Indonesia Itinenary 4 Hari 3 Malam Di Pulau Belitung


Indonesia | Itinenary 4h 3m di Pulau Belitung | Bermimpilah kerna Tuhan akan memeluk mimpi-mimpimu - Andrea Herata. Ya aku bermimpi mahu ke Indonesia lagi, ke tempat baru, setelah dua tahun tidak ke sana. Aku rindu. Bangat!
Tak sangka I end the year 2018 with two trips, one to Krabi and another, Belitung Island. Bersyukur sangat. Sedih jugalah kalau Disember berlalu begitu je sebab setahun sebelum tu dapat pakai baju sejuk di Chiang Mai. Thanks la @lilyriani dan MTN Getaways sudi pelawa kite 😗

Sehari Suntuk Ke SingapuraTiada direct flight dari Kuala Lumpur ke Belitung Island melainkan dari Singapura atau Jakarta. Since MTN Getaways operating from Singapore so kami naik Garuda Bombardier dari Changi Airport. Fuhh.. macam private jet (minus the luxurious fittings)

The earliest bus from Seremban pukul 10.30am and I have to be at the airport by 2.30 pm. Nak tak nak kena naik bas dari TBS which is aku kena naik KTM komuter ke KL Subuh sepie then turun balik ke selatan. Apo nak buek... harga flight pun boleh tahan juga sebab peak season. Anyway, selamat sampai on time di Hanandjoedin International Airport, Tanjung Pandan.


Pulau Belitung - destinasi yang masih 'dara'
Pulau Belitung (dalam english Biliton) yang terletak di pantai timur Sumatera merupakan sebahagian daripada provinsi Bangka Belitung. Pulau ini menjadi terkenal selepas pembikinan filem Laskar Pelangi pada 2008.  Mesti ramai yang masih mengingati lagu Laskar Pelangi nyanyian kumpulan Nidji tu kan?  Laskar pelangi....takkan terikat waktu...bebaskan mimpimu di angkasa...warnai bintang di jiwa...

Tanjung Pandan merupakan bandar kepada Belitung barat manakala Manggar bagi Belitung timur dengan jumlah populasi sekitar 271,000 orang. Penduduk di sini ramai yang berketurunan Melayu Demak dengan bahasa pertuturan yang hampir sama dengan kita, namun ada bahasa tempatan lain yang mereka gunakan. Dari segi agama pula 70% masyarakatnya adalah muslim. Dengan keluasan 480km persegi sehari je dah habis pusing satu pulau. Pulau yang ni je lah...tapi ada lagi pulau lain yang cantik dan berdekatan contohnya Pulau Leebung, Lengkuas, Kepayang dan lain-lain.

Selain terkenal dengan makanan laut, kopi juga menjadi minuman wajib hampir setiap rumah. Kopi yang paling terkenal ialah Kong Djie Coffee, telah wujud semenjak 1943 menjadikannya kedai kopi tertua di Belitung. Walaupun telah banyak franchise outlet dibuka di Belitung Barat, kedai kopi di Simpang Siburik Jln Gegedek paling sering dikunjungi pelancong. Lawa pula bergambar di sini. To me lebih asyik minum di sini kerana suasana klasiknya tu. Kong Djie Coffee (kedai) hanya boleh dibuka di Belitung Barat kerana Manggar mahu dikekalkan sebagai  "Kota 1001 warung kopi". Serbuk kopi Kong Djie sahaja boleh dijual di Manggar, kedainya ngak bisa wujud ya, sudah kawtim begitu.

Sumber @ainizain
Sumber @sizzlingsuzai
Sistem jalan raya di Pulau Belitung bagus, semua tempat yang kami lalui berturap tar tetapi tak boleh laju, maksima 60km sahaja. Paling lama kami duduk dalam bas, dua jam. Taklah jauh mana pun tapi disebabkan kita melalui kawasan perkampungan tak bolehlah lelaju. Kebaih pungkok dan kejang kaki gak la duduk dalam bas heheh... Kalau teringin nak naik motor jenjalan sendiri sewanya SGD8 sehari manakala kereta SGD50 sudah termasuk supir dan petrol.

Waktu yang paling sesuai pergi ke Belitung ialah di antara Mac dan September. Disebabkan faktor geografi, perhubungan ke pulau ini hanyalah menggunakan pesawat. Nak tengok wayang pun kena naik kapal terbang tau.


Percutian 4hari 3 malam di Pulau Belitung
*oleh kerana sebahagian lawatan melibatkan kawasan pembikinan filem Laskar Pelangi yang popular pada 2008, elok juga tonton dulu filem tersebut untuk mendapatkan lebih feel"
Day 1Kami sampai jam 6 petang di Hanandjoedin International Airport. Selepas selesai proses di imigresen dan kastam kami terus dibawa makan malam di Raja Seafood. Masa ni lah berkenalan dengan peserta lain sambil berkaraoke. Merdunya suara depa tu sampai takut aku nak pegang mic, takut bila aku menyanyi orang terdiam nanti hahahah.... kita tumpang part korus je lah

Then checked-in Golden Tulip Hotel di Tanjung Pendam. Dari hotel ni 15 minit je berjalan kaki ke bandar, lima minit ke tepi laut. Bilik selesa tapi berebut iron uols..

Selesai malam pertama. Eh


Day 2Selepas menikmati breakfast yang sedap di hotel kami terus ke tokong yang tertua dan terbesar, Vihara Dewi Kwan Im. Selain Islam, Buddha menjadi agama kedua terbesar di Belitung. Kaum Tionghua dari suku Hakka dan Hokkien ramai di sini. 
Tak jauh dari sini terletaknya Pantai Burung Mandi yang menjadi tempat bot nelayan berlabuh. Terpesona jugalah tengok bot yang berwarna-warni tu. Selain pantai ini Pantai Lalang di kota Manggar dan Pantai Serdang juga ramai pengunjung di hujung minggu.


Perahu kater di Pantai Burung Mandi


Mencari rezeki di Pantai Burung Mandi

Perut belum lapar lagi tapi tour guide dah bawa kami makan tengahari di restoran RM Fega. Lokasinya bagus di tepi danau. Asyikkk... Makanan di sini secukup rasa, di meja aku memasing berebut sotong goreng tepung. Adik-adik, selain perlu memilih dalam mencari suami, nak cari partner makan pun kena memilih tau. Kalau kau jenis sekali siap kunyah sampai 40 kali... jangan duduk dengan geng kuat makan memang tinggal piring kosonglah jawabnya 😁

Makan tengahari dengan pemandangan begini di RM Fega.

Kemudian kami ke kampung Ahok di Belitung Timur. Nama sebenarnya ialah Basuki Tjahaja Purnama seorang ahli politik kontroversi dan pernah menjadi gabenor Jakarta. Ahok tu nama Hakka beliau, legend di Belitung timur.


Seterusnya melawat Museum KATA Andrea Herata. Dengan membayar 50,000 rupiah kita akan diberikan sebuah pocket book "Laskar Pelangi". Buku LP atau "the Rainbow Troop" tulisan Andrea Hirata menjadi sangat berjaya sehingga diterjemahkan kepada 20 bahasa dan meletakkan Belitung dalam peta pelancongan dunia. Buku ini ada sekuelnya: Sang Pemimpi, Edensor, Maryamah Karpov- Mimpi Mimpi Lintang.

Paling singkat pun sejam patut diperuntukkan untuk berada di muzium yang pertama seumpamanya di Indonesia. Selain banyak kata-kata positif penuh inspirasi, Museum KATA juga sangat instagrammable! Bila tengok sendiri nampak biasa je tapi dalam gambar... WOW . Kalau tak percaya lepas ni gi IG search #MTNgetaways #museumkata



Buku Laskar Pelangi yang telah dialih bahasa untuk pasaran antarabangsa. Hebat kan

Acara kemuncak hari pertama sudah pastinya melawat replika SD Muhammadiyah yang menjadi props dalam filem Laskar Pelangi yang diadaptasi daripada buku dari tajuk yang sama. Cerita mengenai keindahan persahabatan 10 kanak-kanak miskin yang berjuang  menggapai mimpi dengan latar belakang sebuah pulau indah yang pernah menjadi salah satu pulau terkaya di Indonesia. 
Selepas berjumpa di Belitung ni hari hari pula aku nampak @ainedruce kat tv, kat chanel ni dia buka chanel lagi satu pun dia... sebelum ni tak pernah perasan pun 😁


Ini bukan pelajar miskin tapi pelajar vogue 😃😃
You know what, aku consistent dalam mengatakan bahawa dalam mempromosi pelancongan title Datuk/Datin/whatever tu TIDAK PERLU kepada aktor asing. Tiada nilai pun di negara mereka. Kalau nak bagi juga, berilah kepada pengarah atau produser. Seperti James Bond Island, replika SD Muhammadiyah di war warkan sebagai lokasi filem popular dan laris di pasaran. Hasilnya berbondong-bondong manusia datang melawat semata-mata untuk bergambar

Bertentangan dengan replika sekolah, ada sebuah lagi tempat menarik yang tidak sempat kami lawati iaitu Dermaga Kirana. Frust kite wak... 
Malam tu kami dinner di Restoran Belitung Timpo Duluk. Seronok pula makan bedulang


Day 3
Kami mulakan hari ke pantai Tanjung Tinggi yang menjadi salah satu lokasi pembikinan filem Laskar Pelangi. Kalau pandai cari spot terbaik dan pandai pose memang cantiklah gambar tu. Disebabkan aku macam kayu sket, aku ambil gambar orang lain je lah 😁


Ombak kuat di Pantai Laskar Pelangi




Kami beransur ke Tanjung Kelayang untuk menaiki bot ke Pulau Kelayang. Jauh lunch oih, kat pulau.

Di Pulau Kelayang ada sebuah pusat konservasi penyu. Banyak juga penyu mendarat di sini bila musimnya tiba. Dengan membeli sehelai t-shirt berharga IDR75,000 kita akan diberikan seekor anak penyu  sisik untuk dilepaskan  ke laut. Bagusnya cara ni... bercampur baur gembira dan sedih melepaskan 'anak' kerana menurut kajian hanya 1% sahaja penyu yang akan survive. Btw lets support their noble effort!


Manusia prihatin - bahagia memasing melepaskan anak penyu ke laut. Semoga panjang usiamu agar kau boleh kembali ke pulau ini wahai penyu

Next, naik bot lagi meredah lautan berombak ke Pulau Lengkuas pula. InsyaAllah aku akan sentiasa mengingati pengalaman ini kerana malam sebelumnya berlaku Tsunami di Selat Sunda akibat letusan anak Krakatao. Mujur air laut di Pulau Lengkuas tenang je. Paling cepat untuk ke Pulau Lengkuas ialah dari Tanjung Kelayang, kalau dari Tanjung Tinggi atau Tanjung Binga 30-45 minit.



Pulau Lengkuas, Belitung. Sumber Superadventure

Di sini ada satu tempat yang dipanggil Kolam Bidadari. Kolam ini wujud bila air bertakung di celahan batuan besar sewaktu air pasang atau selepas hujan. Disebabkan tak jumpa pun bidadarinya assume diri sendiri je lah bidadari tu 😁

Bidadari?

Rumah api/mercusuar (lighthouse) di Pulau Lengkuas telah dibina sewaktu penjajahan Belanda pada tahun 1882 sebagai panduan kapal yang lalu lalang dan masih berfungsi dengan baik sehingga ke hari ini. Diatas faktor keselamatan lantai empat hingga atas telah ditutup kepada pengunjung dan kawasan yang dibuka kepada umum hanya dibenarkan masuk jika cuaca baik.


Di lantai tiga

Aktiviti yang paling aku tunggu hari ini....snorkelling!! Ya Allah banyaknya ikan.... corals pun cantik ada warna purple, hijau, coklat... puasnya hati snorkelling kat sini. Air laut akan bertambah cantik sewaktu musim panas diantara Jun hingga Ogos.

Banyaknya hanak ikan saya.... 
Gua Kelayang menjadi destinasi seterusnya. Gua ini sebenarnya ialah giant granite boulder yang membentuk satu kawasan yang mengepung air pasang. Kami ke sana ketika lewat petang jadi gambarnya kurang menarik seperti group yang satu lagi, yang tiba waktu tengahari ketika air pasang. Bergambar di Gua Kelayang ini akan nampak sangat cantik if you come at the right time

Untuk sampai ke gua tersebut kenalah berjalan kaki dalam 30 meter naik turun batuan. Di depan gua ini ada satu batu yang besar yang mana jika dililhat dari sudut tertentu nampak seperti kepala burung garuda


Day 4Ala...sekejapnya dah last day

Hari ini kami dibawa membeli oleh-oleh di Pondok Kelapa. Selain kerepek, biskut dan kopi di sini juga ada menjual t-shirt, kain batik, shawl, pareo dan bermacam jenis lagi souvenir. Kira one stop centre lah. Kafe pun ada

Last stop, Danau Kaolin. Danau ini masih lagi aktif dilombong untuk mengeluarkan kaolin (clay) yang banyak digunakan dalam pembuatan kertas, perubatan dan kosmetik. Kaolin ni berwarna putih, air danau pula biru/turqoise. Dalam gambar memang cantik giler! Danau Kaolin telah menjadi salah satu tempat melihat gerhana matahari pada 2015 dulu.


Begitulah percutian tiga malam di Pulau Belitung. Datang di masa yang sesuai ya, between March and September. Nak mudahkan perjalanan, tempah pakej dengan @MTNGetaways je... emel kat [email protected]


Harga pakej 2019 ke Pulau Belitung dari MTN Getaways(sila gunakan promo code MARIA75 untuk mendapatkan diskaun RM75).

Cara-Cara Nak Ke Belitung Dari Kuala Lumpur/SingapuraSeperti yang sudah dinyatakan, perjalanan ke Belitung adalah melalui Changi Airport, Singapura. Untuk perjalanan pantas, anda boleh pilih menaiki pesawat terus ke Singapura. 
Jika mahu berjimat boleh naik bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan turun di MRT Lavender Singapore. Dari MRT Lavender naik train ke Changi Airport (tukar train di MRT Tanah Merah)

- Tiket bas dari KL - Singapore : RM47- Tiket MRT Lavender - MRT Changi SGD2.70

Fam "Getaways" Trip To Belitung Island ialah anjuran the Belitung specialists, MTN Getaways

Untuk Matlumat Lanjut
Website : https://www.mtngetaways.com/
Facebook : https://www.facebook.com/mtngetaways01/
Instagram : https://www.instagram.com/mtngetaways
☎️ +6565090183 📲 +65 8531 3381 (Faizun) / +65 8289 3688 (Amira)
[email protected]




© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2019/01/indonesia-itinenary-4-hari-3-malam-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Bercuti 4 Hari 3 Malam Di Banda Aceh Indonesia

Pengalaman Bercuti 4 Hari 3 Malam Di Banda Aceh Indonesia

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 617 hits
Assalamualaikum Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah Entri kali ini akan berkongsi pengalaman saya dan 4 sahabat lain yang bercuti di Banda Aceh selama 4 hari 3 malam Unt...
Genjot Inklusi Keuangan Ojk Canangkan Hari Indonesia Menabung

Genjot Inklusi Keuangan Ojk Canangkan Hari Indonesia Menabung

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 291 hits
Deputi Komisioner Edukasi dan Perlindungan Konsumen Otoritas Jasa Keuangan Sardjito mengatakan program Hari Indonesia menabung nantinya akan dimulai dengan pembuatan rekening bagi pelajar Pembuatan rekening tidak akan ditarik biaya
Kutip Menhan Ri Prabowo Bilang Indonesia Kalau Perang Cuma Bertahan 3 Hari

Kutip Menhan Ri Prabowo Bilang Indonesia Kalau Perang Cuma Bertahan 3 Hari

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 201 hits
Kutip Menhan RI Prabowo Bilang Indonesia Kalau Perang Cuma Bertahan 3 Hari Apakah ini negara kuat negara yang bisa langgeng Bahkan menteri pertahanan yang sekarang mengatakan kalau Indonesia terpaksa perang hari ini kita hanya bertahan 3 ha...
3 Gempa Guncang Beberapa Daerah Di Indonesia Senin Dini Hari Tadi

3 Gempa Guncang Beberapa Daerah Di Indonesia Senin Dini Hari Tadi

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 255 hits
Tiga gempa dengan kekuatan magnitudo berbeda menggoyang wilayah Tanah Air Selasa dini hari Gempa pertama terjadi di Halmahera Barat Maluku Utara dengan kekuatan magnitudo 6 5 Gempa terjadi Selasa sekitar pukul 00 27 WIB berlokasi d 2 35 Lin...
Ini Adalah Pelancongan Jeju Dan Seoul 5 Hari 4 Malam Muslim Yang Anda Cari

Ini Adalah Pelancongan Jeju Dan Seoul 5 Hari 4 Malam Muslim Yang Anda Cari

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 845 hits
Jika anda pernah menganggap bahawa melawat ke 2 tempat popular di Korea dalam 5 hari adalah sesuatu yang mustahil Anda perlu baca artikel penuh ini kerana kami ada itinerary 5 hari 4 malam yang membolehkan anda melawat Jeju dan Seoul Penerb...
5 Hal Yang Menyebabkan Datangnya Demam Ketika Malam Hari

5 Hal Yang Menyebabkan Datangnya Demam Ketika Malam Hari

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 305 hits
Kondisi demam yang hanya muncul pada malam hari saja dapat muncul karena beberapa hal tertentu seperti pirogen dari luar ISPA infeksi saluran kemih infeksi kulit serta peradangan
Travel Ke Sydney Melbourne Australia 4 Hari 3 Malam

Travel Ke Sydney Melbourne Australia 4 Hari 3 Malam

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 439 hits
Travel ke Melbourne Australia 4 Hari 3 Malam Tahun baru hari tu aku sempat fly sekejap ke Sydney untuk luangkan masa cuti tahun baru 2019 Sebab sejak 2 tahun lepas aku mula teringin nak sambut tahun baru di tempat orang Pada tahun 2017 aku ...
Tempat Menarik Di Belitung Indonesia

Tempat Menarik Di Belitung Indonesia

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 607 hits
Tempat Menarik Di Belitung Indonesia Salam Alhamdulillah rezeki uzu lagi dapat sponsered trip ke luar negara walaupun kat Indonesia je kan p Uzu dah bersyukur sangat sangat walaupon dekat je kan asalkan tempat tu cantik tempat tu tak pernah...
Ratusan Relawan Cari Pendaki Asal Magelang Yang Hilang 6 Hari Di Gunung Lawu

Ratusan Relawan Cari Pendaki Asal Magelang Yang Hilang 6 Hari Di Gunung Lawu

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 354 hits
Humas Basarnas Pos Surakarta Yohan Tri Anggoro mengatakan hingga hari keenam pencarian belum ada tanda tanda dan titik terang keberadaan Alvi Meskipun ratusan relawan telah dikerahkan untuk menyisir setiap titik pendakian
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord