru Cina adalah satu tradisi yang sering dinanti nantikan saban tahun oleh masyarakat Cina di seluruh dunia termasuklah di Malaysia Hal ini demikian kerana perayaan ini cukup kaya dengan simbol dan amalan budaya menarik agar...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp