Penduduk Pulau Sebatik Diminta Segera Dapatkan Vaksin Cansino


650 di Pulau Mantanani penerima pertama vaksin CanSino


TAWAU: Penduduk Pulau Sebatik diminta untuk segera mendapatkan suntikan vaksin jenis CanSino yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di Pulau tersebut sejak Khamis lalu.

Vaksin satu dos itu adalah kemudahan yang diberikan oleh KKM kepada penduduk yang tinggal jauh dari pusat bandar khasnya di kawasan pedalaman termasuk penduduk di pulau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir berkata penduduk Pulau Sebatik antara terawal menerima suntikan vaksin jenis CanSino di negeri ini.

“Sejak kelmarin sebanyak 851 dos vaksin CanSino telah diberikan membabitkan penduduk di Kampung Sungai Pukul (281), Bergosong (369) dan Serudong Laut (201).

“Seramai 4,000 penduduk di Pulau Sebatik layak divaksin dan saya berharap mereka akan mengambil peluang yang ada sekarang untuk menerima suntikan itu,” katanya.

LAWAT: Hassan ketika melawat PPV Dewan Sri Tamang, Kampung Tamang, Pulau Sebatik, di sini kelmarin. Beliau berkata demikian semasa ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Sri Tamang, Kampung Tamang, Pulau Sebatik, di sini kelmarin.

Menurutnya, pihaknya yakin Pulau Sebatik akan mendapatkan imuniti kelompok sebelum bulan Oktober depan.

“Saya melihat sambutan vaksinasi di Pulau Sebatik sangat menggalakkan dan sasaran di setiap PPV mencapai tahap memuaskan.

“Sebelum ini, kita risau sebab ramai penduduk di sini terpengaruh dengan berita tidak betul mengenai vaksin COVID-19.

“Namun, dengan bantuan semua pihak termasuk KKM, Jabatan Penerangan Tawau dan semua agensi, akhirnya mereka semakin positif untuk menerima vaksin,” katanya.

ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir Hassan berkata, pihaknya melalui Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik, dan semua ketua masyarakat akan sentiasa membantu setiap program yang dilakukan oleh KKM.

“Kami akan mengesan semua penduduk yang belum menerima vaksin dan program bersama KKM ini akan sentiasa diteruskan sehingga imuniti kelompok dapat dicapai,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Tawau, Dr Nurshazrah Najwa Zaini berkata pihaknya sasarkan sebanyak lebih 1,000 dos vaksin jenis CanSino diberikan di Pulau Sebatik kali ini.

Katanya, selain vaksin CanSino pihaknya juga menyediakan vaksin jenis Pfizer khas untuk ibu mengandung.

“Saya melihat kejayaan pemberian vaksin yang dibuat di Pulau Sebatik adalah satu pencapaian yang bagus dan memberangsangkan.

“Saya berharap program vaksinasi di Pulau Sebatik berjalan lancar dengan bantuan pelbagai pihak termasuklah para sukarelawan dan ketua masyarakat di sini,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Harun Maddasa dan Pegawai Penerangan Tawau, Azuary Abdul Azis. - Utusan Borneo


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/penduduk-pulau-sebatik-diminta-segera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tipu Sijil Vaksin Untuk Dapatkan Kemudahan Yang Kerajaan Umumkan

Tipu Sijil Vaksin Untuk Dapatkan Kemudahan Yang Kerajaan Umumkan

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 983 hits
Tipu sijil vaksin Kecoh baru baru ni baca kat facebook ada pekerja pusat vaksin tunjuk screenshot seorang kawan dia yang anti vaksin minta untuk pekerja ni buat sijil vaksin konon konon macam dia dah vaksin padahal dia memilih untuk tak nak...
25 8 Penduduk Dewasa Di Sabah Lengkap 2 Dos Vaksin

25 8 Penduduk Dewasa Di Sabah Lengkap 2 Dos Vaksin

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 488 hits
Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan Dr Johari Awang Besar menerima suntikan vaksin COVID 19 di Klinik Kesihatan Sandakan baru baru ini Foto BERNAMA 43 9 peratus penduduk dewasa Sabah terima vaksin dos pertama KOTA KINABALU Setakat ini 25 8 p...
Covid 19 Ketua Kampung Jkkk Diminta Pantau Pergerakan Keluar Masuk Penduduk

Covid 19 Ketua Kampung Jkkk Diminta Pantau Pergerakan Keluar Masuk Penduduk

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 315 hits
Situasi terkini kes Covid19 dan taburan kes mengikut Mukim bagi daerah Tuaran serta kes Covid19 Malaysia 19 Ogos 2021 Penularan jangkitan Covid 19 yang kini telah merebak ke kawasan luar bandar amat membimbangkan penduduk kampung Sehubungan...
Gerakkan Segera Bantuan Kepada Penduduk Terjejas Muhyiddin

Gerakkan Segera Bantuan Kepada Penduduk Terjejas Muhyiddin

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 198 hits
Oleh NOR IDAYU BOSRO MuhyiddinPUTRAJAYA Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap kerajaan negeri Kedah serta agensi agensi berkaitan dapat menggerakkan segera semua bentuk bantuan kepada penduduk di beberapa kampung yang terlibat dalam bencana ban...
Golongan Anti Vaksin Malaysia Sanggup Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Sijil Palsu Lengkap 2 Dos Vaksin

Golongan Anti Vaksin Malaysia Sanggup Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Sijil Palsu Lengkap 2 Dos Vaksin

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 374 hits
Semenjak kerajaan mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard bagi mereka yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid 19 golongan anti vaksin masih berdegil untuk mendapatkan suntikan vaksin dan kini sedang gigih mencari jalan un...
Covid 19 Pulau Pinang Terima 20 000 Vaksin Dari Selangor Bersatumenerajui

Covid 19 Pulau Pinang Terima 20 000 Vaksin Dari Selangor Bersatumenerajui

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 296 hits
Pulau Pinang menerima sumbangan 20 000 dos vaksin COVID 19 daripada kerajaan negeri Selangor hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata pihaknya berbesar hati menerima sumbangan ini dan berharap ia akan membantu mempercepatka...
Sabah Terima Kumpulan Pertama Vaksin Cansino Sebanyak 53 000 Dos

Sabah Terima Kumpulan Pertama Vaksin Cansino Sebanyak 53 000 Dos

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 266 hits
Dr Rose Nani berkata ia merupakan kumpulan pertama bagi bekalan vaksin dos tunggal yang akan dibekalkan secara berperingkat ke Sabah Gambar ihsan JKN Sabah KOTA KINABALU Sabah hari ini menerima kumpulan pertama vaksin COVID 19 jenis CanSino...
Rasuah Doktor Untuk Dapatkan Sijil Vaksin

Rasuah Doktor Untuk Dapatkan Sijil Vaksin

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 299 hits
Kinik swasta itu memaklumkan menerima banyak panggilan telefon sejak kebelakangan ini yang mahu membeli sijil vaksinasi berkenaan KELONGGARAN yang diberikan kerajaan terhadap individu menerima vaksin lengkap menyebabkan ada pihak yang menga...
Belum Dapat Sertifikat Vaksin Covid 19 Kemenkes Minta Masyarakat Segera Lapor

Belum Dapat Sertifikat Vaksin Covid 19 Kemenkes Minta Masyarakat Segera Lapor

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 253 hits
Keberadaannya saat ini tergolong penting karena menjadi syarat dalam melakukan perjalanan atau syarat akses ke sejumlah fasilitas publik
13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

Di Balik Layar Dakwah Yufid

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

Education Ministry To Announce Form Six Admission Offers Tomorrow

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Oath Of Office A Testament To Our Founding Fathers Genius

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Dari Derita Ke Kaya Raya Inilah Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations