7 Makanan Wajib Hidang Semasa Tahun Baru Cina


Sambutan Tahun Baru Cina adalah satu tradisi yang sering dinanti-nantikan saban tahun oleh masyarakat Cina di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.
Hal ini demikian kerana perayaan ini cukup kaya dengan simbol dan amalan budaya menarik agar sepanjang tahun akan dikurniakan dengan kemewahan, kekayaan dan kebahagiaan, bukan sahaja bagi individu yang menyambul malah seluruh keluarga.
 
Tiada Yang Terlepas Untuk memastikan bahawa tahun baru yang menjelang membawa seribu satu makna kebaikan lagi positif, pelbagai langkah diambil untuk menjamin semua yang diharapkan dapat dicapai. Antara langkah yang diambil adalah melalui makanan.
Dalam budaya Cina, terdapat beberapa jenis makanan yang dilihat sebagai simbol pada kemewahan, kekayaan, kebahagiaan dan sebagainya.
Memang cukup menarik untuk melihat kepercayaan ini menjadi sebahagian daripada pilihan makanan yang akan dihidang pada hari perayaan, khususnya semasa jamuan pertemuan semula antara ahli keluarga yang dekat dan jauh.
 
7 Simbol Kebahagiaan Anda pasti tertanya-tanya, apakah 7 makanan tersebut. Bacalah di bawah. Saya telah sediakan senarai makanan berserta penjelasan bagi setiap satu makanan yang disenaraikan.
 
1. Ikan Kredit: seriouseats.com Ikan ataupun (鱼 Yú /yoo/) merupakan antara makanan yang wajib ada di atas meja makan semasa makan malam keluarga sebelum Tahun Baru Cina menjelang.
Hal ini demikian kerana sebutan ‘ikan’ dalam Mandarin mempunyai sebutan yang sama dengan perkataan Mandarin yang merujuk pada maksud ‘lebihan’. Oleh itu, masyarakat Cina percaya bahawa jika mereka makan ikan, khususnya spesies ikan tertentu pada malam sebelum sambutan Tahun Baru Cina, mereka akan ada simpanan (lebihan) pada penghujung tahun agar mereka dapat lebih banyak lagi pada tahun seterusnya.
 
Memilih Ikan
Lazimnya, cara masakan paling popular untuk sediakan sajian ikan pada Tahun Baru Cina adalah secara mengukus. Untuk memilih ikan yang sesuai untuk dihidangkan untuk makan malam Tahun Baru Cina, masyarakat CIna pegang pada satu prinsip sahaja; pilih ikan yang mempunyai homonim bertuah.
Sebagai contoh, ikan keli, dalam bahasa Mandarin, disebut sebagai  (鲶鱼 niányú /nyen-yoo/) iaitu homonim perkataan  年余 (nián yú) yang memberikan maksud ‘tahun yang mempunyai lebihan’.
 
Adab Makan
Makan ikan pada Tahun Baru Cina merupakan suatu yang istimewa dan mempunyai adab-adab tertentu untuk memastikan tuah yang diingini diperoleh. Adab-adab tersebut adalah seperti berikut:
Makan dua ikan untuk lebihan secara berturut-turut Makan kepala ikan semasa makan malam ambang Tahun Baru dan ekor ikan pada hari Tahun Baru untuk memastikan anda mendapat lebihan sepanjang tahun. Antara ikan yang dianggap membawa tuah ialah ikan koi Crucian dan ikan koi lumpur (Chinese Mud Carp). Kepala ikan perlu mengadap golongan lebih tua atau tetamu istimewa sebagai simbol hormat. Setelah tetamu istimewa atau individu lebih tua sudah makan kepala ikan, barulah yang lain boleh menikmati hidangan ikan tersebut. Ikan yang dimakan tidak boleh dialihkan kerana dikatakan menghilangkan tuah. Individu yang duduk mengadap kepala dan ekor ikan perlu membuat ucap selamat bersama. Hidangan ikan tidak boleh dihabiskan kerana dilihat sebagai simbol lebihan yang diingini.  
2. Ladu Cina Kredit: the Justist Ladu merupakan makanan yang cukup sebati dalam sajian masyarakat Cina sejak lebih 1800 tahun dahulu. Ladu merupakan sajian tradisional yang sering kali dikaitkan dengan jamuan makan malam Tahun Baru Cina, khususnya di Utara China.
Ladu Cina merupakan sebahagian daripada sajian wajib Tahun Baru Cina kerana ladu merupakan simbol kekayaan. Hal ini demikian kerana bentuk ladu adalah sama seperti wang emas Cina yang berbentuk seperti bot kecil.
Menurut kepercayaan, lebih banyak ladu yang dimakan semasa sambutan Tahun Baru Cina, lebih banyak wang yang anda akan jana sepanjang tahun.
 
Inti Ladu
Lazimnya, inti ladu yang disediakan pada Tahun Baru Cina adalah daging khinzir cincang, ketulan udang, ikan, daging ayam kisar, daging lembu dan sayur. Ladu ini disediakan secara merebus, mengukus, goreng atau bakar.
Walau bagaimanapun, inti berasaskan jeruk kobis  tidak disediakan sebagai sebahagian daripada hidangan Tahun Baru Cina kerana menandakan masa hadapan yang susah dan penuh masalah.
Namun begitu, ladu yang dibuat menggunakan inti lobak putih dan kobis merupakan suatu yang baik kerana menandakan warna kulit seseorang akan menjadi cerah dan mood menjadi lebih baik sepanjang tahun.
Ciri-Ciri Ladu Bertuah
Ciri-Ciri ladu bertuah bergantung pada tiga kriteria seperti berikut:
Kedutan –  Ladu yang mempunyai kelim atau kedutan menandakan kemewahan. Jika ladu tidak berkedut, itu merupakan tanda kemiskinan. Isi Ladu – Sesetengah individu meletakkan benang putih atau duit syiling tembaga yang masing-masing menandakan panjang umur dan kekayaan. Sesiapa yang mendapat ladu tersebut dikatakan akan mendapat tuah tersebut. Garisan bukan Bulatan – Ladu mesti disusun secara berbaris dan bukannya dalam bulatan kerana susunan ladu dalam bulatan menandakan kehidupan yang tidak berubah.  
3. Popia Kredit: finedininglovers.com Popia ataupun Chūnjuǎn (春卷), pada mulanya, disediakan untuk dinikmati semasa Pesta Musim Bunga. Popia merupakan hidangan yang cukup popular di wilayah di Timur China seperti di  Jiangxi, Jiangsu, Shanghai, Fujian, Guangzhou, Shenzhen dan Hong Kong.
Popia merupakan gulungan berbentuk silinder yang diisi inti sayur, daging atau sesuaty yang manis. Inti ini digulung dengan kulit pastri yang akan digoreng hingga menjadi warna perang keemasan.
Bagi individu berketurunan Kantonis, popia merupakan sebahagian daripada hidangan dim sum. Pada Tahun Baru Cina, popia merupakan hidangan yang menandakan kekayaan. Hal ini demikian kerana popia kelihatan seperti jongkong emas.
 
4. Pulut (Nian Gao) Kredit: Nyonya Cooking Kek Pulut atau Nian Gao merupakan satu sajian tradisional wajib setiap kali sambutan Tahun Baru Cina menjelang.
Bagi masyarakat Cina, Nian Gao ialah homonim yang merujuk pada frasa ‘semakin tinggi tahun demi tahun’. Hidangan Nian Gao semasa jamuan makan malam adalah cukup penting bagi golongan peniaga kerana hidangan ini menandakan peningkatan dan pengembangan perniagaan mereka ataupun terdapat peningkatan dalam kehidupan mereka.
Nian Gao lazimnya manis dan disediakan menggunakan bahan-bahan seperti pulut beras, gula, buah berangan, kurma cina dan daun bunga teratai.
 
5. Bebola Pulut Manis Kredit: Choochoo-ca-Chew Bebola pulut manis atau Tāngyuán (汤圆) lazimnya dihidankan semasa sambutan Pesta Tanglung tetapi di selatan China, bebola pulut manis dimakan semasa Tahun Baru Cina.
Sebutan dan bentuk bebola pulut ini seringkali dikaitkan dengan hubungan kekeluargaan yang erat dan kesatuan. Oleh sebab itulah hidangan ini merupakan hidangan wajib semasa jamuan makan malam.
 
6. Mihun Panjang Kredit: Accor Hotels Mi Panjang ataupun Chángshòu Miàn (长寿面) merupakan hidangan yang dikaitkan dengan umur panjang. Mi yang panjang dan tidak dipotong menandakan kepanjangan usia individu yang diberikan mi tersebut.
Hidangan mi panjang ini lazimnya, disediakan dengan menggoreng atau dimakan dengan sup.
 
Buah Bertuah
Untuk sambutan Tahun Baru Cina, buah-buahan merupakan salah satu makanan wajib untuk dihidangkan semasa perayaan tersebut.
Antara buah-buahan yang dilihat sebagai membawa tuah ialah buah oren, limau dan limau gedang. Buah-buahan ini dipilih kerana bentuk bulat dan warna keemasan yang menandakan kemewahan dan kekayaan.
 
Buah Oren dan Limau
Makan atau mempamerkan buah oren dan limau dilihat sebagai tanda tuah dan kekayaan kerana sebutan dan ejaan buah-buahan tersebut dalam bahasa Mandarin iaitu chéng (橙) yang mempunyai bunyi yang sama seperti sebutan perkataan ‘kejayaan’ (成).
 
Limau Gedang
Makan buah limau gedang pula melambangkan kebahagiaan berterusan. Lebih banyak anda makan, lebih banyak kekayaan yang akan dijana. Hal ini demikian kerana ejaan limau gedang,  yòu (柚) adalah sama seperti yǒu (有), yang membawa maksud ‘memiliki’ sementara sebutannya adalah seperti yòu (又) yang membawa maksud ‘sekali lagi’.
 
Tuah Sepanjang Tahun Adakah anda sudah bersedia untuk sambutan Tahun Baru Cina? Jangan lupa untuk hadiahkan atau sediakan makanan-makanan tuah ini agar Tahun Baru Cina kali ini membawa segala kekayaan dan kemewahan kepada anda dan keluarga.
Jika anda tidak menyambut, kongsilah dan hadiahi rakan-rakan dan ahli keluarga yang menyambut dengan makanan-makanan tuah ini. Salam tahun baru semua!
 
 
The post 7 Makanan Wajib Hidang Semasa Tahun Baru Cina appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/feature-article/7-makanan-wajib-hidang-semasa-tahun-baru-cina

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Foodpanda Mengurangkan Caj Penghantaran Makanan Sempena Tahun Baru Cina

Foodpanda Mengurangkan Caj Penghantaran Makanan Sempena Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 316 hits
Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada pembaca Amanz Ketika musim perayaan ini mungkin adalah sedikit sukar mencari tempat makanan yang dibuka atau anda memilih untuk duduk sahaja di rumah Sempena musim peray...
Disebabkan Urusan Jenazah Beliau Sanggup Ketepikan Makan Besar Malam Tahun Baru Cina Dengan Keluarga

Disebabkan Urusan Jenazah Beliau Sanggup Ketepikan Makan Besar Malam Tahun Baru Cina Dengan Keluarga

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 838 hits
BUAT MANA YANG PERLU SANGAT DULU AKU DAN JENAZAH ATAU MAKAN DULU Tahun ini sejarah bagi saya kerana masa makan besar malam TAHUN BARU CINA dengan abang aku aku di datangkan talipon untuk bantu arwah Aku melepaskan makan aku dan berurusan de...
5 Jenis Perayaan Yang Disambut Kaum Cina Malaysia Selain Tahun Baru Cina Gong Xi Fa Cai

5 Jenis Perayaan Yang Disambut Kaum Cina Malaysia Selain Tahun Baru Cina Gong Xi Fa Cai

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 1033 hits
Sebagai sebuah negara berbilang kaum Malaysia memang terkenal dengan masyarakat berlainan bangsanya yang sentiasa hidup dalam keadaan aman dan damai Oleh sebab wujudnya pelbagai kaum ini kita semua dapatlah merasa pelbagai jenis perayaan ya...
Video Comel Sangat 100x Nyanyian Anak Wawa Aeril Sempena Tahun Baru Cina Dipuji Sangat Comel

Video Comel Sangat 100x Nyanyian Anak Wawa Aeril Sempena Tahun Baru Cina Dipuji Sangat Comel

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 412 hits
Sempena Tahun Baru Cina Aeril Zafrel berkongsi ucapan dan telatah comel anaknya dikenali sebagai Hayla menerusi Instagram Video yang dimuat naik oleh Aeril ini membuatkan ramai geram dan terpikat dengan kecomelan Hayla Alahai comelnya Malah...
Jualan Steam Sempena Tahun Baru Cina Kini Berlangsung Sehingga 12 Februari

Jualan Steam Sempena Tahun Baru Cina Kini Berlangsung Sehingga 12 Februari

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 335 hits
Selamat Tahun Baru Cina kami ucapkan kepada pembaca yang berketurunan cina dan selamat bercuti kepada mereka yang ingin melepaskan lelah Sempena dua hari bercuti yang panjang pasti ramai yang mencari ruang untuk beriadah Tetapi sekiranya an...
Kemewahan Hidangan Tahun Baru Cina Di Sini Pasti Memberi Kebahagian Buat Anda

Kemewahan Hidangan Tahun Baru Cina Di Sini Pasti Memberi Kebahagian Buat Anda

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 377 hits
Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjengah kalendar 2019 ini pastinya ramai yang sedang memikirkan dimanakah tempat istimewa untuk meraikan makan The post appeared first on
Google Shadow Art Ialah Permainan Interaktif Bekecerdasan Buatan Sempena Tahun Baru Cina

Google Shadow Art Ialah Permainan Interaktif Bekecerdasan Buatan Sempena Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 312 hits
Minggu lalu Google melancarkan Doodle sempena Hari Nasi Lemak Dunia Sebuah animasi tentang proses penghasilan nasi lemak telah dihasilkan untuk makanan kegemaran negara Terkini sempena Tahun Baru Cina Google melancarkan pula Doodle interakt...
5 Aneka Sajian Cina Terbaik Sempena Meriahkan Tahun Baru Cina

5 Aneka Sajian Cina Terbaik Sempena Meriahkan Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 660 hits
Esok dah pun Tahun Baru Cina korang semua pun mesti tumpang suka sebab dapat cuti jugak Sajian Cina memang terkenal di dunia kulinari antarabangsa Ni ada 5 aneka resipi terbaik dari Hotel Grand BlueWave Shah Alam Selangor Boleh lah dicuba c...
Azmin Dilantik Tpm Selepas Tahun Baru Cina

Azmin Dilantik Tpm Selepas Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 622 hits
Paparan laman blog Another Brick In The Wall SHAH ALAM Desas desus mengenai pelantikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas sambutan Tahun Baru Cina semakin hangat diperkatakan Menu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah