Kedaulatan Batu Puteh Tun Mahathir Wan Azizah Lim Guan Eng




Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung pengendalian pertikaian kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge) dengan berkata, keputusan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri, termasuk isteri Anwar, Dr Wan Azizah Ismail

Menafikan beliau membuat keputusan unilateral membatalkan permohonan menyemak dan mentafsir keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Batu Puteh, Mahathir berkata, selain Wan Azizah, Lim Guan Eng yang merupakan menteri kewangan ketika itu, dan Muhyiddin Yassin sebagai menteri dalam negeri turut menghadiri mesyuarat membincangkan perkara itu

“Jika mereka bantah idea (untuk tidak teruskan permohonan) itu, mereka sepatutnya bersuara, tetapi tiada sesiapa cakap apa-apa, jadi kita anggap mereka terima (keputusan itu). Jika saya khianat, maka timbalan perdana menteri saya (ketika itu), Wan Azizah, juga khianat,” katanya pada sidang media hari ini.
Mahathir menjawab kenyataan Anwar bahawa laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pertikaian kedaulatan itu mendedahkan pengkhianatan yang dilakukan terhadap Malaysia

Beliau mendakwa, tumpuan baharu terhadap isu Batu Puteh itu didorong politik dan bertujuan mencemarkan nama baiknya

Menurutnya, pendiriannya terhadap Singapura mungkin menjadi alasan dakwaan itu timbul

“Kita semua tahu pendirian saya, kita tidak mengalah dengan Singapura,” kata Mahathir.
Beliau turut mempertahankan pendekatan pentadbirannya terhadap isu itu dengan berkata, keputusan dibuat berdasarkan nasihat Jabatan Peguam Negara dan pakar asing

“Bagaimanapun, terdapat percanggahan dalam Jabatan Peguam Negara itu sendiri pada masa itu,” katanya, menyalahkan bekas peguam negara Apandi Ali

Mahathir menuduh Apandi salah mengendalikan isu penting semasa memegang jawatan itu, memetik keputusan kontroversi melepaskan perdana menteri ketika itu Najib Razak daripada tuduhan salah laku berkait skandal 1MDB dalam tempoh enam bulan

Dakwanya, Apandi gagal menjalankan siasatan yang teliti pada 2016

“Najib kemudian didapati bersalah di pelbagai mahkamah. Bagaimana kita hendak percayakan Apandi apabila kakitangannya sendiri tak tahu tentang keputusannya?”
Menurut RCI, Mahathir sebagai perdana menteri ketika itu menulis kepada peguam cara negara pada 21 Mei 2018, menyatakan bahawa pada pandangan beliau, ‘usaha ini tidak perlu diteruskan’, merujuk kepada permohonan semakan keputusan ICJ

Peguam cara negara kemudian memaklumkan Singapura bahawa Malaysia akan menggugurkan kedua-dua permohonan itu, menurut suruhanjaya dalam laporannya

RCI berkata, Singapura dimaklumkan mengenai perkara ini pada 9 pagi 23 Mei 2018. Jemaah Menteri hanya bermesyuarat pada 9.30 pagi hari itu dan membincangkan isu itu kemudian bawah ‘hal-hal lain’

Pada Jun, Mahathir menafikan bertindak secara unilateral apabila membuat keputusan tidak meneruskan permohonan agar ICJ menyemak keputusannya menganugerahkan kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura

Katanya, beliau telah berunding dengan beberapa pakar, termasuk lima peguam kanan dari United Kingdom, yang berpandangan bahawa Malaysia tidak mempunyai kes yang kukuh

Mahathir berkata, pakar undang-undang antarabangsa Brendan Plant, yang dilantik sebagai perunding oleh Putrajaya, memberitahunya bahawa Malaysia tiada ‘senjata ampuh’ yang diperlukan untuk menang dalam kes itu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2024/12/kedaulatan-batu-puteh-tun-mahathir-wan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Cagar Kedaulatan Pulau Batu Putih Kepada Singapura

Tun Mahathir Cagar Kedaulatan Pulau Batu Putih Kepada Singapura

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 152 hits
Sham GhazNak tutup semua isu itu maka dibuatnya perjumpaan Hidup Melayu semalam Ini adalah kronologi tuntutan Pulau Batu Putih dari tahun 1979 hingga 2024 yang telah disusun oleh REFORM Tarikh paling sadis adalah 21 Mei 2018 dimana Tun M te...
Tiga Bekas Menteri Ph 1 0 Dedah Penipuan Mahathir Isu Batu Puteh

Tiga Bekas Menteri Ph 1 0 Dedah Penipuan Mahathir Isu Batu Puteh

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 196 hits
SITI NUR ZAWANIDecember 12 2024Tiga orang bekas menteri sewaktu Pakatan Harapan 1 0 menepis kenyataan dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Jemaah Menteri waktu itu bersetuju dengan keputusan untuk tidak meneruskan semakan Pulau Batu...
Batu Puteh Azizah Mat Sabu Dan Loke Sahkan Dr M Buat Keputusan Sendiri

Batu Puteh Azizah Mat Sabu Dan Loke Sahkan Dr M Buat Keputusan Sendiri

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 94 hits
Tiga pemimpin kanan PH hari ini menegaskan bahawa Dr Mahathir Mohamad sewaktu menjadi perdana menteri pada 2018 membuat keputusan sendiri berhubung pengguguran rayuan negara dalam tuntutan Pulau Batu Puteh Dalam kenyataan bersama Dr Wan Azi...
Rci Batu Puteh Mahathir Tipu Kabinet Pada Tahun 2018

Rci Batu Puteh Mahathir Tipu Kabinet Pada Tahun 2018

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 226 hits
RCI Batu Puteh Mahathir Tipu Kabinet Pada Tahun 2018 Di hujung usia beliau mantan perdana menteri sebanyak 2 kali Dr Mahathir kini ibarat telur di hujung tanduk Beliau kini semakin dilihat sebagai from hero to zero Dari seorang yang selama ...
Ag Holds Sole Power To Prosecute Dr Mahathir Over Pulau Batu Puteh Not Govt Says Law Minister

Ag Holds Sole Power To Prosecute Dr Mahathir Over Pulau Batu Puteh Not Govt Says Law Minister

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 307 hits
Minister in the Prime Minister s Department Datuk Seri Azalina Othman Said today said that only the attorney general has the authority to prosecute former two time prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad over the loss of Malaysia s claim to ...
Pursue Batu Puteh Compensation Don T Just Probe Mahathir Govt Told

Pursue Batu Puteh Compensation Don T Just Probe Mahathir Govt Told

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 332 hits
Veteran newsman A Kadir Jasin said merely lodging police reports with the aim to put ex prime minister Dr Mahathir Mohamad behind bars won t solve much PETALING JAYA A veteran newsman has urged the government to consider securing compensati...
Mahathir Using Wan Azizah As A Human Shield Won T Fly

Mahathir Using Wan Azizah As A Human Shield Won T Fly

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 178 hits
If I did what Mahathir did to Anwar I will accept that I have it coming when they come after me to avenge themselves If I use their wife or children as a human shield to protect myself from them after all that I had done to them then shame ...
Rci Batu Puteh Syor Siasatan Jenayah Terhadap Dr Mahathir

Rci Batu Puteh Syor Siasatan Jenayah Terhadap Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 357 hits
Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Prosiding diusulkan itu...
Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Inilah Alasan Mengapa Sesetengah Tingkap Hotel Tidak Boleh Dia Buka

Buasir Otak Tv Bayangkan Dalam Sampan Dikelilingi Buaya Be Like

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fuel Prices Remain Unchanged

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis