Ibu Ini Alami Tumpah Darah Semasa Melahirkan Ini Faktor Penyebabnya


Baru-baru ini kawan sekerja saya mengalami tumpah darah semasa melahirkan anak dan rahimnya dibuang atas faktor keselamatan. Boleh saya tahu, bagaimana masalah tumpah darah boleh berlaku? Saya bimbang kerana saya pun bakal melalui proses kelahiran dalam masa terdekat ini.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA Pendarahan selepas bersalin adalah punca utama kematian ibu di kebanyakan negara di seluruh dunia. Pendaftaran Obstetrik Kebangsaan (NOR) telah melaporkan pada tahun 2012 kadar pendarahan serius selepas bersalin adalah 0.09%, iaitu masih di bawah paras Petunjuk Prestasi Utama (KPI) <0.5%. Walau bagaimanapun di Malaysia, ia masih menjadi antara punca utama kematian ibu.
Adalah normal untuk mengalami sedikit pendarahan selepas bersalin. Pendarahan berlaku sebaik sahaja uri dipisahkan daripada rahim dan tindak balas semula jadi hormon badan iaitu oksitosin. Ia membantu rahim mengecut dan seterusnya menghentikan pendarahan. Pendarahan daripada rahim lazimnya agak banyak sejurus bayi dan uri dilahirkan. Ia akan berkurangan secara berperingkat dalam beberapa jam.
Walau bagaimanapun wanita akan terus mengalami sedikit pendarahan secara berterusan yang akan berkurangan dalam beberapa hari selepas bersalin dan diikuti dengan perubahan warna darah tersebut daripada merah terang ke warna coklat. Pendarahan ini dinamakan lochia atau darah nifas.
Definisi pendarahan selepas bersalin yang digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah pendarahan yang berlebihan dan luar daripada kebiasaan selepas bersalin. Terdapat dua jenis tumpah darah selepas bersalin iaitu:
Tumpah darah primer (primarypostpartum haemorrhage): Kehilangan darah selepas bersalin lebih daripada 500ml (bersalin normal) atau 1000ml (bersalin secara pembedahan caesarean) dalam tempoh 24 jam selepas bersalin. Ia berlaku kepada lima daripada 100 orang wanita yang bersalin. Pendarahan yang teruk, melebihi dua liter adalah jarang berlaku, iaitu enam daripada 1000 wanita yang bersalin. Tumpah darah sekunder (secondary postpartum haemorrhage):kehilangan darah selepas bersalin dalam lingkungan 24 jam hingga 12 minggu selepas bersalin. Ia boleh berlaku kepada kurang daripada dua daripada 100 wanita yang bersalin. Antara penyebab tumpah darah yang teruk selepas bersalin ialah rahim gagal mengecut, lekat anti suuri dalam rahim, koyakan vagina atau serviks yang teruk, masalah sistem pembekuan darah dan jangkitan kuman pada rahim.
Wanita yang kehilangan banyak darah selepas bersalin akan mengalami keletihan yang luar biasa, pucat, sesak nafas dan degupan jantung yang laju. Apabila pendarahan dibiarkan berterusan tanpa rawatan yang pantas dan sewajarnya, pendarahan yang serius boleh menyebabkan pesakit mengalami kegagalan kardio respiratori sehingga meragut nyawa.
Maka, ia perlu dikesan seawal mungkin dan dirawat dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Antara risiko yang boleh mengundang pendarahan selepas bersalin adalah pernah mengalami tumpah darah di kehamilan terdahulu, Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 35kg/m2, pernah melahirkan empat orang anak atau lebih, kehamilan kembar atau lebih, uri bawah (placenta praevia), uri lekang (placenta abruptio), tekanan darah tinggi, kekurangan sel darah merah (anemia), kelahiran secara pembedahan (caeserean), proses kelahiran yang dipaksa (induction), cebisan uri tertinggal di dalam rahim, kelahiran yang dibantu menggunakan forsep atau vakum, berat bayi melebihi 4kg (macrosomia) dan umur ibu melebihi 40 tahun.
The post Ibu Ini Alami Tumpah Darah Semasa Melahirkan! Ini Faktor Penyebabnya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/ibu-ini-alami-tumpah-darah-semasa-melahirkan-ini-faktor-penyebabnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Minum Susu Faktor Kaki Ibu Kejang Waktu Malam Betul Ke Dietitian Terang Fungsi Susu Untuk Kandungan

Tak Minum Susu Faktor Kaki Ibu Kejang Waktu Malam Betul Ke Dietitian Terang Fungsi Susu Untuk Kandungan

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 418 hits
Susu atau produk tenusu memberikan nutrisi kepada ibu dan kandungan Susu kaya dengan kalsium untuk gigi dan tulang Ibu hamil yang kurang mengambil makanan atau minuman yang mempunyai kalsium akan berisiko tinggi untuk kehilangan kalsium dar...
Hentikan Ambil Jamu Lepas Bersalin Doktor Kongsi Ibu Lepas Bersalin Alami Kerosakan Hati Bayi Jadi Kuning

Hentikan Ambil Jamu Lepas Bersalin Doktor Kongsi Ibu Lepas Bersalin Alami Kerosakan Hati Bayi Jadi Kuning

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 1250 hits
Sudah menjadi amalan masyarakat melayu mengamalkan jamu sebelum atau selepas bersalin Rata rata beranggapan bahawa pengambilan herba semulajadi tidak akan mendatangkan kesan berbanding ubat ubatan Malangnya tanggapan itu salah sama sekali I...
4 Kondisi Ini Membuat Ibu Harus Ikhlas Melahirkan Dengan Operasi Cesar Kalian Tetap Ibu Seutuhnya Kok

4 Kondisi Ini Membuat Ibu Harus Ikhlas Melahirkan Dengan Operasi Cesar Kalian Tetap Ibu Seutuhnya Kok

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 319 hits
Banyak yang ngotot nggak mau melahirkan dengan operasi cesar karena merasa status mulia sebagai ibu jadi berkurang Padahal kebanyakan karena kondisi medisnya memang nggak memungkinkan lo
Ibu Hamil Perlu Tahu Apa Yang Perlu Dimakan Semasa Hamil 6 Superfood Ini Mampu Tingkatkan Kesihatan Ibu Kandungan

Ibu Hamil Perlu Tahu Apa Yang Perlu Dimakan Semasa Hamil 6 Superfood Ini Mampu Tingkatkan Kesihatan Ibu Kandungan

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 330 hits
Selaku ibu hamil anda perlu tahu apa yang perlu dimakan dan begitu jugalah sebaliknya Pengambilan makanan yang sihat dalam diet harian amat penting agar ia menjamin kesihatan diri anda sendiri dan perkembangan positif kandungan Makanlah apa...
Bukan Tanpa Alasan Seorang Ibu Melahirkan Bisa Depresi 5 Hal Inilah Bentuk Dukungan Yang Mereka Perlukan

Bukan Tanpa Alasan Seorang Ibu Melahirkan Bisa Depresi 5 Hal Inilah Bentuk Dukungan Yang Mereka Perlukan

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 278 hits
Stigma ibu keji bisa terjadi karena depresi Bisa karena lingkungan nggak mendukung terlebih kalau kelelahan sudah di ubun ubun Ibu juga manusia biasa yang bisa sakit dan stres kecapekan
Air Ketuban Terlalu Banyak Boleh Bahayakan Nyawa Ibu Bayi Ketahui 7 Faktor Air Ketuban Berlebihan

Air Ketuban Terlalu Banyak Boleh Bahayakan Nyawa Ibu Bayi Ketahui 7 Faktor Air Ketuban Berlebihan

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 366 hits
Air ketuban adalah cecair jernih kekuningan yang mula dihasilkan pada hari ke 12 kehamilan Apakah fungsi air ketuban dan apakah yang menyebabkan kurang dan terlebih air ketuban di dalam kandungan serta impaknya kepada bayi Dr Siti Aishah Da...
Saphira Indah Meninggal Saat Mengandung Faktor Ini Bisa Jadi Penyebab Kematian Pada Ibu Hamil

Saphira Indah Meninggal Saat Mengandung Faktor Ini Bisa Jadi Penyebab Kematian Pada Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 369 hits
Pagi ini dunia hiburan dikejutkan dengan kabar meninggalnya Artis Saphira Indah Pasalnya Saphira Indah dikabarkan meninggal dalam keadaan tengah berbadan dua Saphira Indah diketahui meninggal pada hari rabu kemarin Dilansir dari Tribun Maka...
Makan Dalam Kuantiti Yang Banyak Semasa Hamil Boleh Atau Tidak 7 Kesilapan Biasa Yang Dilakukan Oleh Ibu Hamil

Makan Dalam Kuantiti Yang Banyak Semasa Hamil Boleh Atau Tidak 7 Kesilapan Biasa Yang Dilakukan Oleh Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 428 hits
Kebanyakan ibu hamil terutamanya yang sedang hamil pertama kali akan melakukan kesilapan semasa kehamilan Walaupun anda sudah bersedia dengan semua aturan makanan atau senaman anda masih berpotensi untuk melakukan kesilapan Ikuti artikel in...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Tattoos Raised And Itchy


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kelas Tauhid Bersama Sofea

Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1