Istanbul Aku Datang Day 1




Alhamdulillah saya sangat sangat bersyukur kerana diberikan rezeki untuk bercuti ke Turki. Kalau tidak kerana anak saya, Nana pastinya saya tidak akan sampai ke sana. Sejak saya di UK, semua percutian saya dibiayai oleh Nana. Malahan percutian saya ke Morocco dan Spain dulu juga dibiayai oleh Nana. 
Semoga Allah memberikan rezeki yang murah dan barakah pada Nana kerana tidak kedekut berbelanja untuk kami dan juga keluarga. Sebelum ke UK, Nana telah memasang sistem solar di rumah kami untuk mengurangkan perbelanjaan bil TNB. 
Nana memang dah lama nak ke Turki, sejak dia masih belajar di Egypt. Tapi disebabkan keadaan cuaca ketika itu, pihak MARA tidak membenarkan pelajar bercuti ke Turki. Jadi Nana bercuti ke negara negara di Eropah. 
Turki memang terkenal di kalangan pelancung Malaysia tetapi entah kenapa saya tidak pernah terfikir untuk bercuti di Turki. Malahan banyak pakej umrah yang disekalikan dengan percutian ke Turki. Pun saya tidak berminat sehingga lah saya menonton filem Istanbul Aku Datang dan Manisnya Cinta Di Cappadocia lakunan Fazura dan Lisa Surihani. 
Kami bertolak ke Istanbul pada pagi hari Jumaat 24 Oktober 2025, beberapa hari selepas kami kembali dari bercuti di Itali dan Switzerland. Saya bangun awal pagi untuk memasak nasi goreng kerana terdapat banyak lebihan nasi putih dari makan malam. Pukul 5.00 pagi, kami ambil 2 buah grab dari Lucey Way ke Gatwick Airport dengan perjalanan memakan masa selama 1 jam. 
Sebaik sampai, kami terus ke South Terminal dan menunggu Nana sampai. Kami kemudian drop luggage menggunakan Self check in machine. Memang sangat mudah dan cepat berbanding dengan mereka yang beratur panjang untuk drop luggage di kaunter. 

Selepas selesai, kami naik ke tingkat departure dan mengerjakan solat Subuh di prayer room. Bagusnya di sini, ada tempat untuk mengambil wudhu. Tapi saya dah berwudhu dari rumah lagi.


Kami kemudian berjalan masuk pemeriksaan boarding pass dan keselamatan dan singgah minum di Pret. Saya makan sandwich sahaja kerana masih kenyang selepas makan nasi goreng. 

Pukul 8.10 baru departure gate dimaklumkan tapi bila check di screen, gate akan ditutup pukup 8.40 pagi. Masih ada 10 minit dan kami rushing ke departure gate yang terletak agak jauh juga. Queue ketika pula sangat panjang dan kami kemudian ke priority lane. 
Dari situ, kami kena turun sebelum naik shutte bas untuk ke kapalterbang. Aliya dah tanya kenapa naik bas sebab dia nak naik kapalterbang. Kenalah explain kat dia. Hahaha dia dah excited nak gi holiday. Ini adalah kali pertama, saya naik flight Turkish Airline dan dari Gatwick Airport. 

Penerbangan pukul 9.10 pagi dan memakan masa selama 3 jam 10 minit. Kami tiba di Istanbul pukul 12.50 pm (2.50 pm waktu Turkiye). 


Aduhai besar sungguh airport ini. Serious penat berjalan untuk ke tempat mengambil bag. Kami kemudian ke tempat kereta di mana kami diambil oleh Mikail, local driver kami yang akan membawa kami sepanjang percutian di Turkiye.


Kami terus di bawa ke Hotel Florina untuk check in. Kiranya kami di Istanbul ini hanya lah persinggahan. Kami akan ke sini lagi di akhir percutian. Sehingga di sini dahulu, jangan lupa nantikan sambungannya di entri akan datang. Salam sayang buat semua..... 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/11/istanbul-aku-datang-day-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Malam Di Istanbul Day 1 1

Makan Malam Di Istanbul Day 1 1

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 191 hits
Alhamdulillah saya akan menyambung catatan percutian kami ke Istanbul bersama anak cucu Boleh klik entri sebelum ini di Selepas check in di Hotel Florina kami mengerjakan solat dan tunggu sehingga masuk waktu Maghrib Kedengaran azan berkemu...
Mount Titlis Kami Datang Lagi Day 8

Mount Titlis Kami Datang Lagi Day 8

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 195 hits
Alhamdulillah kita bersua lagi Hari ini saya akan menyambung catatan percutian tahunan bersama BFF di mana kali ini di Itali dan Switzerland pada 11 sehingga 21 Oktober 2025 Percutian santai yang tidak memenatkan untuk kami Destinasi hari k...
Anwar Arrives In Ethiopia For Three Day Official Visit

Anwar Arrives In Ethiopia For Three Day Official Visit

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 199 hits
Anwar was received by Ethiopia s Prime Minister Dr Abiy Ahmed Ali Ibrahim on arrival in Addis Ababa BernamaADDIS ABABA Datuk Seri Anwar Ibrahim has arrived in the capital city of Ethiopia here for an official visit to strengthen ties and co...
Civil Servant Who Secretly Filmed Woman At Day Market Nabbed

Civil Servant Who Secretly Filmed Woman At Day Market Nabbed

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 144 hits
Temerloh police say they found lewd photographs and videos in his phone Temerloh police said the woman and members of the public caught the suspect after she realised that he was recording her PETALING JAYA A civil servant was arrested afte...
Persinggahan Di National Park Tasik Abant Day 2 2

Persinggahan Di National Park Tasik Abant Day 2 2

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 165 hits
Assalamualaikum saya ingin menyambung catatan percutian kami ke Turki Boleh klik entri sebelum ini di Perjalanan memakan masa selama 8 jam Masa itu saya membayangkan perjalanan dengan kereta dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu Sebenarnya saya t...
Pengalaman Cemas Di Kaysmakli Underground City Day 3

Pengalaman Cemas Di Kaysmakli Underground City Day 3

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 188 hits
Assalamualaikum semua kita bersua lagi Alhamdulillah hari ini saya akan menulis berkenaan aktiviti hari pertama kami di Cappadocia Boleh klik entri sebelum ini di Pagi pagi selepas solat Subuh dalam pukul 6 00 pagi kami naik kereta untuk ke...
Women Wellness Festival 2 0 Celebrates A Day Of Purpose And Community With Yb Hannah Yeoh As Guest Of Honour

Women Wellness Festival 2 0 Celebrates A Day Of Purpose And Community With Yb Hannah Yeoh As Guest Of Honour

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 180 hits
Hi Everyone The Women Wellness Festival 2 0 returned in full force gathering more than 500 individuals for a full day celebration of movement mindfulness and meaningful connection at PARC Subang on 8 November 2025 with YB Hannah Yeoh Minist...
Bertolak Ke Cappadocia Day 2

Bertolak Ke Cappadocia Day 2

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 196 hits
Alhamdulillah kita bersua lagi Kali ini saya akan menyambung catatan percutian kami di Turkiye Kami check out Hotel Florina pukul 10 00 pagi Boleh klik entri sebelum ini di Destinasi kami hari ini ialah Cappadocia Saya kalau sebut nama ni m...
Betapa Indahnya Rhine Falls Day 10

Betapa Indahnya Rhine Falls Day 10

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 175 hits
Assalamualaikum semua Alhamdulillah hari ini diberikan kesempatan untuk menyambung catatan percutian saya ke Itali dan Switzerland Hari ini adalah hari terakhir percutian kami Biasanya hari ini adalah hari menyedihkan yang saya rasa Lagi la...
Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

Pengalaman Berniaga Di Bazaar Karnival Ko Kurikulum Peringkat Sekolah 2025

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Bunga Telang Putih


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

One More Seat Six Unforgettable Custom Sidecar Motorcycles

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Tragedi Di Hari Sabtu

100 Nama Bayi Perempuan Modern Paling Aesthetic Super Elegan Penuh Makna

Suntikan Kurus Dibeli Online Undang Padah Wanita Di China Kritikal