Rci Batu Puteh Syor Siasatan Jenayah Terhadap Dr Mahathir



Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
(BH) – Prosiding diusulkan itu susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas Jemaah Menteri yang diketuai Dr Mahathir pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Antarabangsa (ICJ).
Ilustrasi saiz Batu Puteh dengan padang bola sepak.  
 
Ilustrasi kedudukan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan – Sumber: Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia  
Perkara berkenaan antara yang disyorkan RCI berkenaan dalam laporan setebal 217 muka surat yang diedarkan kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, hari ini.

 Laporan akhir yang dinyahklasifikasikan itu telah diserahkan oleh Pengerusi RCI, Tun Md Raus Sharif kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara pada 12 Ogos lalu. Suruhanjaya itu menyatakan, siasatan jenayah boleh dimulakan ke atas Mahathir mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 dan Seksyen 418 kanun yang sama.
“Oleh itu, adalah dicadangkan supaya satu laporan polis dibuat oleh setiausaha suruhanjaya bagi membolehkan siasatan ini dimulakan,” katanya.
Laporan ditandatangani tujuh anggota Suruhanjaya dipengerusikan Md Raus yang juga bekas Ketua Hakim Negara, menyatakan dalam konteks Seksyen 415(b), apa yang perlu ditunjukkan adalah Mahathir bertindak menipu Jemaah Menteri dan dengan sengaja mendorong kerajaan Malaysia untuk tidak meneruskan permohonan itu walaupun keputusan itu dibuat secara sepihak oleh beliau tanpa kelulusan Jemaah Menteri.
Katanya, jika Jemaah Menteri dibekalkan dengan kertas kuasa tindakan di ICJ dan pandangan bertulis daripada perunding antarabangsa, Jemaah Menteri berkemungkinan mempunyai pandangan yang berbeza berkenaan kedua-dua permohonan itu.
“Dalam hal ini, Mahathir berkemungkinan telah dengan sengaja mendorong Jemaah Menteri untuk tidak meneruskan kedua-dua permohonan itu walaupun ia bertentangan dengan pendapat perunding antarabangsa yang menyatakan bahawa terdapat asas permohonan itu mempunyai kebarangkalian untuk berjaya,” katanya.
Selain itu, Suruhanjaya berkata, siasatan di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan boleh dibuat atas fakta yang beliau menipu kerajaan dengan pengetahuan bahawa beliau berpotensi untuk menyebabkan kerugian salah (‘wrongful loss’) kepada kerajaan Malaysia kerana sebagai Perdana Menteri, beliau mempunyai obligasi untuk melindungi kepentingan negara.
“Sebagai Perdana Menteri, beliau bertanggungjawab terhadap negara dan hendaklah pada setiap masa memelihara, melindungi serta mempertahankan kepentingan dan kedaulatannya.
“Dengan membuat keputusan untuk tidak meneruskan kedua-dua permohonan itu, Mahathir menyebabkan kerugian salah kepada kerajaan Malaysia,” katanya.
Pada masa sama, Suruhanjaya mengesyorkan Malaysia boleh memfailkan semula Permohonan Tafsiran baharu pada bila-bila masa yang sesuai, namun tidak mencadangkan Malaysia memfailkan semula Permohonan Tafsiran.
Selain itu, tindakan sivil di bawah Tort Misfeasans yang dicadangkan Pasukan Petugas Khas (PPK) sebelum ini tidak perlu diambil terhadap Mahathir kerana tindakan itu terhalang oleh had masa.
Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Batu Puteh, manakala Batuan Tengah yang letaknya kurang satu kilometer (km) dari pulau itu milik Malaysia.
ICJ juga memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira 4km dari Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.
Pada 28 Mei 2018, kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu di bawah pimpinan Dr Mahathir menarik balik permohonan membatalkan keputusan ICJ yang menganugerahkan bidang kuasa undang-undang Batu Puteh kepada Singapura.
Penubuhan RCI berkenaan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 14 Februari lalu selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).
 
Pesuruhjaya-pesuruhjaya dan Setiausaha. Duduk dari kiri: Tan Sri Datuk Zainun Ali, Tun Md Raus Sharif, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu. Berdiri Dari kiri: Zamri Misman, Datin Prof Dr Faridah Jalil, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir, Datuk Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin, Dickson Dollah.  
Seri Paduka juga memperkenankan pelantikan tujuh ahli RCI termasuk Md Raus yang juga bekas Ketua Hakim Negara sebagai pengerusi dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali sebagai timbalan pengerusi.
Lima lagi ahli RCI itu ialah pengamal undang-undang, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu; bekas Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Prof Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin; pakar undang-undang Perlembagaan dan undang-undang pentadbiran, Prof Datin Dr Faridah Jalil.
Selain itu, Pegawai Kewangan Negeri Johor, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir dan Pengarah Laut Wilayah Selatan, Jabatan Laut Malaysia Dickson Dollah, manakala Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Zamri Misman sebagai Setiausaha RCI dan BHEUU JPM sebagai urus setia.
 
Pada 21 Disember 1979, Peta Baharu Malaysia (Peta 1979) telah diterbitkan dan diwartakan melalui Warta Kerajaan Jilid 23 No.26 Tambahan No.1.  
Pada Oktober tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata, Malaysia berpendirian isu berkaitan Batu Puteh boleh diselesaikan dengan pembabitan langsung Peguam Negara Malaysia dan Singapura dalam rundingan.
Anwar pada Disember 2023 turut meminta Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Idrus Harun mengadakan rundingan dengan Kerajaan Singapura membabitkan kontroversi tuntutan terhadap Batu Puteh, meneliti semula dan mengkaji isu berbangkit.
Pada 12 Jun lalu, Dr Mahathir memberi keterangan hampir dua jam kepada suruhanjaya berkenaan dan pada sidang media kemudian, menafikan membuat keputusan sendirian dalam kes membabitkan tuntutan Batu Puteh sehingga Malaysia kehilangannya.
Katanya, keputusan berkenaan sebaliknya diputuskan Kabinet pada 2018 dan pihaknya hanya memberi pandangan supaya tuntutan itu tidak diteruskan kerana pakar undang-undang dan peguam ketika itu berpendapat ia kes yang lemah dan Malaysia tiada ‘peluru’ untuk menang.
Dr Mahathir juga dilaporkan berkata, ketika Malaysia dan Singapura memutuskan untuk membawa perkara berkaitan Batu Puteh kepada ICJ, perjanjian sudah dibuat bahawa apa sahaja keputusan perlu diterima oleh kedua-dua negara.
“Kita perlu mematuhi janji (untuk terima keputusan), kalau mungkir janji, nama buruk pada Malaysia,” kata bekas Perdana Menteri.
April lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dilapor berkata, Perdana Menteri pada 2018 yang membuat keputusan ‘sembunyi-sembunyi’ adalah individu bertanggungjawab menyebabkan Malaysia kehilangan Batu Puteh dalam proses rayuan di ICJ.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob ketika menjawat Perdana Menteri pada 2022 pula mengakui kemungkinan terdapat kecuaian dan kekhilafan Dr Mahathir sehingga Malaysia terlepas peluang untuk memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan ICJ pada 2008.
 
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya, Setiausaha, Pegawai-Pegawai Pengendali, Penolong-Penolong Pegawai Pengendali dan Sekretariat.  
 
Peta 1979 juga menunjukkan kedudukan perairan Malaysia –Singapura.  
Pada 21 Disember 1979, Peta Baharu Malaysia (Peta 1979) telah diterbitkan dan diwartakan melalui Warta Kerajaan Jilid 23 No.26 Tambahan No.1. The post RCI Batu Puteh syor siasatan jenayah terhadap Dr Mahathir appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/12/05/rci-batu-puteh-syor-siasatan-jenayah-terhadap-dr-mahathir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rci Batu Puteh Mahathir Tipu Kabinet Pada Tahun 2018

Rci Batu Puteh Mahathir Tipu Kabinet Pada Tahun 2018

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 177 hits
RCI Batu Puteh Mahathir Tipu Kabinet Pada Tahun 2018 Di hujung usia beliau mantan perdana menteri sebanyak 2 kali Dr Mahathir kini ibarat telur di hujung tanduk Beliau kini semakin dilihat sebagai from hero to zero Dari seorang yang selama ...
Batu Puteh Dan Mahathir

Batu Puteh Dan Mahathir

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 216 hits
Sudah didedahkan bahawa Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI yang menyiasat isu kedaulatan Batu Puteh Batuan Tengah dan Tubir Selatan berpendapat Malaysia mempunyai peluang untuk membatalkan Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang men...
Kedaulatan Batu Puteh Tun Mahathir Wan Azizah Lim Guan Eng

Kedaulatan Batu Puteh Tun Mahathir Wan Azizah Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 193 hits
Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung pengendalian pertikaian kedaulatan Batu Puteh Batuan Tengah dan Tubir Selatan dengan berkata keputusan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri termasuk isteri ...
Pursue Batu Puteh Compensation Don T Just Probe Mahathir Govt Told

Pursue Batu Puteh Compensation Don T Just Probe Mahathir Govt Told

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 304 hits
Veteran newsman A Kadir Jasin said merely lodging police reports with the aim to put ex prime minister Dr Mahathir Mohamad behind bars won t solve much PETALING JAYA A veteran newsman has urged the government to consider securing compensati...
Sekeping Surat Boleh Jadi Bukti Pihak Luar Tuntut Hak Kedaulatan Wilayah Negara Rci Batu Puteh

Sekeping Surat Boleh Jadi Bukti Pihak Luar Tuntut Hak Kedaulatan Wilayah Negara Rci Batu Puteh

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 259 hits
Kehilangan hak ke atas perlu diambil sebagai pengajaran bagi memastikan kelemahan ketidaktelitian dan sikap ambil mudah dalam isu membabitkan kedaulatan negara tidak berulang Ia antara teguran terkandung dalam laporan Suruhanjaya Siasatan D...
Penarikan Semakan Penghakiman Kes Batu Puteh Bukan Keputusan Jemaah Menteri Rci

Penarikan Semakan Penghakiman Kes Batu Puteh Bukan Keputusan Jemaah Menteri Rci

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 160 hits
Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh Batuan Tengah dan Tubir Selatan mendapati tindakan yang diambil Peguam Cara Negara memaklumkan kepada Singapura bahawa Malaysia tidak ...
Pm Batu Puteh Rci Shows Treacherous Failure To Defend Country

Pm Batu Puteh Rci Shows Treacherous Failure To Defend Country

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 237 hits
The findings of the Royal Commission of Inquiry into sovereignty issues surrounding Batu Puteh Middle Rocks and South Ledge revealed a failure that is tantamount to treachery said Prime Minister Anwar Ibrahim Speaking to reporters earlier t...
Laporan Rci Batu Puteh Bukti Ada Berlaku Pengkhianatan Kepada Negara Kata Pm

Laporan Rci Batu Puteh Bukti Ada Berlaku Pengkhianatan Kepada Negara Kata Pm

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 207 hits
HarapandailyDecember 6 2024 Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh Batuan Tengah dan Tubir Selatan membuktikan wujudnya pengkhianatan kata Perdana Menteri Datuk Seri...
Parliament To Debate Batu Puteh Rci Report Next Week

Parliament To Debate Batu Puteh Rci Report Next Week

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 172 hits
The Dewan Rakyat is set to debate the report from the Royal Commission of Inquiry on the handling of the Batu Puteh Middle Rocks and South Ledge sovereignty dispute next week according to Communications Minister Fahmi Fadzil He revealed tha...
Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Only Suspicious Concertgoers Will Face Urine Tests Industry Players Told

The Dangers Of Neglecting Hypertension In Malaysia The Silent Killer Among Us

Ocd Bila Kebersihan Jadi Obses Sampai Hidup Tak Tenang

Imam Abu Hanifah Sisih Jawatan Demi Tolak Kezaliman

Anna Sawai S Legs In Tights Pantyhose 5

Kompang Warisan Johor


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Pentingnya Sticker Label Dalam Meningkatkan Daya Tarik Dan Jualan Produk

Jalan Jalan Di Kampung Baru Kuala Lumpur

Hadiahkan Coklat Custom Untuk Hari Jadi Akak Hadiah Manis Penuh Makna

Hidup Akan Bersinar Kembali Insya Allah

Virtual Events And Domain Branding

Drama Keluarga Itu