Serangan Terhadap Tun Dr Mahathir Bermula



(Utusan) – SEKIAN lama sejak selepas pilihan raya lalu saya dan pastinya ramai pemerhati politik sering berbincang apakah benar akan berlaku peralihan kuasa Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri yang kelapan.
Jika ia berlaku, bilakah masanya dan bagaimana ia akan berlaku? Jika tidak berlaku apakah pula senarionya?
Pernah dikhabarkan bahawa selepas dua bulan Anwar memenangi kerusi Parlimen Port Dickson tempoh hari, beliau akan mengambil alih kuasa. Bagaimanapun ia tidak berlaku.
Anwar secara luaran memang menyatakan memberi laluan kepada Dr. Mahathir untuk menjalankan tugas memperbaiki kebobrokan yang berlaku di bawah pemerintah kerajaan sebelum ini, dan hinggalah apabila pemimpin nombor satu negara itu bersedia untuk mengundurkan diri.
Bagaimanapun ramai pemimpin PKR khususnya yang tidak gembira dengan situasinya itu kerana mereka mendakwa Pakatan Harapan (PH) sebaik sahaja mengambil alih kepemimpinan negara telah bersetuju bahawa Mahathir hanya akan menjadi Perdana Menteri selama dua tahun dan tempoh itu semakin singkat.
Dan apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir mula membangkitkan isu bahawa tiada perjanjian sedemikian dan menggambarkan seolah-olah Anwar tamakkan kuasa, suasana menjadi semakin panas.
Bagi mereka yang hidup semasa era reformasi tentunya masih ingat bagaimana berkali-kali Dr. Mahathir berkata Anwar ialah pengganti beliau ketika itu ketika menjadi Perdana Menteri keempat. Bagaimanapun cerita sebaliknya berlaku, apabila akhirnya Anwar didapati bersalah di mahkamah atas tuduhan kes salah guna kuasa dan liwat terpaksa meringkuk di penjara.
Nampaknya sejak kebelakangan ini semakin rancak serangan ditujukan kepada Dr. Mahathir dan apakah ini menggambar gerakan untuk mendesak Anwar diberi lalu segera sebagai Perdana Menteri semakin intensif?
Jika benar bagaimana Anwar akan naik? Ada yang menjangka akan ada usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Dr. Mahathir di Parlimen kelak. Jika benar, siapa yang bakal membawa usul tersebut.
Timbul pula berita yang mencadangkan apabila Anwar naik kelak, beliau meletakkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai gandingan yang sesuai dan bukannya Mukhriz.
Apakah ini bermakna Muhyiddin yang akan membawa usul tidak percaya itu ke Parlimen.
Lalu apa pilihan yang ada kepada Dr. Mahathir, terus bertahan sehingga usul berkenaan dibentang ke Parlimen atau mengorak langkah sendiri.
Untuk bertahan dengan parti yang dipimpinnya iaitu Bersatu memanglah bukan langkah yang selamat, kerana parti itu adalah dikira kecil pengaruhnya di dalam PH, apatah lagi parti tersebut sendiri tidak pernah bersatu, sering berlaku pergeseran dan pertelagahan dalam kalangan pemimpinnya.
Terdapat juga ura-ura mengatakan Dr. Mahathir akan berpatah balik ke UMNO, tetapi meletakkan syarat Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dikeluarkan daripada parti tersebut. Bagaimanapun Ahamd Zahid telah kembali memimpin parti itu, manakala Najib dilantik sebagai Penasihat Barisan Nasional (BN).
Banyak lagi isu yang dijangka dijadikan peluru untuk menyerang Dr. Mahathir antaranya beberapa langkah yang diambil kepimpinan Dr. Mahathir juga dianggap tidak sejajar dengan aspirasi reformasi dan Malaysia Baharu, seperti menguasai media arus perdana di negara ini sebagaimana yang pernah beliau dan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.
Mungkin juga isu ekonomi dan kita lihat perkembangan seterusnya dan apakah serangan akan ditingkatkan dan apa bentuk tindak balas Dr. Mahathir.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/07/13/serangan-terhadap-tun-dr-mahathir-bermula/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tepisan Tun Dr Mahathir Terhadap Asakan Asakan Dap

Tepisan Tun Dr Mahathir Terhadap Asakan Asakan Dap

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 365 hits
Manifesto Pakatan Harapan tidak menyatakan secara jelas apakah jawatan jawatan yang diklasifikasikan sebagai Jawatan Utama Perkhidmatan Awam Tiada jawatan yang dilantik terus oleh YAB Perdana Menteri kerana pelantikan dibuat oleh Seri Paduk...
Tun Dr Mahathir Berbasikal 11km Di Usia 94 Tahun

Tun Dr Mahathir Berbasikal 11km Di Usia 94 Tahun

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 349 hits
SHAH ALAM Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan usia bukan halangan untuk menjalani gaya hidup aktif Beliau yang baharu saja menyambut ulang tahun kelahiran ke 94 pada 10 Julai lalu berjaya menamatkan kayuhan sejauh 11 kilomet...
Sokongan Terhadap Dr Mahathir Meningkat Kata Merdeka Centre

Sokongan Terhadap Dr Mahathir Meningkat Kata Merdeka Centre

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 298 hits
KUALA LUMPUR Tahap sokongan terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meningkat kepada 62 peratus pada Jun lalu berbanding 55 peratus pada Mei kata badan kaji selidik Merdeka Centre Selain itu kaji selidik yang dilakukan Merdeka Cent...
Jangan Jadikan Semangat Kebangsaan Batu Penghalang Laksana Semula Ppsmi Tun Mahathir

Jangan Jadikan Semangat Kebangsaan Batu Penghalang Laksana Semula Ppsmi Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 348 hits
Imej via The StarKUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan mengkaji pelaksanaan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris menggunakan sistem baharu Perdana Menteri berkata menerusi sistem...
Pulihkan Negara Beri Tempoh Secukupnya Kepada Tun Dr Mahathir

Pulihkan Negara Beri Tempoh Secukupnya Kepada Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 533 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Tun Dr Mahathir Boleh Jadi Pm Selama Sepenggal Setengah Datuk Husam Musa

Tun Dr Mahathir Boleh Jadi Pm Selama Sepenggal Setengah Datuk Husam Musa

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 454 hits
Ramai daripada kalangan pemimpin PKR yang menyuarakan hasrat supaya Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh dua tahun Begitupun Ketua Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah walaupun dari PKR s...
Eksklusif Wawancara Bersama Tun Dr Mahathir Sempena Hari Ulang Tahun Ke 94

Eksklusif Wawancara Bersama Tun Dr Mahathir Sempena Hari Ulang Tahun Ke 94

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 529 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
4 Peristiwa Perpecahan Melayu Angkata Tun Mahathir

4 Peristiwa Perpecahan Melayu Angkata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 275 hits
HENTIKAN SANDIWARA PENYATUAN MELAYU DEMI SERAKAH KUASA Makin gawat nampaknya politik dalaman Pakatan Harapan sehinggakan Tun Mahathir begitu terdesak merayu parti parti Melayu menyertai PPBM atas nama penyatuan Melayu Ironinya orang yang me...
Lim Guan Eng Bertindak Balas Dengan Pelawaan Tun Mahathir

Lim Guan Eng Bertindak Balas Dengan Pelawaan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 429 hits
Baru sahaja sebentar tadi kami menaikkan satu artikel berhubung pelawaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menarik parti melayu bergabung bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia Kini kita telah dapat melihat respon pertama dari Setiausa...
Kes Gaduh Security Vs Jurulatih Mma Selesai Damai Polis Sahkan Tiada Tindakan Lanjut

Azam Baki Should Identify Culprits In Beng Hock S Death Not Doling Out Funds For His Kid

Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan

Tradisi Mencandat Sotong Antara Warisan Ekologi Dan Sains Cahaya

Hold Tight 5 Motorcycle Phone Mounts To Keep You Connected

Terbang Ke Perth Australia Dengan Air Asia Sempena Wedding Anniversary

Hotel Comfort Inn Suite Goodearth Perth Australia

Netizen Terhibur Lihat Siti Nurhaliza Melatah Video


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saif Dah Tak Ada Ayah Mangsa Luah Sebak Kehilangan Anak Lepas Dihantar Ke Taska

Pengalaman Mengajar Bahasa Inggeris Peringkat Spm

Akaun Emas Terbaik Di Malaysia Simpanan Digital Vs Fizikal

Kenapa Bukan Diri Sendiri

Resepi Ayam Buttermilk

Panduan Cara Hilangkan Senggugut