Pengalaman Berdepan Dengan Masalah Demam Denggi Pada Anak


Pengalaman Berdepan Dengan Masalah Demam Denggi Pada Anak | Bila sebut perkataan demam denggi terasa kecut perut yang teramat sangat! Kenapa? Ini kerana daku sendiri pernah mengalaminya suatu ketika dulu. Ya Allah perasaan bimbang tu hanya tuhan saja yang tahu! Bayangkan nak bangun tak larat, nak makan tak larat, kejap sejuk kejap panas, lembik satu badan! Sebab itu daku amat risau apabila anak sendiri disahkan demam denggi.


Masalah Demam Denggi Pada Anak
Mereka yang pernah mengalami demam denggi pasti tahu betapa deritanya kerana ada juga yang mengatakan seperti hampir hilang nyawa. Tapi tak sangka pula kerana demam denggi itulah daku nekad terima cinta suami.

Berbalik pada masalah anak demam denggi, beberapa bulan yang lalu daku dan suami di uji apabila 3 daripada anak kami disahkan positif denggi hingga terpaksa dimasukkan ke hospital untuk rawatan. Waktu itu kebetulan daku sekeluarga baru pulang selama seminggu selepas bercuti makan angin bersama. Masa pulang tu memang daku ada perasan yang kawasan perumahan tempat ku tinggal ini sedang di buat fogging (sembur asap) untuk nyamuk. Tapi tak sangka akan kena pada anak sendiri.

Tips penjagaan #1 : belai anak supaya sentiasa tenang
Semuanya bermula apabila Ameen (anakku yang nombor 4) mula tunjukkan simptom demam. Firasat pertama hmmm mungkin demam kerana penat selepas bercuti kot! Lagipun penyakit ringan seperti demam dan selesema sering memang boleh dikaitkan dengan cuaca panas serta hujan tidak menentu yang berlaku sepanjang tahun. 

Daku bawa Ameen ke klinik untuk pemeriksaan dan doktor pun bekalkan dengan ubat demam. Maka makanlah anakku itu dengan ubat demam tersebut. Alhamdulillah berkat ubat demam yang di beri Ameen nampak semakin sihat dan dapat kembali ke sekolah. Pheeww lega. 

Tapi selang beberapa hari selepas itu, Ameen mula demam semula. Masa ni daku dah mula rasa cuak! Terus terdetik di fikiran apakah Ameen sedang hidap masalah demam denggi? Sebabnya mengikut apa yang masih ku ingat, demam yang sekejap baik dan sekejap tidak ini juga adalah salah satu tanda untuk gejala denggi.



Apakah Demam Denggi Ini Sebenarnya?

Menurut sumber bacaan yang ku baca, Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. 

Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus. 




Antara Tanda Dan Gejala Demam Denggi Yang Wajib Kita Semua Ambil Tahu 

Pesakit mengalami demam panas bersama tanda-tanda lain. Apakah tanda-tanda demam denggi ini sebenarnya? Okay, sebagaimana yang telah diberitahu tadi, kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk. Antara tanda-tanda tersebut adalah seperti :


Demam kuat yang mengejut dan berterusanBintik merah pada kulitSakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepalaBerdarah pada badan, hidung dan mulutHilang selera makanMuntah-muntahSakit perutrasa pahit pada lidahlemah dan tidak bermaya



Terdapat 4 Jenis Tahap Demam Denggi, Banyaknya!

Daku sendiri agak terkejut saat mula-mula dapat tahu yang demam denggi ini ada sebanyak 4 jenis semuanya. Jujur cakap daku ingatkan denggi ini hanyalah sejenis saja tapi ternyata anggapan daku silap. Tak sangka rupa-rupanya demam denggi ada 4 jenis dan semuanya akan ditentukan berdasarkan apa yang di alami oleh si pesakit pada waktu tersebut. 

1. Denggi dengan demam biasa (Undifferentiated fever)
Denggi dengan demam biasa ini boleh berlaku pada bayi, kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia selalunya adalah apabila mendapat jangkitan demam denggi untuk kali pertama. Saat ini pesakit mungkin akan mengalami demam biasa yang sukar untuk dibezakan dengan demam viral yang lain.

Kadangkala membawa simptom demam seakan-akan selesema dan bertahan untuk satu hingga dua hari sahaja. Kebiasaannya penghidap tidak mengetahui bahawa dirinya telah dijangkiti virus denggi. Inilah yang berlaku untuk situasi anakku sendiri. 
2. Demam denggi biasa (Classical Dengue)Demam denggi biasa adalah apabila si pesakit dijangkiti oleh virus denggi akibat digigit secara terus oleh nyamuk Aedes. Selalunya si pesakit tidak tahu bahawa di dalam dirinya ada virus yang di bawa oleh nyamuk Aedes tersebut hinggalah badan akan mula rasa lemah dan demam. 

Selain daripada simptom demam secara mendadak atau tiba-tiba ini, pesakit juga akan mula mengalami rasa sakit kepala yang teruk terutama di belakang mata. Untuk bahagian sendiri juga mula berubah apa bila si pesakit mula rasa sakit otot dan sendi, terutamanya dalam lutut, pergelangan kaki dan juga siku. Pesakit juga mungkin mengalami rasa yang tidak menyenangkan di dalam mulut, kehilangan selera makan yang sering disertai dengan sakit perut, muntah dan cirit-birit. Terdapat juga cabaran yang lain seperti : Ruam pada lengan dan kakiKegatalan teruk yang hingga menyebabkan kulit mengelupas dan rambut gugurHaid banyak pada wanita, pendarahan kecil dari hidung atau gusiKeletihan dan keletihan yang melampauOrang dewasa dan kanak-kanak sedang membesar menunjukkan tanda-tanda ini sementara kanak-kanak kecil sering tidak menunjukkan apa-apa gejala sama sekali. Inilah tahap demam denggi yang ku hadapi suatu ketika dulu. 



3. Demam denggi berdarah (Dengue Hemorrhagic Fever)Demam denggi berdarah (DHF) juga dikenali sebagai demam denggi yang teruk. Jangkitan virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk kadang-kadang berkembang menjadi komplikasi berpotensi maut yang dikenali sebagai DHF.Ia mempunyai ciri-ciri serupa seperti demam denggi tetapi mungkin lebih teruk berbanding dengan sebelum ini. Biasanya berlaku jika seseorang mengalami denggi lebih daripada sekali tetapi kebanyakan pesakit pulih dengan cepat jika mereka mengikuti rawatan perubatan yang sesuai.Simptom DHF:Selepas demam, selama dua hingga lima hari, simptom ini mula muncul, tetapi ia mula menurun apabila demam mula sembuh. 
Sakit perut terukMuntah berterusanPernafasan pesatGusi berdarahKegelisahan dan darah dalam muntahKeletihanIa boleh membawa kepada komplikasi yang berpotensi maut akibat kebocoran plasma, pengumpulan cecair, kesukaran pernafasan, pendarahan teruk, atau gangguan organ jika tidak dirawat tepat pada waktunya.



4. Sindrom Kejutan Denggi (Dengue Shock Syndrome)Sindrom kejutan adalah komplikasi yang berbahaya bagi jangkitan denggi dan dikaitkan dengan kematian yang tinggi. Terkejut dalam denggi boleh menjadi dramatik, dan perkembangannya tidak berhenti. Sekiranya ada tanda-tanda dan simptom sindrom kejutan denggi (DSS) yang berlaku selepas demam denggi berdarah, pesakit boleh hidup dengan menjalani rawatan perubatan yang betul. Ia juga dianggap sama dengan DHF Gred 4 dan simptom DSS boleh muncul selepas 3 hingga 6 hari demam bermula.Simptom DSS:Demam, atau sejarah demam akut,  selama 2-7 hari, kadang-kadang berlaku dalam 2 fasa. Kecenderungan berdarah, yang dibuktikan oleh sekurang-kurangnya salah satu daripada berikut:Ujian tourniquet positifPerubahan warna kulit atau pembentukan bintik ungu akibat pendarahan dalamanPendarahan dari membran usus, saluran gastrointestinal, tempat suntikan, atau kawasan lainDarah dalam najis atau muntahKekurangan platelet dalam darah (100000 / mm3 atau kurang)Terbukti kebocoran plasmaManakala, bukti kegagalan peredaran darah, yang ditunjukkan oleh:
 Nadi cepat lemahTekanan nadi sempit (<20mmHg)Tekanan darah yang luar biasa untuk yang berusiaKulit sejuk, kusam dan kegelisahan

Adakah Anak Telah Dijangkiti Dengan Virus Denggi?

Dengan meneliti apa yang ditunjukkan oleh tubuh Ameen, daku mula rasa curiga. Dalam masa 1 minggu demamnya adalah secara on and off. Dalam erti kata lain kejap sihat kejap tidak. Suhu badan juga agak tinggi. Kali ini daku nekad untuk tidak membawanya ke klinik lagi sebaliknya terus ke hospital bahagian pesakit luar. Kat sana daku beritahu juga yang kawasan rumahku sudah ada kes denggi sebab sebelum ini ada dilakukan fogging (semburan asap).

Di hospital darah Ameen di ambil sampel untuk di uji. Hanya dengan cara ini saja dapat diketahui apakah penyakit yang ada dalam tubuh. Ujian darah akan mengesahkan sekiranya anak telah dijangkiti dengan virus denggi ataupun tidak. Jika telah disahkan sebagai demam denggi mungkin ada virus lain dan semua itu boleh dikesan dengan ujian darah tersebut. 


Hanya dengan cara ambil darah boleh tahu kewujudan virus denggi
Nervous sangat masa tunggu result! Dalam hati tak henti-henti berdoa semoga Ameen tidak terkena sebarang jangkitan virus yang berbahaya. Akhirnya result keluar dan ternyata Ameen di sahkan positif denggi! Apabila confirm yang ia adalah denggi maka suka ataupun tidak, tiada tempat lain yang harus di tuju melaikan untuk tinggal di hospital sehingga sihat semula. 

Pengalaman Tinggal Di Hospital Untuk Rawatan Denggi Anak

Saat berada di hospital semestinya akan perasan ada lebih ramai pesakit di sana. Dalam ward kanak-kanak itu sendiri daku nampak ada bermacam jenis penyakit. Ada juga yang lebih serius dari anakku. Kala ini dalam hati tiba-tiba muncul rasa lebih bersyukur kerana anakku dilahirkan sihat sempurna. Alhamdulillah. Inilah yang dikatakan bersyukur seadanya. Setidaknya daku dan keluarga hanya didatangkan dengan ujian demam denggi berbanding penyakit lain yang lebih serius. 

Di hospital anakku di masukkan air dari sebotol ke sebotol. Ini kerana hingga saat ini masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera di hospital supaya dapat di tambah air. Daku sendiri semasa pernah mengalami demam denggi melalui kaedah yang sama untuk rawatan. Darah juga di ambil dari masa ke semasa untuk pantau keadaan pesakit sama ada makin sihat atau sebaliknya.


masukkan air ke dalam badan untuk singkirkan virus denggi melalui pembuangan air kencing

Dalam masa yang sama doktor sentiasa meminta daku memantau berapa banyak cecair (minuman) yang di minum setiap hari. Tidak kisahlah air apa sekalipun. Gelas dengan sukatan nurse berikan bagi memudahkan urusan kami untuk mengetahui jumlah air yang di minum oleh anak dan semuanya akan di catat pada kertas. Setiap hari nurse akan datang membuat pemeriksaan dan turut mengambil jumlah catatan yang telah di buat.

Tidak hanya itu, jumlah pembuangan air kencing juga perlu di sukat. Bekas tadahan air kencing dengan sukatan telah disediakan di dalam bilik air dan bekas itulah yang digunakan untuk menyukat berapakah jumlah pembuangan air kencing setiap hari. 

Suhu badan, tekanan darah dan keadaan fizikal turut di pantau. Kata doktor air yang dimasukkan tidak boleh terlebih takut nanti boleh menyebabkan masalah pada buah pinggang. Kerana itu air yang masuk ke dalam badan dan juga air yang dikeluarkan melalui kencingnya perlu di pantau setiap hari. Memang betul pun, daku perasan wajah anak nampak sedikit bengkak sedikit berbanding biasa. 


bila dah masuk air baru pesakit berselera makan sedikit
Doktor turutkan berikan ubat yang sesuai dan sebagai ibu ayah kita kena bantu anak untuk lawan virus denggi ni. Menurut info yang ku terima juga, demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak . Kerana itu jika anak ada disyaki mengalami sakit denggi maka ia perlu dipantau sebagai langkah berjaga-jaga. 

Buktinya, seminggu selepas Ameen sihat dan dibenarkan pulang. Sekali lagi daku dan suami melalui pengalaman yang sama. Kali ini demam denggi menyerang lagi dan bukan hanya pada seorang tapi pada dua orang sekaligus. Anakku yang di serang oleh virus demam denggi kali ini adalah Aman (anak no 4) dan juga Kasih (anak no 6).


Apabila Aman dan Kasih mula menunjukkan tanda demam daku tak bawa ke klinik sebaliknya terus ke hospital untuk di minta ambil darah bagi tujuan pemeriksaan. Daku juga turut beritahu yang anakku Ameen baru saja selesai dapat rawatan akibat demam denggi. 

Benar bagai yang di sangka, Aman dan Kasih ke dua-duanya positif denggi dan disebabkan dua orang anakku sekaligus perlu tahan di ward maka pihak hospital bantu dapatkan katil yang berdekatan. Pihak hospital juga benarkan daku dan suami sama-sama berada di ward untuk bantu jagakan ke dua anak kami. Anak lain yang berada kat rumah ibu mertuaku tolong jagakan. Nasib baik ada ibu mertua. 


Tips penjagaan #2 :  : balut tangan yang ada jarum dengan pampers untuk elak dari di tarik
Maka bermalamlah kami 4 beranak di ward. Suamiku jagakan Aman manakala daku pula jagakan Kasih. Suamiku tidur berhimpit dengan Aman di atas katil berhadapan dengan katil daku dan Kasih. Rawatan yang sama pernah Ameen lalui kini dilalui pula oleh Aman dan Kasih. Kami yang dah ada pengalaman selepas laluinya bersama Ameen dapat jaga Aman dan Kasih dengan lebih yakin. 

Cumanya disebabkan Kasih masih kecil dan pakai pampers maka untuk tahu jumlah air kencingnya setiap pampers tidak boleh terus dibuang sebaliknya akan di timbang dulu pada sebuah penimbang khas. Ohya apa yang ku perasan, di hospital kat kawasan rumahku ini makanan untuk setiap menu akan di beri dalam bentuk dua sajian. 



Maksudnya setiap seorang pesakit akan di beri makanan lebih untuk para penjaga juga. Maka soal makan minum untuk daku dan suami sepanjang menjadi peneman kepada Aman dan Kasih semuanya di tanggung beres! Alhamdulillah. 


Tahap Bahaya Demam Denggi Pada Manusia Terutama Kanak-Kanak 
Daku juga ada terbaca tentang info berkaitan Denggi yang disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Gombak, Dr Mohammad Nazarudin Bahari ketika menyampaikan info di Forum Denggi.  Menurutnya, demam denggi adalah disebabkan oleh jangkitan virus denggi (genus flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Ia merangkumi empat serotip iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4.


Semua serotip ini boleh menyebabkan demam denggi dan demam denggi berdarah. Semua jenis serotip ini juga boleh merangsang pembentukan antibodi (imuniti) yang berbeza-beza. Sebagai contoh jangkitan Aedes dengan flavivirus DEN-2 akan menghasilkan antibodi DEN-2 saja. Kekebalan yang dihasilkan oleh antibodi ini tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ini bermakna mereka boleh dijangkiti lebih daripada sekali seumur hidup.


Tips penjagaan #3 : Sentiasa peka dengan perubahan diri anak samada bengkak, naik ruam dll
Sebagai contoh jika pesakit yang kali pertama dijangkiti denggi dengan serotip DEN 4 tetapi pada jangkitan kali kedua boleh dijangkiti pula serotip berbeza seperti jangkitan serotip DEN 2, DEN 3 atau DEN 1. Berdasarkan kajian, jangkitan kali kedua didapati boleh menyebabkan gejala simptom klinikal dan komplikasi yang lebih teruk berbanding kali pertama.“Demam denggi tetap berisiko kematian walaupun kali pertama dijangkiti. Komplikasi demam denggi boleh berlaku dengan cepat dan secara tiba-tiba. Ini biasanya berlaku terhadap pesakit yang mengalami demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi. Ia bermula dengan pesakit mengalami demam panas bersama tanda-tanda lain seperti sakit kepala, sakit sendi dan pada bahagian belakang mata serta ruam merah di kulit,” katanya.


Tips penjagaan #4 : Rajinkan diri lap anak dengan tuala basah
Lebih merisaukan jika simptom ini disusuli dengan muntah berlarutan, sakit perut, sesak nafas, pucat atau sejuk pada tangan, kaki dan cirit-birit. Pesakit juga boleh mengalami pendarahan pada gusi, muntah najis dan batuk berdarah.Dr Mohammad Nazarudin berkata, keadaan itu kerana platlet darah pesakit semakin berkurangan. Jika ini berterusan, tekanan darah akan menjadi rendah, nadi semakin laju dan akhirnya berlaku kematian. Kematian ini terjadi kerana organ utama seperti hati, buah pinggang dan otak gagal berfungsi akibat pendarahan serta kekurangan air.Antara golongan yang berisiko mendapat komplikasi lebih teruk sekiranya dijangkiti virus terbabit ialah penghidap kencing manis, tekanan darah tinggi, pesakit jantung, obesiti dan mereka yang mempunyai sistem imuniti rendah termasuk kanak-kanak.


Tips penjagaan #5 : cuba pelbagai jenis makanan untuk tarik seleranya
Tiada kajian dan bukti saintifik menyatakan peratusan risiko seseorang boleh dijangkiti demam denggi lebih daripada sekali ketika hidupnya tetapi digambarkan kepada risiko mendapat gigitan nyamuk berkenaan jika tiada kawalan dan pencegahan dilakukan. Sekiranya mereka pergi ke kawasan berwabak denggi lalu digigit nyamuk Aedes dengan serotip DEN, denggi dialaminya kali ini juga tidak seperti yang sebelumnya. Maka jangkitan denggi kali kedua boleh berlaku.Ada empat faktor penyumbang kepada penularan demam denggi di sesuatu kawasan iaitu :vektor (nyamuk)agen (virus)perumah (manusia) persekitaran.Menu Ketam Nipah Menjadi Santapan Mengikut Petua

Dalam kes demam denggi, ada yang percaya bahawa sup ketam dapat membantu! Mengikut petua yang di beri oleh ramai orang, ketam nipah bagus untuk demam denggi kerana ketam jenis ini boleh naikkan platlet darah. Iyalah, demam denggi kan sering dikaitkan dengan platlet darah rendah hingga menyebabkan seseorang itu menjadi lemah dan tidak berdaya maka kerana itu disyorkan untuk makan ketam nipah.


Puas mencari ketam nipah hidup mujurlah akhirnya dapat juga di pasar malam berhampiran rumah. Daku dan suami turut mencari ketam nipah untuk dinikmati bersama famili. Ketam nipah ini boleh di masak dalam pelbagai jenis menu seperti sup ketam nipah, bubur nasi ketam nipah dan sebagainya. Adakah benar ketam nipah boleh sembuhkan demam denggi? Wallahualam. 
Cuma yang daku boleh katakan setiap penyakit itu ada ubatnya dan yang paling berkuasa untuk mengubati adalah Allah SWT. Jika dengan niat untuk mencuba sebagai ikhtiar tidak ada salahnya tapi jangan terlalu bergantung harap 100% hingga tidak mahu dapatkan rawatan dari doktor di hospital.  Takut nanti jika ada apa-apa yang tak diingini berlaku kita mula salahkan diri sendiri kerana tidak berusaha sedaya upaya. Lagi-lagi dalam kes yang melibatkan kesihatan anak begini



Hati-Hati Kerana Demam Denggi Boleh Membawa Maut

Percaya ataupun tidak, memang ada kes denggi yang boleh membawa maut. Ini dikenali sebagai denggi berdarah. Dan salah seorang anak jiranku telah ada yang meninggal disebabkan denggi berdarah ini. Kes ini berlaku dah lama sebelum daku berpindah ke kawasan tempat tinggal ini lagi dan saat mula-mula berkenalan dengan jiran tersebut daku di beritahu yang salah seorang daripada anak jiranku ini telah meninggal akibat denggi berdarah. 

Sebab itulah daku amat risau kalau-kalau anakku demam denggi dan ternyata kerisauan tu telah menjadi nyata. Tapi mujurlah semuanya selamat. Cuma kali ini daku perlu lebih peka kerana pesakit yang pernah berdepan dengan serangan virus denggi adalah lebih mudah untuk dijangkiti semula berbanding dengan yang belum pernah di jangkiti lagi. 


Yang pasti memang ternyata yang demam denggi yang sangat berbahaya untuk kita terutama pada bayi dan kanak-kanak. Ia merupakan sejenis bawaan nyamuk yang serius dan simptom demam tidak boleh di pandang ringan begitu saja. Jangan nanti anak demam hanya diberi paracetemol dan juga panadol kemudian biarkan begitu saja dengan harapan anak boleh baik dari demam sendiri. Kita sendiripun, jika demam jangan hanya bergantung pada panadol sahaja. 

Akibat dari serangan demam denggi itu kami berada di hospital dalam jumlah masa yang agak lama. Iyalah mula-mula demi mendapat rawatan untuk Ameen kemudian masuk sekali lagi untuk sihatkan Aman dan juga Kasih. Ternyata bulan itu adalah salah satu masa yang penuh cabaran untuk daku suami isteri. 

(sumber berkaitan perubatan : Hello Doktor)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sishawa.com/2019/07/pengalaman-berdepan-dengan-masalah-demam-denggi-pada-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Demam Atau Cirit Birit Elak Bagi Minuman Isotonik Cukup Minum Air Masak

Anak Demam Atau Cirit Birit Elak Bagi Minuman Isotonik Cukup Minum Air Masak

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 469 hits
Air putih paling sesuai dan baik untuk anak demam atau tak sihat kerana ia boleh mengembalikan semula tenaga dan mengelakkan dehidrasi bagi yang mengalami cirit birit Namun bagi kebanyakan ibu bapa memilih untuk memberi minuman isotonik den...
Chicken Broth Kuatkan Antibodi Sesuai Untuk Anak Batuk Berkahak Demam

Chicken Broth Kuatkan Antibodi Sesuai Untuk Anak Batuk Berkahak Demam

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 390 hits
Chicken broth banyak manfaatnya membantu menguatkan imuniti badan Ibu ini kongsi resipi sup tulang ayam yang selalu disediakannya tatkala anak batuk berkahak demam Puan sering kali menyediakan sup tulang ayam atau bone broth ketika anak ana...
Pengalaman Bapa 4 Anak Ditarbiyah Cikgu Kongsi Tips Didik Anak Jadi Cemerlang

Pengalaman Bapa 4 Anak Ditarbiyah Cikgu Kongsi Tips Didik Anak Jadi Cemerlang

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 340 hits
Kisah ini jadi viral kisah seorang bapa kena tarbiyah oleh seorang guru bernama Cikgu Seri Devi semasa Report Card Day di sebuah sekolah rendah Perkongsian oleh Izman Pauzi telah menjadi viral dan mendapat pelbagai reaksi terutama dari ibub...
Pengalaman Tip Potty Training Anak Tiga Tahun

Pengalaman Tip Potty Training Anak Tiga Tahun

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 534 hits
Pengalaman Tip Potty Training Anak Tiga Tahun Bercerita tentang pengalaman aku sendiri melatih anak potty training memang nak tergelak rasanya Sejujurnya perasaan nak menangis lagi banyak Maklumlah tahap kesabaran tu semakin lama semakin me...
Pengalaman Jaga Anak Ekzema

Pengalaman Jaga Anak Ekzema

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 321 hits
Pengalaman Jaga Anak Ekzema Assalamualaikum baru hari ni ada kelapangan nak bercerita tentang perkembangan Raudah lepas dia pulih dari ekzema walau bukan sepenuhnya Kalau ada yang pernah baca aku banyak berkongsi tentang rawatan ekzema deka...
Anak Geli Pakai Kasut Pegang Ais Ibu Kongsi Masalah Sensori Anak Dalam Pa Ma Tv

Anak Geli Pakai Kasut Pegang Ais Ibu Kongsi Masalah Sensori Anak Dalam Pa Ma Tv

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 483 hits
Hanya ibu bapa yang tahu tentang perkembangan anak anak Jangan bandingkan perkembangan anak anda dengan anak orang lain kerana setiap perkembangan anak anak adalah berbeza Begitulah perkongsian Puan Farah Najwa Sya dalam program Pa Ma TV ya...
Nafas Anak Berbunyi Kuat Masa Tidur Memang Tak Sakit Tapi Petanda Ada Masalah

Nafas Anak Berbunyi Kuat Masa Tidur Memang Tak Sakit Tapi Petanda Ada Masalah

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 591 hits
Bila anak dah tidur kita selalu dengar ada dengkuran dan nafas berbunyi Kadang kala kita rasa bunyi biasa Tapi bila sudah terlalu kerap sesekali kita kena bawa anak kepada yang pakar Ada sebabnya Menurut Dr Ezairy M Sallih doktor telinga hi...
Anak Demam Setelah Bermain Seharian Orangtua Tak Perlu Khawatir

Anak Demam Setelah Bermain Seharian Orangtua Tak Perlu Khawatir

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 223 hits
Dokter spesialis anak konsultan tumbuh kembang Catharine M Sambo menyarankan agar orangtua perlu memeriksa kecukupan air anak bila anak demam usai seharian bermain di luar rumah
Tular Dakwaan Sup Ketam Boleh Rawat Demam Denggi Betul Ke Ini Penjelasannya

Tular Dakwaan Sup Ketam Boleh Rawat Demam Denggi Betul Ke Ini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 301 hits
Kita seringkali mendengar pelbagai tips kesihatan yang dikongsikan secara turun temurun bagi mengatasi sesuatu penyakit menggunakan cara tradisional Antara tips tips ini ada yang rasional ada yang tidak berasas dan ada yang sudah tidak rele...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri