Peneroka Tinggalkan Majlis Ketika Tun Berucap Betulke



Tindakan peneroka berjalan keluar dan meninggalkan majlis Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2019 di Felda Selancar 3 Pahang semalam ketika Perdana Menteri sedang berucap bukan kerana mereka memboikot program itu.

Ketua Peneroka Kebangsaan, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Sulong Jamil Mohd Shariff berkata, dakwaan mengatakan peneroka tidak suka dengan ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tidak benar.

Menurutnya, tindakan peneroka bangun daripada tempat duduk masing-masing kemungkinan untuk mengambil makanan yang disediakan penganjur.

"Ketika Dr Mahathir berucap sudah jam 11 (pagi) lebih, jadi ada antara peneroka yang mungkin lapar kerana telah menunggu sejak pagi, jadi mereka melihat ada makanan yang tersedia untuk dimakan maka mereka pergi mendapatkannya.

"Bilangan yang beransur juga tidaklah ramai kerana mungkin dalam setengah peratus sahaja berbanding lebih 14,000 peneroka yang hadir dan setia mendengar ucapan Dr Mahathir," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi hari ini.

Sulong Jamil berkata, beliau yang berada di atas pentas dapat melihat memang ada yang beransur ke belakang dan mungkin mahu mendapatkan makanan kerana ada yang sudah berbaris di tempat makanan disediakan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai satu video yang tular dengan memaparkan sebilangan pengunjung seperti meninggalkan majlis Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2019 di Felda Selancar 3 Pahang semalam ketika Dr Mahathir sedang berucap yang kelihatan seperti mereka tidak suka dengan ucapan pemimpin tersebut.

Video yang tular sejak semalam itu turut dikongsikan beberapa pemimpin pembangkang antaranya Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan dan Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo.

Ciapan yang dikongsi Zahida mengenai video yang tular tersebut. Gambar kanan: Ciapan di Twitter Wan Mohamad Azri yang turut memberi komen mengenai video tersebut.

Berdasarkan video itu, kelihatan hadirin berjalan meninggalkan majlis di bahagian ruang kiri dan kanan khemah yang menempatkan peneroka Felda.

Kelihatan juga pada saat ke-27 ditunjukkan keadaan kerusi kosong ketika Dr Mahathir berucap.

Menerusi ciapan Zahida, dia berkongsi video tersebut dan membuat hantaran bahawa Peneroka Felda Merana!

“Ini adalah reaksi mereka terhadap kerajaan PH (Pakatan Harapan) yang terbukti gagal menjaga kebajikan rakyat terutamanya golongan peneroka.

“Jadi apa lagi yang boleh diharapkan dari pemerintah hari ini? Eloklah PH jadi #KerajaanSepenggal sahaja. Setuju?", katanya.

Sementara dalam ciapan Wan Muhammad Azri, beliau juga melampirkan video sama.

“Apabila rakyat sudah benci, tidak ada cara lagi untuk membeli hati dan jiwa mereka. Semoga insiden ini membuka mata Tun Mahathir untuk menerima hakikat yang kerajaan PH ditolak rakyat khususnya orang Melayu.

“Bubarlah Parlimen dan biar rakyat buat pilihan untuk masa depan mereka,” katanya.

Artikel penuh sila baca di Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/07/peneroka-tinggalkan-majlis-ketika-tun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Peneroka Keluar Ketika Tun M Berucap Keraguan Mengenai Wujud Estet Dan Diurus Kroni

Video Peneroka Keluar Ketika Tun M Berucap Keraguan Mengenai Wujud Estet Dan Diurus Kroni

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 471 hits
KUALA LUMPUR Peneroka Felda boikot Tun M Itu gambaran diberi beberapa pemimpin UMNO ekoran tular video sebahagian peneroka keluar beramai ramai semasa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Insiden itu berlaku semasa Perdana Menteri beruca...
Azmin Nafi Kena Boo Di Majlis Peneroka Felda

Azmin Nafi Kena Boo Di Majlis Peneroka Felda

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 360 hits
Bagaimanapun menteri hal ehwal ekonomi mengakui Ada sedikit gangguan semalam tapi bukan terhadap saya
Luka Masih Berdarah Peneroka Angkat Kaki Bila Mahathir Mula Berucap

Luka Masih Berdarah Peneroka Angkat Kaki Bila Mahathir Mula Berucap

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 678 hits
Selepas kekalahan BN dalam PRU14 yang lalu nasib peneroka felda dirundung malang dan tidak lagi mendapat layanan istimewa oleh kerajaan Malah segala bantuan dan pertolongan yang dinikmati oleh mereka sebelum ini semuanya tidak lagi diperole...
Majlis Jamuan Aidil Fitri Penyatuan Ummah Bandar Tun Razak

Majlis Jamuan Aidil Fitri Penyatuan Ummah Bandar Tun Razak

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 266 hits
KUALA LUMPUR 3HB JULAI 8212 Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Jamuan Aidil Fitri Penyatuan Ummah Bandar Tun Razak di Komplek Sukan Desa Tasek Sungai Besi malam ini Foto MediaUMNO
Meninggal Ketika Bertugas Satu Sekolah Berkumpul Buat Majlis Baca Yassin Untuk Cikgu Ini

Meninggal Ketika Bertugas Satu Sekolah Berkumpul Buat Majlis Baca Yassin Untuk Cikgu Ini

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 611 hits
Ajal datang tidak mengira tempat Seorang guru wanita di SMK Tunku Abdul Aziz Alor Setar menemui ajal ketika sedang menjalankan tugasnya di sekolah dalam kejadian dipercayai berlaku Selasa lepas Difahamkan Allahyarhamah Cikgu Siti Nurbayah m...
Maafkan Mama Sayang Tinggalkan Anak Pada Pengasuh Ketika Bekerja Mama Jangan Biarkan Perasaan Berlebih Lebihan

Maafkan Mama Sayang Tinggalkan Anak Pada Pengasuh Ketika Bekerja Mama Jangan Biarkan Perasaan Berlebih Lebihan

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 487 hits
Hati ibu mana yang tidak sayu dan bersalah sebaik menghantar anak pada pengasuh atau taska Rasa bersalah kerana terpaksa meletakkan pada jagaan orang lain demi mencari rezeki Dalam hati menangis yang teramat sangat bila sebahagian masa anak...
Peneroka Felda Boikot Tun M

Peneroka Felda Boikot Tun M

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 331 hits
Zahida Zarik Khan KUALA LUMPUR Peneroka Felda boikot Tun M Itu gambaran diberi beberapa pemimpin UMNO ekoran tular video sebahagian peneroka keluar beramai ramai semasa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Insiden itu berlaku semasa Perd...
Tun Dr Mahathir Berbasikal 11km Di Usia 94 Tahun

Tun Dr Mahathir Berbasikal 11km Di Usia 94 Tahun

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 354 hits
SHAH ALAM Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan usia bukan halangan untuk menjalani gaya hidup aktif Beliau yang baharu saja menyambut ulang tahun kelahiran ke 94 pada 10 Julai lalu berjaya menamatkan kayuhan sejauh 11 kilomet...
Serangan Terhadap Tun Dr Mahathir Bermula

Serangan Terhadap Tun Dr Mahathir Bermula

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 346 hits
SEKIAN lama sejak selepas pilihan raya lalu saya dan pastinya ramai pemerhati politik sering berbincang apakah benar akan berlaku peralihan kuasa Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri yang kel...
Biodata Nina Smith Pelakon Melayu Amerika

Legal Loopholes Big Tech And The Politicians Who Let Them Thrive

Ibu Saman Ladang Tenusu Dakwa Susu Mentah Punca Bayi Maut Dalam Kandungan

Jiwa Guna Line Internet Umobile

Guan Eng S Defence Team Tears Into Statement On Witness Attack

Penhaligon S Marks 155 Years With A Grand Fragrance Exhibition In Kuala Lumpur

Makan Makan Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru

Rawatan Fisioterapi Untuk Sakit Tumit Kaki Panduan Lengkap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resipi Sup Ayam Tumis Darat Sedap Harum Berempah Mudah Nak Buat Di Rumah

Resipi Sambal Daging Kentang Simple Tapi Mudah Membuka Selera

Senyap Tak Bererti Tak Terluka

Sultan Pahang Seru Rakyat Negeri Ini Agar Tampil Jadi Pelopor Hidupkan Semula Roh Pengunaan Tulisan Jawi

Jasri Bersatu Pahang Kecewa Tiada Maklumat Terkini Sepuluh Projek Perumahan Generasi Baru Felda

5 Rekomendasi Sunscreen Untuk Kulit Berminyak Bukan Cuma Melindungi Dari Uv Tapi Juga Menutrisi Kulit