Cipta Sejarah Siapa Sebenarnya Zohran Mamdani


Cipta Sejarah, Siapa Sebenarnya Zohran Mamdani
Pemilihan Zohran Mamdani sebagai Datuk Bandar New York mungkin tidak mengejutkan bagi ramai pemerhati politik, memandangkan kemenangannya telah pun dijangka sejak pemilihan utama Parti Demokrat pada bulan Jun.
Malah, warga New York juga sudah terbiasa melihat wajahnya di kaca televisyen dan di media sosial sejak beberapa bulan lalu.
Namun, pencapaian kali ini tetap dianggap luar biasa bagi Ahli Dewan Negeri berhaluan kiri itu, terutama di bandar metropolitan yang menjadi tumpuan dunia. Lebih-lebih lagi, beliau merupakan Muslim pertama dalam sejarah yang dipilih untuk memegang jawatan terbabit di bandar itu.
Bagi yang baru mengikuti perkembangan politik di Amerika Syarikat (AS), mungkin masih ada yang belum mengenali Mamdani. Justeru, artikel kali ini akan menyentuh serba sedikit mengenai profil dan perjalanan politik beliau.
Kredit: AFP Kenali siapa Zohran Mamdani Untuk pengetahuan, Ahli Dewan Negeri kawasan Queens yang berusia 34 tahun itu dilahirkan di Uganda dalam keluarga yang berasal dari India. Beliau telah menetap di AS sejak berusia tujuh tahun dan memperoleh kewarganegaraan AS pada 2018.
Ibunya, Mira Nair merupakan seorang pembikin filem (Monsoon Wedding, Mississippi Masala) dan bapanya Mahmood Mamdani ialah seorang profesor dan pakar yang dihormati dalam kajian Afrika.
Berikutan itu, ada sesetengah pihak yang melabel beliau sebagai nepo baby (seseorang yang mendapat kelebihan kerana latar keluarga berpengaruh).
BACA JUGA: Zohram Mamdani Menang Pemilihan Datuk Bandar New York Mamdani mendapat pendidikan di sekolah elit iaitu Sekolah Tinggi Sains Bronx, sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Kolej Bowdoin di Maine.
Menceburi bidang hiburan Pada 2015, beliau menceburi dunia rap dengan membawa nama pentas Young Cardamom.
Pun begitu, percubaannya untuk bertapak dalam industri muzik profesional tidak bertahan lama. Mamdani menggelarkan dirinya sebagai ‘artis kelas kedua’.
Minatnya terhadap politik mula tercetus apabila beliau mengetahui bahawa penyanyi rap, Himanshu Suri (dikenali sebagai Heems) menyokong seorang calon majlis bandar. Mamdani kemudian menyertai kempen tersebut sebagai aktivis akar umbi.
Kredit: AFP Beliau seterusnya bekerja sebagai penasihat pencegahan penyitaan hartanah, membantu pemilik rumah yang berdepan masalah kewangan untuk mengelakkan rumah mereka dilelong atau dirampas.
Menginjak ke tahun 2018, beliau telah dipilih sebagai wakil rakyat dari Queens, iaitu sebuah kawasan dengan masyarakat pelbagai latar belakang dan budaya.
Gelarkan diri sebagai sosialis Tiga kali dipilih sebagai wakil di kawasan itu, Mamdani menggelarkan dirinya sebagai sosialis dan membina imej sebagai seorang Muslim progresif.
Kredit: AFP Beliau memanfaatkan pengalaman lamanya dalam aktivisme untuk membina strategi kempen yang teratur termasuk gerak kerja dari rumah ke rumah, edaran risalah, serta penggunaan media sosial secara meluas dengan sentuhan jenaka.
Berkahwin dengan ilustrator dari AS, Rama Duwaji, beliau juga meletakkan matlamat untuk menjadikan bandar itu mampu didiami oleh golongan yang bukan berpendapatan tinggi iaitu majoriti daripada kira-kira 8.5 juta penduduk New York sebagai teras utama kempennya.
Sumber: AFP
The post Cipta Sejarah, Siapa Sebenarnya Zohran Mamdani appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/05/cipta-sejarah-siapa-sebenarnya-zohran-mamdani/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zohran Mamdani Who Is The New Mayor Of New York City

Zohran Mamdani Who Is The New Mayor Of New York City

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 302 hits
The biggest city in the United States has a new mayor Democrat Zohran Mamdani whose rapid political ascent has captivated US politics won the New York City mayoral election on Wednesday defeating Republican Curtis Silwa and former New York ...
Ramai Buat 5 Tabiat Buruk Ni Sebenarnya Boleh Rosakkan Otak

Ramai Buat 5 Tabiat Buruk Ni Sebenarnya Boleh Rosakkan Otak

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 168 hits
Ramai Buat 5 Tabiat Buruk Ni Sebenarnya Boleh Rosakkan Otak Umum diketahui otak merupakan organ paling penting dalam tubuh manusia Namun ramai yang tidak sedar bahawa beberapa tabiat harian yang kelihatan remeh sebenarnya boleh perlahan lah...
Keajaiban Alam Menyelami Sejarah Anjihai Grand Canyon Di Xinjiang China

Keajaiban Alam Menyelami Sejarah Anjihai Grand Canyon Di Xinjiang China

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 249 hits
The Anjihai Grand Canyon Xinjiang China Anjihai Grand Canyon yang terletak berhampiran pergunungan Tianshan di Xinjiang China adalah salah satu keajaiban geologi terbesar Bumi Terbentuk lebih dari 10 juta tahun lalu ngarai ini telah diukir ...
Sejarah Yang Terulang Menghitung Hari Menuju 2026

Sejarah Yang Terulang Menghitung Hari Menuju 2026

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 235 hits
Pernah tak terasa seolah olah baru semalam 2020 menjelma tanpa peringatan dan kini 2026 hanya tinggal dua bulan Dalam senyap kehidupan kita berubah Bukan hanya kerana peristiwa besar tetapi oleh hal hal kecil yang sering kita abaikan Kita k...
Huhu Sejarah Sakit Hati Tak Terpadam Lagi

Huhu Sejarah Sakit Hati Tak Terpadam Lagi

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 201 hits
BARISAN KIOK MELAYU SEMALAYSIA JOM SELAMATKAN NEGARA DARI ANWAR IBRAHIM TENGOK MUKA KAMI PECAH DUIT NEGARA
Kenali Siapa Sebenarnya Pm Timor Leste Kay Rala Xanana Gusm O

Kenali Siapa Sebenarnya Pm Timor Leste Kay Rala Xanana Gusm O

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 273 hits
Kenali Siapa Sebenarnya PM Timor Leste Kay Rala Xanana Gusm o Selain kehadiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ada satu lagi figura yang mencuri tumpuan ramai pada Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan kali ini Di...
What Mamdani S Win In New York Means To Malaysia

What Mamdani S Win In New York Means To Malaysia

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 250 hits
When US Democratic party candidate Zohran Mamdani won the mayoral race in New York a lot of people didn t know who he is Well at least in Malaysia For me when I heard his name the only picture that came to my mind was Adam Sandler s movie Y...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran

Bahaya Rokok Kepada Kesihatan Dan Kes

Thaipusam Hari Wilayah 2026 2 Hari Cuti Gantian Untuk Pekerja Wilayah Persekutuan

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu Fokus Hidup Baharu Demi Anak Amp Kerjaya

Hiburan Risteena Buka Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Isa Khan Sedang Bergolak Cerai Bukan Perkara Main Main

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik