10 Resepi Masak Merah Ayam Daging Ikan Udang Dan Telur Yang Sedap Tak Terperi


Kadang-kadang apabila jemu masakan bergulai dan berkuah, ada kalanya tukar selera kepada masakan yang  agak kering kuahnya tapi tetap sedap tak terperi. Ayam, daging,ikan, udang dan telur semuanya boleh di buat masak merah yang sedap. Kita yang buat masakan ini, ikut selera kita lah masa tu nak samada ayam, daging,ikan, udang dan telur, kan!


10 Resepi Masak Merah Ayam, Daging, Ikan, Udang Dan Telur Yang Sedap Tak Terperi

Makan dengan nasi dan di gaul sebati dengan kuah yang pekat dan di suap ke mulut dengan nikmatnya. Anak-anak aku yang kuahnya yang sedikit itulah di korek dan kikis sampai kering. Itulah kesedapan sedap tak terperi nikmatnya tuh!


Jadi, kalau nak buat lauk masak merah ayam dan ikan ini, aku kena buat lebih sedikit kuah pekatnya itu. Kalau tidak, kering kontang kuah dengan isi sahaja yang tergolek dalam pinggan. Anak-anak suka, aku kena selalu buat lauk sebegini. Jadi aku kongsi di sini pelbagai resepi masak merah ayam dan ikan yang sedap tak terperi ini. Jomlah semak sama-sama... hehe!

10 Resepi Masak Merah Ayam, Daging, Ikan, Udang Dan Telur Yang Sedap Tak Terperi- 1 - Resepi Masak Merah Ayam Madu
Bahan – bahan:Bahan tumis (dikisar)Serai 3-4 batangCili Merah 3 batang (dibuang biji)Halia seinciBawang Putih 1 labu kecil (5-6 ulas)Bawang Merah Kecil (4 biji)Bawang Besar (2 labu saiz sederhana)Cili Boh (anggaran 5 sudu besar)
Bahan tumis (ditumbuk)Bawang Besar Holand (1 labu)Sedikit kunyit hidup (pilihan)3 sekawanKulit kayu manis/bunga lawang/buah pelagaSos Tomato (anggaran 4 sudu besar)Sos Cili (anggaran 4 sudu besar)Sos Tiram ( anggaran 3 sudu besar)Air (untuk kuah)Madu (anggaran 2 sudu besar)Ayam setengah ekorAyam dipotong kecil, digaul dengan garam & kunyit kemudian di goreng setengah masakDaun pandan sehelai (potong 3-4 bahagian)Daun sup (pilihan)
Cara memasak masak merah ayam madu:Tumis 3 sekawan, bahan kisar dan bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili boh
Tumis dengan api sederhana sehingga pecah minyak

Masukkan kesemua sos dan tambah air untuk lebih berkuah. Tunggu sehingga menggelegak
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama daun pandan dan madu. Masak dan biarkan pecah minyak sekali lagi

Nota: Jika ingin cantik berkilat, letakkan sedikit gula batu. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan taburkan daun sup

- 2 - Resepi Ayam Masak Merah Perak
Bahan utama:1/2 ekor ayam (perap dengan garam dan kunyit)
Bahan kisar:10 tangkai cili kering*1 sudu makan jintan manis*3 sudu makan kacang tanah*2 bji buah keras*1 inchi belacan*2 bunga lawang*2 cengkih*1/4btg kayu manis*1 bji cili hidup5 bji bwg merahSangai bahan bertanda* dan kisar halus dgn sikit air bersama cili hidup dan bawang merah dan tambahkan 4 sudu besar sos tomato

Bahan tumis:2bji bawang merah dimayang3 ulas bawang putih dimayang3 inci halia dimayang1 kulit kayu manis1 bunga lawang3 cengkih⅓ cawan santan pekat
Kaedah memasak ayam masak merah Perak:Tumis semua bahan tumis hingga wangi. Masukkan bahan kisar tadi bersama sos tomato dan tumis hingga garing. 
Masukkn ayam goreng dan tambah sedikit air masak sebentar. Akhir sekali masukkan santan pekat dan perasa dengan garam dan gula. Siapp

- 3 - Resepi Ayam Masak Merah Mudah
Bahan-bahan:Ayam segar ½ ekorSerbuk .kunyitGaram
Bahan-bahan kisar:Cili kering 1 mangkuk kecil (gunting dan rebus)Bawang besar ½ labuBawang putih 2 ulasHalia ½ inci
Bahan-bahan perisa:Bawang besar 1 labu dihiris-hiris bulat
Cili Sos 2-3 sudu makanSusu cair ½ tinGaram dan serbuk perasa secukupnya
Kaedah memasak ayam masak merah mudah:Pertama kisarkan cili kering bersama bahan-bahan kisar lain. Ketepikan. Perasakan ayam dengan garam dan kunyit secukupnya. Goreng ayam tetapi jangan terlalu garing. Ketepikan

Kurangkan minyak dan tinggalkan dalam anggaran 2-3 sudu minyak tersebut.Tumiskan bahan-bahan kisar tadi,tunggu sehingga cili naik minyak

Apabila minyak telah naik, tambahkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula jika mahu. Kacau biar rata. Kemudian masukkan pula bawang besar yang telah dihiris tadi

Masukkan sekali ayam yang telah digoreng tadi juga. Gaul, tambah air jika perlu. Apabila semua telah mesra tambahkan susu cair. Gaul agar semua mesra. Tutup api

Ada yang taburkan kacang pis jika mahu, tetapi saya tidak pernah tambah kacang kerana anak-anak tidak mengemarinya

- 4 - Resepi Ayam Masak Merah Serai
Bahan-bahan masak ayam masak merah serai:3/4 Ayam6 Biji Bawang Kecil4 ulas bawang putih3 batang serai (dititik)1 helai daun pandan (pilihan)Segenggam cili kering
Cara memasak ayam masak merah serai:Goreng ayam yang telah diperap dengan kunyit dan garam. Jangan terlalu masak untuk elakkan keras bila dihidang

Tumis bawang kecil, bawang putih yang telah dikisar sampai wangi. Masukkan lada kering yang telah dikisar hingga pecah minyak

Masukkan air asam jawa (secukup rasa). Masukkan garam secukup rasa. Masukkan serai yang telah dititik. Renihkan sampai pecah minyak

Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau-kacau, siap

- 5 - Resepi Ayam Masak Merah Santan
Bahan-bahan:1 ekor ayam1 tin kecil tomato puri1 cawan santan pekat1 tin kecil kacang peas (pilihan)

Bahan-bahan tumis:½ biji bawang besar (dipotong nipis)2 ulas bawang putih2 batang kulit kayu manis3 kuntum bunga lawang5 biji cengkih

Bahan-bahan kisar:20 biji cili kering (dipotong, direbus dan dikisar halus)2 biji bawang besar4 ulas bawang putih2 batang serai1 cm halia2 cm lengkuasKisar semua bahan-bahan

Cara penyediaan ayam masak merah santan:Gaulkan ayam dengan kunyit dan goreng agak masak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu

Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan goreng sekejap. Masukkan bahan-bahan kisar dan gaul rata. Masukkan tomato puri. Masak sehingga pecah minyak dan biarkan sedikit kering. Masukkan ayam, santan pekat dan gaul rata

Masukkan gula dan serbuk secukup rasa. Biarkan mendidih. Perlahankan api sebentar dan biarkan kuah ayam sampai berminyak baru tutup api

Masukkan kacang peas hijau sebagai hiasan. Siap dan sedia dihidangkan
- 6 - Resepi Ayam Masak Merah
Bahan bahan ayam masak merah:
1 ekor ayam – lumur garam + kunyit & goreng separuh masak
2 kuntum bunga lawang1 batang kulit kayu manis2 sudu besar sos cili60 ml santan250 ml air3 biji tomato – belah 4Garam dan gula secukup rasaMinyak utk menumisBahan kisar4 biji bawang besar5 ulas bawang merah5 ulas bawang putih2 cm halia1 senduk besar cili kisarBahan hiris3 biji bawang besar5 ulas bawang putih2 cm halia1 sudu besar sos cili/tomato
Kaedah memasak ayam masak merah:Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata

Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika

Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai dan sos cili. Masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai

Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api

Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato

- 7 - Resepi Daging Masak Merah Thai

Bahan – bahan:3-4 ulas bawang putihBawang besarLada besarCili kisarSos ciliSos tomatoSos tiramPerasaGaramGula
Cara – cara memasak daging masak merah thai:Rebuskan daging dahulu. Apabila sudah masak, sejukkan sebentar. Ketukkan bawang putih. Panaskan minyak dan goreng daging sekejap

Dengan minyak yang sama, tumiskan bawang putih yang telah diketuk tadi. Masukkan cili kisar dalam 2 sudu besar. Apabila sudah garing, masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato

Masukkan air rebusan daging didalam 3 – 4 sudu. Letakkan perasa, garam dan gula. Letakkan lada besar dan bawang besar

Kacau sebentar dan siap

- 8 - Resepi Ikan Masak Merah

Bahan-bahan:5 ekor ikan saiz sederhana3 biji bawang merah2 ulas bawang putih2 inci haliacili kisar [ikut suka hati jika mahu pedas]sos cili kimballair asam jawagaramgula
Keadah memasak ikan masak merah:Goreng ikan terlebih dahulu. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili dan tumiskan hingga naik bau

Masukkan sedikit air dan sos cili kimball. Masukkan juga air asam jawa, garam dan gula hingga cukup rasa

Masukkan bawang yang dipotong2 dan tomato untuk hiasan. Masukkan ikan yang telah digoreng dan kacau dan angkat

Taburkan daun sup yang dipotong panjang2 sebagai hiasan. Sedia dihidang

- 9 - Resepi Udang Masak Merah

Bahan-bahan :
Udang basah,Bawang merah 2 ulas*,Bawang putih 2 ulas*,Halis sedikit (1 hiris)*,Kunyit hidup sedikit (1 hiris)*,Cili boh @ cili kering,Sos tiram 1 sudu,Sos tomato 1 sudu,Sos cili 1 sudu

Cara-cara masak udang masak merah:Mula-mula bersihkan dan kopek kulit udang. Tidak kopek tidak mengapa mengikut selera
Semua bahan bertanda *ditumbuk atau diblend.Panaskan minyak, tumis bahan bertanda *

Jika bahan tumis sudah kering sedikit, masukkan cili kering, sos tiram, sos tomato dan sos cili. Jangan letak sos banyak-banyak nanti tidak sedap

Tumis sampai pecah minyak gunakan api perlahankan, kalau kuat nanti terhangit, sambal jadi pahit
Jika sudah garing, masukkan air sedikit

Agak-agak sudah pekat, masukkan garam, penyedap rasa sedikit untuk menstabilkan rasa. Untuk cantikkan sambal, titikkan kicap sedikit supaya Nampak gelap sedikit

Seterusnya masukkan udang. Jika udang sudah masak, tutup api. Hias dengan hirisan bawang

- 10 - Resepi Masak Merah Telur

Bahan-bahan: 5 biji telur goreng1 biji bawang merah besar | dikisar1 biji bawang merah besar | dihiris bulat1″ halia dikisar2 ulas bawang putih | dikisar11 biji cili kering | dikisar2 sudu makan sos cili1 sudu makan sos tomato1 kulit kayu manis5 biji buah pelaga3 bunga lawangSedikit air asam jawaGaram dan gula secukup rasaMinyak untuk menggoreng
Cara memasak masak merah telur:Goreng telur dan ketepikan. Gunakan sedikit minyak tadi dan tumis bahan kisar dan rempah tumis sehingga garing dan wangi

Masukkan sos cili, sos tomato dan kacau sehingga naik minyak. Masukkan air asam jawa dan rasakan dengan garam dan gula secukup rasa

Masukkan telur yang digoreng tadi dan kacau sebati. Masukan bawang besar yang dihiris bulat dan juga buah tomato yang dipotong baji. Siap

Resepi sedap mestilah di kongsi bersama kan! Dalam kehidupan ini memang biasa aku buat dan masak lauk sebegini untuk hidangan sekeluarga. Selain mudah, iaqa cukup dengan khasiat protin. Sudah semestinya pula sedap dan lazat,
Nak dapatkan macam-macam resepi di blog ini, boleh klik terus di SINI
#kredit page FB Oresepi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.huhahuhajerr.com/2021/03/10-resepi-masak-merah-ayam-daging-ikan-udang-dan-telur-yang-sedap-tak-terperi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ketam Masak Merah Pecah Telur

Resepi Ketam Masak Merah Pecah Telur

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 1012 hits
Video masakan ketam masak merah pecah telur simple dan sedap Anda kena cuba Penyediaan cukup ringkas Kepiting masak saus Resepi ketam Resepi ketam masak sos ni menjadi kesukaan hidangan sekeluarga Selain kari ketam kicap jom cuba ketam masa...
Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri Kahwin

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri Kahwin

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 717 hits
Assalamualaikum Hi Semua Musim PKP ni lama sudah tidak makan makanan kenduri Baru baru ini adik ipar kahwin pun tidak dapat pergi Sis redha sahaja Nak buat macam mana kan SOP kena follow dan yang penting biarlah kes Covid19 ni cepat cepat b...
Daging Masak Merah Lauk Malam Ini

Daging Masak Merah Lauk Malam Ini

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 312 hits
Assalamualaikum JANJI dicapati ditetapi ditepati Disebabkan rasa bersalah semalam Sk memasak Daging Masak Merah sebagai santapan malam ini Iman kata lamanya kita tak makan kat rumah Pentipu betul selalu jer makan kat rumah cuma makan tu lom...
Kembali Ke Cafe Markisa Nikmati Pula Ikan Baung Masak Tempoyak Dan Fresh Markisa Sedap

Kembali Ke Cafe Markisa Nikmati Pula Ikan Baung Masak Tempoyak Dan Fresh Markisa Sedap

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 991 hits
assalamualaikum salam sejahtera pagi Jumaat yg sungguh sejuk masuk ofis tak on air cond biar kan diri ni suam suam dulu kebetulan jam 9 00 pagi nanti ada meeting masuk lagi bilik meeting yg sejuk aduhai boleh cramp segala urat saraf badan n...
Resepi Ikan Goreng Masak Sos Limau

Resepi Ikan Goreng Masak Sos Limau

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 338 hits
Assalamualaikum hai semua Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Ikan Goreng Masak Sos Limau pula dengan korang Kadang bila tak ada selera nak makan ada resepi macam nie terbuka lah sikit selera nak makan kan sebab ada masam masam tu Lagipun re...
Pengalaman Membela Cendawan Kukur Dan Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api Dengan Telur Itik Dan Pucuk Ubi

Pengalaman Membela Cendawan Kukur Dan Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api Dengan Telur Itik Dan Pucuk Ubi

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 472 hits
Bulan lepas aku mendapat pengalaman membela bongkah cendawan kukur yang di beli dari laman shopee Seronok jugalah merasa melihat pertumbuhan cendawan kukur di bongkah yang berisi habuk kayu dan benih cendawan ini Aku beli 3 bongkah bahan pe...
Resepi Masak Ikan Bakar Special

Resepi Masak Ikan Bakar Special

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 503 hits
Perkongsian tentang Resepi Masak Ikan Bakar Special yang sangat mudah Resepi ini mudah untuk disediakan dan sangat sedap lagi sihat Jom cuba Jangan lupa kongsikan resepi ini Bahan bahan Ikan bawal Daun pisang 1 inci lengkuas 1 inci halia 2 ...
Ikan Kembung Hijau Masak Lemak Cili Padi

Ikan Kembung Hijau Masak Lemak Cili Padi

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 863 hits
Ikan Kembung Hijau Masak Lemak Cili Padi Nak masak apa hari ini Tak ada idea nak masak Saya pun sama muak dah tiap hari makan ayam Bila ikutkan si bujang kat rumah ini memang ayam la kesukaannya Tapi takkan setiap hari lauk ayam kenalah var...
Daging Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style

Daging Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 1219 hits
AssalamualaikumSelamat petang Alhamdulillah cuaca harini elok cerah Harap kering lah jemuran di ampaian Semalam kat sini awal juga hujan Pakaian tak kering terpaksa bawa ke harini untuk keringkan betul betul Harini LM tak masak sebab lauk g...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah