Percutian Ala Kampung 2 Hari 1 Malam Di Sekinchan Bersama Keluarga


Tahun 2019, saya mulakan misi eksplorasi bumi tuhan dan percutian ke salah satu destinasi yang agak popular di Selangor, iaitu Sekinchan.

Sekinchan terkenal dengan kawasan sawah padinya yang terbentang luas. Keadaan dan bentuk muka bumi yang kebanyakkannya adalah rata, membolehkan kita melihat sejauh mata memandang.

Kalau sebelum ini, tempat percutian yang kami pilih biasanya berdekatan dengan kawasan sejuk, tempat peranginan di tanah tinggi dan juga di kawasan pantai, tapi kali ini, kami memilih untuk bercuti style kampung.
 
Kami sengaja memilih untuk masuk ke kawasan kampung yang ada sawah bendang untuk dijadikan lokasi percutian.

Kali ini dapatlah kami sekeluarga merasa suasana bermalam dikawasan sawah padi. Boleh lihat pemandangan saki baki sawah yang menghijau dan yang paling ketara, adalah pemandangan langit yang luas membiru.
 
Masuk dekat tempat ini, pemandangan yang kelihatan kebanyakkannya adalah pemandangan sawah padi.

Sayangnya, tarikh yang kami pilih iaitu pada bulan Januari ini adalah tarikh dimana padi telah dituai dan sekarang ini dalam proses pembersihan.
 
Seterusnya padi akan mula ditanam semula pada bulan Februari. Kalau nak lihat pemandangan sawah padi yang sedang menguning, sepatunya kena pilih tarikh yang lain. Tapi apa boleh buat, saya pun tak tahu tentang jadual penanaman padi ini.

Ada beberapa tempat yang sawah padi telah siap dibersihkan.

Misalnya macam dekat bawah ini, keadaan sawah sudah kering.

Mungkin kalau ada rezeki dan ada peluang lain, saya akan datang sekali lagi ke Sekinchan dan bercuti disini. Kali ini saya nak pilih musim padi sudah masak dan kekuningan.

Ada kawasan yang masih ada padi, dan ada kawasan yang dah lapang.

Sebenarnya pemilik bendang ini sedang tunggu giliran untuk sawah mereka dibersihkan.

Masih ada lagi tempat yang masih ada padi. Cuma dah tak banyak dan tanah pun dah kering pada waktu ini.

Jadilah kan, daripada langsung tak ada padi.

Mana-mana tempat yang masih ada lagi saki-baki padi, kat situlah tempat yang saya pilih untuk bergambar.

Dekat Sekinchan ni, bukan sahaja terdapat kawasan sawah padi sahaja. Disini juga terdapat perkampungan nelayan dan tak berapa jauh dari sini juga ada pantai yang popular dalam kalangan penduduk setempat yang dikenali dengan nama Pantai Redang.
 
Kalau di Terengganu ada Pulau Redang, di Sekinchan ada Pantai Redang.
 

Inilah dia tempat penginapan kami sekeluarga semasa bercuti ke Sekinchan baru-baru ini. Tempat ini diberi nama Anjung Pool Villa. Memandangkan kami bercuti dalam kumpulan yang agak besar, jadi kami sewa dua buah villa.

Hari kedua percutian ke Sekinchan, selepas check out saya terus menuju ke Pantai Redang untuk melihat apa yang menarik yang terdapat disini.
 
Hari pertama, kami habiskan masa di villa dan berkumpul bersama keluarga sahaja. Masa yang ada memang kami manfaatkan dengan sebaiknya untuk aktiviti bersama dengan keluarga.
 
Percutian pendek ke Sekinchan ini jadi seronok sebab dekat villa yang kami duduk ini, ada disediakan swimming pool. Jadi bila waktu panas tu, boleh berendam je dalam swimming pool tersebut.
 
Urusan tempahan villa ini, saya buat melalui laman web Airbnb. Jika anda juga minat nak datang ke sini, bolehlah tebus travel credit bernilai RM120 ini dan selepas buat tempahan di laman web Airbnb juga.
Baca juga: Kelebihan menggunakan laman web Airbnb untuk tempahan tempat penginapan
 
Jom bercuti ke Sekinchan!
 
 
The post Percutian ala kampung 2 hari 1 malam di Sekinchan bersama keluarga appeared first on Xplorasi Destinasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://xplorasidestinasi.com/percutian-ke-sekinchan-selama-2-hari-1-malam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Minggu Bersama Keluarga Kecilku Makan Di Nando S Mytown

Hari Minggu Bersama Keluarga Kecilku Makan Di Nando S Mytown

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 904 hits
hai assalammualaikumHari Minggu Bersama Keluarga Kecilku Makan Di Nando s Lama betul tak makan dekat Nandos Last dulu pergi masa praktikal kot Pastu dah tak pergi Eh ke ade lagi masa bercinta Lupa pulak Lepas tu memang tak pergi langsung Se...
Indonesia Itinenary 4 Hari 3 Malam Di Pulau Belitung

Indonesia Itinenary 4 Hari 3 Malam Di Pulau Belitung

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 552 hits
Indonesia Itinenary 4h 3m di Pulau Belitung Bermimpilah kerna Tuhan akan memeluk mimpi mimpimu Andrea Herata Ya aku bermimpi mahu ke Indonesia lagi ke tempat baru setelah dua tahun tidak ke sana Aku rindu Bangat Tak sangka I end the year 20...
Pengalaman Bercuti 4 Hari 3 Malam Di Banda Aceh Indonesia

Pengalaman Bercuti 4 Hari 3 Malam Di Banda Aceh Indonesia

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 618 hits
Assalamualaikum Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah Entri kali ini akan berkongsi pengalaman saya dan 4 sahabat lain yang bercuti di Banda Aceh selama 4 hari 3 malam Unt...
Doa Mustajab Di Malam Hari

Doa Mustajab Di Malam Hari

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 1302 hits
Dari Muaz bin Jabal RA dari Nabi SAW baginda bersabda Tidaklah seorang muslim bermalam dalam keadaan berzikir kepada Allah dan dalam keadaan suci lalu ia bangun pada waktu malam dan berdoa memohon kebaikan dunia dan akhirat kepada Allah mel...
6 Menu Diet Untuk Sarapan Tengah Hari Dan Makan Malam

6 Menu Diet Untuk Sarapan Tengah Hari Dan Makan Malam

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 6886 hits
Diet oh diet Azam Yang belum dimulakan setakat hari ni Yeahh MF nak diet Nak sihat Sekarang ni dah mula sakit kaki Nak kata gemuk tidak Tapi rasa berat badan Mungkin faktor usia Dan pemakanan juga OK Jom diet jom Simpan sini Untuk rujukan m...
Itinerary Yogyakarta 4 Hari 3 Malam

Itinerary Yogyakarta 4 Hari 3 Malam

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 414 hits
Assalamualaikum Sebenarnya tak habis lagi entry Yogja aku Tempat best kan tu ada banyakkkk entry hahaha Ada lagi 2 3 entry kot Nanti lah update slow Throwback pun lantak situ Janji orang Google jumpa blog aku dorang boleh baca and dapat ses...
Travel Ke Sydney Melbourne Australia 4 Hari 3 Malam

Travel Ke Sydney Melbourne Australia 4 Hari 3 Malam

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 439 hits
Travel ke Melbourne Australia 4 Hari 3 Malam Tahun baru hari tu aku sempat fly sekejap ke Sydney untuk luangkan masa cuti tahun baru 2019 Sebab sejak 2 tahun lepas aku mula teringin nak sambut tahun baru di tempat orang Pada tahun 2017 aku ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik