Pengalaman Membela Cendawan Kukur Dan Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api Dengan Telur Itik Dan Pucuk Ubi


Bulan lepas aku mendapat pengalaman membela bongkah cendawan kukur yang di beli dari laman shopee. Seronok jugalah merasa melihat pertumbuhan cendawan kukur di bongkah yang berisi habuk kayu dan benih cendawan ini. Aku beli 3 bongkah  bahan penanaman cendawan ini. Dan di sini aku nak kongsi keterujaan melihat tanaman cendawan kukur  di bongkah ini tumbuh di depan mata... hehe!
Pengalaman Membela Cendawan Kukur Dan Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api Dengan Telur Itik Dan Pucuk Ubi

Waktu kecil dulu aku biasa menemani emak aku mengutip cendawan kukur ini di kebun getah. Apabila musim hujan, berkembangan cendawan kukur ini tumbuh di batang pokok getah tumbang yang telah reput. habis mengutip dan selepas di bersihkan cendawan ini boleh di masak lemak cili api, masak rendang ataupun masak tumis. Sedapnya makan gulai cendawan ini. 


Zaman sekarang sudah lebih mudah, Cendawan kukur boleh pula di pelihara di rumah dengan sedikit kepakaran. Bongkah cendawan yang aku terima selepas menempah di laman shopee aku gantung di sudut dapur yang lembap. Seterunya toreh beberapa bahagian di sekeliling bongkah untuk bagi ruang cendawan tumbuh.


Seterusnya siram bongkah sehingga benar-benar basah keseluruhannya 2 kali sehari selama lebih kurang 5 -7 hari. Setiap hari tu, boleh lihat cendawan tumbuh di celah-celah torehan di bongkah. Teruja aku melihat tumbesaran kelopak cendawan yang membesar. Dalam 7 hari, bolehlah di kutip untuk di buat masakan. Bongkah tu boleh 2 kali penuaian iaitu ulang kembali proses siram dalam 5 hari dan kutip lagi. 





Info tentang cendawan kukur yang  aku dapat dari google adalah sejenis cendawan yang pada batang kayu semasa proses pereputan. Ia tergolong dari keluarga Schizophylaceae. Keluarga cendawan Schizophylaceae mempunyai banyak spesis. Ia merupakan sejenis cendawan yang boleh dimakan dan banyak di jual di pasar tani dan pasar malam. 


Cendawan kukur dari pokok kayu getah merupakan jenis yang paling popular di kutip untuk dijadikan bahan makanan yang sangat enak dan berkhasiat. Jangan tak tau, dulu makanan orang kampung yang tak di pandang orang, sekarang harganya mencecah RM60 sekilogram. Walaupun mahal, jadi rebutan di segenap pelusuk masyarakat. Sudah pasti di sebabkan kesedapan masakannya.. huh!


Meh la aku nak kongsi resepi cendawan kukur yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Kalau dapat cendawan kukur, mesti lauk ini yang di masak. Iaitu resepi cendawan kukur masak lemak cili api dengan telur itik dan pucuk ubi.... jom!


Pengalaman Membela Cendawan Kukur Dan Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api Dengan Telur Itik Dan Pucuk Ubi Bahan-bahan masakan cendawan kukur masak lemak cili api:3 genggam lebih kurang cendawan kukurSecekak pucuk ubi5 biji telur itik17 biji cili api1cm isi kunyit2 biji bawang merah1 batang serai2 cawan santan pekat
Secawan airgaram dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak cendawan kukur masak lemak cili api: Cendawan kukur dibersihkan dari kulit kayu, dan pasir dengan caram merendam dalam besen dan angkat cendawan yang timbul. Buat beberapa kali hingga betul-betul bersih. Pucuk ubi di pilih daun yang lembut dan ambil batang dan daun yang lembut sahaja. Basuh hingga bersih. Rebus sebentar dan toskan.
Selepas tu tumbuk cili api, kunyit hidup dan bawang merah bersama sehingga lumat. Titik serai hingga pecah-peach di hujungnya. Jika mau, tumbuk separa lumat cendawan kukur itu. Tak nak buat pun tak apa. Lepas tu masukkan bahan yang di tumbuk,  cendawan kukur, pucuk ubi dan serai yang telah dititik ke dalam periuk.
Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Didihkan. Bila dah mendidih, pecahkan telur itik satu persatu ke dalam masakan  tadi, Kacau dengan cermat agar telur  itik tidak pecah kuningnya. Seterusnya masukkan secawan lagi santan pekat. Terus mengacau dengan berhati-hati yer!


Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi..Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat. Sedap sangat di jadikan juadah tengahari. Tak sedar bersenduk2 nasi telah di tambah ke pinggan... hihi!
itulah secebis cerita membela dan membelai cendawan kukur seterusnya di jadikan hidangan makan tengahari yang sedap dan lazat serta di sukai oleh seisi keluarga. Lepas ni nak beli lagi bongkah cendawan kukur tu. Boleh menuai dan masak lagi lauk yang sedap ini. 
Nak dapatkan resepi yang macam-macam variasi di blog ini, klik SINI
p/s: Inilah lauk yang di katakan makan tak ingat dunia. Diet pun sudah ke laut dalam... gitu le!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.huhahuhajerr.com/2021/03/resepi-cendawan-kukur-masak-lemak-cili-api-telur-itik-pucuk-ubi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kerang Masak Lemak Cili Api

Resepi Kerang Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 810 hits
Kerang antara makanan laut kegemaran saya terutamanya kerang bakar dan kerang rebus serai Macam ni boleh habis sekilo kerang gamaknya ada jugak orang yang tidak boleh makan kerang Alahan katanya Antara resepi kerang yang pernah saya cuba ad...
Ikan Parang Masak Lemak Cili Api

Ikan Parang Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 479 hits
Assalamualaikum LAUK yang dimasak ibu Sk ketika datang ke Senai khamis lepas Hari tu macam biasa Sk akan datang bawa makanan Disebabkan Sk balik ke rumah dulu ambil Iman kebetulan dia habis kelas awal pulak hari tu jadi Sk tapau Mee Mamak d...
Daging Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style

Daging Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 1219 hits
AssalamualaikumSelamat petang Alhamdulillah cuaca harini elok cerah Harap kering lah jemuran di ampaian Semalam kat sini awal juga hujan Pakaian tak kering terpaksa bawa ke harini untuk keringkan betul betul Harini LM tak masak sebab lauk g...
Sotong Sambal Dengan Petai Vs Pucuk Ubi Masak Lemak

Sotong Sambal Dengan Petai Vs Pucuk Ubi Masak Lemak

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 571 hits
Assalamualaikum MEMANG susah nak jaga diet di pejabat kecuali jika puasa Itupun ada yang dah sahur tapi tak tahan godaan pagi pagi ada kawan pelawa makan hahahaha Tuari Fidah bawa Sotong Sambal Petai Lepas tu beli nasi dua polisterin penuh ...
Ikan Kembung Hijau Masak Lemak Cili Padi

Ikan Kembung Hijau Masak Lemak Cili Padi

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 864 hits
Ikan Kembung Hijau Masak Lemak Cili Padi Nak masak apa hari ini Tak ada idea nak masak Saya pun sama muak dah tiap hari makan ayam Bila ikutkan si bujang kat rumah ini memang ayam la kesukaannya Tapi takkan setiap hari lauk ayam kenalah var...
Dapur Fiezasani Ayam Masak Cili Api

Dapur Fiezasani Ayam Masak Cili Api

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 345 hits
Dah lama tak kongsi resipi kat blog kesayangan Macamana nak kongsi weii k fiezz ulang masak menu sama yang dah share kat sini hehe Kalau ada resipi baru boleh lah kongsi kat sini Bercakap pasal menu baru ni ada resipi baru yang k fiezz jump...
10 Resepi Masak Merah Ayam Daging Ikan Udang Dan Telur Yang Sedap Tak Terperi

10 Resepi Masak Merah Ayam Daging Ikan Udang Dan Telur Yang Sedap Tak Terperi

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 544 hits
Kadang kadang apabila jemu masakan bergulai dan berkuah ada kalanya tukar selera kepada masakan yang agak kering kuahnya tapi tetap sedap tak terperi Ayam daging ikan udang dan telur semuanya boleh di buat masak merah yang sedap Kita yang b...
20 Resipi Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap

20 Resipi Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 574 hits
20 Resipi Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap Antara masakan yang menjadi favorite CH adalah masak lemak cili padi Tak kisah lah masak lemak apa pun memang sedap di tekak dan kena dengan selera CH Lagi satu nak masak masak lemak cili padi...
Hiburan Diejek Suara Itik Ketika Kecil Dayang Nurfaizah Kongsi Pengalaman Rasa Sedih Sehingga Jadi Pendiam

Hiburan Diejek Suara Itik Ketika Kecil Dayang Nurfaizah Kongsi Pengalaman Rasa Sedih Sehingga Jadi Pendiam

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 398 hits
Penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah ada berkongsi cerita mengenai zaman kecilnya yang pernah diejek mempunyai suara itik ketika menyanyi oleh orang sekeliling Sumber Instagram Suria FM Kata Dayang perkara tersebut telah membuatkan dirinya be...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat