Pengalaman Bermotosikal Ke Vietnam 9471



Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam.
- Januari 03, 2018

Saya mula memasang angan-angan untuk ride ke Vietnam setelah melihat foto sahabat FB saya, saudara Bard KR [ https://www.facebook.com/Bard-KR-953160931373253/ ] yang pernah membawa motosikal Kawasaki KSRnya ke sana suatu ketika dulu.


Vietnam sememangnya membenarkan pelancong luar membawa masuk kenderaan sendiri ke dalam negara itu atas tujuan pelancongan tidak melebihi 30 hari. Kenderaan luar yang boleh dibawa masuk adalah kereta (dengan stereng sebelah kiri) dan juga motosikal. 
Terdapat beberapa syarat untuk kenderaan luar memasuki Vietnam iaitu:

1. Pemandu mestilah pemilik kenderaan tersebut. 

2. Nombor plet kenderaan adalah dari negara asal.

3. Mempunyai lesen memandu yang sah. 

4. Mendapatkan permit pengesahan daripada agensi pelancongan Vietnam.

Maklumat di atas dipetik dari sumber http://www.immivietnamvisa.com.

Namun untuk mendapatkan permit pengesahan tersebut, kosnya adalah tinggi iaitu dalam lingkungan $1,000 USD. Sebagai rider solo, saya tidak mampu untuk membayar kos tersebut. Jadi, impian untuk ke Vietnam terkubur buat seketika.

Namun impian tersebut mula timbul semula setelah terserempak dengan seorang rider Malaysia ketika sama-sama mengisi minyak di Thailand. Kami berbual singkat dan beliau memaklumkan baru balik dari Vietnam dan antara kata-kata yang saya ingat adalah pintu Hatien. Tidak sangka selepas itu, saya berkenalan dengan beliau di FB dan dari situlah, beliau iaitu saudara Rosli Sulaiman berkongsi tip untuk membawa motosikal ke sana. Tip beliau itulah yang saya gunakan masa ride kali pertama ke Vietnam.

Pintu sempadan Hatien adalah salah satu pintu masuk Vietnam yang seolah-olah 'pejam sebelah mata' kepada motosikal kapcai yang memasuki Vietnam walaupun tiada permit. Jadi pintu itulah yang saya gunakan semasa kali pertama membawa Tuxedo masuk Vietnam.
Ketika tiba di bangunan Imigresen Hatien, saya parkir Tuxedo di luar dan masuk ke dalam bangunan. Pegawai imigresen meminta saya mengisi borang ketibaan dan ketika mengisinya, seorang pegawai  lain, keluar dari bangunan dan memeriksa motosikal saya. Selepas itu, beliau masuk ke dalam dan bercakap dalam bahasa Vietnam dengan rakan beliau yang kemudian mengecop passport saya. Selepas bayaran USD 1 dibuat, saya perlu meletakkan beg untuk diimbas oleh mesin di situ. Selepas itu, pegawai itu memberi pelepasan masuk. Tiada dokumen dikeluarkan untuk motosikal. Ini bererti, saya membawa Tuxedo masuk Vietnam tanpa permit tetapi dengan kebenaran.Selepas pelepasan diberi, saya pun terus menunggang Tuxedo meninggalkan pintu sempadan itu menuju bandar. Seperkara yang perlu diambil perhatian adalah, disebabkan saya menunggang motosikal tanpa permit, maka saya perlu berhati-hati dengan undang-undang jalanraya Vietnam terutama dalam pematuhan had laju dan lampu isyarat. Selain itu, saya perlu memadam lampu motosikal saya pada waktu siang. Untuk makluman, sepanjang ride di Vietnam, saya dapati polis Vietnam banyak memantau trafik di tepi jalan utama.
Semasa ride pertama ke Vietnam, saya keluar melalui pintu Bo'Y. Saya memilih untuk keluar melalui pintu ini kerana melalui dapatan dari Internet, pintu ini boleh 'lepas' untuk ke Laos. Pada hari tersebut, saya selamat ke Laos tanpa sebarang masalah.Ini pula adalah cubaan saya untuk ride Vietnam kali kedua. Disebabkan tujuan ride kedua ini adalah ke Utara Vietnam, saya mencuba nasib untuk memasuki negara itu melalui pintu sempadan Cau Treo.Ini adalah video yang dirakam ketika saya keluar dari pintu sempadan Nam Phao, Laos melalui no man's land sejauh 700 meter dan tiba di pintu sempadan Cau Treo, Vietnam:Dokumen yang saya bawa hanyalah pasport dan geran motosikal. Sama seperti di Hatien, pasport saya dicop dengan bayaran 1USD dan tiada dokumen khas dikeluarkan oleh mereka untuk motosikal. Ride kedua di Vietnam ini, saya memilih untuk keluar melalui pintu Na Meo. Pintu sempadan ini agak sunyi dan urusannya mudah untuk ke Laos. Tiada bayaran dikenakan.Berikut adalah lokasi keempat-empat pintu sempadan yang boleh 'lepas' masuk atau keluar Vietnam yang dinyatakan dalam catatan ini.Kredit: http://tuxedonero.blogspot.com/2018/01/membawa-motosikal-memasuki-vietnam.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/01/pengalaman-bermotosikal-ke-vietnam-9471.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berkongsi Pengalaman Menaiki Train Dari China Ke Vietnam 9469

Berkongsi Pengalaman Menaiki Train Dari China Ke Vietnam 9469

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 177 hits
Merentasi Sempadan China Vietnam Dengan Kereta Api Tengah sedap sedap tidur dalam tren Nanning Hanoi pintu kabin saya diketuk beberapa kali Rupanya pemeriksaan imigresen Kami sudah pun sampai di Pingxiang Jam menunjukkan pukul 10 30 malam K...
Hiburan Ingin Melancong Ke Lokasi Yang Unik Seperti Lanzhou Gansu Ikuti Pengalaman Seorang Jurugambar Dari Malaysia Ini

Hiburan Ingin Melancong Ke Lokasi Yang Unik Seperti Lanzhou Gansu Ikuti Pengalaman Seorang Jurugambar Dari Malaysia Ini

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 328 hits
Pernah tak anda teringin untuk melancong ke sebuah lokasi percutian yang unik dan lain daripada yang lain Mungkin ada yang belum pernah terdengar lagi tentang Lanzhou wilayah Gansu di China ini Untuk yang belum familiar dengan tempat ini ja...
Hidup Mati Atas Kehendak Allah Bukannya Kanser Wanita Kongsi Pengalaman Hidap Kanser

Hidup Mati Atas Kehendak Allah Bukannya Kanser Wanita Kongsi Pengalaman Hidap Kanser

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 565 hits
Setiap insan didunia ini pasti akan diuji oleh Nya Ujian tersebut selalunya akan diberi dalam pelbagai bentuk seperti kewangan kesihatan kekeluargaan ataupun perhubungan Walau apa bentuk ujian yang mendatang sebagai manusia biasa kita disar...
Ikuti Perkongsian Pengalaman Kenapa Perlu Masuk Royal Military College

Ikuti Perkongsian Pengalaman Kenapa Perlu Masuk Royal Military College

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 1166 hits
Disini admin ingin berkongsikan kepada semua pembaca di pendidikan4all kenapa anda perlu masuk Royal Military College RMC atau Maktab Tentera DiRaja Perkongsian ini telah dikongsikan di laman Twitter yang kini sudah mendapat lebih 1000 Retw...
Tak Boleh Masuk Masjid Dan Berpuasa Lelaki Malaysia Kongsi Pengalaman Lawat Petempatan Etnik Uighur Di China

Tak Boleh Masuk Masjid Dan Berpuasa Lelaki Malaysia Kongsi Pengalaman Lawat Petempatan Etnik Uighur Di China

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 427 hits
Dunia kini semakin membuka mata selepas satu perkongsian yang mengkritik negara China atas penindasan terhadap etnik Uighur di negara itu dimuat naik menerusi akaun media sosial pemain bintang pasukan Arsenal iaitu Mesut Ozil Penderitaan ya...
Kongsi Pengalaman Berharga Buat Cmn Academy

Kongsi Pengalaman Berharga Buat Cmn Academy

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 230 hits
Jutaan terima kasih buat CMN Academy atas jemputan untuk saya berkongsi sedikit pengalaman saya hari ini bersama hampir 200 orang tutor dari seluruh Malaysia Berkongsi pentas adalah speaker speaker hebat macam Ketua Unit Pusat STEM Negara D...
Sekatan Solat Jumaat Pengalaman Bekas Pekerja Sony

Sekatan Solat Jumaat Pengalaman Bekas Pekerja Sony

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 414 hits
HARAKAHDAILY HANYA mati sahaja yang akan menidakkan saya tidak boleh lagi Solat Jumaat demikian tegas Nor Zamri Latiff berkongsi imbasan pengalamannya menghadapi sekatan untuk pergi mengerjakan Solat Jumaat kira kira 20 tahun dahulu Ketika ...
Pengalaman Dapat Income Adsense 100usd Sehari

Pengalaman Dapat Income Adsense 100usd Sehari

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 334 hits
Pengalaman Dapat Income Adsense 100USD Sehari Pertama kali amat bersyukur diberi kesempatan untuk menjana pendapatan melalui adsense Terus terang tak pernah sekali pun dapat income lebih macam semalam Cukup teruja dan terus bersemangat nak ...
Ustaz Ini Ceritakan Pengalaman Ketika Gerh4na 21 Tahun Lepas Ketika Itu Tiba Tiba Semua Senyap Sunyi

Ustaz Ini Ceritakan Pengalaman Ketika Gerh4na 21 Tahun Lepas Ketika Itu Tiba Tiba Semua Senyap Sunyi

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 372 hits
SERIAN Pengalaman sebanyak tiga kali menyaksikan fenomena Gerhana Matahari dengan matanya sendiri sebelum ini sudah cukup untuk menginsafkan Pegawai Bahagian Falak Syarie Jabatan Mufti Sarawak Ustaz Mohamad Mokarat terhadap kebesaran Illahi...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan