Nafas Anak Berbunyi Kuat Masa Tidur Memang Tak Sakit Tapi Petanda Ada Masalah


Bila anak dah tidur kita selalu dengar ada dengkuran dan nafas berbunyi. Kadang-kala kita rasa bunyi biasa. Tapi bila sudah terlalu kerap sesekali kita kena bawa anak kepada yang pakar. Ada sebabnya.
Menurut Dr Ezairy M.Sallih, doktor telinga, hidung dan tekak, nafas bayi yang berbunyi biasanya disebabkan oleh masalah ‘Laryngomalacia’. Malah ada beberapa perkara mama papa kena ambil tahu!

Nafas bayi berbunyi : Bahaya atau tidak?
“Anak saya ini semenjak lahir, kerap sangat berbunyi nafasnya. Bila menangis, masa tidur.. lagi kuat bunyinya. Kenapa, doktor?”
Ini info ringkas yang semua ibu bapa MESTI tahu.
1. ‘Laryngomalacia’ adalah masalah kongenital tisu larinks (kotak suara) di saluran pernafasan bahagian atas peti suara. Ini adalah masalah paling biasa ditemui di kalangan bayi yang mengalami masalah nafas berbunyi.

2. Struktur larinks yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan tisu sekitarnya jatuh dan menutupi di atas bukaan saluran pernafasan dan menghalang proses pernafasan!
3. Dalam kebanyakan kes, laryngomalacia pada bayi bukanlah keadaan yang terlalu serius. Maknanya, anak kita masih boleh bernafas, mereka juga dapat makan, minum dan mengalami tumbesaran seperti biasa. Bagi kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini, ia akan sembuh tanpa apa-apa spesifik pembedahan pada masa mereka berusia antara 18 hingga 20 bulan.
4. Walau bagaimanapun, ada peratusan kecil bayi yang mengalami laryngomalacia akan mempunyai masalah pernafasan, makan dan berat badan. Gejala-gejala ini memerlukan perhatian segera!

Sebab berlakunya masalah ini?
1. Penyebab sebenar laryngomalacia tidak diketahui. Relaksasi atau kekurangan kekuatan otot di saluran pernafasan kebiasaannya menjadi faktor. Ia biasa berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan.
2. Masalah ini biasanya berlaku semenjak lahir atau dalam bulan pertama usia. Reflux gastroesophageal (reflux GE) mungkin menyumbang kepada gejala masalah ini. Pernafasan berbunyi akan menjadi lebih teruk apabila bayi baring menelentang atau ketika menangis.

Apakah simptom dan gejala yang boleh dilihat pada anak-anak!
Sekiranya anak anda dilahirkan dengan laryngomalacia, gejala mungkin berlaku selepas lahir, dan boleh menjadi lebih jelas dalam beberapa minggu pertama kehidupan.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami laryngomalacia akan sembuh antara umur 18 hingga 20 bulan. Gejala termasuk:

1. Nafas yang berbunyi. Selalunya lebih teruk apabila bayi itu menangis atau tidur di belakangnya (menelentang)
2. Kesukaran ketika makan atau menyusu
3. Mengalami masalah berat badan
4. Kemungkinan tercekik semasa memberi makan
5. Apnea (penghentian pernafasan)
6. Menarik leher dan dada pada setiap kali nafas
7. Cyanosis (menjadikan biru)
8. Reflux gastroesophageal (meludah, muntah dan regurgitasi)
9. Jangkitan paru-paru (akibat penyedutan makanan ke dalam paru-paru)

Sembuh Tanpa Rawatan
1. Dalam 90 peratus kes, laryngomalacia akan sembuh tanpa rawatan pada masa kanak-kanak berusia 18 hingga 20 bulan.
2. Walau bagaimanapun, untuk sesetengah masalah yang teruk, anak anda mungkin memerlukan rawatan termasuk ubat atau pembedahan.
Perhatian!!!
Pergi ke hospital dengan segera jika bayi anda alami tanda-tanda seperti ini:
1. Berhenti pernafasan selama lebih daripada 10 saat
2. Kelihatan biru di sekeliling bibir

3. Anak kelihatan menarik-narik leher atau dada ketika bernafas walaupun selepas diubah posisi atau dibantu untuk melegakannya.
Masalah ini mungkin biasa-biasa, namun jika kita sebagai ibu bapa sekadar sambil lewa, tidak tahu langkah apa perlu dibuat.
Takut-takut menjadi punca kekesalan kita di kemudian hari. Jumpa doktor jika anda rasa anak anda mempunyai sebarang masalah. Semoga perkongsian kali ini berguna untuk kita semua.
The post Nafas Anak Berbunyi Kuat Masa Tidur, Memang Tak Sakit Tapi Petanda Ada Masalah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nafas-anak-berbunyi-kuat-masa-tidur-memang-tak-sakit-tapi-petanda-ada-masalah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Kecil Bonding Kuat Ayah Jangan Berhenti Tunjuk Kasih Sayang Kepada Anak Perempuan

Masa Kecil Bonding Kuat Ayah Jangan Berhenti Tunjuk Kasih Sayang Kepada Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 518 hits
Ayah figura hebat dalam kehidupan anak perempuan dan sekali gus memberikan pengaruh besar dalam pembentukan diri si kecil Kuasa bonding semasa kecil dan diteruskan mampu membina anak yang kuat dan berkarakter luar biasa Walau sesibuk mana s...
Masa Lafaz Cerai Tak Fikir Tapi Bila Tengok Anak Baru Lahir Terus Sebak Rujuk

Masa Lafaz Cerai Tak Fikir Tapi Bila Tengok Anak Baru Lahir Terus Sebak Rujuk

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 412 hits
Tangunggjawab sebagai insan yang bergelar ayah tetap harus dilaksanakan walaupun sudah tidak bersama isteri Emosi anak anak tetap harus dijaga dan keperluan mereka tetap perlu dipenuhi Tiada siapa yang inginkan perpisahan dalam rumah tangga...
Anak 2 Tahun Pandai Berkawan Tapi Suka Main Tolak Tolak Mama Jangan Marah Ada Caranya Nak Tegur

Anak 2 Tahun Pandai Berkawan Tapi Suka Main Tolak Tolak Mama Jangan Marah Ada Caranya Nak Tegur

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 623 hits
Melihat perkembangan anak kecil kita yang sudah pandai berkawan dan berinteraksi pada usia dua tahun memang seronok Mama pun rasa lega bila anak dah pandai bergaul dengan rakan rakan Namun satu hal yang sentiasa membuatkan mama risau bila m...
Yang Ada Zuriat Jangan Berlagak Kita Tak Tahu Masa Depan Anak

Yang Ada Zuriat Jangan Berlagak Kita Tak Tahu Masa Depan Anak

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 323 hits
Baru saja menimang cahaya mata sulung pada 31 Mei lalu kehadiran Mohamad Eidress sememangnya sangat dinanti nanti buat Anzalna Nasir dan suaminya Hanif The post appeared first on
Memang Saya Marah Tapi Apa Pun Saya Minta Maaf Datin Nona

Memang Saya Marah Tapi Apa Pun Saya Minta Maaf Datin Nona

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 457 hits
Minggu lalu viral di media sosial klip video seorang wanita memarahi pekerja restoran The Chicken Rice Shop Alamanda Putrajaya kerana tidak mengambil pesanan mereka selepas menunggu 10 minit Ekoran kes itu tiga kakitangan pengurusan terting...
Perangai Anak Berkait Dengan Susunan Adik Beradik Ada Yang Kuat Memberontak

Perangai Anak Berkait Dengan Susunan Adik Beradik Ada Yang Kuat Memberontak

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 582 hits
Susunan anak dalam keluarga tidak disangka sangka memainkan peranan penting dalam pembentukan dirinya anak Tapi bagaimana ia berlaku Dr Taufiq Razif berkongsi info yang mungkin tidak diberikan perhatian oleh sesetengah ibu bapa Info tentang...
Wow Cara Ni Sangat Berkesan Untuk Elak Anak Main Telefon Dalam Masa Yang Lama

Wow Cara Ni Sangat Berkesan Untuk Elak Anak Main Telefon Dalam Masa Yang Lama

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 946 hits
Dahsyat betul cara ni Cara untuk elakkan anak tengok dan main telefon lama lama Berkesan cara ni ibu bapa boleh cuba nanti Kajian mengatakan anak kecil tak dibenarkan lihat telefon lebih 1 jam bahaya Biar dia nangis tak dapat telefon jangan...
Boleh Nak Jadi Anak Mak Tapi Suami Kena Adil Baru Isteri Boleh Cool

Boleh Nak Jadi Anak Mak Tapi Suami Kena Adil Baru Isteri Boleh Cool

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 633 hits
Suami seorang anak emak adalah pilihan yang tepat Apabila dia menjaga ibunya bermakna dia boleh menjaga isteri dengan baik Namun dalam keadaan tertentu ada jika tidak ditangani dengan baik boleh membawa masalah dalam perhubungan Lelaki anak...
Lama Sangat Makan Hati Masalah Dengan Keluarga Mertua Tapi Rumah Tangga Sendiri Yang Terkorban

Lama Sangat Makan Hati Masalah Dengan Keluarga Mertua Tapi Rumah Tangga Sendiri Yang Terkorban

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 653 hits
Selepas Fizo Omar dan Mawar Karim mengumumkan mengenai penceraian mereka ramai telah mula membuat pelbagai spekulasi mengenai punca keretakan rumah tangga yang telah mereka bina selama enam tahun Ramai yang sedih melihat pengakhiran hubunga...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense