20 Resipi Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap


20 Resipi Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap. Antara masakan yang menjadi favorite CH adalah masak lemak cili padi. Tak kisah lah masak lemak apa pun, memang sedap di tekak dan kena dengan selera CH. 
Lagi satu, nak masak masak lemak cili padi ni mudah saja. Kalau tak biasa buat memang rasa macam susah tapi lama kelamaan akan menjdi senang sebab kita dah tahu kalau bahan utama banyak sekian sekian, bahan sampingan berapa pula. Untuk memudahkan korang, CH himpun 20 resipi masak lemak cili padi mudah dan sedap untuk korang cuba. Tambah-tambah lagi di bulan ramadan. 
Masak lemak cili padi juga dikenali sebagai masak lemak cili api. Ikut tempat korang duduk lah sebab kat Kedah ni, depa panggil masak lemak cabai melaka. Walaupun cili tu ditanam di Kedah tetapi nama glamer dia tetap cabai melaka. Jangan terkejut pulak tau. 


20 Resipi Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap

#1 Masak Lemak Cili Api Daging Salai
Masak lemak cili api daging salai

Bahan:
500 gm daging lembu
1 biji kelapa parut - perah ambil santan
2 batang serai - diketuk
10-15 biji cili api **
4 biji bawang merah **
2 ulas bawang putih **
1 ketul kunyit hidup **
2 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit - dicarik sahaja
1 sudu makan garam atau secukup rasa
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
Bahan pelengkap - jika mahu
3 biji kentang potong ikut citarasa
atau boleh juga letak belimbing buluh mahupun petai muda


Cara memasak
1. Bersihkan daging, lumur dengan sedikit garam, bakar/salai daging hingga masak. Kemudian potong nipis kemudian digaul pula dengan serbuk kunyit.
2. Bahan bertanda (**) ditumbuk lumat/ kisar.
3. Dalam periuk/kuali panaskan minyak, tumis serai kemudian masukkan bahan tumbuk masak hingga naik bau wangi.
4. Masukkan santan, asam keping dan kentang biarkan mendidih api perlahan. Untuk dapatkan warna kuning yang menarik tambah sedikit serbuk kunyit.
5. Masukkan daging, garam dan gula secukup rasa serta daun kunyit.
6.Apabila masak tutup api, sedia dihidang.


#2 Ayam Masak Lemak Cili Api
Ayam masak lemak cili api
Bahan:
Ayam satu ekor di potong kecil
Cili api campur merah/hijau
Serai d ketuk 2 batang.
Kentang 4 biji.
Santan 3 ringgit.
Asam gelugur sekeping.
Gula nisan.(sedikit untuk memancing rasa)
Maggie secukup rasa.
Garam.
Kunyit.


Cara memasak
1. Ayam di cuci bersih dan di garam kunyit serta di goreng sederhana masak..
2. Setelah siap masukkan dalam periuk.
3. Cili api dikisar kasar
4. Kentang buang kulit dan d potong 4 dan di rebus
5. Masukkan santan, cili, kentang, serai yang diketuk, asam gelugur ke dalam periuk ayam yang siap di goreng tadi. Boleh mula masak.
6. Perasakan dengan garam maggie secukup rasa dan nisan.
7. Masukkan daun kunyit yang di carik...
8. Sedia untuk dihidang


#3 Masak lemak cili api siput sedut
siput sedut masak lemak cili api
Bahan:
1 kg siput sedut (di potong hujungnya)
Segenggam cili padi
5 ulas bawang merah
1 sdu teh lada hitam
1 sudu teh biji ketumbar
1 sdu teh jintan halus
1 sudu teh jintan putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup @1 sdu teh serbuk kunyit
1 kotak santan
3 keping asam keping
2 btg serai (di ketuk)
Garam & serbuk perasa


Cara memasak
1. Kisar atau tumbuk semua bahan (bawang merah, cili padi, halia, jintan halus, jintan putih, lada hitam dan serbuk junyit @ kunyit hidup.
2.Masukkan bahan kisar, santan, serai, asam keping dan siput sedut ke dalam satu periuk.
3.Sekiranya terlalu pekat boleh tambah kan sedikit air. Bergantung pada selera masing masing.
4.Hendaklah sentiasa kacau utk elakkan santan berketul. Kacau sehingga menggelegak..
5.Setelah menggelegak, masukkan garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa. Sudah siap boleh dihidang bersama nasi panas dan menu lain. 


#4 Sotong masak lemak cili api
Sotong masak lemak cili api
Bahan:
500 gm sotongSeinci kunyit hidupAnggaran 10 biji cili api (boleh kurang kan jika tidak suka pedas)2 biji bawang merah2 biji bawang putih2 cawan santan pekat1 batang serai diketukGaram secukup rasa

Cara memasak
1. Bawang putih dan bawang merah ditumbuk@kisar. Kemudian tumbuk kan pula cili api bersama kunyit hidup

2. Panaskan periuk dengan anggaran 1 cawan air. Masukkan bahan-bahan kisar tadi bersama dengan serai yang telah diketuk. Didihkan sebentar

3. Kemudian masukkan santan pekat tadi dan didihkan perlahan-lahan. Pastikan sentiasa di kacau perlahan-lahan

4. Setelah mendidih bolehlah dimasukkan terung telunjuk. Akhir sekali bolehlah dimasukkan sotong dan masakkan sebentar sehingga sotong masak. Jangan terlalu lama bimbang nanti sotong liat. Tutup api. sotong masak lemak siap


#5 Udang Masak Lemak Cili Padi
Udang masak lemak cili padi

Bahan:
400 gram udang1 biji nanas (saya guna size kecil)Segenggam cili padi2 biji kunyit hidup (sebesar ibu jari setiap sebiji)2 batang serai2 helai daun kunyit (dihiris)1 1/2 kotak santan2 cawan air suam1 1/2 sudu kecil garam
Cara memasak:
1. Tumbuk lumat kunyit hidup & cili padi. Ketuk hancur serai. Masukkan nanas dan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk. Hidupkan api,kecutkan nanas seketika. Bila nanas sudah mengecut, air akan keluar dari buah nanas. Masukkan udang

2.Tuangkan santan dan air suam. Masukkan garam,daun kunyit serta serai

3.Kecilkan sedikit api,biarkan mendidih. Jangan sampai santan pecah. Perasakan secukupnya. Siap

#6 Ikan Kerisi masak lemak cili padi
Ikan Kerisi masak lemak cili padi
Bahan:
2 ekor ikan kerisi
1 btg cili merah
5,6 btg cili padi
1 biji bwg besar
1 biji bwg putih
600 ml santan
100 ml air
1 btg serai


Cara memasak
1.Masukkan santan ke dalam periuk.
2.Kisar halus bwg besar,bwg putih,cili merah,kunyit hidup dan cili padi.Tuangkan ke dlm santan dan air kemudian masukkan serai yg telah diketuk.Kacau selalu supaya santan tidak meruap.Tunggu hingga mendidih dan masukkan ikan.
3.Masukkan garam dan perasa. Dah siap


#7 Ikan Lampam Masak Lemak Cili Api
Ikan lampam masak lemak cili padi
Bahan:
3 ekor ikan lampam
30 biji cili api
2 batang serai
3 keping asam gelugur
2 cawan santan pekat
1 sudu serbuk kunyit
3 ulas bawang putih
Garam secukup rasa


Cara memasak:
1. Masukkan ikan, serai yg telah diketuk, bawang putih yg diracik nipis, garam, asam keping dan serbuk kunyit ke dalam periuk yg sesuai.
2. Kisar cili api bersama santan.
3. Tuangkan santan dan cili yg dikisar ke dalam periuk.
4.  Panaskan . Selalu menimbuk atau mengacau kuah supaya tidak meruap.
5. Masak sampai mendidih dan ikan masak.
6. Siap dan boleh dihidangkan bersama nasi putih.


#8 Gulai Betik Lemak Cili Api

Betik masak lemak cili padi
Bahan:
1 biji betik muda/ sederhana tus
1 biji kelapa / 1 kotak santan
10 biji cili api (ikut kepedasan byk mna nk letak)
1 inci kunyit hidup/ 1 sudu kecil serbuk kunyit
2 beatang serai/ titik
1 senduk ikan bilis
1 keping asam keping


Cara memasak:
1.Mula mula betik kupas kulit dan cincang halus. Basuh dan toskan.
2.Kisar cili api dan kunyit, lepas tu campurkan bahan yang diblend dalam kuali, ikan bilis, serai yang diketuk serta santan, masak dengan api sederhana, tambah garam, kuah hampir masak atau kering sikit baru masukkan betik tadi.. Kacau 2 dan rasa garam nya. Kalau semua dah terasa boleh tutup api. Tujuan masak kuah dulu kemudian masukkan betik untuk menggelakan betik hancur kerana terlalu lembik.
3.Biasanya bila masukkan betik kaup balikkan sekejap. Agak-agak layu je tutup api.


#9 Ayam Masak Lemak Cili Api Rebung

Ayam masak lemak cili api rebung
Bahan:
Ayam setengah ekor (8 / 9 ketul)
1 cawan air untuk bahan yg bertanda bintang)
10 biji cili api (kalau nk pedas lebihkan cili)*
2 inci kunyit hidup*
2 batang serai (ketuk)
Rm 2.00 rebung
1 kotak santan) Rm3.00 santan
1 keping asam keping
garam secukup rasa


Cara memasak:
1.Mula mula blend bahan yang bertanda dengan air, masukkan bahan blend, serai yang diketuk, ayam dan rebung (rebung basuh dan perah airnya) dalam kuali. Kacau sebati dalam kuali sekejab orang nogori panggil kocutkan sekejab, baru masukkan santan.
2.Tambah air dalam satu @ dua cawan, tambah garam, asam keping kacau selalu untuk mengelakkan pecah minyak dan sehingga masak.. tutup api.
3.Taraa siapp untuk dihidang..Makan dengan ulam dan ikan jering perhh cnfm tambah 2 pinggan


#10 Telur Ikan Masak Lemak Cili Api

Telur ikan masak lemak cili padiBahan:
300g Telur Ikan
1 Inci Kunyit
1 Batang Serai
8-10 cili api
2 Keping Asam
2 Cawan Santan
Garam


Cara memasak:
1.Bersihkan telur ikan dengan air asam.
2.Blend kan kunyit dan cili api. Serai titik sahaja.
3.Masukkan santan dan bahan blend ke dalam periuk. Masakkan dengan api sederhana. Masukkan serai dan asam keping
4.Apabila santan mendidih, masukkan telur ikan dan perisa kan dengan garam. Siap


#11 Kerang Dan Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api

Kerang dan pucuk paku masak lemak cili api
Bahan:
1 kilogram kerang
2 ikat pucuk paku
200 ml santan pekat
200 ml air
1 helai daun kunyit dihiris
2 batang serai diketuk
1 keping asam gelugor
3 sudu makan minyak
1 sudu teh garam (secukup rasa)
Bahan A -Ditumbuk
10 tangkai cili api (boleh ditambah atau dikurangkan)
2 ketul kunyit hidup
3 ulas bawang merah


Cara memasak
1.Sediakan bahan-bahan.
2.Masukkan kerang ke dalam kuali. Tak perlu tambah air. Buka api yang agak kuat dan tutup kuali. Tak sampai 2 minit, kerang dah terbuka. Ketepikan
3.Panaskan minyak dan tumis serai dan bahan A. Masukkan air. Bila dah mendidih, masukkan pula santan dan asam gelugor. Sentiasa dikacau agar santan tidak pecah minyak.
4.Setelah mendidih, masukkan pucuk paku, daun kunyit dan kerang tadi. Perasakan dengan garam.
5.Dah siap, sedia dihidang


#12 Ikan Merah Masak Lemak Cili Api Nogori


Ikan merah masak lemak cili api
Bahan:
2 inci Kunyit Hidup ditumbuk(2 sudu kecil serbuk kunyit)
1 ekor Ikan Merah
1 sudu besar cili api yang sudah diblend (ikut kepedasan)
1 cwn santan pekat
1 1/2 cwn air
2 batang serai diketuk
1 kpg asam keping
Garam secukup rasa


Cara memasak
1. Masukkan santan, air, kunyit, cili padi, asam, serai dan garam. Masak atas api sederhana sehingga hampir mendidih. Perlu sentiasa di kacau untuk mengelakkan santan pecah minyak.
2. Masukkan ikan yang telah dicuci bersih. Tambah serbuk kunyit jika warna kurang menarik.
3. Masukkan daun kunyit dan sayur pilihan (terung, kacang panjang). Biarkan sehingga mendidih. Kacau sekali sekala.
4. Rasa dan tambah garam jika perlu. Tutup api dan siap dihidang.


#13 Perut Masak Lemak Cili Api
perut masak lemak cili api

Bahan:
500g Perut Lembu(yg telah direbus)
6 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
2 hirisan Halia
Cili Api(ikut kepedasan kita nak)
Sedikit Kunyit Hidup@Serbuk Kunyit
Sehelai Daun Kunyit(disimpul@dihiris halus)
1 cawan Santan Pekat
2 Batang Serai
Keping Sekeping Asam
Garam secukup Rasa


Cara memasak:
1.Kisar Bawang, Halia, Kunyit dan Cili Api.
2.Masukkan bahan yg dikisar ke dlm periuk. Tambah 2 batang serai yang telah dititik.
3.Masukkan Perut yg telah direbus dan gaul sebati dengan bahan yg telah dikisar.
4.Masukkan Asam Keping, Santan dan  Daun Kunyit.
5.Masukkan Garam dan sedikit Air (jika pekat). Sentiasa kacau dan api perlahan untuk pastikan masak lemak kita cantik serta tak berketul. Biarkan 5-10minit. Tutup api dan sedia untuk dihidang. 


#14 Rebung Masak Lemak Cili Api

masak lemak cili api rebung


Bahan
1 Batang Rebung - Bersihkan dan di rebus sehingga empuk. Bila dah empuk, racikkan ia. Ketepikan
RM3 santan1 genggam udang sayur/kecilGaram secukupnya1-2 keing asam keping2 cawan air
Bahan kisar
1 biji bawang besar2cm halia2cm lengkus2 batang serai5-7 biji cili padi2-3 cm kunyit hidup

Caranya
Panaskan kuali. masukkan bahan kisar dan asam keping sehingga mendidih dan naik bau. 
Masukkan udang dan rebung. Biarkan sebati dan mendidih agak lama

Perlahankan api dan tambah santan serta garam. Masa ni perlu kacau perlahan dan tanpa henti sehingga mendidih. Kaedah ini adalah untuk memastikkan santan tidak menjadi kepala. 
Biarkan sehingga masak sepenuhnya

Angkat dan hidangkan bersama lauk pauk yang lain


#15 Ketam Masak Lemak Cili Api

ketam masak lemak cili api

Bahan:
3 ekor ketam - disiang, dibersihkan, ditos dan di potong 2RM2 santan1 biji terung bulat - dibelah 61-2 keping asam gelugor / keping2cawan airgaram secukupnya
Bahan kisar:
6 biji cili padi ( boleh tambah jika suka extra pedas)1 biji bawang besar1cm halia1cm lengkuas1 batang serai2cm kunyit 
Caranya: 
Masukkan bahan kisar dan asam keping dalam periuk atau kuali. Masak sehingga mendidih dan biarkan ia mendidih selama 5 minit. 
Tambah air. Biarkan sehingga ia mendidih lagi. 
Masukkan ketam dan biarkan ketam separuh masak/ mendidih lagin sekali

Masukkan santan, terung dan garam secukupnya. Kacau dengan kerap untuk memastikan santan tak pecah atau menjadi kepala sehingga terung dan ketam masak sepenuhnya. 
Angkat dan hidangkan dengan nasi dan lauk pauk yang lain. 


#16 LALA MASAK LEMAK CILI PADI

Lala masak lemak cili padi

Bahan-Bahan
2 kg Lala - di rendam dengan air garam dan di bersihkan2 batang serai - di ketuk1 biji nanas - hiris nipis dan memanjang1-2 biji tomato di belah 4 atau 62-3 helai daun kunyit p- dihiris besar atau halus. RM4 santan1-2 keping asam keping/gelugor2-3 cawan airgaram secukupnya
Bahan Kisar
2 biji bawang besar2 biji bawang putih2 batang serai2 cm lengkuas2 cm kunyit 2 cm halia6-10 biji cili padi
Caranya
Panaskan kuali. CH lebih suka guna kuali sebab senang nak gaulkan lala tu nanti. 
Masukkan bahan kisar sehingga mendidih. Masukkan serai, asam keping, air dan garam. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi

Masukkan nanas. Biarkan sehingga mendidih dan nanas masak

Masukkan lala, tomato, santan. Gaul rata. Biarkan sehingga mendidih. 
Tambahkan daun kunyit. 
Rasa. Jika dah cukup, angkat dan hidangkan bersama dengan nasi panas, ikan goreng, cili padi dan ulam



#17 Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api
Pucuk paku masak lemak cili padi


Bahan-Bahan:
1 ikat sayur pucuk paku1 mangkuk besar santan pekat1/2 mangkuk kecil ikan bilis4 ulas bawang merah5 biji cili padi1 ketul kecil kunyit hidupgaram secukup rasa
Caranya:
Bersihkan pucuk paku dan potong bahagian daun dan batang yang lembut sahaja dalam anggaran panjang 1 inci

Kisar halus bawang merah bersama cili api dan kunyit. Ketepikan

Basuh ikan bilis dan tumbuk kasar

Masukkan santan, bahan kisar halus dan ikan bilis di dalam periuk. Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih

Masukkan pucuk paku dan masak sehingga lembut. Perasakan bersama garam secukup rasa


Kredit : Che Nom


#18 PUCUK UBI MASAK LEMAK CILI API TEMPOYAK

Pucuk ubi masak lemak cili padi tempoyak

Bahan:
2 cekak pucuk ubi.. rebus hingga lembut3 ulas bawang merah*10 biji cili api merah*1/2 inci kunyit hidup*segenggam ikan bilis*3 sudu tempoyak1 cawan santangaram & aji2 batang serai dititik2 helai daun kunyit dipotong kecil2
Caranya:
Tumbuk bahan2 bertanda (*)
Masukkan semua bahan didalam kuali dan masak hingga sebati.. gunakan api kecil.

Rasakan dengan garam dan serbuk perasa. Bila dah ok angkat dan hidangkan


#19 MASAK LEMAK CILI API JANTUNG PISANG DAN PUCUK UBI
Masak lemak cili padi jantung pisang dan pucuk ubi
Bahan:
1 biji jantung pisangSemangkuk air3 keping asam keping (untuk rendam jantung pisang)Garam secukup rasaSegenggam cili api2 inci kunyit hidup1 1/2 biji kelapa (diparut dan diperah santannya)Segenggam ikan bilisPucuk ubi secukupnya (siang dan bersihkan)2 keping asam keping untuk memasak
Caranya:
1. Bersihkan jantung pisang. Kupas sampai dapat kulit jantung yang kuning susu. Potong kecil jantung pisang

2. Ambil air, masukkan asam keping dan garam. Rendam jantung pisang dalam air ini

3. Ambil cili api dan kunyit hidup. Tumbuk halus

4. Dalam kuali, masukkan santan, ikan bilis, asam keping dan pes cili api serta kunyit hidup. Biarkan mendidih

5. Masukkan jantung pisang dan masak sampai jantung pisang lembut

6. Masukkan pula pucuk ubi. Kacau seketika. Masukkan garam dan biarkan seketika sebelum matikan api


#20 IKAN MASIN MASAK LEMAK CILI PADI
Masak lemak cili padi ikan masin

Bahan kisar :
4 ulas bawang merah3 ulas bawang putih3 tangkai cili merah2 tangkai cili padi1 inci kunyit hidup
Bahan bahan:
2 keping nanas muda Ikan masin kurau2 batang serai – ketuk1 biji kelapa – santanGaram1 keping asam keping

Cara cara:
Panaskan satu senduk minyak masak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga naik minyak

Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. 
Masukkan ikan masin dan masak sehingga ikan masak

Masukkan nanas

Asam keping dan garam masukkan apabila tak cukup masan dan masin. If dah okay, tak perlu masukkan. 
Nota: jangan terlebih garam kerana ikan masin dah masin. Sesuaikan rasa. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.yatizul.com/2021/03/20-resipi-masak-lemak-cili-padi-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikan Kembung Hijau Masak Lemak Cili Padi

Ikan Kembung Hijau Masak Lemak Cili Padi

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 863 hits
Ikan Kembung Hijau Masak Lemak Cili Padi Nak masak apa hari ini Tak ada idea nak masak Saya pun sama muak dah tiap hari makan ayam Bila ikutkan si bujang kat rumah ini memang ayam la kesukaannya Tapi takkan setiap hari lauk ayam kenalah var...
Resipi Popia Sira Sambal Mudah Sedap Macam Dekat Pasar Malam

Resipi Popia Sira Sambal Mudah Sedap Macam Dekat Pasar Malam

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 312 hits
Anda suka makan Popia Sira Sambal Ni ada resipi mudah sedap dan ringkas perkongsian saudari Hazirah Zaihan yang boleh dicuba Persis Popia Sira Sambal yang kita beli di pasar malam Memang sedap Popia yang rangup sambal yang likat bersalut Me...
Resipi Udang Masak Lemak Campur Belimbing Buluh

Resipi Udang Masak Lemak Campur Belimbing Buluh

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 524 hits
Macam dah lama tak masak udang masak lemak atau orang panggil masak lemak cili api Stok belimbing ada lagi tu saja lah masak udang masak lemak campur belimbing buluh Kecur air liur kalau sebut belimbing buluh tu haaa Terasa rasa masam dia T...
Daging Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style

Daging Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 1219 hits
AssalamualaikumSelamat petang Alhamdulillah cuaca harini elok cerah Harap kering lah jemuran di ampaian Semalam kat sini awal juga hujan Pakaian tak kering terpaksa bawa ke harini untuk keringkan betul betul Harini LM tak masak sebab lauk g...
Sedap Dan Mudah Resepi Nasi Lemak Beras Basmathi

Sedap Dan Mudah Resepi Nasi Lemak Beras Basmathi

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 503 hits
Siapa suka Nasi Lemak tapi rasa beratnya lah nak makan nasi lemak ni sebab kalori saja dah berapa untuk sepinggan Nasi lemak boleh dikatakan menu wajib bagi rakyat Malaysia dan sangat mudah didapati di mana saja Lauk gandingan haruslah ada ...
Resipi Lepat Cendol Guna Acuan Lompang Sedap Lebih Mudah

Resipi Lepat Cendol Guna Acuan Lompang Sedap Lebih Mudah

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 383 hits
Sedapnya kalau dapat menikmati Lepat Cendol Rasanya yang lemak lemak manis emmang tak jemu dimakan Resipinya pun tak susah Menerusi perkongsian saudari Hanna Rahman beiau berkongsi satu resipi Lepat Cendol yang cukup mudah Tidak perlu guna ...
3 Resipi Mudah Dan Sedap Sesuai Untuk Berkelah

3 Resipi Mudah Dan Sedap Sesuai Untuk Berkelah

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 436 hits
Semakin hari semakin kita terkesan dengan keadaan yang berlaku Kadangkala timbul juga rasa tertekan akibat perubahan gaya hidup yang berubah secara mendadak Tapi jika difikirkan semula dari sudut positif sekurangnya kita masih bernafas tanp...
Resipi Perapan Sotong Bakar Paling Mudah Sos Thai Stail Danok Sedap

Resipi Perapan Sotong Bakar Paling Mudah Sos Thai Stail Danok Sedap

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 320 hits
Bagi penggemar menu sotong bakar resipi yang dikongsi dari saudari NurFazira Hanim Razmi ni antara yang terbaik untuk dicuba Ringkas dan tidak menggunakan banyak bahan menjadikan resipi ini begitu menarik sekali Dinikmati pula bersama Sos T...
Resipi Agar Agar Kering Pelbagai Perisa Mudah Dan Sedap

Resipi Agar Agar Kering Pelbagai Perisa Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 393 hits
Resipi Agar Agar Kering Pelbagai Perisa Mudah Dan Sedap Assalamualaikum wbt hi korang Salah satu makanan atau kuih traditional yang CH suka adalah agar agar kering Mudah saja nak buatnya tapi nak jemur dan tunggu sehingga kering tu yang sus...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah