Sekatan Solat Jumaat Pengalaman Bekas Pekerja Sony


HARAKAHDAILY



“HANYA mati sahaja yang akan menidakkan saya tidak boleh lagi Solat Jumaat!” demikian tegas Nor Zamri Latiff berkongsi imbasan pengalamannya menghadapi ‘sekatan’ untuk pergi mengerjakan Solat Jumaat kira-kira 20 tahun dahulu.

Ketika itu beliau bekerja di sektor perkilangan, antara syarikat terkemuka dunia iaitu Sony EMCS di Perai, Pulau Pinang dan telah berkhidmat selama 18 tahun, sebelum berhenti 12 tahun lepas.
 Cerita beliau, jadual kerja ketika itu disusun ‘Bos Melayu’, tetapi dipantau ‘Bos bukan-Melayu’ yang dibidasnya membuat undang-undang bodoh dan kerana keingkarannya untuk tetap solat, beliau dipanggil pihak atasan.

Akibat dari hal tersebut katanya, berlaku peristiwa beliau menumbuk rakan sejawatan bukan-Muslim hingga membuka mata mereka yang lain dan mendesak peraturan membenarkan Solat Jumaat.

“Saya tetap keluar (pergi Solat Jumaat). Tahun 1995 direzekikan oleh Allah S.W.T (saya dapat) kenaikan pangkat untuk bersama membina department baru iaitu Sony ODD. Alhamdulillah. Jasa Bos dan rakan non-Muslim amat saya hargai.

“Semua (pekerja Sony ODD) keluar (pergi) Solat Jumaat hingga ‘mencemburukan’ (pekerja) department lain. Director ODD, Mr TK Ong begitu rapat dengan saya. Sentiasa support dan cover berkaitan solat dan kebajikan.

“Tahun 2000 alhamdulillah semua pekerja keluar Solat Jumaat dan dimestikan menaiki bas kilang sahaja. Selepas itu bertambah baik dengan 2 jam stop operasi. Pekerja wanita Muslim (pula) boleh mendengar Kuliah Muslimat di surau dengan jemputan Ustazah.

“Allahuakbar! Apabila kita meletakkan Islam dalam pekerjaan, insya-Allah, Allah permudahkan. (Malah) Sony ODD terlalu banyak (dapat) award Juara sejak penubuhannya 1995,” ujarnya merujuk anugerah produktiviti, kualiti, IPS Kaizen dan 5S setiap tahun.

Katanya, walaupun sudah bersara, beliau masih mendapat jemputan dari sahabat Sony dalam masyarakat kerja itu seperti Jejak Ramadhan, Kembali Ke Sekolah, Akikah dan Korban Perdana, serta aktiviti sukan.

Semua itu jelasnya, kerana erat hubungan persaudaraan yang terjalin atas semangat Islam, bahkan mengharmonikan hubungan dengan rakan-rakan bukan-Islam, termasuk hal ehwal kebajikan sesama mereka.

Kini Zamri selaku Yang DiPertua PAS Kawasan Nibong tebal menjelaskan bahawa beliau mengimplementasi segala usaha seperti tersebut dari roh perjuangan PAS yang membawa dakwah, tarbiyah dan siyasah.

Bahkan beliau berbangga, terdapat empat pekerja dari Sony Perai pernah menjadi Calon PAS dalam PRU dan mereka terus berjuang meletakkan Islam di hadapan, setidak-tidaknya solat pada waktu.

Tetapi kesali beliau, di zaman PH memerintah ini sebagaimana dapat dilihat pada perbahasan Parlimen beberapa minggu lalu, Menteri gagal memberi jawapan mengenai garis panduan berkenaan Solat Jumaat untuk pekerja.

Bidasnya, sikap tanpa pendirian jelas tersebut seolah-olah meminggirkan Islam sebagai Agama Persekutuan Malaysia. – HARAKAHDAILY 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/sekatan-solat-jumaat-pengalaman-bekas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengertian Solat Jumaat Dan Persoalannya

Pengertian Solat Jumaat Dan Persoalannya

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 1072 hits
Solat Jumaat ialah solat fardu yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelak...
Menaker Kunjungi Pekerja Migran Indonesia Di Sony Malaysia

Menaker Kunjungi Pekerja Migran Indonesia Di Sony Malaysia

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 306 hits
Dalam kunjungan kerjanya ke Malaysia Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah menemui para pekerja migran Indonesia di Sony Company Pada kesempatan itu Ida mengajak dialog dengan karyawan dari Indonesia di perusahaan tersebut
Insya Allah Nyenyak Dan Sempat Solat Subuh Kata Bekas Igp

Insya Allah Nyenyak Dan Sempat Solat Subuh Kata Bekas Igp

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 489 hits
MALAYSIAKINIBekas Ketua Polis Negara Musa Hassan terheret dalam satu kancah perang di Twitter berhubung pendedahan mengejutkan daripada Azilah Hadri dalam akuan berkanunnya mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu Menjawab ciapan seorang pe...
Aku Sebagai Bekas Pekerja Tak Sarankan Korang Tabur Fries Atas Tray Sebab

Aku Sebagai Bekas Pekerja Tak Sarankan Korang Tabur Fries Atas Tray Sebab

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 760 hits
Aku sebagai bekas pekerja tak sarankan korang tabur fries atas tray sebab Ramai yang menggemari makanan segera dan boleh dikatakan restoran makanan segera ini jarang tak dipenuhi dengan pelanggan Disebabkan itu juga tahap kepantasan kerja k...
Kematian Yang Dicemburui Jemaah Umrah Meninggal Selepas Tunai Solat Jumaat Dan Ziarah Makam Rasulullah

Kematian Yang Dicemburui Jemaah Umrah Meninggal Selepas Tunai Solat Jumaat Dan Ziarah Makam Rasulullah

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 554 hits
Sumber gambar dari Assfiyal AlbaniKita tidak pernah menjangka bagaimana pengakhiran hidup kita nanti sama ada berakhir dengan baik atau tidak Tapi jauh disudut hati kita kita mahukan biarlah ia berakhir dengan husnul khatimah Sama seperti c...
Bekas Pelakon Green Lantern Peter Sarsgaard Sertai The Batman

Bekas Pelakon Green Lantern Peter Sarsgaard Sertai The Batman

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 585 hits
Menerusi laman Twitter rasmi pengarah Matt Reeves telah mengumumkan peryertaan bekas pelakon Green Lantern The Magnificent Seven Peter Sarsgaard dalam barisan pelakon filem The Batman Bagaimanapun peranan yang bakal dibawa bekas calon Anuge...
Tanda Lelaki Masih Sayang Bekas Kekasih

Tanda Lelaki Masih Sayang Bekas Kekasih

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 3137 hits
Tanda Lelaki Masih Sayang Bekas Kekasih Bayangkan satu hari suami salah panggil dengan nama bekas kekasihnya Omg Mau perang dunia oi Kes salah sebut nama ni tak lain dan tak bukan mesti sebab rindu Amboi dah jadi suami pun masih ingat kekas...
Bekas Mobil Gus Dur Curi Perhatian Pengunjung Jambore Nasional Mercedez Benz

Bekas Mobil Gus Dur Curi Perhatian Pengunjung Jambore Nasional Mercedez Benz

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 282 hits
Levi menceritakan mobil yang dimilikinya merupakan kendaraan pribadi milik Gus Dur
Drama Pak Su Ammara

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway

Income Pasif Automatik Cara Jana Pendapatan Tanpa Pantau Chart Setiap Hari

Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Magic Shows The Timeless Allure Of Illusion And Wonder

Positif Dalam Negatif

Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Senjata Subtil Kekuatan Kata Kata Dalam Mendapatkan Pujian

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Hiburan Haliza Maysuri Jelaskan Sebab Sarung Busana Rm185 000 Pada Malam Gala Bukan Untuk Bermegah Tapi