Penemuan Papan Kayu Kapal Ubah Naratif Sejarah Melaka


Penemuan Papan Kayu Kapal Ubah Naratif Sejarah Melaka
MELAKA, (Bernama) — Penemuan sekeping papan kayu yang dipercayai serpihan daripada badan sebuah kapal yang ditemukan di Pulau Melaka di sini, bakal membuka lembaran baharu dalam naratif sejarah dan kegiatan maritim di Melaka, sebelum ketibaan Parameswara di negeri itu.
Penemuan luar biasa hasil ekskavasi Jabatan Warisan Negara (JWM) dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, dipercayai sebuah kapal milik golongan bangsawan yang berusia antara 1,200 hingga 1,300 tahun, jauh lebih awal daripada sejarah rasmi Melaka yang bermula sekitar tahun 1262 atau abad ke-13.
Timbalan Pesuruhjaya JWM Ruzairy Arbi berkata selain tarikh, saiz dan material yang digunakan untuk membina kapal tersebut, juga mampu membuktikan kepakaran orang Melaka dalam dunia maritim telah lama wujud.
“Kita telah menemukan banyak komponen kapal termasuk badan, haluan dan lantai yang tertanam dalam tanah berselut melalui proses ekskavasi kali ini dan berdasarkan struktur dan saiznya, kapal ini dianggarkan antara 50 hingga 70 meter, jauh lebih besar daripada kapal-kapal yang pernah ditemukan sebelum ini termasuk Mendam Berahi,” katanya ketika di temui pemberita di tapak ekskavasi di Pulau Melaka, di sini semalam.
Hadir sama Ahli Arkeologi Berdaftar JWN Dr Mohd Nasruddin Rahman, Ketua Projek Muhammad Termizi Hasni dan Pengurus Besar Perzim Erne Hamsah.
Kredit: Bernama Ruzairy berkata kerja-kerja ekskavasi fasa ketiga di kawasan seluas 12 x 12 meter itu juga, turut menemukan blok kayu besar yang masih belum dikenal pasti fungsinya, namun dipercayai merupakan sebahagian struktur utama kapal tersebut.
“Kita telah menghantar dua sampel kayu ke makmal Beta Analytic di Amerika Syarikat dan mendapati kapal itu turut mempunyai komponen kayu saga, sejenis kayu tempatan serta sebahagian kecil kayu merbau, di samping wujud campuran bahan binaan yang menepati pembinaan kapal pada zaman itu.
“Ini sekali gus menunjukkan teknologi pertukangan kapal di rantau nusantara khususnya di Melaka sudah maju ketika itu dan kemungkinan besar dibina menggunakan sepenuhnya sumber tempatan dan bukan dibawa dari luar,” katanya. Ruzairy berkata lebih menarik, hasil analisis awal mendapati struktur papan kayu itu sepadan dengan teknik pembinaan kapal besar yang pernah digunakan oleh pembesar dan bangsawan pada era kegemilangan Melaka dan bukan kapal dagang biasa.
“Ini disokong dengan penemuan artifak mata wang serta serpihan porselin di lokasi yang sama. Berdasarkan ukuran dan ketebalan papan yang dijumpai, kapal itu dianggarkan bersaiz besar, hampir menyamai kapal Mendam Merahi yang pernah digambarkan dalam catatan sejarah awal Asia Tenggara,” katanya.
Kredit: Bernama Ruzairy berkata jika dilihat pada saiznya, ia seolah-olah setara kapal bangsawan. Kalau sekarang, mungkin macam kapal layar mewah golongan diraja.
Dalam pada itu Muhammad Termizi berkata JWN kini merancang untuk menyahpasang komponen kapal tersebut sebelum dihantar bagi proses konservasi selanjutnya manakala penemuan sampingan seperti serpihan mangkuk porselin dan duit syling yang dipercayai dari era Sultan Mahmud akan dipamerkan kepada umum selepas kerja-kerja ekskavasi dan dokumentasi dilengkapkan.
“Kita cuba dedahkan bahagian kapal dengan berhati-hati, kerana kita bukan sahaja mahu mengenal pasti kedudukan asal setiap komponen kapal seperti tiang layar, haluan, buritan serta struktur keseluruhan tetapi turut mahu mendapatkan gambaran tentang cara kapal ini dibina, siapa pemiliknya serta fungsinya.
“Sebagai contoh tiada kesan penggunaan besi atau paku logam ditemukan. Sebaliknya, struktur binaan menunjukkan penggunaan paku tembaga atau pasak kayu iaitu satu teknik tradisional yang masih digunakan oleh pembina kapal di Makassar, Sulawesi hingga hari ini,” katanya.
Sumber: Bernama
BACA: Disangka Pupus, Labah-Labah Serigala Ini Ditemui Semula Selepas 40 Tahun
BACA: Penganalis Ekonomi Sifatkan Thailand “Negara Sakit ASEAN”, Ini Sebabnya
BACA: Lepasan SPM Kena Cakna, 3 Bidang Ini Patut Jadi Pilihan Ketika Mohon UPU
The post Penemuan Papan Kayu Kapal Ubah Naratif Sejarah Melaka appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/01/penemuan-papan-kayu-kapal-ubah-naratif-sejarah-melaka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jong Melaka Penemuan Kapal Purba Abad Ke 13 Di Pulau Melaka

Jong Melaka Penemuan Kapal Purba Abad Ke 13 Di Pulau Melaka

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 159 hits
Sebuah penemuan arkeologi di Pulau Melaka telah menarik perhatian ramai apabila sepotong papan kayu yang dipercayai berasal daripada badan Jong Melaka purba ditemui tertanam dalam tanah berselut Penemuan ini berpotensi menulis semula sejara...
Huhu Sejarah Sakit Hati Tak Terpadam Lagi

Huhu Sejarah Sakit Hati Tak Terpadam Lagi

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 175 hits
BARISAN KIOK MELAYU SEMALAYSIA JOM SELAMATKAN NEGARA DARI ANWAR IBRAHIM TENGOK MUKA KAMI PECAH DUIT NEGARA
Sejarah Yang Terulang Menghitung Hari Menuju 2026

Sejarah Yang Terulang Menghitung Hari Menuju 2026

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 160 hits
Pernah tak terasa seolah olah baru semalam 2020 menjelma tanpa peringatan dan kini 2026 hanya tinggal dua bulan Dalam senyap kehidupan kita berubah Bukan hanya kerana peristiwa besar tetapi oleh hal hal kecil yang sering kita abaikan Kita k...
Orang Bawa Suwey Sokong Mana Mana Pun Akan Tewas Lihat Sejarah Dia

Orang Bawa Suwey Sokong Mana Mana Pun Akan Tewas Lihat Sejarah Dia

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 117 hits
Alif JamilJumpa dah punca Tun demam sampai kena tangguh prosiding Rupanya ada sekor beruang gila yg bawak suwei dalam mahkamah
Keajaiban Alam Menyelami Sejarah Anjihai Grand Canyon Di Xinjiang China

Keajaiban Alam Menyelami Sejarah Anjihai Grand Canyon Di Xinjiang China

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 197 hits
The Anjihai Grand Canyon Xinjiang China Anjihai Grand Canyon yang terletak berhampiran pergunungan Tianshan di Xinjiang China adalah salah satu keajaiban geologi terbesar Bumi Terbentuk lebih dari 10 juta tahun lalu ngarai ini telah diukir ...
20 Inisiatif Pertahanan Ditandatangani Jumlah Tertinggi Dalam Sejarah Admm

20 Inisiatif Pertahanan Ditandatangani Jumlah Tertinggi Dalam Sejarah Admm

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 165 hits
20 Inisiatif Pertahanan Ditandatangani Jumlah Tertinggi Dalam Sejarah ADMM Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan sebanyak 20 inisiatif penting telah ditandatangani dalam Mesyuarat Menteri Menteri Pertahanan ASEAN k...
Silicon X Catat Sejarah Bangunkan Cip Fpga Pertama Malaysia Dan Asia Tenggara

Silicon X Catat Sejarah Bangunkan Cip Fpga Pertama Malaysia Dan Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 146 hits
Silicon X Catat Sejarah Bangunkan Cip FPGA Pertama Malaysia Dan Asia Tenggara PULAU PINANG Syarikat pemula tempatan Silicon X Sdn Bhd berjaya membangunkan cip Field Programmable Gate Array milik sendiri sekali gus mencatat sejarah sebagai s...
Cipta Sejarah Siapa Sebenarnya Zohran Mamdani

Cipta Sejarah Siapa Sebenarnya Zohran Mamdani

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 157 hits
Cipta Sejarah Siapa Sebenarnya Zohran Mamdani Pemilihan Zohran Mamdani sebagai Datuk Bandar New York mungkin tidak mengejutkan bagi ramai pemerhati politik memandangkan kemenangannya telah pun dijangka sejak pemilihan utama Parti Demokrat p...
Giant Bukit Tinggi Klang Relaunches With A Fresh New Look And Exciting Customer Experiences

Muhyiddin Sahkan Hazmah Kekal Ketua Pembangkang Tak Ada Apa Apa Tak Ada Tukar

Syuriyah Pbnu Minta Kh Cholil Staquf Mundur Dalam Tempo Tiga Hari

Kenapa Pelanggan Lebih Suka Produk Dengan Packaging Yang Dirangka Secara Profesional

Ultimate Healthy Recipes For Weight Loss That Taste Good

Kejatuhan Malaikat Pemberontak Karya Agung Marmar 1740 Oleh Ital

Banjir Vietnam Detik Detik Jambatan Gantung Hanyut Dibawa Arus Deras

Waspada Surat Jemputan Temuduga Bersama Menteri Kewangan Yang Menyalahgunakan Jata Negara Dan Nama Mof


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Perjalanan Ernie Zakri Andi Rianto

Easy Lunch Recipes South Indian Veg

Jessica And Sydney S Excellent Pantyhose Adventure Part One

Drama 40 Sahaja

Monolog 30an Itu Bukan Dewasa Itu Usia Kau Mula Rasa Hidup Ni Kejam

Siraman Baja Mikrob Guna Drone Ai Kini Menjadi Pilihan Pengusaha Ladang Kerana Kaedah Ini Lebih Murah Jimat Dan Cepat