Hari Ke 9 Luka Caeser Terbuka Keluar Air Bisa Ibu Kongsi Pengalaman Tip Cuci Luka
Luka caeser terbuka semula igauan ngeri bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan. Ikuti pengalaman & tips yang dikongsikan ibu ini yang melalui episod mendebarkan di mana luka bedahnya terbuka semula.
Dia yang tidak mahu dikenali berkongsi tentang episod itu dilalui ketika berpantang bersalinkan anak ketiganya Disember lalu.
Gambar hiasan.
ANAK DITAHAN DITAHAN DI WAD
“Saya berulang alik ke Neonatal Intensive Care Unit ( NICU sementara) selama 4 hari untuk susukan anak sebab NICU asal sedang ubahsuai. Jadi ibu tidak bermalam bersama anak kerana ruang terhad. Apa yang menambahkan lagi keadaan ialah apabila saya terkena batuk yang kuat.” kata ibu 3 anak ini.
Bayinya dimasukkan ke NICU kerana demam. Katanya bayi tidak sepatutnya demam. Doktor cuba cari punca kenapa demam dan hasil siasatan anaknya menghidap hipotirodisme konginetal dan jantungnya ada sedikit sumbatan.
CAESAREAN KALI KETIGA
Ibu ini sudah melalui 2 kali caesarean sebelum ini dan ini merupakan kali ketiga. Pada hari ke-9 bersalin tidak semena-mena luka pembedahan terbuka sebanyak 3sm dan keluar air bisa & nanah.
LUKA TIDAK BETUL-BETUL KERING LEPAS MANDI, BATUK & BANYAK BERGERAK
“Hari kedua lepas ceaser saya dah mandi. Tempat luka tak dikeringkan dengan betul, banyak ke hospital dan saya batuk. Tempat luka jadi bengkak 1-2 hari dulu, tak lama kemudian keluar air nanah. Doktor klinik kesihatan rujuk ke hospital, doktor di hospital ada bagi laporan terbuka 3sm.
DIMINTA CUCI SENDIRI LUKA DI RUMAH
“Saya diminta cuci luka dulu sendiri selama seminggu lepas tu baru ada temujanji untuk tengok perubahan. Bila cuci luka di klinik kesihatan, doktor nasihatkan dalam tempoh cuci luka ni jika demam perlu segera ke hospital,kerana mungkin sudah ada jangkitan,” kata ibu ini.
Selepas mencuci sendiri selama dua minggu, luka menjadi semakin baik. Ibu ini pada awalnya sangat bimbang sekiranya berlaku jangkitan kepada luka pembedahan tersebut mampu bernafas lega.
DIAJAR LANGKAH CUCI LUKA SENDIRI
Wanita ini telah dibantu oleh suaminya untuk mencuci luka pembedahannya yang terbuka itu. Dia telah diajar oleh pihak hospital. Dia juga turut berkongsi langkah demi langkah dressing luka.
LANGKAH 1: Cuci dgn tisu basah
LANGKAH 2: Lapkan air bisa dgn tisu muka
LANGKAH 3: Sembur dermacyn
LANGKAH 4: Hair dryerkan
LANGKAH 5: Lapkan alcohol swab
LANGKAH 6: Sapu aloe care
LANGKAH 7: Tampal soft cloth
TIP UNTUK WANITA YANG LUKA PEMBEDAHAN
Selain itu, ibu ini juga turut berpesan kepada wanita-wanita bersalin yang mengalami masalah luka terbuka untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Selain dari itu, ibu berkenaan perlu mengambil vitamin C, mencuci luka 2kali sehari astikan luka sentiasa kering
KALAU BATUK RAWAT SEGERA
“Bersiap sedialah dengan ubatan dan suplemen yang perlu sebelum bersalin. Jaga kesihatan sebelum bersalin. Jangan makan/minuman sejuk yang boleh sebabkan batuk seperti yang saya alami. Kalau batuk perlu dapatkan rawatan segera untuk mengawalnya,” pesannya kepada ibu-ibu yang lain.
The post Hari Ke-9 Luka Caeser Terbuka & Keluar Air Bisa. Ibu Kongsi Pengalaman & Tip Cuci Luka appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/hari-ke-9-luka-caeser-terbuka-keluar-air-bisa-ibu-kongsi-pengalaman-tip-cuci-luka/