Syor Rci Bukan Keputusan Saya Seorang Ia Keputusan Kabinet Tun M



“Jika ini adalah pengkhianatan, maka seluruh anggota Kabinet (ketika itu) adalah pengkhianat, termasuk Timbalan Perdana Menteri”
(BH) – Tun Dr Mahathir Mohamad sedia berdepan sebarang siasatan jenayah susulan hasil Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, hasil laporan RCI berkenaan adalah bersifat politik untuk memusnahkan imejnya kerana hanya beliau seorang yang dipertanggungjawabkan.
Beliau juga sekali lagi menegaskan keputusan berhubung Batu Puteh dibuat secara secara bersama oleh Kabinet ketika itu.
“Jika ada sebarang siasatan (jenayah) ke atas saya, saya bersedia. Ya, ini adalah tindakan bermotifkan politik. Keseluruhan idea adalah untuk memusnahkan saya dan memanggil saya pengkhianat.
“Jika ini adalah pengkhianatan, maka seluruh anggota Kabinet (ketika itu) adalah pengkhianat, termasuk Timbalan Perdana Menteri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Yang turut hadir, dua peguamnya, Zainur Zakaria dan Muhammad Rafique Rashid Ali.
Laporan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang diedarkan untuk Ahli Parlimen di Dewan Rakyat minggu lalu, antara lain mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Dr Mahathir.
Prosiding dicadangkan itu susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas Jemaah Menteri yang diketuai Dr Mahathir pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dilaporkan menyifatkan sebarang kesalahan dalam soal menyerahkan kedaulatan termasuk terkait isu Pulau Batu Puteh, adalah pengkhianatan besar kepada negara.
Tanpa merujuk kepada Dr Mahathir, Perdana Menteri berkata, pendedahan RCI berkaitan perkara itu jelas menunjukkan wujud kelemahan dan ia bukan perkara ringan.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir menyatakan keputusan untuk tidak menneruskan semakan dan tafsiran berkaitan Batu Puteh dibuat oleh Kabinet dan perkara itu boleh dirujuk pada minit mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Mei 2018.
“Kalau tidak percaya, sila bertanya kepada mereka yang hadir pada mesyuarat Kabinet (ketika itu).
“Saya juga ingin bertanya, pada masa keputusan ini dibuat mengapa Datuk Seri Mohamad Sabu, Anthony Loke, Gobind Singh Deo dan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad tidak berkata apa-apa?
“Adakah mereka bersetuju seperti mereka bersetuju Kabinet Anwar teruskan dengan RCI dan bentang di Parlimen laporan RCI ini,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, beliau menolak hasil laporan RCI terbabit kerana terdapat banyak kecacatan.
“Saya ingin bertanya dahulu rahsia, sekarang terbuka. Siapa yang bersetuju untuk ia dibuka? Kalau ini sudah dibuka dan bukan lagi ‘rahsia’, maka mengapa kerajaan bantah permohonan saya di mahkamah untuk adakan RCI secara terbuka?
“Laporan ini juga akan dibahaskan, tetapi bagaimana hendak bahas sekiranya 47 daripada 217 muka surat dipadam (redacted)?
“Bagaimana rakyat melalui wakil rakyat hendak bahas atau tanya soalan kalau ada muka surat laporan dipadam?” soalnya.
The post Syor RCI: Bukan keputusan saya seorang, ia keputusan Kabinet – Tun M appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/12/10/syor-rci-bukan-keputusan-saya-seorang-ia-keputusan-kabinet-tun-m/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rci Batu Puteh Syor Siasatan Jenayah Terhadap Dr Mahathir

Rci Batu Puteh Syor Siasatan Jenayah Terhadap Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 371 hits
Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Prosiding diusulkan itu...
Rci Batu Puteh Mahathir Tipu Kabinet Pada Tahun 2018

Rci Batu Puteh Mahathir Tipu Kabinet Pada Tahun 2018

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 243 hits
RCI Batu Puteh Mahathir Tipu Kabinet Pada Tahun 2018 Di hujung usia beliau mantan perdana menteri sebanyak 2 kali Dr Mahathir kini ibarat telur di hujung tanduk Beliau kini semakin dilihat sebagai from hero to zero Dari seorang yang selama ...
Penarikan Semakan Penghakiman Kes Batu Puteh Bukan Keputusan Jemaah Menteri Rci

Penarikan Semakan Penghakiman Kes Batu Puteh Bukan Keputusan Jemaah Menteri Rci

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 189 hits
Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh Batuan Tengah dan Tubir Selatan mendapati tindakan yang diambil Peguam Cara Negara memaklumkan kepada Singapura bahawa Malaysia tidak ...
Kelantan Seorang Ibu Dan Anak Perempuannya Berusia Belasan Tahun Mengalami Detik Cemas Berpaut Pada Pokok 5 Jam

Kelantan Seorang Ibu Dan Anak Perempuannya Berusia Belasan Tahun Mengalami Detik Cemas Berpaut Pada Pokok 5 Jam

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 171 hits
Lima jam berpaut pada pokokSyaherah Mustafaam hmetro com myDUA beranak yang diselamatkan selepas berpaut lima jam pada pokok apabila perahu dinaiki terbalik FOTO Ihsan Bomba Rantau Panjang Dua beranak berhadapan detik cemas apabila terpaksa...
Mengejutkan Seorang Profesor Dari Korea Tunjuk Gambar Sokong Gerakan Re

Mengejutkan Seorang Profesor Dari Korea Tunjuk Gambar Sokong Gerakan Re

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 128 hits
Syarahan umum khas YAB Perdana Menteri Strategic Partners in a Complex World Malaysia Korea and the Future of Asia di Seoul National University Malaysia MADANI Jiwa Merdeka Sumber Video PMO
Rumah Tertimbus Dua Beradik Maut Seorang Selamat

Rumah Tertimbus Dua Beradik Maut Seorang Selamat

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 153 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Dua beradik dikenal pasti mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Bukit Ajil Hulu Terengganu petang tadi Mangsa dikenali Puteri Sajidah Azman 16 dan adiknya Siti Fatimah 13 yang ditemui 6 32 petang...
Bekal Seorang Mukmin Menuju Kesalehan Dan Ketakwaan

Bekal Seorang Mukmin Menuju Kesalehan Dan Ketakwaan

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 262 hits
Seorang mukmin di dunia ini memerlukan bekal yang cukup untuk mengantarkannya kepada kesalehan dan ketakwaan Ini sebuah keharusan yang selalu diingat dan diingatkan sebab hal ini menjadi kunci kebahagiaan seorang di dunia sebelum nantinya m...
Seorang Lelaki Berpaut Pada Bampar Sebuah Trak Selepas Berlaku Pertengkaran

Seorang Lelaki Berpaut Pada Bampar Sebuah Trak Selepas Berlaku Pertengkaran

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 111 hits
KOSMO SEORANG lelaki berpaut pada bampar sebuah trak yang sedang bergerak Foto tuoi tre newsBANDAR RAYA HO CHI MINH Seorang lelaki berpaut di hadapan sebuah lori yang sedang bergerak di Bandar Thu Duc Vietnam selepas kedua dua pemandu terli...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Importance Of Domain Valuation

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemanis Tiruan Dalam Minuman Diet Pakar Otak Dedah Kesan Menakutkan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri