Silicon X Catat Sejarah Bangunkan Cip Fpga Pertama Malaysia Dan Asia Tenggara


Silicon X Catat Sejarah, Bangunkan Cip FPGA Pertama Malaysia Dan Asia Tenggara
PULAU PINANG — Syarikat pemula tempatan, Silicon X Sdn Bhd (Silicon X) berjaya membangunkan cip Field Programmable Gate Array (FPGA) milik sendiri, sekali gus mencatat sejarah sebagai syarikat pertama di Malaysia dan Asia Tenggara menghasilkan produk tersebut.
Kejayaan ini dilihat sebagai langkah penting dalam mengukuhkan peranan Pulau Pinang sebagai hab semikonduktor global serta menyokong aspirasi Buatan Malaysia yang digerakkan menerusi inisiatif Penang Silicon Design @5KM+ (PSD@5KM+).
FPGA ialah cip boleh atur cara semula yang menawarkan prestasi tinggi serta kecekapan tenaga. Teknologi ini mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai aplikasi industri yang memerlukan kelenturan masa nyata dan prestasi masa pendam yang rendah.
Pembangunan cip tersebut juga bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap teknologi import serta menutup jurang dalam rantaian nilai semikonduktor negara.
Langkah strategik letak Malaysia dalam pasaran semikonduktor global Sementara itu, industri semikonduktor global dijangka melebihi AS$1 trilion menjelang tahun 2030. Perkara ini menjadikan pembangunan FPGA penting bagi menempatkan Malaysia sebagai pemain strategik dalam pasaran global.
Berikutan sumbangan sehingga 60 peratus daripada jumlah eksport barangan elektrik dan elektronik negara, Pulau Pinang menjadikan Malaysia pemain utama dalam rantai bekalan semikonduktor dunia.
Cip FPGA rekaan Silicon X dijangka mempercepat transformasi digital negara dalam pelbagai sektor termasuk kecerdasan buatan (AI), robotik, telekomunikasi, pusat data, penjagaan kesihatan, automotif dan automasi industri.
Produk itu direka sepenuhnya di dalam negara dengan penggunaan perisian dan perkakasan berprestasi tinggi dan berskala serta cekap tenaga. Hasil ini membuktikan keupayaan Malaysia bersaing dalam pembangunan teknologi canggih bertaraf dunia.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menyifatkan kejayaan Silicon X menghasilkan generasi pertama cip Buatan Malaysia sebagai satu pencapaian yang membanggakan.
“Direka, dibangunkan dan dipacu dari Pulau Pinang. Kejayaan ini satu bukti terhadap keupayaan Pulau Pinang bagi menyokong inovasi bertaraf tinggi dan memperkukuhkan kedudukan negara dalam rantaian nilai semikonduktor global, selaras dengan Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS),” ujar beliau.
Sumber: Invest Penang
BACA: Cara Mohon Bingkas Selangor: Bantuan Bulanan E-Wallet RM300
BACA: Program NUR: Rebat RM400 Untuk Aircond & Peti Sejuk Baru
BACA: Jantung Laju Masa Bersenam? Ini 7 Perkara Anda Kena Tahu
The post Silicon X Catat Sejarah, Bangunkan Cip FPGA Pertama Malaysia Dan Asia Tenggara appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/06/silicon-x-catat-sejarah-bangunkan-cip-fpga-pertama-malaysia-dan-asia-tenggara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulau Pinang Lancar Cip Fpga Pertama Negara

Pulau Pinang Lancar Cip Fpga Pertama Negara

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 234 hits
Pulau Pinang melakar sejarah apabila Silicon X Sdn Bhd syarikat rekaan litar bersepadu tempatan berjaya membangunkan dan menghidupkan cip Field Programmable Gate Array pertama Malaysia Pencapaian ini menjadikan Silicon X sebagai syarikat pr...
Ahli Akademik Kelahiran Malaysia Dilantik Ketua Pegawai Perubatan Saintifik Pertama Mhra Uk

Ahli Akademik Kelahiran Malaysia Dilantik Ketua Pegawai Perubatan Saintifik Pertama Mhra Uk

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 161 hits
Ahli Akademik Kelahiran Malaysia Dilantik Ketua Pegawai Perubatan Saintifik Pertama MHRA UK KUALA LUMPUR 6 Nov Seorang ahli akademik kelahiran Malaysia mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Ketua Pegawai Perubatan dan Saintifik pertama ...
8 Pulau Terbaik Di Asia Tenggara National Geographic

8 Pulau Terbaik Di Asia Tenggara National Geographic

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 228 hits
8 Pulau Terbaik Di Asia Tenggara National Geographic Umum diketahui Asia Tenggara memang terkenal dengan kepelbagaian pulau dan pantainya yang menakjubkan Dengan lebih 25 000 pulau di rantau ini masing masing menyimpan pesona tersendiri yan...
Sekolah Agama Menengah Bestari Perkenal Kiosk Anti Buli Digital Pertama Di Malaysia

Sekolah Agama Menengah Bestari Perkenal Kiosk Anti Buli Digital Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 197 hits
Sekolah Agama Menengah Bestari mencatat sejarah dengan menjadi sekolah pertama di Malaysia yang memperkenalkan Kiosk Anti Buli Digital yang direka untuk membanteras budaya buli di sekolah Kiosk berteknologi tinggi ini adalah hasil inovasi S...
Tengku Hassanal Jadi Kerabat Pahang Pertama Tamat Latihan Kursus Asas Pasukan Khas Tentera Udara Malaysia Tudm

Tengku Hassanal Jadi Kerabat Pahang Pertama Tamat Latihan Kursus Asas Pasukan Khas Tentera Udara Malaysia Tudm

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 253 hits
ROMPIN Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah melakar sejarah menjadi kerabat diraja Pahang pertama yang menamatkan latihan Kursus Asas Pasukan Khas Tentera Udara Malaysia hari ini Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatud...
Malaysia To Carry Momentum Into Asia Pacific Forum After Asean Chairmanship

Malaysia To Carry Momentum Into Asia Pacific Forum After Asean Chairmanship

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 218 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim is set to arrive in Gyeongju tomorrow to attend the Apec Economic Leaders Meeting after wrapping up the Asean chairmanship in Kuala Lumpur Malaysia s ambassador to South Korea Zamruni Khalid said Anwar Ibrahim w...
Donald Trump Mendarat Di Klia Lawatan Pertama Presiden As Ke Malaysia Dalam 10 Tahun

Donald Trump Mendarat Di Klia Lawatan Pertama Presiden As Ke Malaysia Dalam 10 Tahun

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 290 hits
SEPANG Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tiba di Malaysia hari ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 di ibu negara menandakan lawatan pertama Presiden AS ke negara ini dalam tempoh sedekad Pesawat rasmi Presiden AS Air Force...
Malaysia Lakar Sejarah Dipilih Ahli Lembaga Unesco Bagi Penggal 2025 2029

Malaysia Lakar Sejarah Dipilih Ahli Lembaga Unesco Bagi Penggal 2025 2029

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 228 hits
Malaysia Lakar Sejarah Dipilih Ahli Lembaga UNESCO Bagi Penggal 2025 2029 KUALA LUMPUR 7 Nov Malaysia melakar sejarah gemilang di persada antarabangsa apabila dipilih sebagai Ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan...
Pertama Di Malaysia Kunjungi Ekspo Matfa Fun Malaysia 2025

Pertama Di Malaysia Kunjungi Ekspo Matfa Fun Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 231 hits
Pertama Di Malaysia Kunjungi Ekspo MATFA Fun Malaysia 2025 Kuala Lumpur Persatuan Taman Tema Pusat Hiburan Keluarga Malaysia dengan penuh bangga mempersembahkan MATFA Fun Malaysia Expo 2025 sebagai ekspo pertama di Malaysia yang didedikasik...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Hentian Rehat Rawat Seremban

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Senarai Sampah Untuk Ganjaran Diri

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram