Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai




KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam keadaan yang kritikal ketika dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada awal pagi 16 Julai lalu.
Pakar Patologi Forensik di Jabatan Perubatan Forensik HQE, Dr Jessie Hiu, berkata keadaan arwah ketika tiba di HQE pada jam 4.38 pagi pada angka 3/15 (E1V1M1) Glasgow Coma Score.
Beliau yang memberi keterangan sebagai saksi pertama inkues kematian Zara, berkata angka itu menunjukkan arwah mengalami kecederaan otak yang teruk.
"Dia dalam keadaan tidak sedarkan diri. Satu amaran trauma kemudian diaktifkan pada jam 4.42 pagi. Dia dibuat penilaian dan diurus oleh pasukan pelbagai disiplin," katanya ketika membacakan keterangan bertulisnya.
Beliau berkata, pemeriksaan klinikal, imbasan Tomografi Berkomputer (imbasan CT); Computed Tomography Angiography scan (CTA scan) dan radiograf kemudian dijalankan.
Pemeriksaan itu, katanya mendedahkan hematoma kulit kepala di bahagian atas, pendarahan intrakranial dengan pembengkakan otak, ensefalopati iskemik hipoksik, patah bahagian distal jejari kiri (tulang lengan bawah), subluksasi (dislokasi) sendi pergelangan tangan kiri, patah tulang tibia kiri dan luka di bahagian pergelangan kaki kiri.
Selain itu, katanya, pemeriksaan juga mendapati patah pertiga distal tibia kiri (patah tulang kaki kiri), subluksasi sendi buku lali (dislokasi), patah kominutif calcaneum kiri (patah tulang kaki kiri) dan patah vertebra lumbar kedua hingga keempat (tulang belakang bawah).
Turut dikesan, katanya mangsa mengalami hematoma otot Psoas kiri dan hematoma tisu pelvis ekstraperitoneal.
"Dia meninggal dunia akibat kecederaan otak traumatik yang teruk dengan ensefalopati iskemia hipoksik pada jam 1.07 tengah hari, 17 Julai 2025," katanya.
Dr Jessie, 58, yang berkhidmat di HQE sejak 1998 memiliki kelayakan ijazah perubatan dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1991 dan Ijazah Sarjana dalam bidang patologi dari Universiti Malaya pada 1998.
Beliau juga adalah ahli Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Malaysian Society of Forensic Medicine and Science dan Indo-Pacific Association of Law, Medicine and Science.
Katanya, beliau mengendalikan dan menyelia antara 100 hingga 150 pemeriksaan bedah siasat setahun, selain memberi keterangan sebagai pakar perubatan antara 10 hingga 15 kali setahun di Mahkamah Majistret, Sesyen dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Pada prosiding itu, Pegawai Pengendali, Datuk Badiuszaman Ahmad turut meminta beberapa penjelasan mengenai keterangan bertulis Dr Jessie, termasuk berkaitan 172 keping gambar bedah siasat jenazah arwah Zara Qairina.
Dr Jessie memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Turut hadir peguam mewakili ibu dan bapa arwah Zara Qairina dan peguam yang mewakili lima tertuduh remaja yang berdepan pertuduhan buli di Mahkamah Kanak-Kanak.#BeritaHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/09/pakar-patologi-dr-jessie-hiu-dakwa-zara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inkues Kematian Zara Qairina Mangsa Tidak Di Rujuk Ke Pusat Khidmat Krisis Bersepadu Hospital Queen Elizabeth

Inkues Kematian Zara Qairina Mangsa Tidak Di Rujuk Ke Pusat Khidmat Krisis Bersepadu Hospital Queen Elizabeth

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 4327 hits
KOTA KINABALU Mahkamah Koroner diberitahu Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak dirujuk ke Pusat Khidmat Krisis Bersepadu yang ada di Hospital Queen Elizabeth ketika arwah dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan pada 16 ...
Inkues Kematian Zara Qairina Pakar Patologi Laporkan Ubat Antisawan Di Kesan Dalam Tisu Buah Pinggang

Inkues Kematian Zara Qairina Pakar Patologi Laporkan Ubat Antisawan Di Kesan Dalam Tisu Buah Pinggang

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 6237 hits
KOTA KINABALU Bedah siasat terhadap jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak mengesan sebarang dadah dalam anggota tubuh arwah Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth Dr Jessie Hiu berkata bagaimanapun terdapat Phenytoin dikesan dala...
Kecederaan Zara Qairina Sepadan Akibat Jatuh Bukan Dipukul Pakar Patologi

Kecederaan Zara Qairina Sepadan Akibat Jatuh Bukan Dipukul Pakar Patologi

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 2748 hits
Bernama nbsp Dr Jessie Hiu berkata Zara Qairina dipercayai melompat atau bergayut sebelum ditemukan tidak sedarkan diri Gambar fail BernamaKOTA KINABALU Seorang pakar patologi forensik yang menjalankan bedah siasat ke atas Allahyarhamah Zar...
Pakar Patologi Sahkan Kematian Zara Qairina Bukan Akibat Terjatuh Biasa

Pakar Patologi Sahkan Kematian Zara Qairina Bukan Akibat Terjatuh Biasa

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 2144 hits
Kehilangan anak remaja Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir 13 tahun terus meruntun hati masyarakat Terbaru hasil keterangan seorang pakar patologi dalam prosiding inkues di Mahkamah Koroner mengesahkan bahawa punca kematian arwah bukanlah k...
Polis Tahan Suspek Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina

Polis Tahan Suspek Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 2626 hits
Polis Tahan Suspek Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina KOTA KINABALU 7 Sept Polis telah menahan seorang lelaki berusia 61 tahun di Semporna pagi ini kerana disyaki mengugut pakar patologi yang terlibat dalam inkues Zara Qairina Mahathir...
Pakar Tolak Kemungkinan Kematian Zara Qairina Di Sebabkan Terjatuh Secara Tidak Sengaja Atau Pun Di Tolak

Pakar Tolak Kemungkinan Kematian Zara Qairina Di Sebabkan Terjatuh Secara Tidak Sengaja Atau Pun Di Tolak

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 4376 hits
KOTA KINABALU Pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir tidak mungkin terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari koridor di tingkat tiga bangunan asrama sekolahnya dalam kejadian awal pagi 16 Julai lalu Pendedahan itu dibuat Pakar P...
Jabatan Peguam Negara Sebanyak 70 Saksi Termasuk Pakar Patologi Akan Beri Keterangan Inkues Kematian Zara

Jabatan Peguam Negara Sebanyak 70 Saksi Termasuk Pakar Patologi Akan Beri Keterangan Inkues Kematian Zara

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 2931 hits
KUALA LUMPUR Sebanyak 70 orang saksi termasuk pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas jenazah pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir akan dipanggil untuk memberi keterangan pada prosiding inkues berhubung kematian remaja ...
Bayi Baru Lahir Di Hospital Kerajaan Diberi Nama Zara Qairina

Bayi Baru Lahir Di Hospital Kerajaan Diberi Nama Zara Qairina

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 1491 hits
Satu wad sebak nama bayi Zara QairinaKOSMO Norazlina bersama bayi perempuan yang diberi nama Zara Qairina PETALING JAYA Kelahiran seorang bayi yang diberi nama Zara Qairina menyentuh hati warga unit kesihatan keluarga sebuah hospital keraja...
Hiburan Terima Ugutan Pakar Patologi Kes Zara Buat Laporan Polis

Hiburan Terima Ugutan Pakar Patologi Kes Zara Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 3613 hits
Polis menerima laporan daripada Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth Dr Jessie Hiu selepas menerima ugutan kerana menjadi saksi dalam inkues kematian pelajar Zara Qairina Mahathir Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda mengesahk...
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Resipi Kek Cupcake Apam Chocolate Moist Tiktok Iena Bakery

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Week Number 39 52

Kod Bahasa Yang Selalu Digunakan Oleh Doktor

Onoplus 15 Onoplus Top 46 By Marina

Prep Daging Menu Sihat

8 Kali Jantung Terhenti Seolah Olah Tak Ada Harapan Kongsi Buat Solat Hajat Untuk A Aida Kebaikan Ameng Dipuji Netizen

Sopan Dan Cantik Erissa Puteri Dan Gadis Veil Viral Diraikan Dalam Majlis Resepsi Di Kelantan Netizen Puji