Tipu Sijil Vaksin Untuk Dapatkan Kemudahan Yang Kerajaan Umumkan


Tipu sijil vaksin?Kecoh baru-baru ni baca kat facebook ada pekerja pusat vaksin tunjuk screenshot seorang kawan dia yang anti vaksin minta untuk pekerja ni buat sijil vaksin konon-konon macam dia dah vaksin padahal dia memilih untuk tak nak vaksin. Tak percaya vaksin. Ermmmm. Jujurnya lah, orang macam ni menyusahkan orang lain. Ko tak nak vaksin lepas tu bila kerajaan dah buat pengumuman wajib ada 2 dos vaksin untuk masuk kedai makan, kedai rambut & semua kedai yang lain, udah meroyan marah-marah kerajaan pula. Itu yang agaknya sampai ada sanggup tipu sijil vaksin untuk gunakan kemudahan yang kerajaan dah bagi untuk yang dah cukup dos vaksin. Orang lain sanggup di cucuk vaksin untuk lindung diri sendiri & keluarga, orang sekeliling. Dia nak main tipu. Eiiii. Dah tak nak vaksin suka hati lah, kan sebab itu pilihan sendiri. Jadi sekarang kerajaan bagi kemudahan untuk yang cukup dos vaksin, pilihan kerajaan. Jadi pilihan masing-masing lah kan. Setiap pilihan ada pro & kontra gitu. 
Suka atau tak buat masa sekarang, ini peraturan baru yang kerajaan dah tetapkan memandangkan kita masih dalam pandemik COVID19 sejak tahun lepas. Jadi suka ke tak suka ke, ikut saja lah sebab kita rakyat biasa. 
Untuk yang dah vaksin, tahniah untuk diri sendiri termasuklah k.fiezz juga sebab kita berusaha bantu kerajaan untuk kurangkan penyebaran virus berbahaya ni. 
Sejak pandemik melanda, hari-hari di berita atau sosial media ada je cerita-cerita dari keluarga / kenalan yang terkena virus covid ni. Ada yang jangkitannya tak teruk sangat & ada juga yang agak teruk. Bila baca pengalaman diaorang yang terkena virus ni & apa effect nya memang seriau dengar. Minta lah dijauhkan k.fiezz & keluarga dan korang juga dijauhkan dari virus ni. 
DAH VAKSINKorang dah vaksin? k.fiezz dah. Alhamdulillah. Lega dah setel part vaksin ni. Tak ada duk risau bila lah nak dapat turn untuk vaksin. Yang mana masih menunggu giliran, harap bersabar. Insyallah. Cepat atau lambat sampai turn korang. Ada setengah negeri dah ada PPV Walk in. Kalau ada kemudahan yang ni, terus je lah volunteer. Lagi senang. Untuk kita yang dah cukup vaksin 2 dos, alhamdulillah kerajaan dah bagi kebenaran kemudahan untuk bergerak terutama nak ke kedai-kedai / pasaraya. 
Entry berkaitan < Selesai Dua Dos Vaksin COVID >
Sikit kelegaan di situ sebab dah cukup dos vaksin, boleh masuk kedai/pasaraya tanpa was-was. Tapi walaupun macam itu idak lah kita nak hoorey hoorey sangat pun. SOP tetap jaga & wajib pakai mask. 
Kemudahan Bagi Yang Dah Cukup 2 Dos Vaksin

ANTI - VAKSINIsu ni agak sensitif nak cakap lebih-lebih sebab pilihan untuk vaksin atau tidak pilihan diri sendiri. Kerajaan tak boleh nak paksa untuk kita di vaksin. Bagi anti-vaksin, diaorang tak nak di vaksin atas sebab yang diaorang lebih tahu. Ada yang tak nak di vaksin ni sebab katanya was-was dengan kandungan vaksin, agenda pihak tertentu, takut kesan sampingan selepas vaksin,  takut jarum (mungkin.haha) & ada lah lagi alasan-alasan yang diaorang lebih tahu. 
Apapun ikut lah sendiri untuk buat pilihan yang mana terbaik bagi diri sendiri, keluarga & orang sekeliling. Cuma kita kena ingat juga, Allah suka orang yang berusaha. Jadi tak salah kita usaha dengan vaksin kan diri. Selebihnya terserah pada Allah. Kita cuma usaha dengan ikhtiar vaksin ni untuk lindung diri sendiri, keluarga & orang sekeliling dari menyebarkan virus ni secara tak sedar. Tak lah bermaksud bila dah vaksin ni, kita kebal dari virus ni. Tapi kurang-kurangnya dapat kurangkan risiko jangkitan & kalau terkena pun, virus ni tak merebak dengan teruk dalam badan kita. Insyallah. Kita hanya berusaha, selebihnya berserah pada Allah. VAKSIN ATAU TIDAK PILIHAN SENDIRIBagi anti vaksin yang tetap dengan keputusan untuk tak nak vaksin, jangan marah bila kerajaan dah buat peraturan baru sekarang, nak ke mana-mana wajib ada dua dos vaksin. Pilihan masing-masing, kan?Jangan cakap kerajaan pilih kasih ke apa. Buat masa sekarang, ini keputusan yang terbaik untuk semua. 
Untuk anti vaksin, bila dah buat pilihan tak nak di vaksin ni akan sebabkan pergerakan diaorang akan jadi terhad. Huhu. Apa nak buat, vaksin atau tidak itu pilihan sendiri.  Mungkin sebabkan pergerakan terhad sampai ada yang ambil kesempatan untuk tipu sijil vaksin bagi dapatkan kemudahan macam yang dah cukup 2 dos vaksin. 
Bagi kita yang dah cukup dos vaksin, untuk elakkan sijil kita di salah guna, sila ambil perhatian 3 pantang larang dibawah ni : -
Jangan upload sijil vaksin kita di sosial media. Jangan tunjuk batch number vaksin kitaJangan tunjuk status MySejahtera kita

Jadi hati-hati tau kalau nak upload sijil digital vaksinasi kita ni di sosial media. Banyak mata yang memerhati. Mana lah kita nak tahu antara senarai kawan-kawan kita yang ada anti vaksin atau tak. Yang kita kenal, si A macam tu. Okey je. Tapi rupanya yang kita tak tahu dia anti vaksin. Bila macam sekarang ni pergerakan tak nak di vaksin ni jadi terhad, memang tak mustahil ada yang sanggup tipu sijil vaksin. Jadi untuk kita yang jujur & sanggup di vaksin, kena hati-hati terutama bila upload sijil vaksinasi kita di sosial media. K.fiezz perasan ada juga yang kongsi sijil ni secara terbuka di platform sosial media masing-masing. K.fiezz pun haritu nak buat juga sebab nak tunjuk lah sis bukan anti vaksin. haha. Tapi nasib baik tak jadi upload sebab was-was. Lepas tu terbaca kisah yang kat atas tu. Erkkk. Nasib sis tak upload weii.  
So to be safe, tak perlu upload vaccination certificate di sosial media kita

Nak sangat share gambar kita dah ambil vaksin, pi lah posing kat photobooth yang PPV dah sediakan. Lagi senang macam tu. Suka hati nak buat pose macamana pun. 

So korang pilh yang mana?Vaksin atau tak nak Vaksin?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2021/08/Tipu-Sijil-Vaksin-Untuk-Dapatkan-Kemudahan-Yang-Kerajaan-Umumkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasuah Doktor Untuk Dapatkan Sijil Vaksin

Rasuah Doktor Untuk Dapatkan Sijil Vaksin

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 266 hits
Kinik swasta itu memaklumkan menerima banyak panggilan telefon sejak kebelakangan ini yang mahu membeli sijil vaksinasi berkenaan KELONGGARAN yang diberikan kerajaan terhadap individu menerima vaksin lengkap menyebabkan ada pihak yang menga...
Golongan Anti Vaksin Malaysia Sanggup Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Sijil Palsu Lengkap 2 Dos Vaksin

Golongan Anti Vaksin Malaysia Sanggup Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Sijil Palsu Lengkap 2 Dos Vaksin

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 343 hits
Semenjak kerajaan mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard bagi mereka yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid 19 golongan anti vaksin masih berdegil untuk mendapatkan suntikan vaksin dan kini sedang gigih mencari jalan un...
Kod Qr Boleh Diimbas Sekali Sahaja Ini Cara Semak Ketulenan Sijil Digital Vaksin

Kod Qr Boleh Diimbas Sekali Sahaja Ini Cara Semak Ketulenan Sijil Digital Vaksin

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 719 hits
Cara Semak Ketulenan Sijil Digital Vaksin Kerajaan baru baru ini telah memberikan beberapa kelonggaran dan kemudahan tambahan bagi sektor sosial dan ekonomi kepada individu yang telah lengkap dos vaksin Covid 19 antaranya kebenaran makan di...
Gara Gara Enggan K0ngsi Sijil Vaksin Wanita Ini Dimakl Dan Dihlna Kenalan Yang Antlvaksin

Gara Gara Enggan K0ngsi Sijil Vaksin Wanita Ini Dimakl Dan Dihlna Kenalan Yang Antlvaksin

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 279 hits
Sejak mulai pandemik melanda dunia orang ramai sudah mulai mengharapkan kehadiran vaksin dapat meredakan isu yang berlaku Hampir setahun menanti vaksin telah berjaya dihasilkan dan ditawarkan kepada pelbagai negara Di sebalik pelbagai usaha...
Penduduk Pulau Sebatik Diminta Segera Dapatkan Vaksin Cansino

Penduduk Pulau Sebatik Diminta Segera Dapatkan Vaksin Cansino

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 236 hits
650 di Pulau Mantanani penerima pertama vaksin CanSino TAWAU Penduduk Pulau Sebatik diminta untuk segera mendapatkan suntikan vaksin jenis CanSino yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan di Pulau tersebut sejak Khamis lalu Vaksin satu dos...
Kerajaan Pun Tak Boleh Paksa Edika Yusof Ulas Isu 779 Guru Tolak Vaksin

Kerajaan Pun Tak Boleh Paksa Edika Yusof Ulas Isu 779 Guru Tolak Vaksin

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 502 hits
Rentetan daripada isu 779 guru yang menolak suntikan vaksin COVID 19 pelakon Edika Yusof turut tidak ketinggalan dalam memberi pandangan tentangnya
Selangor Pinjamkan 500 000 Dos Stok Vaksin Covid Kepada Kerajaan Malaysia

Selangor Pinjamkan 500 000 Dos Stok Vaksin Covid Kepada Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 381 hits
Selangor mencatat sejarah apabila menjadi negeri pertama yang berjaya menyuntik vaksin Covid 19 dos pertama kepada 98 populasi penduduknya Lebih manis lagi Selangor juga menjadi negeri pertama yang berupaya meminjamkan 500 000 dos stok vaks...
Hiburan Sijil Vaksin Tidak Disemak Ika Nabella Selar Sikap Peniaga Tak Jujur

Hiburan Sijil Vaksin Tidak Disemak Ika Nabella Selar Sikap Peniaga Tak Jujur

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 325 hits
Kebenaran yang diberikan kerajaan baru baru ini kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksin nampaknya telah disambut baik oleh masyarakat yang rata rata tampil berkongsikan aktiviti mereka seperti membeli belah dan makan di kedai ARTI...
Kerajaan Akan Pertimbangkan Untuk Wajibkan Pengambilan Vaksin Kepada Rakyat Negara Ini

Kerajaan Akan Pertimbangkan Untuk Wajibkan Pengambilan Vaksin Kepada Rakyat Negara Ini

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 227 hits
BERA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan mempertimbang mewajibkan pengambilan vaksin kepada rakyat negara ini dalam usaha memerangi pandemik Covid 19 yang berkemungkinan menjadi satu endemik Bagaimanapun kat...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias