Hiburan Ingin Melancong Ke Lokasi Yang Unik Seperti Lanzhou Gansu Ikuti Pengalaman Seorang Jurugambar Dari Malaysia Ini


Pernah tak anda teringin untuk melancong ke sebuah lokasi percutian yang unik dan lain daripada yang lain? Mungkin ada yang belum pernah terdengar lagi tentang Lanzhou, wilayah Gansu di China ini. Untuk yang belum ‘familiar’ dengan tempat ini, jangan risau kerana kami akan kongsikan sesuatu untuk anda.
Baru-baru ini, Aisha Nazar yang merupakan seorang jurugambar berkongsikan pengalaman percutiannya di sana. Aisha yang juga adalah duta bersama AirAsia dan Sony mengembara ke Lanzhou dan sempat merakamkan pengalamannya itu.

Sebagai seorang jurugambar, tawaran untuk ke Lanzhou ini juga adalah peluang untuk Aisha mengembara keunikan lokasi ini menerusi lensa kameranya. Tetapi di manakah sebenarnya Lanzhou ni?
Lanzhou, wilayah Gansu

Lanzhou adalah ibu kota di wilayah Gansu yang terletak di barat laut negara China. Kalau anda nak tahu, di sini juga adalah lokasi kemasukan Islam yang pertama di China. Jadi untuk mereka yang berminat untuk tahu tentang sejarah Islam di sini, inilah masanya untuk anda mengembara ke sini. Itu juga bermakna, Lanzhou adalah destinasi yang sangat muslim friendly dan anda boleh melancong tanpa sebarang kerisauan.
Antara lokasi popular di sana ialah Yellow River, Mongolian Dobi Desert, Rainbow Mountains, Binggou Danxia dan banyak lagi. Secara ringkasnya, Lanzhou adalah ibu kota yang moden tapi dalam masa yang sama masih ada kecantikan semula jadi mereka.

Nak tahu apa lagi yang best nya di Lanzhou ni? Jom ikuti pengalaman percutian yang dikongsikan oleh Aisha ini. Boleh lah anda jadikan Lanzhou sebagai destinasi percutian seterusnya untuk anda sekeluarga dan kawan-kawan!
Yellow River

Lokasi pertama yang dikunjungi Aisha ialah Yellow River yang merupakan sungai kedua yang terpanjang di China dan yang ke-enam terpanjang di dunia sepanjang 5,464 km. Pada zaman dahulu, masyarakat setempat sangat bergantung pada sungai ini dan ianya juga sudah jadi sebahagian daripada Silk Road. Apa sebenarnya Silk Road tu?
Silk Road adalah laluan perdagangan pada zaman dahulu yang menghubungkan China dan Barat dengan barangan dagangan dua tamadun iaitu Tamadun Rom dan Tamadun China.
Sungai ini juga dinamakan sebagai Yellow River kerana kandungan lumpur yang sangat tinggi. Jadi sebab itu lah, warna air di sungai ini tidak jernih seperti air sungai yang lain.
Mongolian Gobi Desert

Seterusnya, Mongolian Gobi Desert yang terletak di Dunhuang ini di mana anda boleh menaiki tren terus dari Lanzhou. Siapa sangka ini merupakan padang pasir terbesar di Asia dan ianya terletak di China!
Hampir kesemua pengembara di sini tidak akan melepaskan peluang untuk melawat Mongolian Gobi Desert ini. Untuk pengetahuan anda, tempat ini juga merupakan takungan fosil dinasour terbesar di dunia! Pelbagai fosil dinasour antaranya spesimen Tarbosaurus dijumpai di sini.

Rainbow Mountains
Hampir semua bandar yang dilawati Aisha di sini adalah sebahagian daripada Silk Road. Di sini juga lah terletaknya Rainbow Mountains iaitu bukit bukau yang berwarna pelangi. Rainbow Mountains terletak di dalam Zhangye Danxia Landform Geological Park dan mendapat pengiktirafan UNESCO World Heritage Site pada 2009.

Binggou Danxia

Mula dibuka pada tahun 2014, anda dapat saksikan Binggou Danxia dipenuhi dengan binaan batu-batu yang terbentuk sejak berjuta tahun dahulu. Di sini, Aisha perlu menaiki tren selama 21 jam ke Xining yang terletak di wilayah Qinghai yang merupakan sebahagian tanah Tibetan.
Binggou Danxia juga merupakan ‘adik beradik’ kepada Rainbow Mountains kerana terletak berhampiran antara satu sama lain. Pastinya satu pengalaman takkan dapat dilupakan untuk melihat sendiri binaan batu-batu yang terbentuk secara semula jadi ini sejak berjuta tahun dahulu.
Pilihan makanan halal

Kalau anda nak tahu, di sini sangat senang untuk mencari makanan halal, jadi soal makanan takkan menjadi masalah besar di sini. Antara makanan yang anda wajib cuba adalah Mee Tarik Lanzhou (pulled noodles). Ini adalah salah satu signature dish di Lanzhou yang mana kalau tak cuba, tak sah!
Selain itu, masyarakat di sini sangat gemar makan daging kambing dan anda patut cuba kebab kambing mereka. Makanan tempatan di sana boleh tahan pedas nya jadi memang sesuai dengan citarasa masyarakat Malaysia.
Teh Sanpotai adalah teh buah yang selalu dihidangkan di restoran mee Tarik yang merupakan hidangan istimewa masyarakat cina muslim di selatan China. Ada longan kering, kurma merah, goji berries, kismis, daun teh hijau dan gula batu di dalam air panas.

Selain itu, anda patut cuba fried oil cake yang seakan donut goreng dan Niu Nai Lao Zhao iaitu sup manisan yang terdiri daripada susu, telur, kismis dan kacang. Tips daripada penduduk tempatan kepada Aisha, semakin panjang janggut si penjual, semakin panjang pembeli yang akan berbaris yang bermakna ianya memang sedap!
Kebanyakan makanan jalanan boleh dijumpai di pasar makanan dan mereka juga terima bayaran QR Pay melalui Alipay. Jadi lebih mudah untuk anda berbelanja walaupun tak bawa wang tunai yang banyak. Yang seronoknya, makanan di Lanzhou memang cukup murah! Semangkuk mee tarik hanya berharga 7 Yuen sahaja tetapi jika di luar daripada Lanzhou boleh menjadi sehingga 15 Yuen.
AirAsia
Terbang ke Lanzhou dengan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Lanzhou dengan Air Asia! Untuk ahli BIG, semua dalam tambang penerbangan sehala dari RM229 sahaja manakala bagi yang bukan ahli pula dari RM234!
Untuk yang nakkan keselesaan yang lebih, boleh pilih Premium Flatbed dengan semua dalam penerbangan sehala dari RM799 untuk ahli BIG dan RM804 bagi yang bukan ahli. Alang-alang naik penerbangan jauh tu, boleh lah cuba Premium Flatbed pula kan.
Tempah sekarang sehingga 12 Januari 2019 ini untuk dapatkan penerbangan bermula sekarang hingga 31 Ogos 2020. Selain itu, anda boleh tengok promosi menarik yang lain seperti Value Pack, Baggage, Seats, Santan in-flight meals, hotel, penerbangan + hotel, aktiviti, Ourshop.com, Travel Insurance, AirAsia DEALS dan banyak lagi!
Tunggu apa lagi? Tempah sekarang di airasia.com




sumber: beautifulnara.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.superpantas.com/2019/12/hiburan-ingin-melancong-ke-lokasi-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikuti Perkongsian Pengalaman Kenapa Perlu Masuk Royal Military College

Ikuti Perkongsian Pengalaman Kenapa Perlu Masuk Royal Military College

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 1165 hits
Disini admin ingin berkongsikan kepada semua pembaca di pendidikan4all kenapa anda perlu masuk Royal Military College RMC atau Maktab Tentera DiRaja Perkongsian ini telah dikongsikan di laman Twitter yang kini sudah mendapat lebih 1000 Retw...
Wp Kpk Ingin Dewas Punya Integritas Seperti Artidjo Alkostar Dan Albertina Ho

Wp Kpk Ingin Dewas Punya Integritas Seperti Artidjo Alkostar Dan Albertina Ho

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 207 hits
WP KPK menyambut baik jika dua nama yang beredar yaitu Pak Artidjo Alkostar dan Ibu Albertina Ho akan menjadi Dewan Pengawas yang ditunjuk Presiden Jokowi
Hiburan Jom Jalan Jalan Sambil Tengok Bunga Sakura Di 10 Lokasi Menarik Di Okinawa

Hiburan Jom Jalan Jalan Sambil Tengok Bunga Sakura Di 10 Lokasi Menarik Di Okinawa

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 368 hits
Untuk yang nak jalan jalan di Jepun tahun depan mesti tengah cari lokasi yang best dekat sana kan Mungkin ada yang tak tahu Jepun ada banyak lokasi menarik yang anda boleh explore terutamanya pada awal tahun depan Kalau anda nak tahu Okinaw...
Ikuti Senarai Penuh Carian Tertinggi Di Google Malaysia Sempena Yearinsearch2019

Ikuti Senarai Penuh Carian Tertinggi Di Google Malaysia Sempena Yearinsearch2019

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 425 hits
Pihak Google Malaysia baru sahaja mengeluarkan data dimana memaparkan carian tertinggi yang dibuat oleh pengguna di Malaysia bagi tahun 2019 dengan menggunakan enjin pencarian Google sepanjan tahun Jika sebelum ini korang boleh tengok senar...
Hiburan Anda Seorang Gamer Tingkatkan Mutu Permainan Anda Dengan Huawei Together 2020 Gaming Package Dengan 0 Faedah

Hiburan Anda Seorang Gamer Tingkatkan Mutu Permainan Anda Dengan Huawei Together 2020 Gaming Package Dengan 0 Faedah

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 441 hits
Adakah anda seorang gamers sejati Bangun pagi sebelum gosok gigi anda akan layan PUBG seround Atau sanggup tak makan lunch semata mata untuk main ranked Mobile Legends Tapi bila tengok gajet anda yang dah makin using mesti sedih kan Kan bes...
Ini Sebenarnya Kos Membesarkan Seorang Anak Di Malaysia Terutama Di Ibu Kota

Ini Sebenarnya Kos Membesarkan Seorang Anak Di Malaysia Terutama Di Ibu Kota

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 765 hits
Berdasarkan data dari Numbeo com Malaysia masih lagi dikategorikan sebagai antara negara yang memiliki kos sara hidup terendah di dunia Jika anda tinggal di ibu negara Kuala Lumpur kos sara hidup di sini berada pada ranking ke 222 daripada ...
Perginya Seperti Seorang Syahid Yang Dermawan Amat Dicemburui Ramai Ustaz Zamri

Perginya Seperti Seorang Syahid Yang Dermawan Amat Dicemburui Ramai Ustaz Zamri

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 960 hits
AdvertisementAdvertisementSetiap dari kita yang hidup pasti akan mati dan semua manusia pastinya akan mengalaminya cuma pemergian saja akan berbeza beza Apabila tibanya ajal tiada sesiapa yang akan mampu menahan walau sesaat datangnya kemat...
Pengalaman Melalui Highway Tertinggi Di Malaysia

Pengalaman Melalui Highway Tertinggi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 1130 hits
Pengalaman Melalui Highway Tertinggi di Malaysia Pernah baca kisah highway tertinggi di Malaysia Kalau sebut gunung tertinggi di Malaysia atau Menara tertinggi di Malaysia semua orang tahu Tapi kalau highway tertinggi di Malaysia Ok kat Mal...
Kunjungi Ibu Kota Baru Jokowi Ingin Cek Lokasi Pemerintahan

Kunjungi Ibu Kota Baru Jokowi Ingin Cek Lokasi Pemerintahan

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 228 hits
Kunjungi Ibu Kota Baru Jokowi Ingin Cek Lokasi Pemerintahan Ibu kota baru memang dirancang dengan sistem kluster di mana nantinya akan ada kluster kesehatan pendidikan pemerintahan hingga inovasi Di kluster pemerintahan nantinya akan dibang...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Skill Up Steam Curator


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation