Sabah Terima Kumpulan Pertama Vaksin Cansino Sebanyak 53 000 Dos


Dr Rose Nani berkata, ia merupakan kumpulan pertama bagi bekalan vaksin dos tunggal yang akan dibekalkan secara berperingkat ke Sabah. - Gambar ihsan JKN Sabah.


KOTA KINABALU : Sabah hari ini menerima kumpulan pertama vaksin COVID-19 jenis CanSino sebanyak 53,000 dos manakala kumpulan seterusnya vaksin dos tunggal itu dijangka turut diterima pada bulan ini, kata Pengarah Kesihatan Negeri Dr Rose Nani Mudin.

Beliau berkata vaksin itu dapat membantu melancarkan program vaksinasi di Sabah dan sehingga semalam, lebih 1.46 juta penduduk di negeri tersebut menerima dos pertama vaksin COVID-19 manakala 866,228 orang lagi telah melengkapkan dua dos suntikan.

“Kadar vaksinasi orang dewasa iaitu 18 tahun dan lebih di Sabah telah mencapai 53.3 peratus (dos pertama) dan 31.4 peratus daripada mereka telah menerima dua dos lengkap,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dilaporkan berkata kerajaan negeri mengemukakan permohonan agar Sabah diberi keutamaan untuk menerima CanSino dan telah memohon 1.8 juta dos vaksin jenis itu kepada Kerajaan Persekutuan.

Dr Rose Nani berkata Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah terus mempergiat vaksinasi di kawasan pedalaman dan sukar dicapai selain terus membuka pusat pemberian vaksin secara jumpa terus.

Beliau berkata berdasarkan data jabatan itu, sebanyak 80 hingga 90 peratus pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) merupakan individu yang tidak divaksin, oleh itu, beliau menyeru agar semua penduduk mendapatkan vaksinasi.

“Pada masa ini, jangkitan COVID-19 telah pun berleluasa dalam komuniti, semua orang berisiko untuk menjangkiti dan dijangkiti. Pada masa ini juga, tindakan pencegahan di peringkat individu adalah kunci utama menghalang penyebaran virus ini.

“Pematuhan SOP iaitu sentiasa memakai pelitup muka di tempat awam dan terbuka, mengamalkan penjarakan fizikal satu meter, tidak bersentuhan dan kerap mencuci tangan mesti dilakukan di mana pun mereka berada,” katanya.

Mengulas kes lambat daftar, Dr Rose Nani berkata ia terjadi apabila kes yang dikesan meningkat mengakibatkan beban ujian makmal dan kerja petugas turut meningkat.

Katanya sehubungan itu, beberapa langkah penambahbaikan sedang dilakukan termasuk penyumberluaran, meningkatkan jumlah anggota yang menjalankan ujian, memanjangkan waktu bertugas di makmal sehingga 12 tengah malam dan meningkatkan keupayaan ujian secara teknikal. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/sabah-terima-kumpulan-pertama-vaksin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana 200 000 Bekalan Vaksin Cansino Untuk Sabah

Mana 200 000 Bekalan Vaksin Cansino Untuk Sabah

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 243 hits
DARELL LEIKING KOTA KINABALU Parti Warisan Sabah menggesa Perdana Menteri segera memastikan bekalan vaksin dos tunggal CanSino dihantar ke Sabah seperti yang dijanjikan sebelum ini Sebanyak 200 000 vaksin CanSino dijadualkan dihantar ke Sab...
Pengalaman Suntikan Dos Pertama Vaksin Sinovac 01 08 2021 Inilah Tarikh Saya Menerima Dos

Pengalaman Suntikan Dos Pertama Vaksin Sinovac 01 08 2021 Inilah Tarikh Saya Menerima Dos

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 401 hits
AssalamualaikumPengalaman Suntikan Dos Pertama Vaksin Sinovac 01 08 2021 Inilah tarikh saya menerima suntikan dos pertama Disebabkan tak tahu keadaan di PPV macamana memang seram sejuk jugalah saya ni Perasaan takut melebihi teruja Saya ni ...
Kerjasama Ph Selangor Sumbang 20 000 Dos Vaksin Ke P Pinang

Kerjasama Ph Selangor Sumbang 20 000 Dos Vaksin Ke P Pinang

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 333 hits
Kerjasama antara negeri negeri Pakatan Harapan terbukti dengan pemberian 20 000 dos vaksin Covid 19 sumbangan Selangor ke Pulau Mutiara Menurut kenyataan bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Menteri Pulau Pinan...
Golongan Anti Vaksin Malaysia Sanggup Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Sijil Palsu Lengkap 2 Dos Vaksin

Golongan Anti Vaksin Malaysia Sanggup Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Sijil Palsu Lengkap 2 Dos Vaksin

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 381 hits
Semenjak kerajaan mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard bagi mereka yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid 19 golongan anti vaksin masih berdegil untuk mendapatkan suntikan vaksin dan kini sedang gigih mencari jalan un...
Vaksin Dos Pertama Di Regency Specialist Hospital

Vaksin Dos Pertama Di Regency Specialist Hospital

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 382 hits
VAKSIN DOS PERTAMA DI REGENCY SPECIALIST HOSPITAL Alhamdulillah selesai dos pertama pada awal ogos hari tu Ingatkan nak tunda je tarikh untuk vaksin tu sebab tarikh tu sama dengan tarikh kakak appointment kat hospital Alhamdulillah kakak pu...
Pengalaman Dos Pertama Vaksin Sinovac

Pengalaman Dos Pertama Vaksin Sinovac

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 371 hits
Pengalaman dos pertama Vaksin Sinovac Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari ini merupakan hari kedua selepas aku terima suntikan dos pertama vaksin pada 20 ogos 2021 Mulanya nak menulis pada hari pertama tapi apakan daya banyak sangat ke...
25 8 Penduduk Dewasa Di Sabah Lengkap 2 Dos Vaksin

25 8 Penduduk Dewasa Di Sabah Lengkap 2 Dos Vaksin

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 492 hits
Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan Dr Johari Awang Besar menerima suntikan vaksin COVID 19 di Klinik Kesihatan Sandakan baru baru ini Foto BERNAMA 43 9 peratus penduduk dewasa Sabah terima vaksin dos pertama KOTA KINABALU Setakat ini 25 8 p...
Covid 19 Pulau Pinang Terima 20 000 Vaksin Dari Selangor Bersatumenerajui

Covid 19 Pulau Pinang Terima 20 000 Vaksin Dari Selangor Bersatumenerajui

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 301 hits
Pulau Pinang menerima sumbangan 20 000 dos vaksin COVID 19 daripada kerajaan negeri Selangor hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata pihaknya berbesar hati menerima sumbangan ini dan berharap ia akan membantu mempercepatka...
Kes Nenek Terima 2 Dos Vaksin Sehari

Kes Nenek Terima 2 Dos Vaksin Sehari

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 200 hits
Somwang menunjukkan lengan kanannya kepada anak lelakinya Boonsong ketika bercakap dengan media Thailand mengenai pengalamannya yang mendapat dua suntikan vaksin AstraZeneca pada 14 Ogos lalu Bangkok Post BANGKOK Seorang wanita warga emas d...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Daqmie Korbankanlah Chord

Wedding Favors On A Budget Custom Keepsakes That Look Luxe

Filem Martabat Misi Berdarah

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ke Segar Amat Lane Bersama Anak Anak Buah

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

June 10 2025

Ameera Khan Saya Bukan Melayu Tapi Masih Nikmati Keistimewaan Melayu

Empty Page Lupakanku Chord

Kereta Terjatuh Wanita Sempat Hulur Bayi Kepada Suami Sebelum Hanyut Dalam Sungai Triang Di Bera