Pengalaman Bercuti 4 Hari 3 Malam Di Banda Aceh Indonesia


Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. 
Entri kali ini akan berkongsi pengalaman saya dan 4 sahabat lain yang bercuti di Banda Aceh selama 4 hari 3 malam

Untuk pengetahuan semua, saya dan kawan kawan lelaki ni akan travel bersama pada bulan Januari setiap tahun. Destinasi pilihan kali ini adalah di Banda Aceh. 
2017 : Percutian Di Medan. Klik Sini Untuk Baca2018 : Percutian Di Yogjakarta. Klik Sini Untuk Baca
Kami pilih Indonesia sebab kos yang rendah, tempat yang menarik, makan yang sedap dan bahasa yang mudah difahami. Ikut perancangan, nak pusing satu Indonesia. Insya Allah


Insan terpilih kali ini. Dari kiri Abg El, Firdaus, Hafiz, Okaz dan Izwan

Day 1 : Penerbangan Dari KL - Banda Aceh
Untuk makluman semua, kami beli tiket 2 bulan lebih awal dari tarikh penerbangan. Harga tiket kami dapat adalah RM250 seorang, pergi dan balik termasuk makan atas flight dan beg 20 kg

Untuk yang beli tiket lambat, boleh ajer dapatkan tiket pada harga sekitar RM300-RM350 seorang

Juga ada tiket dari Pulau Pinang terus ke Banda Aceh, tapi biasanya lebih mahal


Jam 5:30 pagi, kami berkumpul di KLIA 2. Masuk terus ke Perlepasan Antarabangsa


Selalunya, saya jer lah yang rajin ambil gambar. Huhu.. Ni gambar nak masuk pintu flight. Biasalah, photographer tak masuk dalam gambar


Flight dari KL jam 7:40 pagi dan perjalanan ini mengambil masa 1 jam 30 minit untuk terus ke Banda Aceh


Tiba di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda International Airport



Kami di sambut terus oleh agen di sana. Since Okaz adalah ketua kumpulan, maka nama dialah yang diseru masa ketibaan kami


Gambar kenangan para peserta rombongan Cik Kiah. Hehe

Perkuburan Terbesar Mangsa Tsunami
Selepas menaiki kereta yang disediakan oleh pihak Agen, kami dibawa ke Monumen Tsunami Kuburan Masal Siron

Ia merupakan tapak perkuburan terbesar mangsa tsunami 2004 dahulu


Monumen bagi memperingati mangsa korban

Sebanyak 46,718 mangsa korban dikebumikan di sini

Bergambar kenangan di tempat ini

Semoga Allah merahmati mereka semua


Batu tandar simbolik mereka yang dilanda tsunami Aceh di buat di tapak perkuburan ini. 
Pengurusan Mayat Mangsa Tsunami
Semasa kejadian, bilangan orang yang meninggal terlalu ramai, ratusan ribu orang. Pihak berkuasa tidak mampu menguruskan seorang demi seorang mayat yang ditemui

Apa yang mereka lakukan pada waktu itu adalah, sekiranya sesiapa terjumpa mayat. Mayat perlu diletakkan di tepi jalan. Mayat akan dimasukkan ke dalam beg plastik


Mayat dikumpul diletak di tepi jalan. 
Kemudian akan ada sebuah lori yang datang mengambil mayat mayat ini


Lori polis digunakan untuk mengangkat mayat
Kemudian mereka akan mengorek lubang yang besar menggunakan escabator atau back hoe, kemudian lori akan datang dan mayat diangkat masuk ke dalam lubang

Mereka tidak ambil gambar, tidak ambil identiti mayat. Apa yang mereka buat, hanya tanam mayat ini bersama plastik beg mayat itu

Nampak macam tidak berperi kemanusiaankan, tapi inilah hakikat yang berlaku pada waktu itu. 
It's not easy untuk handle ratusan ribu mayat pada satu satu masa


Mereka hanya akan mengenal pasti sesiapa yang masih hidup sahaja. Siapa yang tidak dikesan dalam satu tempoh masa akan dianggap meninggal dunia

Muzium Tsunami Aceh
Ini destinasi kedua kami selepas tiba di Banda Aceh


Muzium Tsunami Aceh


Ini adalah helikopter polis yang turut musnah ketika kejadian tsunami pada 2004


Sebenarnya, air laut tsunami yang berlaku pada 2004 itu telah naik ke darat hampir 7km. Memandangkan Banda Aceh memang terletak di tepi laut, maka memang memberi kesan yang sangat besar kepada masyarakat di sana.


Kami melalui satu lorong di mana di kiri dan kanan ada air. Dengan bunyi sound track yang menakutkan, kami diberi 'pengalaman' melalui apa yang terjadi pada pagi kejadiaan.


Di muzium ini, mereka mempamerkan sekitar 20,000 nama mereka yang terkorban pada waktu itu


Antara nama mereka yang meninggal dunia. In total di Banda Aceh sahaja sekitar 240,000 orang yang terkorban akibat bencana ini.


Aceh mendapat bantuan dari negara negara seluruh dunia semasa kejadian tersebut kerana ini merupakan bencana alam terbesar yang pernah berlaku di dunia ini yang pernah direkodkan


Antara nama negara yang menghulurkan bantuan kepada Indonesia semasa kejadian tersebut


Antara barang barang yang ditemui semasa kejadian tsunami yang menjadikan hampir keseluruhan Banda Aceh berhampiran pantai padang jarak padang tekukur


Rupa bentuk muzium tsunami yang berharaga USD 6 juta. Ia disumbangkan oleh negara asing untuk memperingati sejarah tsunami di Aceh


Ada tontonan video 10 minit yang menceritakan secara ringkas, apa yang berlaku pada 26 Disember 2004 tersebut


Laluan dalam muzium


Di atas ada ditunjukkan bendera negara yang membantu Indonesia pada waktu berkenaan. Malaysia antara yang terlibat membantu Aceh pada waktu itu. 
Kapal Di Atas Rumah

Selepas melawat Muzium Tsunami, kami pergi melihat kapal di atas rumah pula.


Batu tanda "Kapal Atas Rumah"

Gambar kapal di atas rumah

Di tempat ini, ada seorang local tour guide yang menceritakan kepada kami kejadian yang mereka lalui pada pagi tersebut

Kampung mereka terletak berhampiran pantai. Pada pagi berkenaan, mereka mengalami gempa bumi yang tak pernah mereka alami selama hidup mereka. 
Mereka dikejutkan dengan air laut yang surut ke laut dalam masa yang sangat pantas. Waktu itu mereka melihat ada banyak ikan terdampar di pantai

Mereka sangka ini kurniaan dari Allah. Lalu mereka semua turun beramai ramai ke pantai untuk mengutip ikan

Tanpa disangka sangka tiba tiba dari jauh mereka ternampak di laut ombak besar naik semakin tinggi.

Ia menggulung membawa air setinggi 15 meter. Air berwarna hitam yang membawa bersama pasir dari dalam laut.

Kawasan itu dalam sekelip mata dilanda tsunami.

Rumah tempat kapal ini 'parking' merupakan rumah orang kaya, batu, dua tingkat. Orang di situ yang sempat lari melarikan diri ke dalam rumah itu kerana mereka tahu itu sahaja tempat yang mereka tahu 'kukuh'.

Pada mulanya 30 orang berlindung dalam itu. Dalam masa sangat singkat tingkat 1 tenggelam. Mereka naik ke tingkat 2 rumah itu.

Dalam masa sangat pantas air menaiki tingkat 2 pula. Air naik pantas sehinggalah ke paras leher mereka di tingkat 2. Pada waktu itu semua pasrah yang mereka akan mati.

Dengan kuasa Allah, tiba tiba datang sebuah boat yang menghempap bumbung rumah dan boat ini parking betul betul atas rumah ini. Mereka pantas memanjat naik ke atas boat ini.

Tiba tiba mereka terjumpa seorang yang masih tidur di atas boat ini.

Ketika mereka kejutkan, orang itu merupakan seorang nelayan yang tertidur dalam kapal ini ketika ia berada dalam laut.

Nelayan ini terpinga pinga kenapa ramai orang naik boat beliau. Bila diceritakan baru beliau tahu rupanya ada tsunami yang melanda kawasan tersebut.

Dari masa ke semasa beberapa penduduk kampung yang ada di kawasan sekitar turut menaiki boat tersebut.

Mereka berada di atas boat dari jam 9 pagi sehinggalah waktu petang.

Secara keseluruhan, seramai 59 orang telah naik ke boat ini pada waktu kejadian dan terselamat.

   
Gambar pada waktu kejadian

Rumah ini akhirnya dibeli oleh pihak kerajaan untuk dijadikan tempat pelancongan


Gambar dari jauh kapal yang berada di atas rumah


Kami menaiki platform yang disediakan untuk mengambil gambar dari atas kapal tersebut


Ambil gambar dulu

Beginilah boat yang telah menjadi penyelamat kepada 59 orang penduduk di sini. 

Keadaan hujung kapal. Memandangkan kawasan mereka terletak di tepi pantai, air yang naik hanya surut pada waktu petang. Maka, mereka yang ada di atas kapal hanya boleh turun pada waktu petang sahaja

Semasa berada atas kapal, mereka menyaksikan sendiri betapa dasyatnya air yang membadai kampung mereka. 

Okaz bergambar di bawah kapal ini. Sekarang, mereka membina 3 tiang tambahan untuk menyokong kapal ini agar ia terus berada di sini


Tanpa tiang sokongan ini, kapal ini mungkin tidak boleh bertahan lama di sini


Mak cik ini merupakan salah seorang dari 59 orang yang berada di atas kapal ini semasa kejadian. Habis semua ahli keluarganya meninggal dunia. 
Antara ayat ayat mak cik ni yang masih kami ingat, "Nak, hidup ini sementara sahaja. Allah nak bagi kita mati, senang senang saja. Hidup ini, buatlah ibadah. Ingatlah Allah. Allah berkuasa atas semua perkara."
Izwan membeli buku mengenai kisah mak cik ini semasa kejadian tsunami pada hari itu

Makan Tengah Hari

Bergambar dulu depan kedai makan tengah hari 

Semua makanan dan minuman kami sepanjang trip ini dah termasuk dalam pakej yang disediakan oleh pihak agen


Ayam tangkap...... Ini nama makanan yang famous di sini. Kene torai ni. Sedap gak


Ayam tangkap potong kecil

To Wednesday @ Kerabu

Keropok

Air timun. Memang sedap

Masjid Baiturrahman, Banda Aceh

Selepas makan, kami menuju ke Masjid Baiturrahman. Masjid ini terletak di bandar Banda Aceh. Ia juga turut terkesan dengan tsunami

Semasa kejadian, mereka yang melarikan diri masuk ke dalam masjid ini terselamat. Ini kerana air yang masuk hanya sampai paras lantai sahaja. 

Inilah keadaan masjid ini ketika kejadian. Air yang naik tidak tinggi sangat sebab ia dah jauh di bandar. 

Suasana dalam masjid ketika menunggu masuk waktu Solat Jumaat

Solat Jumaat kami di sini

Dalam masjid

Siap ada payung ni lagi kat luar. Ia boleh buka dan boleh tutup macam di Masjidil Nabawi di Madinah


Suasana ketika selesai solat Jumaat

Selfie dulu

Gambar dari jauh Masjid Baiturahman yang terkini
Kapal PL TD Apung 1

Ketika kejadian tsunami, ada sebuah kapal yang terletak di tepi pantai dihanyutkan sejauh 5km ke darat. Ia di bawa ke darat melalui air tsunami. Berat tak berat kapal ni, ia seberat 2600 Tan


Kapal ini sebenarnya merupakan penjana elektrik diesel untuk kawasan sekitar itu. Namun pada hari kejadian, ia turut diangkut oleh air untuk sejauh 5km. Subhanallah.  Boleh bayangkan tak? Betapa kuatnya air yang naik ke darat pada hari itu


Kami ketika berada di dalam kapal PL TD Apung ini. 

Ketika kejadian, ada seorang sahaja yang berada di atas kapal yang terselamat dan masih hidup. Yang lain terkorban


Ada video simulasi ditunjukkan macam mana air tsunami mampu mengangkat kapal ini naik ke darat


Sebenarnya, ada sesetengah tempat di Aceh yang 'mengetahui' akan berlaku kejadian tsunami ini. Ada satu kampung tu, mereka telah belajar dari satu kitab kuno mengenai gempa bumi

Dalam kitab itu ada dinyatakan bahawa jika berlaku gempa bumi, dan air laut turun ke bawah. Mereka yang berada di kawasan sekitar mesti lari segera ke kawasan bukit kerana air laut akan naik ke darat. 
Kitab ini telah ditulis ratusan tahun yang lalu. 
Penduduk kampung itu mempercayai kitab tersebut dan semua mereka melarikan diri ke kawasan tinggi. Akhirnya, ternyata ia benar benar berlaku. 
Di kampung tersebut, hanya seorang sahaja yang meninggal dunia akibat uzur. Yang lain sempat melarikan diri ke kawasan bukit


Kami bergambar di dalam kapal

Sauh ini seberat 2 tan. Walaupun dah anchoring kapal ini elok elok di tepi pantai, tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. 

Kami naik ke bahagian atas kapal pula


Dikawasan ini, air naik ke darat sejauh 7km. 

Penjana elektrik yang membekalkan elektrik untuk kawasan setempat

Okaz bergambar dari atas kapal


Group photo

Masih di atas kapal lagi

Di bawah kapal


Ok done. Lets go


Batu ini dibuat bagi memperingati mangsa tsunami di tempat ini

Boleh nampak lukisan pada simen yang mereka cuba buat untuk gambarkan keadaan semasa tsunami tahun 2004 tersebut


Kami berehat kejap, minum air kelapa di tepi pantai

Fresh. Sedap. Nyaman


Dinner malam ini.


Nak merasa durian Banda Aceh lak. Ternyata yang Malaysia lagi sedap.


Dah kenyang. Tapi berhenti makan gak. Tak leh lawan durian di Medan


Then kami beli murtabak durian. 

Yang ni sedap..... 
Hari Ke Dua : Pulau Sabang, Banda Aceh
Hari kedua, jika ikut itenari disediakan oleh pihak agen. Ini jadual kami

1. Menuju jetty untuk menaiki feri
2. Naik feri 45 minit menyeberang ke Sabang3. Disambut oleh tour guide di jeti
4. Ke Tugu I Love Sabang 5. 0 kilometer Indonesia6. Gua Sarang7. Pantai Sabang Fair 8. Kawasan Sumur Tiga9. Bungker Jepang 10. Shopping di Bandar Sabang 11. Bermalam di Hotel Nagoya

Kami berada di atas feri. Ia macam feri nak ke Langkawi. 

Bergambar dengan Hafiz, biras saya ni. Dia suami kepada kak ipar saya. Kami geng. Selalu travel bersama


Merenung masa depan gitu


Sampai ke jeti Pulau Sabang


Turun boat dan terus cari agen kami

   
Feri yang kami naik untuk ke Pulau Sabang

Dalam van. Jika diikutkan, ia ambil masa 2 jam untuk pusing keseluruhan pulau ini. Tapi sebab berhenti henti, so akan ambil masa lama sikit untuk 'tawaf' satu pulau ni. 

Di belakang sana ada Gunung Berapi. Kami akan ke sana di sebelah petang nanti. 

Group photo satu. Cuaca pun nampak Alhamdulillah untuk pusing pulau hari ni. 

Benteng Anoi Itam adalah kawasan yang digunakan oleh pihak Jepun untuk menyimpan senjata mereka semasa Perang Dunia Ke 2. Di beri nama Pantai Anoi Itam kerana Anoi itu Pasir dan ia berwarna hitam


Kubu simpanan senjata tentera Jepun dahulu


Saya ambil gambar dulu di sini

Ini pula meriam sepanjang 3 meter yang digunakan untuk menyerang kapal musuh yang datang ke kawasan ini


Kami berlima ambil gambar dahulu di Pantai Anoi Itam ini

Selfie seround. Kawasan ini sangat cantik. Sesuai untuk photo shoot


Bergambar di tepi pantai pulak. Another great place untuk photo shoot. 

Ambil gambar dulu. Hati hati yer. Jatuh ke bawah ni, kira ucap selamat jalan lah yer. 

Air laut yang sangat cantik di sini

Kami berhenti di beberapa tempat menarik untuk ambil gambar. Semua dah jadi kanak kanak balik ni. 

Pantai Sumur 3. Di sini ada 3 Sumur. Pernah dengar pantun, "Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi...."
Sumur tu maksudnya telaga....  Ooooooooo... Baru tahu. Di sini ada 3 buah telaga, terletak di tepi pantai. Tapi airnya tawar. Sebab itu ia sangat unik. So, dapatlah nama Pantai Sumur 3. 

Gambar berlima lak. 

Naik buaian


Merenung masa depan

Tugu I Love Sabang

Pulau Weh adalah nama lain bagi Pulau Sabang


Bergambar di pantai pulak


Makan tengah hari

Makan tengah hari ni macam kedekut sikit. Ade ke kami berlima ayam goreng dapat 3 ketul jer. Jamm... Kami minta tambah lagi 2 ketul ayam goreng

Snorkeling + Free Dive
Ok. Ini tak termasuk dalam pakej di Pulau Sabang. Snorkling + Free Dive

Dalam kami berlima, yang betul betul nak ber snorkling ni saya dan Okaz sahaja. Dua orang lagi tak mau. Sorang berkecuali

Jadi susah untuk kami buat keputusan bila tiba keadaan macam ni

Sebab bila kami nak snorkeling, ia akan melibatkan cancel tempat lawatan lain. Dan kena bayaran tambahan seorang RM50 lagi

Untuk cover boat + sewa peralatan + tour guide + ambil gambar dalam air. 
Akhirnya, keputusan dicapai iaitu kami semua akan buat snorkeling. Yeyy..... 

Naik boat dulu untuk ke tempat snorkling.         
Cantik weiiii air di sini. Gila arhhhh.... 

Kami semua diberikan jaket pelampung. Tapi untuk buat free dive, nak kena buka jaket ni. So, yang berani ajer lah yang boleh buat. Yang tak berani tak leh buat


Mula mula, kami di beri peluang untuk free dive di kedalamam 7 kaki dulu. Kira tak dalam sangat lah. 

Si Okaz ni lak, duduk rapat dengan tour guide tu. Dia lak yang pegang kamera. Apa lagi, gambar Okaz ler yang paling banyak. Sakit hati ku tengok. Cantik cantik lak tu gambar. 

Gaya macam macam. Untuk makluman semua, kami berempat tak pandai berenang yer. Main belasah jer buka life jacket ni. Boleh la gagah berenang sket sket. Pakai fin kaki itik tu membantu kami untuk mengapung dalam air. 

Photographer ambil gambar kami dari bawah



Saya pulak ambil gambar free dive di kedalaman 7 kaki. 

Muka serius jer. Takut wei


Lulus kedalaman 7 kaki. Kami turun pula di tempat lain untuk kedalaman 10 kaki. Kali ni ada motor pulak. So, leh la buat gambar macam ni


Saya pun berjaya juga. 

Ambil gambar dalam air.. Gaya bebas. 

Hafiz pun, memula tak nak snorkling. Tapi last last enjoy jer


Tiba tiba kami nampak ada rangka kereta dalam laut. Hehe.. Kami tanya berapa dalam? Tour guide cakap 20 kaki. 
Siapa berani turun, jom dia nak ambil gambar

Semua tak berani. Saya pun takut juga. Tapi... Dalam hati kata, kalau tak buat hari ni, bila lagi nak buat. So, saya try ajer lah


Dengan lafaz Bismillah, saya turun ke bawah. Free dive. Main tahan nafas cam tu jer la. 

Nak sampai ke kereta, tapi tak sampai nak pegang. Nafas tak cukup panjang. Then saya berhenti kejap, ambil gambar. 

Then naik atas kembali. Frankly speaking, saya cuak gak sebenarnya. Tapi memberanikan diri jer. So, naik atas kembali. Masa nak naik tu, adoi. Terasa lama sangat. Bila la nak sampai. Huhu. 

Kami berangkat pulang selepas dah puas mandi. Makan pisang goreng cheese dulu. 
Kilometer Zero, Sabang
Asalnya, saya tak faham. Apa lah Kilometer Zero ni. Lepas diberi penerangan, saya dimaklumkan bahawa Pulau Sabang adalah pulau teratas sekali di Indonesia

Jika Acheh terletak di hujung Sumatera, Pulau Sabang pula terletak di utara Aceh. 

Pulau Sabang terletak di atas sekali. 

Dan Kilometer Zero pula terletak di hujung sekali pulau ini. Maksudnya, bila kita pergi ke hujung ni, kita adalah orang yang paling hujung berada di bumi Indonesia


Dah sampai ke sini, wajib ambil gambar dulu. 

Kami berlima dengan free style. 

Ok, inilah lokasi manusia terakhir di bumi Indonesia. Maksudnya, saya yang paling hujung Indonesia ketika ini. 

Kami berlima ambil gambar dulu di sini


Next destination adalah Gunung Berapi. 

Jauh pula kami nak kena jalan di sini


Sampai letih la Okaz. Senyum pun macam tak ikhlas jer. 

Rasanya lebih 500 meter nak kena jalan. 

Sampai juga ke atas

Ambil gambar dulu

Belerang yang masih keluar dari bumi

Been there. Kat atas ni ada satu 'kawah' kecil yang airnya bergelegak masih panas. 

Selepas itu, kami pergi menunaikan solat Asar dan Zuhur di Masjid Babussalam, di Pulau Sabang. Sebelah malam, kami bermalam di Hotel Nagoya

Day 3 : Banda Aceh
Seawal jam 7 pagi, kami mesti bergerak keluar dari hotel untuk pulang ke Banda Aceh melalui feri


We are on time. Tak boleh lewat. Sebab kalau lewat nanti feri akan tinggalkan kita. Huhu. 

Okaz masuk dalam boat. Perjalanan dalam feri ni sebenarnya mengambil masa selama 1 jam. Akibat kepenatan, dalam boat ni memang tidur jer la. 
Gunongan Dan Kandang

Untuk pengetahuan anda, pada tahun 1607 Sultan Iskandar Muda iaitu sultan Aceh pada waktu itu berkahwin dengan Putri Pahan, Anak kepada Sultan Johor di Malaysia.  
Pada awal perkahwinan, permaisuri asyik teringatkan Johor dan rindukan bermain di pergunungan. Akhirnya sultan pada waktu itu membina Gunongan sebagai tempat permainan permaisuri dengan anak anak mereka


Sebelah ni adalah kubur Sultan Iskandar Muda


Inilah Gunongan


Jom masuk dulu. 

Asalnya pintu ni berkunci. Tapi kami minta izin dari jaga untuk masuk dan amazingly, beliau buka pintu untuk kami masuk. 

Gambar dari atas Gunongan

Gambar  berlima dahulu

Kubah Masjid Gampong Gurah
Semasa tsunami, ada sebuah masjid yang runtuh akibat limpahan air laut yang sangat banyak. Nama Masjid ini Masjid Gampong Gurah


Ini kubah asal. Namun masa tsunami, masjid ini telah runtuh dan kubahnya telah bergerak sejauh 2.5km dari tempat asal dan jatuh di kawasan sawah padi. 

Akak ni antara mangsa yang masih hidup di kawasan ini. Beliau bercerita mengenai dasyatnya tsunami yang melanda kampung mereka. 
Dari 700 penduduk asal, hanya 25 orang sahaja yang terselamat. Yang lain semua meninggal dunia. Beliau sendiri kehilangan ramai ahli keluarga yang sampai ke sudah tak ditemui jasad mereka. 
Biasanya, mereka ada sediakan tabung untuk kita bagi sumbangan. So, bila pergi ke tempat tempat macam ni, bagi lah duit sket barang seringgit dua. Jangan pi saja saja yer. Macam akak ni pun, kita bagi lah kat dia duit sikit. 

Berat kubah ini adalah 80 tan. Tapi ia boleh bergerak sejauh 2.5km. Yang menariknya, masjid asal terletak di sebelah belakang bukit. Tapi kubah ini boleh sampai ke sini. Begitulah dasyatnya tsunami yang berlaku pada waktu itu. 

"Dah kau kenape Firdaus..."

"Ko kenapa lak Hafiz....???"

Setiap tempat, ramai ajer orang yang berjual. So, beli lah mana yang perlu. 

Melawat kubur mangsa tsunami lagi. 

Berehat di tepi pantai Aceh. Makan tengah hari di tepi pantai. Semasa kejadian tsunami, semua kawasan ini menjadi padang jarak padang tekukur. 

Ombak laut yang sangat kuat 

Macam sedap jer.

Masjid Rahmatullah        
Rasanya ramai yang pernah tengok gambar ni. Ok, inilah masjid yang kami ziarah selepas makan tengah hari di tepi pantai. Kami makan tengah hari di tepi pantai hujung tu jer. 
Jarak masjid dari pantai adalah 500 meter sahaja. Jadi, anda boleh bayangkan apa yang terjadi pada waktu ini kepada kawasan sekitar. 
Semua rumah habis musnah. Musnah hancur terus. 

Kami ke muzium yang terletak di sebelah Masjid. Di sini ditempatkan pelbagai gambar semasa kejadian tsunami berlaku


Allah maha berkuasa. Hanya masjid ini sahaja bangunan yang tinggal di kawasan ini. Yang lain semua musnah. 

Pasca tsunami

Buku ini terdapat ratusan gambar yang anda tak akan jumpa di internet. Ia menunjukkan kesan bencana tsunami di Banda Aceh secara keseluruhannya. Subhanallah. Sangat sangat sangat sangat dasyat. 

Kami menunaikan solat Zuhur berjemaah di sini. Berlaku pergerakan dalam bumi yang menyebabkan kiblat masjid juga berubah. Anda boleh tengok line saf masjid asal itu dan saf masjid sekarang. 

Ketika keluar dari Masjid, kami berbual dengan pakcik ini. Beliau adalah bilal masjid ini. Turut menjadi mangsa tsunami. Dalam keluarga, hanya beliau dan seorang anak sahaja yang terselamat. Yang lain semua dah meninggal

Pada hari kejadian, selepas gempa bumi. Semua orang berkumpul di luar masjid. 
Tidak berapa lama, mereka terdengar jeritan orang ramai menyuruh mereka lari ke kawasan tinggi kerana air laut sedang naik

Pada waktu itu, mereka yang berlari semuanya maut

Pak cik ini menggunakan motorsikal untuk melarikan diri. Namun air tsunami agak laju. Dihujung hujung itu, beliau juga terjatuh dari motor dan termasuk dalam air lumpur tsunami dan bergulung dalam air itu sehingga termakan selut, lumpur dan air laut

Beliau tersedar kerana tersangkut di kawasan bukit yang agak tinggi di mana air tsunami tidak naik ke situ. 
Di situ beliau dan beberapa orang lain yang terselamat muntah untuk keluarkan semua yang termasuk dalam mulut mereka. 
Begitulah dasyatnya tsunami bila kita dengar langsung dari mereka yang terlibat. Subhanallah. 

Hujung belakang masjid in runtuh. Tapi mereka kekalkan dan tidak perbaiki bagi menunjukkan kesan tsunami kepada para pengunjung. 

Ketika tsunami, air naik setinggi kubah. Sebelum di cat, mereka dapat lihat kesan air pada kaki kubah ini. Ini menunjukkan betapa besarnya tsunami yang melanda kampung mereka pada waktu itu. Tak hairanlah bila semua rumah kawasan sekitar musnah semusnah musnahnya. 

Kami berlima ambil gambar dulu di luar masjid sebagai kenangan

Masjid ini sudah cantik sekarang

Kerajaan Turki telah mengambil inisiatif untuk membaiki kembali masjid ini. Mereka juga bersetuju untuk membina ribuan unit rumah di kawasan kampung ini

Bila saya tanya kepada pak cik tadi, beliau berkata semua mangsa yang mempunyai tanah akan diberikan seunit rumah secara percuma oleh kerajaan Turki

Mereka yang meninggal pula, tanah mereka diserahkan kepada Baitul Mal untuk urusan kerajaan

Rumah Aceh

Kami menziarahi Rumah Aceh. 

Salah silah Cut Nyak Dhien. 
Untuk pengetahuan anda, pada zaman dahulu terdapat seorang pembesar Aceh yang bernama Tengku Umar. Semua orang menghormati beliau. 
Ketika zaman Belanda menyerang Aceh, Tengku Umar 'berpura-pura' untuk bersama Belanda. Beliau diberi perlindungan istimewa oleh Belanda

Beliau sedar, tentera Belanda sangat hebat. Mereka ada meriam semua. Tapi tentera Aceh hanya ada keris, lembing, parang dan senjata biasa sahaja

Jadi beliau berpura pura menyokong Belanda. 
Tiba pada masa yang sesuai, beliau sendiri telah membunuh pembesar pembesar Belanda di Aceh. Kemudian beliau sendiri menerangkan kepada penduduk Aceh mengenai hasrat awal beliau 'berbaik' dengan Belanda

Bukan sebab nak menyokong Belanda, tapi nak menjatuhkan Belanda


Keadaan dalam Rumah Aceh


Bilik Tengku Umar dahulu

Tempat mesyuarat

Dihadapan rumah Aceh


Sekali geng geng kami nak makan KFC pulak. Nak rasa KFC Indonesia macam mana. Beli la satu Bucket 9 ketul. Sedap, tapi kurang pedas


Ambil drumstick jer la. Senang nak makan. 
Shopping

Destinasi seterusnya adalah tempat shopping. 

Masa diperuntukkan adalah 2 jam. Tapi biasalah, lelaki shopping 30 minit dah cukup. Tak minat sangat dengan barang barang yang dijual di sini. 

Nak minum kopi lak.... 

Kita minum dulu

Hot Choclate...

Kemudian, kami pulang ke hotel untuk berehat. Habislah agenda kami pada hari ketiga di Banda Aceh. 
Kami tunaikan solat Maghrib dan Isyak di Masjid. Kemudian kami makan malam dan pulang ke hotel untuk berkemas

Esok pagi, hari keempat kami pulang ke Malaysia

Kesimpulan :
1. Banda Aceh adalah satu tempat yang PATUT KITA ZIARAHI. Insya Allah, ia adalah ziarah yang akan meningkatkan iman kita kepada kekuasaan Allah Subhanahu Wataala

2. Trip 3 Hari 2 Malam Acheh Sahaja atau 4 Hari 3 Malam Acheh + Sabang sudah memadai untuk anda yang ingin bercuti di sana

3. Digalakkan anda mengambil Agen di Banda Aceh, back packer kurang digalakkan. Public transport di sana agak out. So, jika anda ambil Agen siap siap, ia memudahkan anda travel di sana tanpa perlu memikirkan bab makan, hotel, tempat melawat dan sebagainya

4. Anda juga boleh memilih agen di Malaysia. Tetapi berdasarkan pengalaman saya, ambil direct di sana adalah lebih murah. Tapi AWAS. Berhati hati, takut anda tersalah pilih agen di sana. Silap silap, duit dah bayar then tak ada orang tunggu di airport. Nangis ler

5. Saya haritu pilih agen yang saya bayar terus di Banda Aceh. Tiada deposit. Ia based on TRUST. Mereka percaya kita ambil mereka. Dan kita pun bila dah berjanji, tak perlulah nak tukar tukar lagi. Just stick dengan yang satu. 
6. Harga pakej saya termasuk Makan, Hotel, Transport, Tour Guide, Tiket Masuk Sesuatu Tempat Adalah RM600 @ 1.95 Juta Rupiah Sahaja. Tambahan RM50 untuk snorkeling + tour guide + boat + photographer. Harga tambahan bergantung kepada jumlah peserta dalam satu group. 
7. Agen saya di Banda Aceh adalah : _____________________ . Jika berminat, anda boleh hubungi terus kepada beliau melalui whatsapp. Insya Allah, puas hati. Bayar murah murah jangan bajet nak dapat hotel mewah yer. Saya di Banda Aceh tinggal di Hotel Medan 2 malam dan Hotel Nagoya di Pulau Sabang 1 malam. Kereta digunakan adalah Van Pregio dan Avanza. Jangan risau, travelling di Banda Aceh tak jauh sangat. Should be ok. 
8. Bila datang ke Banda Aceh, bawa la makanan, biskut, jajan, gula gula untuk disedekahkan kepada anak anak kecil di tempat anda ziarah. Bawa juga duit kecil bila di sana. Semasa anda ziarah, ada ramai orang minta derma. So, dermahlah seikhlashnya. 
9. Di setiap tempat lawatan, ada local tour guide. Mereka akan bercerita kepada group kita dengan detail setiap yang berlaku masa tsunami dulu. Berikan sedikit tips kepada mereka

10. Antara tempat menarik di Indonesia, saya syorkan anda melawat Banda Aceh + Sabang. Boleh jadikan blog saya ini sebagai rujukan tempat ziarah di sana nanti. 
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jika anda rasa ia bagus, sila kongsikan link blog ini dengan rakan rakan anda yang lain. Semoga bermanfaat

Mohd Firdaus Mat SaadMotivating And Inspiring Others




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mariafirdaus.com.my/2019/01/Pengalaman-Bercuti-4H3M-Banda-Aceh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Indonesia Itinenary 4 Hari 3 Malam Di Pulau Belitung

Indonesia Itinenary 4 Hari 3 Malam Di Pulau Belitung

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 552 hits
Indonesia Itinenary 4h 3m di Pulau Belitung Bermimpilah kerna Tuhan akan memeluk mimpi mimpimu Andrea Herata Ya aku bermimpi mahu ke Indonesia lagi ke tempat baru setelah dua tahun tidak ke sana Aku rindu Bangat Tak sangka I end the year 20...
Doa Mustajab Di Malam Hari

Doa Mustajab Di Malam Hari

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 1301 hits
Dari Muaz bin Jabal RA dari Nabi SAW baginda bersabda Tidaklah seorang muslim bermalam dalam keadaan berzikir kepada Allah dan dalam keadaan suci lalu ia bangun pada waktu malam dan berdoa memohon kebaikan dunia dan akhirat kepada Allah mel...
Percutian Ala Kampung 2 Hari 1 Malam Di Sekinchan Bersama Keluarga

Percutian Ala Kampung 2 Hari 1 Malam Di Sekinchan Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 1283 hits
Tahun 2019 saya mulakan misi eksplorasi bumi tuhan dan percutian ke salah satu destinasi yang agak popular di Selangor iaitu Sekinchan Sekinchan terkenal dengan kawasan sawah padinya yang terbentang luas Keadaan dan bentuk muka bumi yang ke...
Itinerary Yogyakarta 4 Hari 3 Malam

Itinerary Yogyakarta 4 Hari 3 Malam

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 413 hits
Assalamualaikum Sebenarnya tak habis lagi entry Yogja aku Tempat best kan tu ada banyakkkk entry hahaha Ada lagi 2 3 entry kot Nanti lah update slow Throwback pun lantak situ Janji orang Google jumpa blog aku dorang boleh baca and dapat ses...
Travel Ke Sydney Melbourne Australia 4 Hari 3 Malam

Travel Ke Sydney Melbourne Australia 4 Hari 3 Malam

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 439 hits
Travel ke Melbourne Australia 4 Hari 3 Malam Tahun baru hari tu aku sempat fly sekejap ke Sydney untuk luangkan masa cuti tahun baru 2019 Sebab sejak 2 tahun lepas aku mula teringin nak sambut tahun baru di tempat orang Pada tahun 2017 aku ...
Kutip Menhan Ri Prabowo Bilang Indonesia Kalau Perang Cuma Bertahan 3 Hari

Kutip Menhan Ri Prabowo Bilang Indonesia Kalau Perang Cuma Bertahan 3 Hari

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 201 hits
Kutip Menhan RI Prabowo Bilang Indonesia Kalau Perang Cuma Bertahan 3 Hari Apakah ini negara kuat negara yang bisa langgeng Bahkan menteri pertahanan yang sekarang mengatakan kalau Indonesia terpaksa perang hari ini kita hanya bertahan 3 ha...
Tips Bercuti Semasa Hari Penamaan Calon Prk 078

Tips Bercuti Semasa Hari Penamaan Calon Prk 078

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 532 hits
Esok Hari Penamaan Calon PRK 078 Bermula 7 30 pagi hingga 1 30 tengahari Lokasi Pusat Penamaan Calon PRK 078 kali ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Shah Persiaran Dayang Endah Tanah Rata Yang bercuti di Cameron Highlands sedikit tips...
Hari Ke 9 Luka Caeser Terbuka Keluar Air Bisa Ibu Kongsi Pengalaman Tip Cuci Luka

Hari Ke 9 Luka Caeser Terbuka Keluar Air Bisa Ibu Kongsi Pengalaman Tip Cuci Luka

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 2142 hits
Luka caeser terbuka semula igauan ngeri bagi ibu ibu yang bersalin secara pembedahan Ikuti pengalaman tips yang dikongsikan ibu ini yang melalui episod mendebarkan di mana luka bedahnya terbuka semula Dia yang tidak mahu dikenali berkongsi ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord