Travel Ke Sydney Melbourne Australia 4 Hari 3 Malam


Travel ke Sydney & Melbourne Australia 4 Hari 3 Malam. Tahun baru hari tu aku sempat fly sekejap ke Sydney untuk luangkan masa cuti tahun baru 2019. Sebab sejak 2 tahun lepas aku mula teringin nak sambut tahun baru di tempat orang. Pada tahun 2017 aku sambut dekat Budapest, Hungary dan tahun 2018 pula aku sambut di London, UK. Untuk 2019 aku plan nak sambut dekat Tokyo atau Sydney. Lepas timbang tara tiket dan paling meriah akhirnya aku pilihlah Sydney.
Jadi 4 hari dekat Sydney ni agak sekejap jer. Tak banyak aku boleh buat. Lagipun cara aku travel sekarang ni lain macam sikit. Sejak-sejak umur dah tua ni rasa macam dah tak larat sangat nak explore banyak tempat. Kira trip santai je lah ni. Pergi pun tempat dekat-dekat jer.
First time naik MAS A350 Opera House Wajib ambil gambar macam ni Dah lama tak travel sorang secara backpacker. Last seingat aku 2 tahun lepas aku travel sorang. Rasa dinner dan breakfast dalam flight pom rasa seronok, lepas tu layan movie sampai tertidur kalau naik MAS lah. Kalau naik AirAsia atau low cost airlines memang tak merasa tengok movie. Pagi-pagi berebut toilet untuk cuci muka dan gosok gigi. Jam 10.30 waktu Sydney sampai lepak kat airport kejap sambil plan nak buat apa untuk hari ni. Aku ni kalau travel last minit baru plan sebab tu aku tak recommend orang ikut aku travel secara backpacker sb ramai yang diva. Aku lak jenis santai jer. Tak plan apa-apa.
Proses immi kat Sydney airport org kata ketat. Tp Alhamdulillah proses di permudahkan. Dia tanda F1 dekat aku punya Arrival kad. Pastu ada srg pegawai tanya soalan basic, buat apa dtg sini pastu bawak duit brapa. Then scan beg aku terus dia bagi keluar. Oh lagi satu pihak immi Australia dah letak pegawai dia dekat boarding KLIA lagi. Sebelum naik flight dia dah soal ko siap-siap.
Harbour Bridge Dah habis sebatang rokok baru cari opal kad dan terus ke hostel. Kali ni aku pilih hostel kongsi satu bilik 4 org. Masa aku check bilik tu dah ada orang sb katil bersepah. Ada satu je yang kemas. Aku assume tu katil aku. Bila duk hostel ni korang tak boleh buat mcm hotel ye. Dia punya rule lain sikit sebab kongsi. Mula2 masuk aku dah sakit kepala sb bau stoking depa kuat sangat. Aku syak roomate aku perempuan sb dari bilik air byk perkakas mandi.
Ingat nak baring sekejap, sebab baru jam 1.30. Kat luar panas pulak tu 30 darjah kot. Entah penat sangat kot tido dlm flight ala kadar je. Jadi aku lajak ke jam 4.30.
Bangun mandi dan solat, mula fikir nak keluar gi mana. Memandangkan perut lapar aku gi cari nasi dulu. Kat sydney ni ada banyak kedai halal. Jadi aku ke Neptune restoren China – Malaysia. Restoren ni mahal sikit tp aku sorang dan jenis malas nak cari aku pejamkan mata jelah sebelah. Order nasi goreng ayam 20AUD. Rasa okaylah.
Nasi goreng USA dekat Neptune Cafe Lepas makan baru pikir lain nak gi mana…
Ok sambung perjalanan di Sydney. Semalam lepas aku makan nasi goreng ayam AUD20.80 aku lepak kat Opera House je. Sb dah lewat malas gi jauh2. Owh btw nasi goreng tu aku bahagi 2 sb portion dia banyak. Separuh aku mtk dia tapaukan boleh makan malam nnti.
Kat opera house ni manusia punyalah ramai. Jadi nak ambil gambar agak limited sikit aku ni jenis kalau boleh dalam gambar tu x nak kelibat orang lansung. Dari kedai aku makan tu jalan kaki je ke opera house. Tempat yg korang boleh lepak sekitar ni the rock, harbour bridge dan ada open pool juga area sini (Maccallum Seawater). Aku lepak sana sampai kol 9mlm. Waktu summer 9 malam baru gelap. Nak balik hostel awal lagi jadi aku singgah mcD makan fillet o fish (aku tau ramai org akan persoalkan). Dah makan aku merayau jap. Tempat di rahsiakan. Hahhaha. Jam 12.00mlm aku balik.
Bersihkan diri dan tidur. Nak lena tu amik masa sikit sb katil double deck. Kat atas dua2 perempuan. Pastu katil tu jenis bergerak. Kesian lak orang atas bila aku banyak gerak. Oh nasi goreng aku tapau tu x makan sb dah kenyang. Igt nak hangatkan makan pagi tp igt dapur jenis kongsi tak confident lak aku nak guna. Lagipun bau kat dapur agak tak menyenangkan. Tah lah bau apa.
Nak study katanya. Haha sebab balik dr Sydney terus ada exam Part hostel campur ni. Aku sepatutnya lebih cerewet. Aku assume laki dlm tu. Tp dah booking pastu bilik dah penuh terpaksa stay je. Nak tukar hotel lain faham2lah new year ni. Harga sembelih org. Sb tu gak aku balik malam. Just utk tido je. Sama gak macam diorg. Kami x bertentang muka pom. Aku bgn diorg dah blah. Aku balik diorg dah tido. Katil bawah ada lagi srg laki. Tp korang kalau jenis alim x yah lah stay hostel.
Hari kedua aku bangun awal kol 8pg. Kalau kat Malaysia jam 5pg. Awal gila rasa. Jadi lpas solat aku sambung tidur dan siapkan kerja office sikit. Sampai jam 12tgh hari. Siap2 keluar gi pantai. (Nama pantai di rahsiakan juga) eh ko dah kenapa semua nak rahsia. Gi buat dosa lah tu – kata netizen!
Sebelum gerak aku sempat ambil light breakfast coffee dan sandwich je. Nak gi pantai ni dekat sejam dr CBD. Naik bas M30 pastu tukar bas 257. Sistem bas kat sini senang jer… boleh pakai opal kad juga. Lagi senang ko guna Google Maps. Kat dlm tu bnyk info dia bgtau dari bas mana, option lain, uber siap harga lagi dan kat mana nak naik.
Enjoy my view Tempat terlarang. Tersorok sikit nak gi tempat ni Jangan Zoom. hahaha Tunggu bas nak bali hostel Lepas sejam sampai lah aku kat pantai tu… nnti update lagi.
Aku ni jenis travel bukan nak cover banyak tempat dlm satu hari. Aku travel more to nak rileks je. Enjoy my holiday. Maybe sb aku banyak peluang travel tu aku fikir next time kita dtg lagi. So tak perlu nak rushing. Lagipun kena simpan tenaga lusa aku ada exam..
Dah habis pusing pantai yang dirahsiakan (nanti aku bagi klu kalau korang nak pergi pantai tu). Seperti biasalah tunggu bas balik hostel sebab badan dah melekit sangat dah. Tukar baju dan mandi bagai sebelum bersiap untuk ke Harbour Bridge. Sebelum balik ke hostel aku singgah sekejap tapau nasi goreng USA dekat Jannah Kafe. Kafe ni kafe orang Malaysia. Makanan pun memang dijamin halal dan selera kita. Jadi korang kalau nak cari tempat makan halal dan sedap di Sydney boleh ke Jannah Kafe. Dimiliki oleh abang sado ya. Jangan ngorat sebab abg ni dah kahwin.
Nasi goreng USA dekat Jannah Kafe AUD10 Jannah Cafe | 47-49 Chippen St, Chippendale
Dibuka dari jam 11am – 9pm setiap hari. Dah lah murah sedap pulak tu. Owner pun baik dan peramah siap COD lagi kat aku sebab aku sangkut dalam train masa tu. Thanks bang. Lama tunggu.
Malam tu aku gerak ke Harbour Brigde dalam jam 9. Sebab aku ni jenis tak suka tunggu lama sangat sebab sorang nanti tak tahu nak lepak mana. Sampai kat sana dalam jam 10 mlm sebab crowded sangat. Terpaksa jalan kaki. Semua stesen train berdekatan ditutup untuk persiapan sambutan tahun baru 2019.
Malam tahun baru bumi Sydney dibasahi hujan tapi nasib baik tak lebat. Menjelang tahun baru aku aku bersesak nak cari spot terbaik secara percuma. Kalau nak masuk dalam tu memang kena pergi awal pagi lah. Tiket pula habis sebulan sebelum katanya.
Jadi nak jimat aku tengok dekat bawah bridge. Clear juga kat bawah tu cuma crowdedlah.
Dah lepas sambutan tu aku terus balik. Stesen train berdekat memang semua tutup sebab overload. Terpaksalah menapak sampai ke hostel. Nasib baik hostel dekat jer. 20 minit juga jalan kaki. Sampai hostel packing barang sebab esoknya aku nak fly ke Melbourne pula sebelum balik ke KL.
Jam 6.15am flight ke Melbourne. Naik Jet Star. jam 4 pagi aku dah gerak dari hostel. Train paling awal ke airport jam 4.30pagi. Tapi hari tu sebab tahun baru sistem train banyak delay. Aku naik train separuh jalan je then sambung naik bas. Sampai ngam-ngam kat airport jam 5.30pagi.
Dalam flight memang tidur jelah. 1 jam je flight
Sampai airport aku dah flat gila dah. Perancangan memang aku tak nak ambil hotel sebab flight aku balik KL malam. Kita stop sekejap jer. Tapi serius weh faktor usia ni tak tahan dah. Terpaksa booking bilik sekejap untuk 6 jam. Nasib kat Melbourne ni hotel murah sikit dari Sydney.
Aku ambil bilik 70AUD untuk 6 jam. Cukuplah nak tidur sekejap sebelum jelajah bandar Melbourne. Tapi rupanya memang tak sempat nak gi mana pun sebab penat weh. Haha jadi aku jalan-jalan kat central Melbourne je. Serius rugi. Next time aku tak nak buat plan macam ni.
Pemandangan biasa selepas New Year 6 jam stay kat Hotel di Melbourne Jam 8 malam aku gerak ke airport dah. Naik AirAsiaX tapi yang penatnya airport Melbourne ni jauh gila kot. Avalon Airport 50km dari bandar Melbourne. Bus pulak sampai jam 6 petang je. Meraung juga aku nak ke airport macam mana. Grab kat sana tak der. yang ada uber jer. Aku pula dah lepas uber bergabung dengan grab aku dah delete. Nak instal macam cara pulak memandangkan aku guna apple id Malaysia. Jadi tak der cara lain terpaksa naik teksi. Mahal nak mampos. Teksi dari Melbourne ke Avalon Airport dalam 110AUD.
Korang kalau naik AirAsiaX sila awal sikit ke airport. Boleh naik train dan bas. Lagi murah.
Sebelum travel jangan lupa sewa Pocket Wifi dari RoamingMan Jadi berakhirlah sudah aku kat Sydney. Melbourne tu stop over jer.
Nak tengok tempat menarik di Sydney boleh tengok post aku yang lepas.
Bajet di Sydney
Flight KUL – SYD (Malaysia Airlines)Flight SYD – MEL (Jet Star)Flight MEL – KUL (AirAsiaX)Hostel Sydney 2 MalamBilik 6 jam di Melbourne Opal Card – AUD40Myki Card – AUD30Bas dari Airport ke Melbourne – AUD20Teksi dari Melbourne ke Avalon Airport – AUD110Belanja termasuk makan – AUD400 The post Travel ke Sydney & Melbourne Australia 4 Hari 3 Malam appeared first on Faizal Fredley.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.faizalfredley.com/2019/01/14/travel-ke-sydney-melbourne-australia-4-hari-3-malam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Adalah Pelancongan Jeju Dan Seoul 5 Hari 4 Malam Muslim Yang Anda Cari

Ini Adalah Pelancongan Jeju Dan Seoul 5 Hari 4 Malam Muslim Yang Anda Cari

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 209 hits
Jika anda pernah menganggap bahawa melawat ke 2 tempat popular di Korea dalam 5 hari adalah sesuatu yang mustahil Anda perlu baca artikel penuh ini kerana kami ada itinerary 5 hari 4 malam yang membolehkan anda melawat Jeju dan Seoul Penerb...
Indonesia Itinenary 4 Hari 3 Malam Di Pulau Belitung

Indonesia Itinenary 4 Hari 3 Malam Di Pulau Belitung

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 142 hits
Indonesia Itinenary 4h 3m di Pulau Belitung Bermimpilah kerna Tuhan akan memeluk mimpi mimpimu Andrea Herata Ya aku bermimpi mahu ke Indonesia lagi ke tempat baru setelah dua tahun tidak ke sana Aku rindu Bangat Tak sangka I end the year 20...
5 Hal Yang Menyebabkan Datangnya Demam Ketika Malam Hari

5 Hal Yang Menyebabkan Datangnya Demam Ketika Malam Hari

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 54 hits
Kondisi demam yang hanya muncul pada malam hari saja dapat muncul karena beberapa hal tertentu seperti pirogen dari luar ISPA infeksi saluran kemih infeksi kulit serta peradangan
Peringatan Hari Ke 3 2019

Peringatan Hari Ke 3 2019

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 164 hits
as salam Penemuan APA yang paling hebat di abad ini Bom AtomSalahPenemuan yg paling hebat abad ini adalah HandphoneHP Melenyapkan Televisyen HP Melenyapkan Jam HP Melenyapkan Komputer HP Melenyapkan Radio HP Melenyapkan Tape Recorder HP Mel...
5 Pendapat Cewek Soal Kehadiran Bridesmaid Di Hari Pernikahannya Penting Atau Nggak Sih

5 Pendapat Cewek Soal Kehadiran Bridesmaid Di Hari Pernikahannya Penting Atau Nggak Sih

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 52 hits
Kalau menurut kalian kehadiran bridesmaid penting nggak sih Atau sebenarnya mereka adalah pemanis acara aja
2 3 Hari Tak Mahu Makan Dan Minum Susu Dia Menangis Mencari Ibunya Sayu Si Ibu Meninggal Selepas Melahirkan Anak Kedua

2 3 Hari Tak Mahu Makan Dan Minum Susu Dia Menangis Mencari Ibunya Sayu Si Ibu Meninggal Selepas Melahirkan Anak Kedua

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 215 hits
2 3 hari tak mahu makan dan minum susu dia menangis mencari ibunya Sayu si ibu meninggal selepas melahirkan anak kedua Dua tiga hari dia tidak mahu makan dan minum susu Dia berlari ke dapur mencari ibunya Lepas itu menangis kerana tidak jum...
Anies Bakal Sanksi 1 441 Pns Dki Yang Bolos Hari Pertama 2019

Anies Bakal Sanksi 1 441 Pns Dki Yang Bolos Hari Pertama 2019

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 97 hits
Anies Bakal Sanksi 1 441 PNS DKI yang Bolos Hari Pertama 2019 Dia menyebut data berdasarkan rekapitulasi absensi elektronik yang telah dilakukan hingga pukul 16 35 WIB
Polisi Kembali Limpahkan Berkas Ahmad Dhani Kejaksaan Punya Waktu 7 Hari Teliti

Polisi Kembali Limpahkan Berkas Ahmad Dhani Kejaksaan Punya Waktu 7 Hari Teliti

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 51 hits
Kepala Seksi Penerangan Umum Kejati Jatim Richard Marpaung menyatakan pelimpahan tahap I ini sudah dilakukan oleh penyidik sejak Jumat lalu Oleh sebab itu hingga kini berkas masih dalam tahap penelitian oleh jaksa peneliti
Hiburan Lelaki Dakwa Difitnah Isteri Da I Farhan Tuntut Bayaran Pengubahsuaian Hospital

Viral Alhamdulillah Penkid Telah Selamat Melahirkan Anak Lelalki

Gadis Sabah Mirip Mira Filzah Tarik Perhatian Netizen Cantik Baby Sayang

Nature Sunset Picture At The Right Time

Anwar Keluar Penjara Kisah Jubor Bercambah

Anak Dakwa Samy Vellu Sakit Mental

10 Tempat Menarik Di Genting Highland Yang Ramai Tak Tahu Rugi Tak Datang

Isteri Hamil Mengidam Nak Masuk Dan Cium Bilik Mayat



Biodata Sharifah Husna Pelakon Drama Seadanya Aku

Biodata Dan Latar Belakang Pakar Bedah Dr Amalina Bakri

Akhirnya Hafreez Adam Dedah Punca Unfollow Zara Zya Di Instagram

Kisah Pesakit Polio Terakhir Paul Si Paru Paru Besi 1952

5 Negara Asia Yang Mewajibkan Program Khidmat Negara


Perbezaan Visa Pelancong Dan Visa Umrah

Dikawal Ketat Rakyat Papua Peringati Hari Ham Di Manokwari

Referendum Bougainville 2019 Ada Delegasi West Papua Ikut Menyaksikan

Merengek Cari Arwah Ibu Kakak

Eksklusif Lefthanded Ramli Sarip Adakan Konsert Di Singapura Pada Mac 2020

Menganiaya Atau Teraniaya