Penarikan Semakan Penghakiman Kes Batu Puteh Bukan Keputusan Jemaah Menteri Rci



Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mendapati tindakan yang diambil Peguam Cara Negara memaklumkan kepada Singapura bahawa Malaysia tidak berhasrat meneruskan permohonan semakan dan permohonan tafsiran penghakiman kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dibuat bukan berdasarkan keputusan Jemaah Menteri.
(BH) – Laporan Suruhanjaya itu menyatakan, keputusan untuk tidak meneruskan kedua-dua permohonan berkenaan adalah berdasarkan surat Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada 21 Mei 2018 kepada Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek.
Laporan itu berkata, Suruhanjaya mendapati keterangan juga menunjukkan keputusan itu disampaikan kepada Singapura pada pagi 23 Mei 2018, sebelum Mesyuarat Jemaah Menteri bermula pada jam 9.30 pagi.
“Surat Peguam Cara Negara tidak menyatakan bahawa keputusan untuk tidak meneruskan kedua-dua permohonan adalah keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri sebagaimana yang dinyatakan Dr Mahathir.
“Adalah juga diperhatikan bahawa Dr Mahathir tidak mempertikaikan dan/atau menafikan mahu pun membetulkan kandungan surat Peguam Cara Negara itu bagi memperjelas bahawa surat beliau bertarikh 21 Mei 2018 hanyalah satu pendapat semata-mata dan bukanlah suatu keputusan atau arahan.
“Dengan alasan-alasan itu, Suruhanjaya tidak dapat menerima dakwaan Dr Mahathir bahawa surat bertarikh 21 Mei 2018 supaya Malaysia tidak meneruskan kedua-dua permohonan berkenaan adalah suatu pendapat beliau semata-mata.
“Sebaliknya, surat itu adalah suatu keputusan,” katanya.
Perkara itu adalah antara hasil dapatan RCI berkenaan dalam laporan setebal 217 muka surat yang diedarkan kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, hari ini.
 

 
Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Batu Puteh, manakala Batuan Tengah yang letaknya kurang satu kilometer (km) dari pulau itu milik Malaysia. ICJ juga memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira 4km dari Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.
Pada 28 Mei 2018, kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu di bawah pimpinan Dr Mahathir menarik balik permohonan membatalkan keputusan ICJ yang menganugerahkan bidang kuasa undang-undang Batu Puteh kepada Singapura.
RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 14 Februari lalu selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).
Seri Paduka juga memperkenankan pelantikan tujuh ahli RCI termasuk bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif sebagai pengerusi dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali sebagai timbalan pengerusi.
Lima lagi ahli RCI itu ialah pengamal undang-undang, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu; bekas Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Prof Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin; pakar undang-undang Perlembagaan dan undang-undang pentadbiran, Prof Datin Dr Faridah Jalil.
Selain itu, Pegawai Kewangan Negeri Johor, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir dan Pengarah Laut Wilayah Selatan, Jabatan Laut Malaysia, Dickson Dollah, manakala Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Zamri Misman sebagai Setiausaha RCI dan BHEUU JPM sebagai urus setia.
Pada Oktober tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata, Malaysia berpendirian isu berkaitan Batu Puteh boleh diselesaikan dengan pembabitan langsung Peguam Negara Malaysia dan Singapura dalam rundingan.
Anwar pada Disember 2023 turut meminta Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Idrus Harun mengadakan rundingan dengan Kerajaan Singapura membabitkan kontroversi tuntutan terhadap Batu Puteh, meneliti semula dan mengkaji isu berbangkit.
The post Penarikan semakan penghakiman kes Batu Puteh, bukan keputusan Jemaah Menteri – RCI appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/12/05/penarikan-semakan-penghakiman-kes-batu-puteh-bukan-keputusan-jemaah-menteri-rci/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Batu Puteh Rci Shows Treacherous Failure To Defend Country

Pm Batu Puteh Rci Shows Treacherous Failure To Defend Country

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 237 hits
The findings of the Royal Commission of Inquiry into sovereignty issues surrounding Batu Puteh Middle Rocks and South Ledge revealed a failure that is tantamount to treachery said Prime Minister Anwar Ibrahim Speaking to reporters earlier t...
Rci Batu Puteh Mahathir Tipu Kabinet Pada Tahun 2018

Rci Batu Puteh Mahathir Tipu Kabinet Pada Tahun 2018

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 181 hits
RCI Batu Puteh Mahathir Tipu Kabinet Pada Tahun 2018 Di hujung usia beliau mantan perdana menteri sebanyak 2 kali Dr Mahathir kini ibarat telur di hujung tanduk Beliau kini semakin dilihat sebagai from hero to zero Dari seorang yang selama ...
Laporan Rci Batu Puteh Bukti Ada Berlaku Pengkhianatan Kepada Negara Kata Pm

Laporan Rci Batu Puteh Bukti Ada Berlaku Pengkhianatan Kepada Negara Kata Pm

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 208 hits
HarapandailyDecember 6 2024 Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh Batuan Tengah dan Tubir Selatan membuktikan wujudnya pengkhianatan kata Perdana Menteri Datuk Seri...
Parliament To Debate Batu Puteh Rci Report Next Week

Parliament To Debate Batu Puteh Rci Report Next Week

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 173 hits
The Dewan Rakyat is set to debate the report from the Royal Commission of Inquiry on the handling of the Batu Puteh Middle Rocks and South Ledge sovereignty dispute next week according to Communications Minister Fahmi Fadzil He revealed tha...
Rci Batu Puteh Syor Siasatan Jenayah Terhadap Dr Mahathir

Rci Batu Puteh Syor Siasatan Jenayah Terhadap Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 318 hits
Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Prosiding diusulkan itu...
Sekeping Surat Boleh Jadi Bukti Pihak Luar Tuntut Hak Kedaulatan Wilayah Negara Rci Batu Puteh

Sekeping Surat Boleh Jadi Bukti Pihak Luar Tuntut Hak Kedaulatan Wilayah Negara Rci Batu Puteh

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 262 hits
Kehilangan hak ke atas perlu diambil sebagai pengajaran bagi memastikan kelemahan ketidaktelitian dan sikap ambil mudah dalam isu membabitkan kedaulatan negara tidak berulang Ia antara teguran terkandung dalam laporan Suruhanjaya Siasatan D...
Syor Rci Bukan Keputusan Saya Seorang Ia Keputusan Kabinet Tun M

Syor Rci Bukan Keputusan Saya Seorang Ia Keputusan Kabinet Tun M

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 76 hits
Jika ini adalah pengkhianatan maka seluruh anggota Kabinet adalah pengkhianat termasuk Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedia berdepan sebarang siasatan jenayah susulan hasil Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi Mengkaji...
Siasat Dakwa Dr M Untuk Bongkar Misteri Isu Pulau Batu Puteh

Siasat Dakwa Dr M Untuk Bongkar Misteri Isu Pulau Batu Puteh

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 124 hits
Malaysiakini nbsp Seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno menggesa Dr Mahathir Mohamad supaya disiasat berhubung keputusannya berhubung isu Pulau Batu Puteh Mohd Puad Zarkashi berkata bekas perdana menteri itu perlu didakwa di mahkamah untuk mem...
Kedaulatan Batu Puteh Tun Mahathir Wan Azizah Lim Guan Eng

Kedaulatan Batu Puteh Tun Mahathir Wan Azizah Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 201 hits
Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung pengendalian pertikaian kedaulatan Batu Puteh Batuan Tengah dan Tubir Selatan dengan berkata keputusan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri termasuk isteri ...
5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Ais Krim Paling Mahal Aku Pernah Beli

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

The Impact Of Domain Name

Emotionally Drained

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ideal Gifts For Chinese New Year

Tikam Rakan Sebab Perlawanan Kriket Lelaki Nepal Ditahan

Pegawai Azalina Lapor Polis Terhadap Kj

Los Angeles Kini Sudah Seperti Gaza

Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Butterworth Folk Push For Cross Channel Lrt Link To Start First