Pengalaman Kerja Di Taska


AssalamualaikumBismillah
Pada bulan Disember tahun lalu, aku ada memohon kerja sebagai pembantu guru di sebuah Taska. Alhamdulillah, selepas temuduga aku diminta untuk datang sebagai percubaan selama sehari. Tetapi pada keesokkan harinya aku tidak dapat datang kerana tidak mempunyai kenderaan dan tambang ke Taska tersebut. Aku memang tiada persediaan dari segi kenderaan ketika itu. Ada grab tapi tiada duit pula. Parents pula belum gaji. So aku anggap je lah rezeki aku bukan kat Taska tu


Namun, pada hari pertunangan cousin aku. Aku mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. So, aku terus call sebab aku risau panggilan daripada mana-mana tempat yang aku pernah isi borang permohonan kerja

Tak sangka, tempat yang aku memohon di taska tu call aku. Majikan tu offer kerja sebagai pembantu guru dengan latihan selama 3 bulan dan elaun sebanyak RM920. Memandangkan aku ada pengalaman praktikal di sebuah sekolah pendidikan khas, so aku tidak perlu percubaan lagi. Katanya, selepas 3 bulan aku akan diberikan jawatan yang tetap dan gaji berserta bonus

Alhamdulillah rezeki. Walaupun begitu, dugaan sebenar aku adalah ketika mula bekerja di taska tersebut

Hari pertama aku bekerja aku sesat haha. Jadi aku datang agak lewat dalam 10 minit. Sampai saja ke taska aku diarah untuk menyambut kanak-kanak yang baru sampai. Periksa suhu bayi ataupun kanak-kanak kerana sekiranya anak itu mengalami demam panas, maka ibu bapa tidak digalakkan untuk menghantar anak mereka ke taska pada hari tersebut. Dikhuatiri akan memberi kesan kepada bayi atau kanak-kanak yang lain

Setelah itu, aku diarahkan untuk periksa beg bayi atau kanak-kanak dan memastikan baju atau seluar lebih ada disediakan, pampers dan susu. Suasana di taska pada waktu itu sangatlah sibuk dengan tangisan bayi dan kanak-kanak. Hahaha. Agak bingung tetapi masih dalam kawalan

Waktu pagi, bayi dan kanak-kanak akan diberi sarapan pagi serta dimandikan bagi ibu bapa yang tidak sempat mengurus anak mereka. Kerja aku waktu itu hanya memastikan kanak-kanak berada di kawasan mereka sahaja. Pekerja yang lain pula, terutama yang pengasuh bayi memang lebih banyak kerja sedikit berbanding jaga kanak-kanak yang berumur 1 - 4 tahun

Dalam jam 8 pagi begitu, aktiviti dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan iaitu Lagu Negaraku dan Lagu Sabah Tanah Airku. Ini memberi gambaran dan pendedahan kepada kanak-kanak untuk mengenali Lagu Kebangsaan sebelum memasuki alam persekolahan yang sebenar. Kemudian, aktiviti senaman ringan seperti senamrobik dengan iringan lagu kanak-kanak dilakukan

Pada pukul 9 lebih pula setiap guru akan membuat aktiviti dengan alat bantu mengajar. Aktiviti yang dilakukan merangkumi aktiviti kognitif, fizikal, komunikasi, dan sosio-emosi kanak-kanak.



Aku diberi sedikit taklimat ringkas bahawa semasa waktu bekerja diwajibkan untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, pada setiap minggu setiap pekerja akan membuat alat bantu mengajar mengikut tema yang diberikan. Sebenarnya apabila dibandingkan waktu belajar kat Universiti dulu, kerja ini boleh dikatakan agak senang dan boleh dibuat. Yang mencabar adalah bagaimana kita nak menjaga, mengawal dan mengajar kanak-kanak yang sangat banyak ragamnya.
Siapa yang boleh sabar bekerja 8 jam dengan tangisan budak dari pagi sampai petang? Hahaha.. Budak yang satu diam, satu lagi menangis. Lain lagi yang hyperaktif, kuat mengganggu kanak-kanak yang lain, attention seeker, manja melebih-lebih dan macam-macam lagi lah. Sampaikan satu tahap aku rasa kasihan dengan bayi dan kanak-kanak tu tidak dapat dilayan semuanya. Bayangkan setiap guru atau pengasuh sekurang-kurangnya menjaga 6-10 orang kanak-kanak.
Kerja sebagai pembantu guru taska ataupun pengasuh bayi sangat mencabar, menguji kesabaran dan memenatkan. Walaupun begitu, aku sangat gembira dapat bekerja di taska ini walaupun hanya sehari

Aku terpaksa berhenti kerana masalah kesihatan yang aku pernah ceritakan sebelum ini. Yeaa, aku hanya bekerja selama sehari sahaja. Dan aku berasa sedih kerana aku terpaksa lepaskan pekerjaan yang aku sangat minati atas sebab masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan. Majikan aku sangat baik dan sudi beri penginapan untuk aku, tetapi mungkin sampai disitu saja pengalaman kerja aku sebagai pembantu guru taska

Aku sedih kerana sejak aku graduate, aku tidak dapat bekerja kerana mudah penat dan sakit badan. Inilah ujian dalam hidup aku selepas bergelar graduan. Memang ada banyak lagi kerja tetapi sukar untuk aku ungkapkan perasaan aku dan betapa sakitnya aku apabila aku bekerja

Aku sedih sebab dah banyak menyusahkan keluarga aku. Aku berharap apabila dah habis degree aku dapatlah bantu ringankan beban kewangan dengan bekerja part time walaupun gaji tidak banyak. Tetapi masalah kesihatan tidak mengizinkan aku untuk bekerja lagi

Aku harap aku kuat




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2019/02/pengalaman-kerja-di-taska.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Kerja Sebagai Pengasuh Babysitter

Pengalaman Kerja Sebagai Pengasuh Babysitter

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 532 hits
AssalamualaikumBismillahHari tu aku ada berkongsi tentang pengalaman bekerja di sebuah Taska Kali ini aku nak kongsi lagi pengalaman kerja sebagai pengasuh ataupun dipanggil sebagai babysitter Aku pernah ceritakan sebelum ini yang aku tidak...
Model Kepemimpinan Keperawatan Berbasis Islam Pengaruhi Kepuasan Kerja Perawat

Model Kepemimpinan Keperawatan Berbasis Islam Pengaruhi Kepuasan Kerja Perawat

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 408 hits
Senyumperawat com Sebuah riset yang akhirnya berhasil dipertahankan di hadapan dewan penguji promosi doktoral Fakultas The post appeared first on
Tips Berhenti Kerja

Tips Berhenti Kerja

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 249 hits
Saya telah sedia ada beberapa blog mengikut niche Saya perlukan konsistensi Oleh kerana itu saya sudah menetapkan hari isnin adalah hari untuk saya menulis blog saya di sini Tetapi hari ini saya masih lagi bercuti Bercuti di Desaru Kota Tin...
Terima Buruh Dpr Sepakat Bentuk Tim Kecil Bahas Omnibus Law Cipta Lapangan Kerja

Terima Buruh Dpr Sepakat Bentuk Tim Kecil Bahas Omnibus Law Cipta Lapangan Kerja

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 205 hits
DPR menerima perwakilan buruh yang berdemo menolak Omnibus Law Cipta Lapangan Kerja Wakil Ketua DPR Sufmi Dasco Ahmad mengatakan DPR sepakat dengan buruh untuk membentuk tim kecil
Indonesia Jajaki Kerja Sama Pengiriman Perawat Ke Jerman Gajinya Tembus 44 Juta Per Bulan

Indonesia Jajaki Kerja Sama Pengiriman Perawat Ke Jerman Gajinya Tembus 44 Juta Per Bulan

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 474 hits
Senyumperawat com Jerman sedang mengalami kekurangan tenaga kerja di sektor kesehatan Khususnya tenaga perawat Guna The post appeared first on
Mahfud Minta Buruh Tak Salah Memahami Soal Omnibus Law Cipta Lapangan Kerja

Mahfud Minta Buruh Tak Salah Memahami Soal Omnibus Law Cipta Lapangan Kerja

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 224 hits
Mahfud Minta Buruh Tak Salah Memahami Soal Omnibus Law Cipta Lapangan Kerja Mahfud mengakui memang satu cara membuka lapangan kerja adalah dengan memudahkan perizinan investasi Namun ia memastikan bahwa penekanannya bukan soal investasi tap...
Baru 2 Hari Kerja Di Arab Saudi Tkw Asal Cirebon Meninggal Dunia

Baru 2 Hari Kerja Di Arab Saudi Tkw Asal Cirebon Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 285 hits
Rokhman mengatakan Lilis meninggal dunia karena sakit Padahal yang bersangkutan baru dua hari sampai di Jeddah untuk bekerja
Doa Ketika Memulakan Pekerjaan Atau Perniagaan Habis Kerja

Doa Ketika Memulakan Pekerjaan Atau Perniagaan Habis Kerja

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 5274 hits
Sebelum memulakan kerja tugas berniaga keluar rumah buat sesuatu atau pun selepas solat kita digalakkan membaca doa supaya kehidupan kita lebih baik dan diberkati selain memohon kepada Allah agar rezeki yang kita terima itu adalah daripada ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner