Jong Melaka Penemuan Kapal Purba Abad Ke 13 Di Pulau Melaka


Sebuah penemuan arkeologi di Pulau Melaka telah menarik perhatian ramai apabila sepotong papan kayu yang dipercayai berasal daripada badan Jong Melaka purba ditemui tertanam dalam tanah berselut.
Penemuan ini berpotensi menulis semula sejarah maritim negeri Melaka dengan menunjukkan bahawa aktiviti pelayaran dan pembinaan kapal di kawasan tersebut telah wujud jauh sebelum zaman Parameswara.
Penemuan Awal di Tapak Ekskavasi Ekskavasi dilakukan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Berdasarkan analisis awal, kapal tersebut dipercayai milik golongan bangsawan dan dibina sekitar tahun 1200 hingga 1300 Masihi iaitu lebih awal daripada sejarah rasmi penubuhan Melaka yang bermula sekitar abad ke-13.
Kredit: Kesultanan Melayu Melaka 1. Saiz dan Struktur Jong Melaka Kapal yang ditemui itu dianggarkan berukuran antara 50 hingga 70 meter panjang, menjadikannya antara kapal terbesar yang pernah dijumpai di rantau ini.
Antara komponen utama yang ditemui termasuk badan, haluan, lantai dan blok kayu besar yang dipercayai sebahagian daripada struktur utama kapal. Saiz serta kehalusan pembinaannya membuktikan bahawa masyarakat Melaka ketika itu mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang pembinaan kapal.
2. Analisis Bahan dan Teknologi Pembinaan Sampel kayu yang dihantar ke makmal Beta Analytic di Amerika Syarikat mendapati bahan utama kapal terdiri daripada kayu saga dan merbau kedua-duanya jenis kayu tempatan yang tahan lama.
Hasil analisis menunjukkan kapal tersebut dibina sepenuhnya menggunakan sumber tempatan, mencerminkan kemajuan teknologi pertukangan kapal di Melaka sejak abad ke-13 dan kebolehan mereka menghasilkan struktur kompleks tanpa pengaruh luar.
3. Kapal Milik Golongan Bangsawan Hasil penelitian lanjut mendapati teknik dan struktur pembinaan kapal sepadan dengan kapal besar yang biasanya digunakan oleh golongan bangsawan atau diraja pada zaman silam.
Penemuan artifak seperti mata wang dan serpihan porselin di kawasan yang sama mengukuhkan teori bahawa kapal ini bukan kapal dagang biasa, sebaliknya milik individu berstatus tinggi.
Saiz dan reka bentuknya juga hampir menyerupai kapal legenda “Mendam Berahi” yang tercatat dalam sejarah awal Asia Tenggara.
4. Teknik Pembinaan Tradisional Kajian lanjut mendapati kapal ini tidak menggunakan paku logam atau besi dalam proses pembinaannya. Sebaliknya, ia menggunakan pasak kayu dan paku tembaga satu teknik tradisional yang masih digunakan oleh pembina kapal di Makassar, Sulawesi sehingga hari ini.
Penemuan ini membuktikan kemahiran teknikal masyarakat tempatan yang mampu menghasilkan kapal besar dengan kaedah tradisional yang kukuh dan tahan lama.
Langkah Konservasi dan Pameran Awam Selepas proses ekskavasi selesai, JWN merancang untuk menjalankan kerja-kerja konservasi bagi memastikan komponen kapal dapat dipelihara dalam keadaan baik.
Selain struktur kayu, penemuan lain seperti mangkuk porselin dan duit syiling yang dipercayai berasal dari era Sultan Mahmud akan turut dipamerkan kepada umum setelah semua kerja dokumentasi disempurnakan.
Kepentingan Penemuan Kepada Sejarah Melaka Penemuan kapal kuno di Pulau Melaka memberi petunjuk bahawa negeri ini mempunyai sejarah maritim yang jauh lebih panjang daripada yang direkodkan secara rasmi.
Ia membuktikan bahawa kepakaran pembinaan kapal dan jaringan perdagangan laut di kawasan Melaka telah berkembang pesat sejak awal abad ke-13, menjadikan Melaka antara pusat maritim penting di rantau Nusantara pada masa lampau.
Kerja-Kerja Ekskvasi Pulau Melaka Fasa 4 Kredit: Jabatan Warisdan Negara Liputan Berita Penemuaan Jong Melaka Purba Baca juga:
ASEAN: Sejarah Penubuhan & Negara Anggota Terkini 20 Hotel Murah Melaka yang Best untuk Cuti Keluarga & Backpackers Muzium Kapal Selam – Harga Tiket, Waktu & Tips Lawatan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/jong-melaka/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jong-melaka

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penemuan Papan Kayu Kapal Ubah Naratif Sejarah Melaka

Penemuan Papan Kayu Kapal Ubah Naratif Sejarah Melaka

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 142 hits
Penemuan Papan Kayu Kapal Ubah Naratif Sejarah Melaka MELAKA Penemuan sekeping papan kayu yang dipercayai serpihan daripada badan sebuah kapal yang ditemukan di Pulau Melaka di sini bakal membuka lembaran baharu dalam naratif sejarah dan ke...
Ular Purba Muncul Di Pulau Komodo

Ular Purba Muncul Di Pulau Komodo

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 156 hits
KOSMOTANGKAP layar video menunjukkan marine file snake yang dirakam di Pulau Komodo John RoneyJAKARTA Seorang juruvideo hidupan bawah laut merakam penampakan ular spesies purba di Pulau Komodo Indonesia yang berenang perlahan mencari mangsa...
Penemuan Menakjubkan Patung Marmer Nymph Abad Ke 2 Masehi Ditemukan

Penemuan Menakjubkan Patung Marmer Nymph Abad Ke 2 Masehi Ditemukan

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 145 hits
Satu patung marmer Nymph yang menakjubkan dari abad ke 2 Masehi telah ditemui semula dari bumi hasil penemuan semasa penggalian di Gymnasium lama Amastris di Amasra Turki yang moden Patung ini kelihatan seolah olah muncul dari air menangkap...
Jambatan Sejarah Rumah Jambatan Kecil Abad Ke 17 Di Ambleside

Jambatan Sejarah Rumah Jambatan Kecil Abad Ke 17 Di Ambleside

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 193 hits
Rumah kecil bersejarah dari abad ke 17 yang terletak di Ambleside ini merupakan salah satu bangunan yang paling sering difoto di Lake District Dibina di atas sebuah jambatan kecil sebagai strategi untuk menghindari cukai tanah rumah dua bil...
Kereta Purba Berusia 4000 Tahun Ditemui Keajaiban Terpelihara Dari Kayu Oak

Kereta Purba Berusia 4000 Tahun Ditemui Keajaiban Terpelihara Dari Kayu Oak

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 274 hits
Sebuah kereta kuno berusia 4000 tahun yang sangat terpelihara dan diperbuat terutamanya daripada kayu oak ditemui pada tahun 1956 di kampung Lchashen dekat dengan Tasik Sevan di Armenia dalam kawasan sebuah tapak pengebumian yang luas Keret...
Kejayaan Teknologi Purba Yakhch L Penyimpan Ais Pertama Di Iran

Kejayaan Teknologi Purba Yakhch L Penyimpan Ais Pertama Di Iran

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 247 hits
Yakhch l suatu penemuan yang berasal dari Iran sekitar 400 SM merupakan teknologi purba yang digunakan untuk menyimpan air batu di tengah padang pasir Struktur berbentuk kubah yang dibina daripada bata lumpur ini memanfaatkan teknik penyeju...
Insiden Kapal Petronas Diganggu Nelayan Indonesia Diselesaikan Secara Baik Pm Anwar

Insiden Kapal Petronas Diganggu Nelayan Indonesia Diselesaikan Secara Baik Pm Anwar

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 178 hits
Insiden Kapal Petronas Diganggu Nelayan Indonesia Diselesaikan Secara Baik PM Anwar KUALA LUMPUR 23 Okt Insiden kapal milik Petronas yang dikepung dan dihalau sekumpulan bot nelayan di perairan berhampiran Ketapang Pulau Madura Indonesia ba...
8 Pulau Terbaik Di Asia Tenggara National Geographic

8 Pulau Terbaik Di Asia Tenggara National Geographic

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 185 hits
8 Pulau Terbaik Di Asia Tenggara National Geographic Umum diketahui Asia Tenggara memang terkenal dengan kepelbagaian pulau dan pantainya yang menakjubkan Dengan lebih 25 000 pulau di rantau ini masing masing menyimpan pesona tersendiri yan...
Keajaiban Kejuruteraan Tahan Gempa Sejak Zaman Purba

Keajaiban Kejuruteraan Tahan Gempa Sejak Zaman Purba

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 137 hits
REKAYASA ANTI GEMPA BUMI RIBUAN TAHUN YANG LALU Ribuan tahun sebelum kemunculan sains moden pembina purba telah menguasai teknik pembinaan anti seismik yang mengagumkan Di Sacsayhuam n Peru blok batu gergasi ada yang beratnya melebihi 100 t...
Keputusan Rasmi Prn Sabah Kali Ke 17 2025

Kenapa Padi Sentral Homestay Sekinchan Wajib Masuk Wishlist Percutian Anda

Rahsia Di Sebalik Tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia Analisis Grafologi

Menjaga Keseimbangan Memahami Keputusan Masa Penuh Dalam Kehidupan

Pas Menang Kerana Personaliti Aliakbar Sokongan Akar Umbi

Prn Sabah Pkr Terima Suara Rakyat Dengan Hati Terbuka Tekad Perbaiki Kelemahan Dalaman

Dap S Total Wipe Out In Sabah A Clear Message To Also Exit S Wak Politics A Harbinger Of Its Fate In Ge16

Airbus A320 Lakukan Recall Besar Besaran Ganggu Operasi Penerbangan Global


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Setiap Kali Balik Pasar Mesti Singgah

Buah Blueberries Masam Masam Manis

Petua Cuci Ketuhar Cara Mudah Berkesan Bersihkan Ketuhar Berminyak

Tish Errda Zynakal Bukan Kita Chord

Doa 1 Disember 2025

Speed Read The Limited Edition Langen Lightspeed And More