Penemuan Berdasarkan Bukti Perubatan Tidak Tahu Mengenai Vvip Pakar Patologi


Penemuan Berdasarkan Bukti Perubatan, Tidak Tahu Mengenai VVIP – Pakar Patologi
KOTA KINABALU, 11 Sept (Bernama) — Seorang pakar patologi forensik yang menjalankan bedah siasat ke atas Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa penemuan dan kesimpulannya dalam kes itu, semata-mata berdasarkan kepada bukti perubatan.
Dr Jessie Hiu, 58, yang berkhidmat dengan Jabatan Perubatan Forensik di Hospital Queen Elizabeth sejak 1998, berkata beliau tidak mengetahui sebarang penglibatan VVIP atau pihak ketiga dalam kes berkenaan.
Pakar perubatan itu berkata demikian sebagai menjawab soalan peguam Datuk Ram Singh, yang mewakili seorang remaja yang didakwa membuli si mati.
Ram: Doktor, boleh saya katakan bahawa selepas menjalankan locus in quo menggunakan beberapa patung dan selepas melakukan bedah siasat, penemuan dan kesimpulan doktor adalah semata-masa berdasarkan kepada bukti perubatan serta kepakaran doktor sebagai pakar patologi forensik?
Dr Hiu: Ya.
Ram: Jawapan doktor sama sekali tidak akan dipengaruhi atau terkesan oleh dakwaan mengenai VVIP atau pihak ketiga, tetapi hanya berdasarkan kepakaran perubatan?
Dr Hiu: Saya tidak mengetahui tentang VVIP atau pihak ketiga dalam kes ini.
Apabila ditanya sama ada terdapat kemungkinan beberapa orang mengangkat remaja itu dan mencampakkannya ke tingkat bawah ketika tidak sedarkan diri, Dr Hiu berkata “Ya, tetapi orang yang mengangkatnya perlu meletakkan badan dalam posisi kaki menunjuk ke bawah dan meregangkannya dari tebing ke tempat dia jatuh, yang agak jauh jaraknya.”
Bagaimanapun, saksi itu turut memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mengetahui berapa ramai orang yang mungkin telah mengangkat mangsa.
Ram: Sekiranya Zara Qairina dipukul dengan objek tumpul sehingga menyebabkan koyakan di bahagian belakang kepalanya, adakah pukulan itu boleh menyebabkan dia pengsan atau tidak sedarkan diri?
Dr Hiu: Dalam kes ini, bukan sahaja koyakan tersebut, tetapi juga pendarahan di bawah kulit kepala – iaitu pendarahan subdural dan subarachnoid – yang menyebabkan dia tidak sedarkan diri.
Ram: Betulkah jika seseorang itu tidak sedarkan diri, akan menjadi sukar untuk mengangkat dan meletakkan badannya supaya jatuh dengan kaki terlebih dahulu di tempat dia didakwa jatuh?
Dr Hiu: Ia akan menjadi sukar untuk menahan badan dalam keadaan diregangkan ke arah tempat tersebut supaya badan jatuh dengan kaki terlebih dahulu di lokasi yang didakwa.
Ram: Secara ringkas, Zara Qairina berada dalam keadaan sedar, berdiri tegak sebelum jatuh, bukannya tidak sedarkan diri? Dr Hiu: Ya, kemungkinan besar.
Sementara itu, ketika disoal peguam Rizwandean M. Borhan yang mewakili ibu si mati, sama ada remaja itu akan menjerit kesakitan jika dia jatuh dari bangunan tiga tingkat, mendarat dengan kaki dan mengalami kecederaan tersebut, saksi berkata: “Saya tidak tahu, kerana saya hanya memeriksanya selepas kematian”.
Rizwandean: Jika si mati jatuh dari bangunan tiga tingkat, betulkah lebih berkemungkinan dia akan mengalami kecederaan yang lebih parah?
Dr Hiu: Patah tulang yang dialami si mati adalah teruk. Patah pada tulang tibia dan calcaneum, konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi. Bagaimanapun, saya tidak dapat menentukan jarak sebenar jatuh itu.
Dr Hiu, yang merupakan saksi pertama, telah melengkapkan keterangannya hari ini. Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan akan bersambung esok.
Zara Qairina meninggal dunia pada 17 Julai di Hospital Queen Elizabeth, tempat dia dimasukkan sehari lebih awal selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada jam 4 pagi.
Pada 8 Ogos, Jabatan Peguam Negara mengarahkan mayatnya digali semula untuk bedah siasat, sebelum mengumumkan satu inkues berhubung kematiannya pada 13 Ogos.
Sumber: BERNAMA
The post Penemuan Berdasarkan Bukti Perubatan, Tidak Tahu Mengenai VVIP – Pakar Patologi appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/11/penemuan-berdasarkan-bukti-perubatan-tidak-tahu-mengenai-vvip-pakar-patologi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakar Patologi Buat Laporan Polis Setelah Terima Ugutan

Pakar Patologi Buat Laporan Polis Setelah Terima Ugutan

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 1114 hits
Pakar Patologi Buat Laporan Polis Setelah Terima Ugutan KOTA KINABALU 6 Sept Polis menerima laporan daripada Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth Dr Jessie Hiu berhubung ugutan diterimanya selepas menjadi saksi di Mahkamah Koroner dalam ...
Pakar Patologi Inkues Zara Buat Repot Polis Kerana Diancam Warganet

Pakar Patologi Inkues Zara Buat Repot Polis Kerana Diancam Warganet

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 2051 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pakar patologi forensik Dr Jessie Hiu melaporkan kepada polis ancaman diterima daripada warganet susulan keterangannya dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir Perkara itu disahkan Ketua Polis Kota Kinabalu Kas...
Hiburan Terima Ugutan Pakar Patologi Kes Zara Buat Laporan Polis

Hiburan Terima Ugutan Pakar Patologi Kes Zara Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 3693 hits
Polis menerima laporan daripada Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth Dr Jessie Hiu selepas menerima ugutan kerana menjadi saksi dalam inkues kematian pelajar Zara Qairina Mahathir Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda mengesahk...
Kecederaan Zara Qairina Sepadan Akibat Jatuh Bukan Dipukul Pakar Patologi

Kecederaan Zara Qairina Sepadan Akibat Jatuh Bukan Dipukul Pakar Patologi

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 2833 hits
Bernama nbsp Dr Jessie Hiu berkata Zara Qairina dipercayai melompat atau bergayut sebelum ditemukan tidak sedarkan diri Gambar fail BernamaKOTA KINABALU Seorang pakar patologi forensik yang menjalankan bedah siasat ke atas Allahyarhamah Zar...
Inkues Kematian Zara Qairina Pakar Patologi Laporkan Ubat Antisawan Di Kesan Dalam Tisu Buah Pinggang

Inkues Kematian Zara Qairina Pakar Patologi Laporkan Ubat Antisawan Di Kesan Dalam Tisu Buah Pinggang

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 6313 hits
KOTA KINABALU Bedah siasat terhadap jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak mengesan sebarang dadah dalam anggota tubuh arwah Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth Dr Jessie Hiu berkata bagaimanapun terdapat Phenytoin dikesan dala...
Jabatan Peguam Negara Sebanyak 70 Saksi Termasuk Pakar Patologi Akan Beri Keterangan Inkues Kematian Zara

Jabatan Peguam Negara Sebanyak 70 Saksi Termasuk Pakar Patologi Akan Beri Keterangan Inkues Kematian Zara

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 2996 hits
KUALA LUMPUR Sebanyak 70 orang saksi termasuk pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas jenazah pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir akan dipanggil untuk memberi keterangan pada prosiding inkues berhubung kematian remaja ...
Pakar Patologi Sahkan Kematian Zara Qairina Bukan Akibat Terjatuh Biasa

Pakar Patologi Sahkan Kematian Zara Qairina Bukan Akibat Terjatuh Biasa

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 2166 hits
Kehilangan anak remaja Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir 13 tahun terus meruntun hati masyarakat Terbaru hasil keterangan seorang pakar patologi dalam prosiding inkues di Mahkamah Koroner mengesahkan bahawa punca kematian arwah bukanlah k...
Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai

Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 5827 hits
KOTA KINABALU Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam keadaan yang kritikal ketika dibawa ke Hospital Queen Elizabeth pada awal pagi 16 Julai lalu Pakar Patologi Forensik di Jabatan Perubatan Forensik HQE Dr Jessie Hiu berkata keadaan arwah...
Polis Tahan Suspek Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina

Polis Tahan Suspek Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 2682 hits
Polis Tahan Suspek Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina KOTA KINABALU 7 Sept Polis telah menahan seorang lelaki berusia 61 tahun di Semporna pagi ini kerana disyaki mengugut pakar patologi yang terlibat dalam inkues Zara Qairina Mahathir...
41 Malaysians Lack Consistent Savings According To Sun Life Malaysia S 2025 Financial Resilience Index

How Us Malaysia Trade Pact Sells Our Sovereignty Short

Dr M Slams Us Malaysia Trade Deal Accuses Govt Of Selling Out Sovereignty

Tng Digital Introduces An In App Ev Charging Network That Simplifies Access To Multiple Operators

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

Saifuddin Cites New Leads In Search For Muhyiddin S Fugitive Son In Law

Amd Powers U S Sovereign Ai Factory Supercomputers Accelerating An Open American Ai Stack


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lawatan Ke Hatnyai 24 11 2023 27 11 2023

Yummy Lean Ground Beef High Protein Recipe

Keropok Inang Inang Beras Pulut

Warung Teratak Bonda Arau Tempat Makan Best Di Perlis Dengan View Sawah Bendang

Tak Semua Lelaki Gagal

Rugi Kalau Tak Minum Air Barli Khasiat Air Barli Yang Luar Biasa Untuk Kesihatan