Pengalaman Cemas Di Kaysmakli Underground City Day 3




Assalamualaikum semua kita bersua lagi. Alhamdulillah hari ini saya akan menulis berkenaan aktiviti hari pertama kami di Cappadocia. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Pagi pagi selepas solat Subuh dalam pukul 6.00 pagi, kami naik kereta untuk ke tempat untuk melihat sunrise. Ketika itu orang dah ramai menunggu. Jalan ke sini memang sangat sempit dan berbukit. Kalau kita memandu sendiri, rasanya tak pergi lah tempat tinggi sebegini.
Setelah menunggu beberapa ketika, Pemandu kami Mikail datang memberitahu bahawa google update memaklumkan tiada sunrise kelihatan hari ini kerana awan yang tebal. Juga oleh kerana cuaca yang tak berapa baik, tak ada juga hot air ballon. 
Jadi tak dapat lah kami tengok kedua duanya. Tak apa lah kalau ada rezeki pasti boleh datang lagi. Ini namanya tak ada rezeki. Tapi sekurang nya saya boleh melihat bagaimana keadaannya seperti mana yang kita tengok selama ini di gambar dan video.


Kami kemudian balik ke hotel untuk sarapan. Kemudian kami keluar untuk ke Kaysmakli underground city. Saya tak buat research untuk tempat percutian di Cappadocia, jadi saya tak pasti apa yang sebenarnya underground city yang akan di lawati. Saya memang ingatkan ianya adalah bandar di bawah tanah. Jadi saya berfikir tak apa lah, nanti boleh pergi bilik air ketika di sana. 
Tapi kemudian saya pelik melihat mereka yang keluar masing masing membuka jaket dan muka kelihatan berpeluh peluh dan tercungap cungap. Masa tu, saya dah mula cuak dan macam berbelah bahagi antara nak cancel atau nak teruskan Tapi tiket dah dibeli. Jadi dengan ucapan kalimah bismillah, saya melangkah masuk dengan penuh debaran. 


Masuk jer kena melalui satu lorong kecil yang hanya memuatkan badan dan kena membongkok ketika melaluinya dan lantainya juga curam. Kiranya saya menggelongsorkan kaki ketika menuruninya. Memang dah cemas dah ketika itu. Nak berpatah pun tak boleh kerana jalan sehala. Saya dah buka jaket kerana takut tergesel dengan dinding batu dan boleh merosakkan jaket saya. Lagi pulak, panas di dalamnya. 

Sebenarnya bila dah nak masuk baru Nana explain rupa rupanya inilah tempat di mana penduduk zaman dahulu tinggal dan berlindung dari musuh. Saya ingatkan ianya pusat membeli belah di bawah tanah. Hahaha. 



Di dalam underground city ada church, ada tempat memproses wine, ada dapur, ruang tamu dan pelbagai ruang kemasyarakatan. Kami berhenti untuk hilangkan penat sambil bergambar. 

Kebetulan di hadapan kami, ada beberapa kumpulan pelancung yang dibawa masuk oleh tour guide. Jadi bila mereka singgah di sesuatu tempat untuk diberikan penerangan, kawasan menjadi sesak dan panas. Tapi kita tak boleh pun nak memotong mereka kerana mereka ramai dan lorong lorong kecil. 
Nasib baik Ammar happy dan Aliya pulak setelah dipujuk, mahu berjalan menuruni lorong lorong semua. Memang ada lorong yang tidak boleh untuk mendokong anak. Tengok lorong rendah seperti gambar di bawah ini. Ammar pun kena membongkok ketika melaluinya. Ammar pulak sangat seronok dan menyebut it is so adventure. Kalau tak silap saya, tak ada nampak anak kecil yang dibawa masuk sepanjang berada di dalamnya. 

Di sini juga ada satu ruang ventilasi udara untuk membolehkan kita menyedut udara segar. Ruang kosong menegak sehingga kita boleh melihat langit melaluinya. Memang rasa lega bila dapat menyedut udara di sini. Rasa sejuk nyaman jer. Maklum orang ramai menjadikan suasana sesak dan rasa tak selesa. 


Sepanjang di dalam ini, saya tak henti henti mengucapkan zikir. Takut weh kalau apa apa terjadi di bawah ini. Saya langsung tak keluarkan handphone untuk ambil gambar pun. Nasib baik Nana ada ambil gambar saya masa di dalamnya. Saya pun dah macam sesak nafas dan letih tercungap cungap bila kena naik tangga yang sempit dan tinggi. Kena tarik nafas dalam dalam.

Lagi lagi tempat yang sempit di mana bersesak bila pihak travel agent berhenti untuk memberi penerangan kepada kumpulan mereka. Kita nak tak nak terpaksa menunggu mereka bergerak. Ada seorang tour leader menegur kami dan bertanya kalau kami dari Malaysia. Dia membawa private group yang dalam 4 orang. Bila dia memberi penerangan dalam bahasa Inggeris, bolehlah kami faham.

Saya berkata di dalam hati, lepas ni taubat dah saya tak akan masuk ke tempat seperti ini lagi. Tak berapa sesuai untuk orang berusia atau mereka yang menpunyai masalah kesihatan. Kalau berlaku apa apa, bukan ada jalan lain untuk dibawa keluar.



Bila ternampak tangga, saya menanya Hubby kalau kami dah nampak jalan untuk keluar. Saya kemudian mengajak Hubby untuk keluar dahulu dan tak masuk ke ruang lain bersama Nana. Saya dah keletihan dengan lutut pun dah menggeletar. Nak kena panjat lagi tangga tinggi dan sempit untuk keluar. Nafas pun dah tercungap cungap. Nak berhenti ambil nafas di tangga pun tak boleh sebab ramai orang lain ada di belakang kita. Tangga hanya muat untuk satu orang sahaja.
Keluar jer, saya terus mencari bangku untuk duduk sementara menunggu Nana keluar. Balik ke bilik, sebelah malam memang keletihan sangat. Bukan sahaja sakit dan lenguh betis tapi sakit pinggang kerana terpaksa berjalan dengan membongkok. Alhamdulillah kerana telah diberikan kemudahan dan pengalaman untuk melihat sendiri bagaimana orang zaman dahulu hidup dan tinggal di dalamnya. Gambar city yang kami masuk adalah bukit di belakang. 

Saya baca di internet menyebut underground city ini menpunyai kedalaman 40 meter dan dipercayai menpungai 8 tingkat. Tapi hanya 4 tingkat yang telah ditemui dan dibuka kepada orang ramai. Underground city ini boleh memuatkan sehingga 20,000 orang. Bandar ini dibentuk menjadi bilik dari batu volcanic yang lembut dan boleh memuatkan seramai 3500 orang dalam satu masa. 
Sehingga di sini dan bertemu lagi di sambungannya di entri akan datang. Salam Sayang buat semua..




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/11/pengalaman-cemas-di-kaysmakli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persinggahan Di National Park Tasik Abant Day 2 2

Persinggahan Di National Park Tasik Abant Day 2 2

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 165 hits
Assalamualaikum saya ingin menyambung catatan percutian kami ke Turki Boleh klik entri sebelum ini di Perjalanan memakan masa selama 8 jam Masa itu saya membayangkan perjalanan dengan kereta dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu Sebenarnya saya t...
Bertolak Ke Cappadocia Day 2

Bertolak Ke Cappadocia Day 2

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 196 hits
Alhamdulillah kita bersua lagi Kali ini saya akan menyambung catatan percutian kami di Turkiye Kami check out Hotel Florina pukul 10 00 pagi Boleh klik entri sebelum ini di Destinasi kami hari ini ialah Cappadocia Saya kalau sebut nama ni m...
Makan Malam Di Istanbul Day 1 1

Makan Malam Di Istanbul Day 1 1

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 191 hits
Alhamdulillah saya akan menyambung catatan percutian kami ke Istanbul bersama anak cucu Boleh klik entri sebelum ini di Selepas check in di Hotel Florina kami mengerjakan solat dan tunggu sehingga masuk waktu Maghrib Kedengaran azan berkemu...
Kenangan Trike Ride Tour Di Cappadocia Day 3 1

Kenangan Trike Ride Tour Di Cappadocia Day 3 1

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 176 hits
Selepas balik dari Kaymakli Underground City kami balik ke hotel untuk mengerjakan solat Boleh klik pengalaman mencemaskan di Kaymakli di Kemudian kami keluar untuk makan tengahari di restoran berdekatan hotel Saya memesan Fettucini Alfredo...
Spm 25 Day 1 Bahasa Melayu Dan Psv Kertas 1

Spm 25 Day 1 Bahasa Melayu Dan Psv Kertas 1

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 140 hits
SPM 25 Day 1 Bahasa Melayu dan PSV kertas 1 Turut hadir en Zamri dari PPD Kulai Just nice perjalanan Makan semua cukup Murid menjawab dengan gembira TQVM kerajaan negeri atas sumbangan dan keprihatinan Hari mula baru naak panas enjin bagi a...
Eskisehir Dan Bursa Day 4 1

Eskisehir Dan Bursa Day 4 1

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 143 hits
Hari keempat percutian kami ke Turki 27 Oktober kami meneruskan perjalanan ke Bursa dan singgah seketika di Eskisehir Boleh klik entri sebelum ini di Dalam perjalanan kami singgah untuk ke bilik air Bila tengok jam dah masuk waktu zohor Kam...
Spm 25 Day 3 Tremendous

Spm 25 Day 3 Tremendous

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 120 hits
SPM 25 Day 3 tremendous Sejarah Masing masing dengan debaran tersendiri Kita sub cam pada apprentice Tak sempat pulak wat sesi koyak gambar mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger photography photoblog SJCAM SJ400...
Semoga Bertemu Lagi Cappadocia Day 4

Semoga Bertemu Lagi Cappadocia Day 4

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 173 hits
Alhamdulilah kita bersua lagi dengan catatan perjalanan saya ke Turki pada 27 Oktober 2025 Hari ni adalah hari ke4 juga merupakan hari terakhir kami di Cappadocia Hari di mana kami akan meninggalkan Cappadocia Boleh klik untuk entri sebelum...
Istanbul Aku Datang Day 1

Istanbul Aku Datang Day 1

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 205 hits
Alhamdulillah saya sangat sangat bersyukur kerana diberikan rezeki untuk bercuti ke Turki Kalau tidak kerana anak saya Nana pastinya saya tidak akan sampai ke sana Sejak saya di UK semua percutian saya dibiayai oleh Nana Malahan percutian s...
Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Jasa Besar Dr Yahya Awang Diiktiraf Terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Monash

Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

Pengalaman Berniaga Di Bazaar Karnival Ko Kurikulum Peringkat Sekolah 2025

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


First Time Cuba Dessert Pisang Hijau

Day 11 Spm 2025 Kertas Paling Ganas

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Pemakanan Bijak Musim Perayaan Bagaimana Protein Membantu Mencegah Makan Berlebihan

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan